Refleksi Saya

24
BIODATA NAMA PENUH : SUZZENE TIARA UNSANG NO. KAD PENGENALAN : 910203-13-5582 NO. MATRIK : 7001 UNIT : PISMP PEMULIHAN AMBILAN : JANUARI 2011 TARIKH LAHIR : 3 FEBRUARI 1991 BANGSA : IBAN NO. TELEFON : 012-8539093 EMAIL : [email protected]

description

ok

Transcript of Refleksi Saya

BIODATA

NAMA PENUH : SUZZENE TIARA UNSANG

NO. KAD PENGENALAN : 910203-13-5582

NO. MATRIK : 7001

UNIT : PISMP PEMULIHAN

AMBILAN : JANUARI 2011

TARIKH LAHIR : 3 FEBRUARI 1991

BANGSA : IBAN

NO. TELEFON : 012-8539093

EMAIL : [email protected]

BAHAGIAN 1CERAMAH

PENCERAMAH : EN. WAN MUHAMMAD BIN WAN MUDA

TAJUK : GURU DAN HUBUNGAN KOMUNITI

ISI KANDUNGAN

1. PENDAHULUAN

2. OBJEKTIF

3. REFLEKSI 4.1 KEPENTINGAN KEPADA DIRI SENDIRI4.2 KEPENTINGAN KEPADA KERJAYA4.3 KEPENTINGAN KEPADA ORGANISASI4.4 KEPENTINGAN KEPADA KOMUNITI

4. LAMPIRAN

1. PENGENALAN

Program Bina Insan Guru fasa dua telah dijalankan dan disertai oleh semua pelajar dari kumpulan PISMP Ambilan Januari 2011. Pada semester yang kedua ini, terdapat dua sesi yang perlu dilaksanaan untuk program ini iaitu sesi pertama ceramah bersama pensyarah jemputan dan bagi sesi kedua pula perkhidmatan dalam pendidikan dan masyarakat.

Bagi sesi pertama iaitu ceramah telah dijalankan pada 13 Julai 2011 bersamaan dengan hari Rabu yang bertempat di Dewan Al-Khwarizmi. Tajuk yang dipilih untuk dikongsikan bersama ialah Guru dan Hubungan Komuniti yang sememangnya penting kerana sebagai bakal guru yang akan berhadapan dengan masyarakat sekeliling haruslah pandai berkomunikasi serta mengadaptasi diri dengan orang yang ada di sekelilingnya.

Bagi sesi ceramah ini, kami telah menjemput pensyarah Institut Pendidikan Kampus Tawau ini sendiri iaitu Encik Wan Muhammad bin Wan Muda bagi menyampaikan info-info yang boleh kami aplikasi kelak. Program ini dijalankan adalah untuk mendedahkan pelajar dengan domain pembangunan diri insan guru yang seimbang dari semua aspek serta mempunyai karismanya tersendiri ketika berada di sekeliling masyarakat tempatan. Hal ini kerana hubungan seorang pendidik dan masyarakat setempat tersangatlah penting bagi memudahkan segala urusan yang melibatkan masyarakat terutama sekali para ibu bapa pelajar.

2. OBJEKTIF

Melalui Program Bina Insan Guru ini, pelajar akan dapat :

i. Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti serta mendekatkan diri dengan masyarakat.

ii. Menampilkan dan menghayati ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan nilai keguruan yang positif.

3. REFLEKSI

3.1 Kepentingan Kepada Diri SendiriSepanjang 3 jam sesi ceramah yang dijalankan di Dewan Al-Khawarizmi bersama dengan pensyarah jemputan, Encik Wan Muhammad bin Wan Muda banyak perkara yang telah saya pelajari. Berdasarkan tajuk ceramah yang disampaikan iaitu Guru dan Hubungan Komuniti telah membuka mata serta minda saya tentang pentingnya hubungan ini.

