Refleks1

3
Refleksi Saya bernama Sri Sanjay Kumar A/L Kumar daripada opsyen Pengajian Tamil semester 4PISMP ingin meluahkan isi hati saya terhadap kerja kursus EDU 3105. Saya berpendapat bahawa amat bertuah kali ini untuk belajar tentang teknologi maklumat yang sangat berguna untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran secara efektif. Saya sebagai bakal guru boleh mengaplikasikan pendekatan ini semasa mengajar murid- murid Salah satu topik yang paling saya suka dalam subjek tersebut adalah topik fotografi. Kemahiran ini menarik perhatian saya untuk mengetahui tentangnya secara mendalam. Tetapi disebabkan kesuntukkan masa saya dapat mempelajari serba sedikit tentang fotografi tersebut. Saya beryakin bahawa pengetahuan yang telah ditimba tersebut akan membantu saya semasa berkhidmat sebagai guru nanti. Tambahan pula, saya telah berjaya memyempurnakan tugasan fotografi yang merupakan salah satu kerja kursus EDU3105 dengan bimbingan pensyarah saya . Pensyarah saya telah membimbing saya dari segi penggunaan teknik yang sesuai semasa mengambil gambar. Penjelasan daripada pensyarah, memberikan saya satu alah tuju yang betul dan teratur untuk menyiapkan tugasan tersebut. Pada mulanya, saya tidak mengenali sedikitpun tentang aparture , Shulter speed , focusing , freezing dan sebagainya tetapi selepas menghadiri kuliah dan memegang kamera, saya telah mengetahui tentang perkara tersebut satu demi satu. Pada peringkat awal, saya mengalami kesukaran untuk menggunakan kamera kerana tidak pandai memilih aparture yang sesuai untuk mengambil sesuatu gambar. Oleh sebab saya tidak mahir dalam pemilihan aparture yang sesuai, saya telah mencuba banyak kali dengan mengambil gambar dan membezakan gambar gambar tersebut serta mengenalpasti aparture yang sesuai bagi sesuatu gambar tersebut. Hal ini mencungkil bakat saya untuk mengambil gambar yang cantik dengan menggunakan kaedah-kaedah yang diterapkan oleh pensyarah saya. Dalam tugasan tersebut diminta untuk mengambil sebanyak 10 keping gambar dengan menggunakan teknik-teknik yang diajar supaya dapat mengenalpasti samada kita tahu ataupun tidak tentang teknik yang diajar. Pada akhirnya dapat menghasilkan gambar-gambar cantik yang memiliki beberapa teknik. Sebelum menghasilkan gambar tersebut, saya

