REFLEKSI

4
PSV 3063 PENDIDIKAN SENI VISUAL- MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAAN CHRISTINA YONG SUK HUONG REFLEKSI Sepanjang saya menjalankan tugasan PSV3063 iaitu Pendidikan Seni Visual – menggambar, membuat corak dan rekaan, banyak ilmu dan kemahiran telah saya pelajari. Mengikut tajuk kerja kursus yang diberi lebih menekankan kepada menghasilkan karya dengan pelbagai teknik yang terdapat dalam bidang menggambar dan membuat corak dan rekaan. Tugasan ini memerlukan pelajar menghasilkan sebuah karya yang bertemakan persekitaran manakala karya yang dihasilkan boleh digunakan sebagai hiasan. Selain daripada itu, saya dapat mempelajari bagaimana merancang mengurus masa, alat dan bahan yang sesuai dan berkesan semasa menjalankan aktiviti seni visual. Di samping itu, saya juga dapat menimba ilmu pengetahuan dan bagaimana merancang tugasan kerja kursus saya dengan lancar. Pada 4 Mac 2015, pensyarah saya telah memberi taklimat tentang tugasan projek ini. Langkah pertama dimulakan apabila arahan tugasan diberikan iaitu mengumpulkan maklumat berkaitan bidang menggambar dan membuat corak dan rekaan. Tugasan ini tidak terlalu rumit semasa mengumpulkan maklumat kerana hanya memerlukan gambar-gambar serta penerangan yang berkaitan dengan bidang menggambar dan membuat corak dan rekaan. Melalui proses mencari maklumat, saya telah menimba ilmu pengetahuan tentang bidang menggambar dan membuat corak dan rekaan dengan lebih mendalam.

