Refeleksi Big Fasa 5

4
Program Bina Insan Guru merupakan salah satu daripada perancangan bagi membina dan menerapkan nilai-nilai murni dan hidup berlandaskan kepercayaan dan agama sebagai proses membentuk guru-guru yang serba boleh serta dapat menyesuaikan diri dalam apa jua persekitaran masyarakat. Segala pengisian aktiviti yang dirancangkan di dalam program ini adalah berteraskan kepada prinsip Negara yang didukung oleh semua rakyat yang sekaligus menjadi asas pembentukan rakyat yang menjadi tonggak pembinaan sesebuah Negara bangsa.Program bina insan guru kali ini seperti yang dinyatakan didalam proforma kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan adalah mengadakan satu lawatan penanda aras selama sehari, dalam tempoh yang diperuntukkan iaitu sepuluh jam kesebuah sekolah pilihan. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memberikan pendedahan kepada guru-guru pelatih tentang pengurusan sekolah, penerapan budaya-budaya cemerlang di sekolah berkenaan untuk dijadikan panduan semasa mengajar di sekolah kemudian hari.Melalui perbincangan yang telah dijalankan bersama rakan-rakan sekelas dan Mentor kami iaitu En Abdul Rahman Khalid , kami telah bersepakat untuk memilih Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin , Bukit Mertajam sebagai tempat untuk kami melaksanakan program bina insan guru pada semester ini.Pada mulanya saya tidaklah sangat bersetuju kerana saya ingin mengadakan program ini di sekolah berdekatan sahaja. Namun setelah saya mengetahui kelebihan yang terdapat di sekolah itu, saya bersetuju untuk mengadakan program ini di situ. Program ini bermula pada hari Selesa bersamaan 7 april 2015 . Selepas bersarapan pagi di kantin Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin kami telah memulakan program BIG ini dengan mengadakan bengkel tentang tajuk yang telah diberikan. Bengkelini telah dijalankn secara “Round Robin” yang mana kami telah dibahagikankepada tujuh kumpulan kecil dan setiap ahli kumpulan

description

BIG

Transcript of Refeleksi Big Fasa 5

Program Bina Insan Guru merupakan salah satu daripada perancangan bagi membina dan menerapkan nilai-nilai murni dan hidup berlandaskan kepercayaan dan agama sebagai proses membentuk guru-guru yang serba boleh serta dapat menyesuaikan diri dalam apa jua persekitaran masyarakat. Segala pengisian aktiviti yang dirancangkan di dalam program ini adalah berteraskan kepada prinsip Negara yang didukung oleh semua rakyat yang sekaligus menjadi asas pembentukan rakyat yang menjadi tonggak pembinaan sesebuah Negara bangsa.Program bina insan guru kali ini seperti yang dinyatakan didalam proforma kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan adalah mengadakan satu lawatan penanda aras selama sehari, dalam tempoh yang diperuntukkan iaitu sepuluh jam kesebuah sekolah pilihan. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memberikan pendedahan kepada guru-guru pelatih tentang pengurusan sekolah, penerapan budaya-budaya cemerlang di sekolah berkenaan untuk dijadikan panduan semasa mengajar di sekolah kemudian hari.Melalui perbincanganyangtelah dijalankanbersama rakan-rakan sekelasdan Mentor kami iaitu En Abdul Rahman Khalid , kami telah bersepakat untuk memilih Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin , Bukit Mertajam sebagai tempat untuk kami melaksanakan program bina insan guru pada semester ini.Pada mulanya saya tidaklah sangat bersetuju kerana saya ingin mengadakan program ini di sekolah berdekatan sahaja. Namun setelah saya mengetahui kelebihan yang terdapat di sekolah itu, saya bersetuju untuk mengadakan program ini di situ.Program ini bermula pada hari Selesa bersamaan 7 april 2015 . Selepas bersarapan pagi di kantin Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin kami telah memulakan program BIG ini dengan mengadakan bengkel tentang tajuk yang telah diberikan. Bengkelini telah dijalankn secara Round Robin yang mana kami telah dibahagikankepada tujuh kumpulan kecil dan setiap ahli kumpulan diminta untuk mencari dan mengkaji tajuk yang telah ditetapkan. Selepas itu, kami dikehendaki membentangkan hasil carian dan maklumat tentang tajuk yang telah diberikankepada kumpulan lain. Antara tajuk yang dibincangkan adalah Akta 550 (1996),mandat, guru dan perundangan, pekeliling perkhidmatan, fungsi JPN dan sektor-sektor serta fungsi dan peranan PPD. Kumpulan saya ditugaskan untuk mencari maklumat mengenai PekelilingIkhtisas. Apa yang menariknya saya tidak mendengar istilah ini. Jadi, saya rasa sangat seronok untuk mencari maklumat tentang Pekeliling Ikhtisas dan bersemangat untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang lain. Apa yang saya faham Pekeliling Ikhtisas merupakan satu warta kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang diedarkan dari semasa ke semasa kepada warga pendidik. Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan bertujuan untuk member peringatan dan langkah keselamatan dan langkah kawalan dan pencegahan bagitujuan penjimatan dan salah guna. Selain itu, Surat Pekeliling Ikhtisas merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan. Seterusnya saya telah mendengar perkongsian tentang Pekeliling Perkhidmatan. Pekeliling Perkhidmatan merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan. Pekeliling Perkhidmatan juga merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam. Selain itu, saya telah mendengar perkongsian mengenai guru danperundangan. Pogram Bina Insan Guru kali ini adalah agak istimewa kerana kami diberi peluang untukmeninjau dalaman dan luaran sebuah sekolah yang antara yang terulung. Program lawatan penanda aras ini bertujuan mendedahkan kami kepada alam persekolahan yang sebenar yang mana pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan akan menjamin produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikan. Apabila sampai di SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, kami telah disambut dengan penuhmesra oleh warga SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin. Seterusnya, kami dibawa ke Bilik Gerakan yang begitu selesa untuk mendengar taklimat daripada En Harris, Penolong Kanan 1 . Beliau telah menerangkan tentang sejarah sekolah, kemudahan yang ada di SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, dan pencapaian SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin dalam bidang akademik mahupun sukan. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin mendapat pelbagai anugerah diperingkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Ini dapat menunjukkan betapa guru-guru di sekolah ini bekerja kuat demi mengharumkan nama sekolah. Antara usaha yang telah dilakukan untuk pembangunan sains ialahmembaik pulih makmal sains dengan menyediakan peralatan yang canggih,mewujudkan kolam ikan, dan menyediakan tempat pemeliharaan arnab .Langkah ini diambil bagi melatih murid-murid sekolah ini supaya berminat untukmenjadi usahawan. Selesai taklimat, kami telah dihidangkan dengan sedikit jamuan. Kemudian,pihak sekolah telah membawa rombongan kami melawat kawasan sekolah ini.Antara aktiviti yang dijalankan di SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin ialah tinjauan di sekitar kawasan sekolah. Kami telah melihat bilik darjah, perpustakaan, makmal sains,bilik guru, komputer, bilik darjah, pejabat, setor sukan, padang dan bilik yangmenyimpan pelbagai anugerah yang berjaya diraih oleh SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin .Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan oleh guru-guru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada kami untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyakmungkin sebelum bergelar guru agar kami lebih bersedia untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang. Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada sayatentang pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan gurubesar sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah ini supaya terus cemerlang. Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa 5 ini telah berjaya dicapai. Saya berharap program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.