description

mnb

Transcript of Refleks1

Refleksi Saya bernama Sri Sanjay Kumar A/L Kumar daripada opsyen Pengajian Tamil semester 4PISMP ingin meluahkan isi hati saya terhadap kerja kursus EDU 3105. Saya berpendapat bahawa amat bertuah kali ini untuk belajar tentang teknologi maklumat yang sangat berguna untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran secara efektif. Saya sebagai bakal guru boleh mengaplikasikan pendekatan ini semasa mengajar murid-murid Salah satu topik yang paling saya suka dalam subjek tersebut adalah topik fotografi. Kemahiran ini menarik perhatian saya untuk mengetahui tentangnya secara mendalam. Tetapi disebabkan kesuntukkan masa saya dapat mempelajari serba sedikit tentang fotografi tersebut. Saya beryakin bahawa pengetahuan yang telah ditimba tersebut akan membantu saya semasa berkhidmat sebagai guru nanti. Tambahan pula, saya telah berjaya memyempurnakan tugasan fotografi yang merupakan salah satu kerja kursus EDU3105 dengan bimbingan pensyarah saya . Pensyarah saya telah membimbing saya dari segi penggunaan teknik yang sesuai semasa mengambil gambar. Penjelasan daripada pensyarah, memberikan saya satu alah tuju yang betul dan teratur untuk menyiapkan tugasan tersebut. Pada mulanya, saya tidak mengenali sedikitpun tentang aparture, Shulter speed, focusing, freezing dan sebagainya tetapi selepas menghadiri kuliah dan memegang kamera, saya telah mengetahui tentang perkara tersebut satu demi satu. Pada peringkat awal, saya mengalami kesukaran untuk menggunakan kamera kerana tidak pandai memilih aparture yang sesuai untuk mengambil sesuatu gambar. Oleh sebab saya tidak mahir dalam pemilihan aparture yang sesuai, saya telah mencuba banyak kali dengan mengambil gambar dan membezakan gambar gambar tersebut serta mengenalpasti aparture yang sesuai bagi sesuatu gambar tersebut. Hal ini mencungkil bakat saya untuk mengambil gambar yang cantik dengan menggunakan kaedah-kaedah yang diterapkan oleh pensyarah saya. Dalam tugasan tersebut diminta untuk mengambil sebanyak 10 keping gambar dengan menggunakan teknik-teknik yang diajar supaya dapat mengenalpasti samada kita tahu ataupun tidak tentang teknik yang diajar. Pada akhirnya dapat menghasilkan gambar-gambar cantik yang memiliki beberapa teknik. Sebelum menghasilkan gambar tersebut, saya telah mengambil banyak gambar yang tidak jadi dan jadi.Hasil daripada usaha mengambil banyak gambar tersebut, saya dapat juga memilih gambar yang sesuai digunakan untuk tugasan kerja kursus sebagai sampel gambar. Selain itu, saya juga telah mengetahui tentang posisi meletakkan kamera untuk mengambil gambar yang cantik dan menarik. Setahu saya, posisi kamera semasa mengambil gambar amat penting untuk menghasillkan gambar yang terang dengan menggunakan pelbagai teknik. Kemahiran yang saya telah mengetahui tersebut, membantu saya untuk menyempurnakan tugasan kerja kursus dengan berjaya. Justeru, saya juga telah mempelajari tentang cara mengawal zoom in dan zoom out semasa mengambil gambar. Perkara ini membantu saya untuk mengambil gambar yang dijarak jauh dan dijarak dekat supaya tidak perlu menggerakkan posisi kamera. Hal ini berdemikian kerana jika kita mengubah kedudukan kamera kemungkinan besar kita akan kehilangan sudut yang sesuai untuk mengambil gambar dan ia juga mengambil masa yang lama untuk mengatur balik kedudukan kamera. Seterusnya, saya juga telah dapat mempelajari penyesuaian cahaya dan jarak semasa mengambil gambar dengan mengawal aparture. Pada masa yang sama, saya tidak begitu mahir membuat perkara tersebut tetapi dapat mengawal setakat ambil gambar biasa. Perkara-perkara yang tersebut semua akan membantu saya untuk menyumbang sesuatu untuk sekolah yang saya akan berkhidmat nanti. Ia juga menimbulkan perasaan cinta akan alam sekitar dengan menikmati keindahan alam melalui mengambil gambar.Kesimpulannya, saya sebagai bakal guru akan mengaplikasikan teknik-teknik tersebut untuk menghiaskan premis prasekolah. Pada masa yang sama, kemahiran tersebut juga boleh menjadikan sebagai kerjaya kedua pada masa lapang supaya mencari rezeki. Selain itu, kita sebagai guru perlu mengetahui semua perkara yang amat berguna untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menjawab balik soalan pelajar-pelajar dan menjelaskan kekeliruan mereka. Oleh itu, kita perlu menyediakan diri kita sendiri dengan penuh ilmu pengetahuan. Jika berbuat demikian, kita boleh melahirkan masyarakat yang berkualiti dan berinovatif. Jika ada kerestuan tuhan, kita bolehlah menerapkan kemahiran tersebut sejak kecil dengan menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai. Sekian.