Sebagai seorang yang bakal bergelar guru, amatlah penting untuk saya memahami hubungan-hubungan yang bakal saya lalui semasa berkhidmat kelak. Melalui ceramah ini, saya telah mengetahui bahawa kerjaya sebagai seorang guru bukan hanya mengajar murid di dalam bilik darjah sahaja tetapi turut melibatkan masyarakat di sekeliling saya.

Melalui ceramah ini juga, saya difahamkan bahawa tempat tidak kira di bandar mahupun luar bandar mempunyai masyarakat yang berbeza dari segi pemikiran,budaya dan agama. Oleh itu amat perlu bagi saya untuk menyesuaikan diri kelak ketika berkhidmat sebagai seorang guru. Saya harus menjaga tingkah laku serta menyelami budaya masyarakat.

3.2 Kepentingan Kepada Kerjaya

Program BIG ini banyak memberikan informasi baru berkaitan dengan profesion saya. Saya juga telah memahami dengan lebih lanjut berkaitan dengan kerjaya saya sebagai seorang bakal guru terutama sekali lebih-lebih lagi berkaitan dengan hubungan guru dan masyarakat.

Kerjaya seorang guru sangat berkait rapat dengan hubungan masyarakat. Ini kerana guru haruslah mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat supaya sesuatu program atau aktiviti yang melibatkan pihak masyarakat dapat berjalan dengan lancar.3.3 Kepentingan Kepada Organisasi

Seperti apa yang ditekankan semasa ceramah ini, seorang guru perlu mengamalkan ciri-ciri seorang guru walaupun masih lagi menjalani latihan bermula dari sekarang. Antaranya ialah profesionalisme yang tinggi dan kemahiran dalam memimpin.

Aspek kepimpinan pula penting supaya hala tuju organisasi itu menjadi jelas dan setiap aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan jayanya. Seorang pemimpin yang baik dapat membawa orang lain untuk bekerjasama dalam satu bumbung dan menjelaskan tugas masing-masing agar perjalanan program berjalan dengan lancar.

Sesebuah organisasi haruslah bekerjasama antara satu sama yang lain bagi mencapai sesebuah objektif atau matlamat yang telah digubal. Oleh itu, bagi pihak sekolah dan saya yang bakal bergelar seorang pendidik kelak harus menjalinkan hubungan yang baik kerana tanpa masyarakat mustahil la sesebuah organisasi itu berjalan dengan lancar.

3.4 Kepentingan Kepada Komuniti

Bagi program ceramah ini, saya telah menjalinkan hubungan dengan komuniti seperti penceramah dan rakan-rakan dari unit lain. Melalui ceramah ini, saya dapat berkomunikasi secara dua hala dengan penceramah serta dapat mendengar padangan yang diberikan oleh rakan-rakan yang lain.

Hubungan ini terjalin semasa ceramah ini ialah semasa proses soal jawab di antara penceramah dan peserta. Soalan yang turut dikemukakan oleh rakan-rakan yang lain dapat juga membantu saya mengembangkan lagi pemikiran saya tentang dunia luar terutamanya berkaitan dengan profesion perguruan.

4. LAMPIRAN

Aktiviti : CeramahPenceramah : Encik Wan Muhammad bin Wan MudaTajuk : Guru dan Hubungan Komuniti

ISI KANDUNGAN

1. PENDAHULUAN

2. OBJEKTIF

3. PENGISIAN AKTIVITI

4. REFLEKSI 4.1 KEPENTINGAN KEPADA DIRI SENDIRI4.2 KEPENTINGAN KEPADA KERJAYA4.3 KEPENTINGAN KEPADA ORGANISASI4.4 KEPENTINGAN KEPADA KOMUNITI

5. PENUTUP

6. LAMPIRAN

1. PENDAHULUAN

Aktiviti ke-2 bagi Program Bina Insan Guru Fasa 2 yang telah kami jalankan ialah Khidmat Pendidikan di Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau. Aktiviti ini disertai oleh 41 orang dari Unit PISMP Pemulihan dan Unit PRA Sekolah.

