Refleks1 big

3
JAMALIAH BT AHMAT / PPG FEB2012/PI KUMP 1 BIG REFLEKSI Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya dan ahli kumpulan kami menjalankan aktivivti perkhemahan seperti yang diarahkan bagi tugasan projek untuk semester dua. Kami telah diarahkan supaya membuat perkhemahan selama tiga hari dua malam. Setelah mendapat penerangan dan bimbingan dari pensyarah, kami mula berbincang untuk menetapkan tarikh dan tempat yang sesuai bagi aktiviti perkhemahan yang hendak kami jalankan. Walaupun perkhemahan ini melibatkan murid-murid yang bermasalah sekolah rendah dan menengah Daerah Kulaijaya tetapi saya dan rakan-rakan tidaklah menghadapi banyak masalah yang ditimbulkan oleh pelajar-pelajar ini. Segala aktiviti yang dirancang dapat diikuti oleh mereka walaupun ada segelintir di antara mereka yang cuba mengelak dari mengikutinya. Antaranya ialah pelajar perempuan yang berpura-pura tidak boleh solat walhalnya mereka ini boleh melakukan ibadah tersebut tanpa keuzuran. Setelah mengenali pelajar-pelajar ini dengan lebih dekat saya dapati kebanyakkan pelajar yang saya temubual menghadapi masalah penceraian ibubapa dan ada yang ibu atau bapa mereka telah meninggal dunia. Saya benar-benar merasa terharu dan amat bersimpati dengan nasib mereka. Pada pendapat saya, hal inilah yang menyebabkan mereka menjadi agak liar semata-mata ingin mendapatkan perhatian dan kasih sayang dari guru-guru di sekolah.

Transcript of Refleks1 big

Page 1: Refleks1 big

JAMALIAH BT AHMAT / PPG FEB2012/PI KUMP 1 BIG

REFLEKSI

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya dan ahli

kumpulan kami menjalankan aktivivti perkhemahan seperti yang diarahkan bagi

tugasan projek untuk semester dua. Kami telah diarahkan supaya membuat

perkhemahan selama tiga hari dua malam. Setelah mendapat penerangan dan

bimbingan dari pensyarah, kami mula berbincang untuk menetapkan tarikh dan tempat

yang sesuai bagi aktiviti perkhemahan yang hendak kami jalankan.

Walaupun perkhemahan ini melibatkan murid-murid yang bermasalah sekolah rendah

dan menengah Daerah Kulaijaya tetapi saya dan rakan-rakan tidaklah menghadapi

banyak masalah yang ditimbulkan oleh pelajar-pelajar ini. Segala aktiviti yang dirancang

dapat diikuti oleh mereka walaupun ada segelintir di antara mereka yang cuba

mengelak dari mengikutinya. Antaranya ialah pelajar perempuan yang berpura-pura

tidak boleh solat walhalnya mereka ini boleh melakukan ibadah tersebut tanpa

keuzuran.

Setelah mengenali pelajar-pelajar ini dengan lebih dekat saya dapati kebanyakkan

pelajar yang saya temubual menghadapi masalah penceraian ibubapa dan ada yang

ibu atau bapa mereka telah meninggal dunia. Saya benar-benar merasa terharu dan

amat bersimpati dengan nasib mereka. Pada pendapat saya, hal inilah yang

menyebabkan mereka menjadi agak liar semata-mata ingin mendapatkan perhatian dan

kasih sayang dari guru-guru di sekolah.

Page 2: Refleks1 big

JAMALIAH BT AHMAT / PPG FEB2012/PI KUMP 1 BIG

sepanjang aktiviti ini dijalankan kami telah digabungkan dengan rakan-rakan guru dari

Daerah Kulaijaya dengan ini dapat kami berkenalan dan bertukar-tukar pendapat

bagaimana untuk menguruskan pelajar-pelajar bermasalah ini.

Antara aktiviti yang menarik sepanjang perkhemahan ini ialah aktiviti meredah

halangan. Ianya menarik bagi saya kerana saya memang berminat dengan aktiviti-

aktiviti lasak seperti ini.Selain itu, saya juga berminat dengan aktiviti LDK Muhasabah

diri dimana melalui aktiviti ini saya dapat memahami apa sebenarnya masalah yang

dihadapi oleh pelajar-pelajar ini serta dapat memberikan serba sedikit nasihat supaya

mereka boleh berubah menjadi anak-anak yang baik dan berjaya suatu hari nanti

insyaAllah.

Kelemahan yang terdapat semasa aktiviti perkhemahan ini dijalankan ialah dalam slot

mengenang jasa ibubapa pada malam ketiga kerana pada pendapat saya para peserta

telah keletihan pada siang hari dengan aktiviti meredah halangan.Jadi mereka kurang

memberikan tumpuan sewaktu slot ini dijalankan.Pada masa akan datang saya rasa

slot ini patut dimurnikan dengan teknik penyampaian yang lebih menarik.Antaranya

mereka mungkin boleh membina kad ucapan khas untuk ibubapa mereka dan

menyampaikan isi hati mereka di dalam kad tersebut. Ataupun ibubapa mereka

dijemput bersama-sama dalam slot tersebut.

Akhirnya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah, rakan sekuliah

dan fasilitator-fasilitator Daerah Kulaijaya yang telah memberikan kerjasama sepanjang

aktiviti perkhemahan ini dijalankan. Tidak saya lupakan juga kepada semua pelajar

Page 3: Refleks1 big

JAMALIAH BT AHMAT / PPG FEB2012/PI KUMP 1 BIG

yang terlibat dalam aktiviti ini. Saya mendoakan semuga mereka menjadi anak-anak

yang berjaya suatu hari nanti.

Sekian, terima kasih.