description

psv

Transcript of REFLEKSI

PSV 3063

PSV 3063PENDIDIKAN SENI VISUAL- MENGGAMBAR, MEMBUAT CORAK DAN REKAANCHRISTINA YONG SUK HUONG

REFLEKSISepanjang saya menjalankan tugasan PSV3063 iaitu Pendidikan Seni Visual menggambar, membuat corak dan rekaan, banyak ilmu dan kemahiran telah saya pelajari. Mengikut tajuk kerja kursus yang diberi lebih menekankan kepada menghasilkan karya dengan pelbagai teknik yang terdapat dalam bidang menggambar dan membuat corak dan rekaan. Tugasan ini memerlukan pelajar menghasilkan sebuah karya yang bertemakan persekitaran manakala karya yang dihasilkan boleh digunakan sebagai hiasan. Selain daripada itu, saya dapat mempelajari bagaimana merancang mengurus masa, alat dan bahan yang sesuai dan berkesan semasa menjalankan aktiviti seni visual. Di samping itu, saya juga dapat menimba ilmu pengetahuan dan bagaimana merancang tugasan kerja kursus saya dengan lancar. Pada 4 Mac 2015, pensyarah saya telah memberi taklimat tentang tugasan projek ini. Langkah pertama dimulakan apabila arahan tugasan diberikan iaitu mengumpulkan maklumat berkaitan bidang menggambar dan membuat corak dan rekaan. Tugasan ini tidak terlalu rumit semasa mengumpulkan maklumat kerana hanya memerlukan gambar-gambar serta penerangan yang berkaitan dengan bidang menggambar dan membuat corak dan rekaan. Melalui proses mencari maklumat, saya telah menimba ilmu pengetahuan tentang bidang menggambar dan membuat corak dan rekaan dengan lebih mendalam. Selepas mengumpulkan maklumat, saya mula mencari contoh gambar karya dan teknik. Semasa mencari gambar, saya telah belajar tentang bagaimana mencampurkan pelbagai teknik dalam sebuah karya. Selain daripada itu, saya telah mengetahui bagaimana mencampurkan kedua-dua bidang dalam sebuah karya. Selepas itu, saya telah mencari gambar dengan memilih sumber ilham sebagai rujukan kepada karya saya. Berasaskan sumber ilham, saya telah memilih gambar-gambar untuk membuat enam belas olahan idea untuk karya saya. Kemudian, saya memilih salah satu olahan saya dipilih untuk menjadi pengzahiran idea saya. Melalui olahan yang dipilih, saya telah melakukan enam belas keping teknik dan kajian warna sebagai lakaran karya saya. Dalam proses ini, saya mempelajari pelbagai teknik dalam kedua-dua bidang ini untuk menghasilkan karya saya. Semasa menghasilkan karya ini, saya telah pilih media iaitu cat air untuk menghasilkan karya saya. Saya mengaplikasikan cat air dalam karya saya kerana saya suka warna cat air dan kesan lutsinarnya. Sebelum karya akhir dibuat, saya juga telah menyediakan langkah-langkah untuk menghasilkan karya untuk dijadikan karya akhir tersebut. Akhir sekali, saya telah menghasilkan segala yang saya perolehi ke atas kertas cat air untuk menjadikannya catan cat air. Segala ilmu dan maklumat yang saya perolehi sepanjang menyempurnakan tugasan ini sangat berguna dan membantu saya untuk lebih memahami berkaitan kedua-dua bidang ini iaitu bidang menggambar dan membuat corak dan rekaan. Manakala, saya juga lebih berpengalaman dan mahir dalam menghasilkan karya dengan pelbagai teknik. Sebelum menghasilkan tugasan ini, saya menghadapi cabaran kerana saya tidak mahir dalam menghasilkan catan walaupun saya merupakan major Pendidikan Seni Visual. Saya tidak yakin kerana takut tidak dapat menghasilkan karya saya seperti yang dirancangkan. Terutamana semasa mengaplikasikan pelbagai teknik ke atas kertas cat air untuk dijadikan karya akhir. Saya merasakan ia merupakan kerja yang paling rumit dan susah kerana tugasan ini menguji kesabaran dan ketelitian seseorang dalam menghasilkan sesebuah karya berbanding menyediakan maklumat dan mengolah lukisan di dalam kertas. Di samping itu, karya yang dihasilkan telah menggunakan pelbagai teknik iaitu teknik catan, teknik renjisan dan percikan dan teknik tiupan. Aliran yang saya gunakan untuk menghasilkan karya catan saya ialah naturalisme.. Kini, saya mula belajar betapa susahnya untuk menyiapkan sesebuah karya kerana ia memerlukan masa dan tenaga untuk menghasilkan sebuah karya. Melalui tugasan ini, saya telah mempelajari satu pengajaran. Usah memandang remeh dalam penghasilan sesebuah karya kerana ia merupakan kerja yang amat rumit dan memerlukan ketelitian serta kesabaran yang tinggi supaya karya yang bakal terhasil nanti mempunyai kualiti yang baik. Oleh itu, saya telah mempelajari banyak pengetahuan semasa menghasilkan karya catan ini. Selain daripada itu, saya juga dkehendaki membuat apresiasi seni tentang karya yang dihasilkan. Semasa proses apresiasi, saya perlu menghayati seni yang meangkumi aspek-aspek pengetahuan, membuat pertimbangan, pernyataan diskriminasi dan penghargaan terhadap karya seni. Sebenarnya, apresiasi seni tidak sukar kerana proses ini boleh diumpamakan sebagai memberi penghargaan terhadap karya seni. Apresiasi seni saya ditulis dengan konsep Feldman kerana konsep ini lebih susun dan jelas. Dengan bantuan pensyarah, saya telah mendapat lebih banyak idea semasa membuat apresiasi tentang karya saya. Kesimpulannya, banyak pengetahuan yang dapat saya timba melalui tugasan ini. Sebagai bakal pendidik dan juga bakal guru Pendidikan Seni Visual, banyak yang perlu saya pelajari dalam subjek ini kerana ia merupakan major saya dan juga banyak ilmu yang berguna yang saya dapat aplikasikan dalam pengajaran saya nanti. Melalui tugasan ini, saya mengetahui betapa penting mata pelajaran Pendidikan Seni Visual kepada pendidik dan juga pelajar dan negara. Pendidikan seni visual penting dalam melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonaliti yang beketrampilan dan professional. Sebagai bakal guru, saya juga telah menimba ilmu pengetahuan tentang bidang Pendidikan Seni Visual agar saya dapat mengajar murid pada masa yang akan datang.