Kami telah menjalankan aktiviti Khidmat Pendidikan ini pada 14 Julai 2011 bersamaan dengan hari Khamis. Manakala pelajar yang terlibat dalam aktiviti ini ialah dari Kelas Tahun 3 iaitu bersamaan dengan 106 Orang pelajar.

2. OBJEKTIF

1. Memenuhi sukatan pelajaran Bina Insan Guru fasa 2 (2011)2. Melatih guru pelatih menggunakan ilmu dan kemahiran dalam sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti melibatkan reality seorang guru.3. Mendekatkan diri dengan suasana sekolah melalui aktiviti yang dirancang.4. Menghayati konsep kerjaya guru sebagai ibadah.5. Memupuk semangat berpasukan dalam melaksanakan kerja secara berkumpulan.6. Menunjukkan kemahiran dalam pengurusan hubungan antara komuniti pendidik dengan masyarakat.7. Menilai kesusaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan.8. Membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.

3. PENGISIAN PROGRAM

Semua peserta seramai 41 orang bertolak dari institut pada jam 7 pagi dan tiba di Sekolah Kebangsaan Bahagia kira-kira jam 7.30 pagi. Semua peserta berkumpul di tempat yang telah disediakan oleh pihak sekolah bagi menjalankan aktiviti untuk program ini. Semua peserta diberi taklimat oleh pengerusi program sementara menunggu pelajar yang terlibat.

Bagi program kali ini, pelajar tahun 3 sebagai sasaran dan jumlah keseluruhan pelajar yang menyertai program ini seramai 104 orang. Pada jam 8.30 pagi, aktiviti dimulakan dengan sesi pemilihan ahli kumpulan yang terdiri daripada 10 orang pelajar dan 2 guru pelatih sebagai mentor. Program ini dimulakan dengan aktiviti ice-breaking.

Seterusnya aktiviti diteruskan dengan aktiviti mirror master yang dikelolakan oleh Nicholas Amid. Bagi program ini, kami telah merancang aktiviti menggunakan sistem stesen iaitu terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan di setiap stesen. Manakala bagi objektif aktiviti yang dirancang lebih berfokus pada aktiviti yang berkaitan dengan pelajaran kerana kumpulan kami berharap agar pelajar yang menjadi peserta mendapat pengalaman yang bermakna.

Program ini dijalankan mengikut masa persekolah iaitu bermula dari jam 7 pagi hingga jam 12 tengah hari. Tepat jam 10 pagi, pelajar-pelajar dilepaskan untuk berehat dan berkumpul semula kira-kira jam 10.30 pagi. Program disambung lagi aktiviti yang telah dirancang dan habis kira-kira jam 11.30 pagi bagi memberi ruang kepada Majlis Penutupan yang disertai oleh pensyarah dari institut serta pihak dari sekolah itu sendiri.

4. REFLEKSI

4.1 Kepentingan Kepada Diri Sendiri

Sepanjang program BIG di Sekolah Kebangsaan Bahagia, antara pengalaman yang saya perolehi adalah cara untuk mengawal murid-murid di dalam kelas lebih-lebih lagi murid kelas Pemulihan. Ini penting bagi seorang guru semasa hendak menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas nanti.Mengawal kelas yang mempunyai bilangan murid yang ramai bukanlah senang seperti yang dijangkakan oleh saya selama ini. Ia memerlukan kesabaran dan daya kepimpinan yang tinggi. Menyedari hakikat ini, saya bukan sahaja perlu menyiapkan diri saya dengan ilmu pengetahuan berunsurkan akademik sahaja tetapi juga perlu bersiap sedia dengan cara mengawal pengawalan kelas yang baik dan betul.Selain itu, saya mendapat pengalaman yang baru dengan berkomunikasi dan berinteraksi dengan murid-murid di sekolah rendah tersebut. Saya mempelajari gaya yang sepatutnya dilakukan dan ditunjukkan bukan kepada murid sahaja tetapi juga kepada masyarakat dalam sekolah. Contohnya, saya mempelajari cara untuk bercakap dengan murid dengan penggunaan bahasa yang sesuai mengikut pemahaman murid-murid tersebut. Ini kerana tahap penggunaan bahasa bagi murid-murid tahap 1 masih belum mencapai tahap pemahaman yang cukup matang lebih-lebih lagi apabila terdapat murid kelas Pemulihan dalam kelompok tersebut.Penggunaan bahasa yang kasar amatlah tidak sesuai teruatamanya kepada murid yang berusia 9 tahun ke bawah kerana tahap emosi mereka pada tahap ini belum lagi stabil. Ini juga merupakan satu aspek yang penting dalam memahami murid-,murid. Pengalaman yang mereka alami semasa program ini mungkin akan kekal di ingatan mereka sehinggalah mereka meningkat dewasa dan berkemungkinan untuk mempengaruhi mereka untuk berubah menjadi insan yang berguna. Demikianlah perkara-perkara yang perlu dititkberatkan oleh seorang guru, bukan setakat mengajar sahaja yang menjadi keutamaan. 4.2 Kepentingan Kepada Kerjaya

Apabila melihat kepada keadaan yang bakal berlaku kepada kami ataupun guru di sekolah, sudah pasti kerjaya ini merupakan satu benda yang sangat merumitkan. Ia bukan sahaja menguji pengetahuan dan fizikal seorang guru itu tetapi juga emosi guru. Walaubagaimanapun, matlamat keseluruhan BIG ini adalah untuk mendedahkan saya kepada keadaan yang bakal dialami oleh seorang guru di sekolah dan amatlah penting untuk menghayati kerjaya ini. Sebagai seorang bakal guru, amatlah penting bagi saya untuk mempelajari cara menguruskan kelas secara perlahan-lahan agar kita mampu untuk melaksakan pengajaran kita di sekolah kelak. Oleh itu, saya bersyukur kerana pihak IPG memberi saya peluang untuk mempelajari kemahiran-kemahiran yang sukar dicari ini. Apa yang boleh saya katakana adalah, saya percaya kerjaya sebagai seorang guru adalah kerjaya yang sangat unik, mulia dan bermakna kerana kita dapat membuat perubahan kepada murid-murid dan generasi yang akan datang. Guru boleh diumpakan sebagai penerang bagi jalan gelap murid-murid yang masih lagi mencari-cara jalan kehidupan mereka. Apabila murid kita berjaya di dalam hidup mereka, saat itulah merupakan saat yang paling menggembirakan dalam hidup kita sebagai seorang pendidik nanti.

4.3 Kepentingan Kepada Organisasi

Walaupun program ini nampak seperti sempurna tetapi kami tetap menghadapi pelbagai kesulitan semasa merancangnya. Salah satu masalah yang kami hadapi adalah ketidaksefahaman sesame sendiri pada waktu permulaan perancangan program. Sememangnya tidak dinafikan setiap orang mempunyai pandangan mereka sendiri terhadap perjalanan program ini dan melalui perbincangan, kami berjaya menjalankan program ini dengan satu keputusan bersama. Apabila berada dalam satu organisasi, sudah semestinya kita tidak dapat mengelak untuk berselisih pendapat dengan orang lain. Namun, sebagai seorang guru, kita hendaklah bersikap profesional dan mengetepikan masalah peribadi di dalam kerjaya kita kerana ini akan memudahkan lagi keadaan. Kita perlu mencuba sebaik mungkin untuk mengelak daripada terlibat dengan masalah yang boleh mengganggu hubungan sesama sendiri, hubungan dengan orang lain, ataupun kerjaya sendiri pada masa yang akan datang.

4.3 Kepentingan Kepada KomunitiDalam sesebuah komuniti atau masyarakat, seorang guru memainkan peranan yang sangat besar. Semasa program ini, kami secara tidak langsung dapat bergaul dengan komuniti luar selain daripada komuniti pihak Institut Perguruan sendiri iaitu komuniti di Sekolah Kebangsaan Bahagia. Melalui ini, kami mendapat peluang untuk mempelajari sesuatu yang baru dan sering dihadapi oleh mereka. Role-model ataupun teladan kepada masyarakat sememangnya tidak lari daripada kerjaya seorang guru itu. Oleh itu, guru hendaklah pandai menjaga diri mereka dengan membawa pembawaan kendiri yang baik dan menonjolkan daya kepimpinan yang cemerlang semasa mendidik. Sesiapa sahaja boleh mendidik tetapi guru adalah yang paling cemerlang di antara semua kerjaya ini. Masyarakat mengharapkan golongan guru sebegini wujud untuk menjadi penyebar ilmu kepada masyarakat. Guru perlu berusaha untuk menimba ilmu sebagai wadah untuk generasi celik pada masa akan datang. Guru juga perlu memberi sokongan moral bagi mendorong murid-murid untuk terus berusaha menimba ilmu dan supaya murid tidak bergantung kepada guru semata-mata ataupun merupakan pembelajaran tidak formal. Ilmu berada di mana-mana dan masyarakat perlulah berusaha untuk menimbanya sebanyak mungkin. Begitu juga kepada guru, mereka haruslah berusaha untuk memperkembangkan ilmu mereka supaya guru dapat memperkembangkan ilmu di kalangan masyarakat khasnya kepada murid-murid di sekolah.

4. LAMPIRANPerkhidmatan dalam Pendidikan di S.K Bahagia

Taklimat pendek sewaktu Majlis Penutupan daripada saudara Amzani.

Tayangan pendek daripada unit Pengajian Sosial.

Sesi ice-breaking murid-murid secara sukarela

Antara stesen permainan yang disediakan oleh Unit Pemulihan.

Set induksi sebelum aktiviti bermula.

Acara sukaneka bermula dan dibantu oleh fasilitator kumpulan.

5. PENUTUP

Secara kesimpulannya, program BIG pada kali ini membawa satu kelainan kepada kami berbanding program BIG yang telah kami laksanakan pada semester sebelum ini. Pada semester yang lalu, iaitu BIG siri 1/2010, kami telah mengikuti perkhemahan dan mengadakan pelbagai aktiviti yang mencabar mental dan fizikal kami. Walaubagaimanapun, Bina Insan Guru siri 2/2010 ini lebih kepada ceramah dan perkhidmatan kepada komuniti di tempat-tempat yang dipilih. Kedua-dua program yang kami jalani pada semester ini mempunya tujuan dan matlamat yang tersendiri. Secara umumnya, program Bina Insan Guru ini bertujuan untuk membentuk modal insan guru yang seimbang dari segala aspek iaitu JERIS. Pada mulanya saya tidak yakin untuk menghadapi situasi di sekolah apabila saya menjadi guru kelak, ditambah lagi dengan kehendak sekolah yang masih lagi baru bagi kami. Namun semua ini boleh dipelajari sekiranya kita mempunyai kesungguhan dalam menuntut ilmu. Saya bertambah yakin untuk menjalani kerjaya sebagai seorang guru melalui program sebegini.

Selain itu, saya memperoleh pengalaman baru dari segi pengurusan dan nilai kerjasama merupakan satu nilai yang sangat ditekankan dalam setiap BIG terutama sekali BIG Fasa 2 ini. Tanpa kerjasama di antara satu sama lain, mustahil program yang dirancang itu dapat dijalankan dengan lancar dan segala yang dirancang perlulah mendapat sokongan daripada semua pihak. Dengan itu, baru wujud kesatuan yang membawa kepada kelancaran setiap program yang dilaksanakan.