refleksi

4
REFLEKSI INDIVIDU NAMA : Dhurriswary A/P Manikkam No K/P : 910907-05-5150 Saya serta rakan sekumpulan saya Kavithrra A/P Wasudaven telah dikehendaki untuk merancang satu aktiviti permainan yang sedia ada (selalu dimainkan) untuk kanak-kanak dalam lingkungan umur 7-12 tahun. Sehubung dengan itu, kami telah bercadang untuk melaksanakan 3 jenis aktiviti iaitu Mini Bowling. Bucket Toss dan Isi Air dalam Botol. Sepertimana yang dirancangkan, Program Jom Sihat telah dijalankan pada hari Khamis, 5 Mac 2015 pada pukul 9.30 pagi di Sekolah Kebangsaan Seri Perlis. Semasa menjalankan tugasan psikososial sukan ini, saya dapat mengesan beberapa kebaikan dan kelemahan dalam tugasan saya. Antaranya adalah seperti berikut: Kebaikan Melalui tugasan Psikososial Sukan (PJM3172) ini, pelbagai kebaikan telah diperolehi. Bagi bahagian penulisan esei pula, saya telah mengasah Bahasa Melayu saya kerana bahan- bahan carian bagi subjek psikososial ini kebanyakkan dalam Bahasa Inggeris. Disamping itu, ini merupakan kali kedua saya menyediakan Kertas Kerja Cadangan bagi sesuatu aktiviti atau program yang dicadangkan. Saya telah memperbaiki cara-cara penyediaan kertas cadangan bagi sesuatu aktiviti sukan. Ini akan membantu saya apabila saya diberikan jawatan Setiausaha di sekolah nanti. Selain itu, saya turut mempelajari proses pelaksanaan sesuatu aktiviti sukan bagi kumpulan yang kecil iaitu seramai 6 orang. Saya dapat melihat pengurusan aktiviti Jom Sihat ini dapat dijalankan secara konsisten dan sistematik dan tepati masa yang

Transcript of refleksi

REFLEKSI INDIVIDUNAMA: Dhurriswary A/P ManikkamNo K/P: 910907-05-5150Saya serta rakan sekumpulan saya Kavithrra A/P Wasudaven telah dikehendaki untuk merancang satu aktiviti permainan yang sedia ada (selalu dimainkan) untuk kanak-kanak dalam lingkungan umur 7-12 tahun. Sehubung dengan itu, kami telah bercadang untuk melaksanakan 3 jenis aktiviti iaitu Mini Bowling. Bucket Toss dan Isi Air dalam Botol. Sepertimana yang dirancangkan, Program Jom Sihat telah dijalankan pada hari Khamis, 5 Mac 2015 pada pukul 9.30 pagi di Sekolah Kebangsaan Seri Perlis. Semasa menjalankan tugasan psikososial sukan ini, saya dapat mengesan beberapa kebaikan dan kelemahan dalam tugasan saya. Antaranya adalah seperti berikut:KebaikanMelalui tugasan Psikososial Sukan (PJM3172) ini, pelbagai kebaikan telah diperolehi. Bagi bahagian penulisan esei pula, saya telah mengasah Bahasa Melayu saya kerana bahan- bahan carian bagi subjek psikososial ini kebanyakkan dalam Bahasa Inggeris. Disamping itu, ini merupakan kali kedua saya menyediakan Kertas Kerja Cadangan bagi sesuatu aktiviti atau program yang dicadangkan. Saya telah memperbaiki cara-cara penyediaan kertas cadangan bagi sesuatu aktiviti sukan. Ini akan membantu saya apabila saya diberikan jawatan Setiausaha di sekolah nanti. Selain itu, saya turut mempelajari proses pelaksanaan sesuatu aktiviti sukan bagi kumpulan yang kecil iaitu seramai 6 orang. Saya dapat melihat pengurusan aktiviti Jom Sihat ini dapat dijalankan secara konsisten dan sistematik dan tepati masa yang dikehendaki. Aktiviti yang dipilih ini adalah mengikut tahap penguasaan murid tahun 1 kerana ini dapat dibuktikan melalui penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti. Saya juga mendapati murid-murid dapat mewujudkan hubungan yang rapat serta daapt berkomunikasi serta memberi sokongan padu kepada rakan sepasukan mereka. Daripada ini sayatelah membuktikan kehendak tugasan projek yang diberi serta dapat menyatakan bahawa aktiviti yang dipilih untuk Program Jom Sihat ini adalah mengikut tahap kemampuan murid dan sekali gus memenuhi hasrat FPK.

Disamping itu, tugasan Psikososial Sukan (PJM3172) ini memerlukan bukti pelaksanaan Program Jom Sihat dalam bentuk rakaman video. Oleh itu, kami dikehendaki untuk merakam video dan mengeditnya menjadi satu video yang menarik. Kami telah menggunakan Windows Live Movie Maker untuk membuat suntikan pada video pelaksanaan program kami. Disebabkan kemahiran pengunaan video editor yang kurang, saya telah mencari cara-cara penggunaan Windows Live Media Player di youtube sebagai panduan saya untuk mengedit video aktiviti tersebut. Ini telah membantu saya untuk mempelajari cara pengeditan video yang betul, tepat dan menarik. KelemahanAntara kelemahan- kelemahan yang dikenalpasti sepanjang pelaksanaan program ataupun tugasan ini adalah bahagian penulisan esei. Saya telah mengalami kesukaran untuk mengolah dan menterjemahkan bahan-bahan dapatan daripada Bahasa inggeris ke Bahasa melayu. Hal ini kerana, kebanyakan buku-buku Psikologi Sukan dan juga carian dalam internet adalah dalam Bahasa Inggeris. Oleh hal demikian, saya mengambil masa yang lama untuk menyiapkan penulisan esei saya. Semasa pengendalian Program Jom Sihat adalah, penguasaan muridtahun satu kurang mahir untuk membuat sasaran. Hal ini dapat diketahui daripada permainan Mini Bowling di mana hanya 2 daripada 6 orang murid yang dapat memungut mata bagi permainan tersebut.

Cadangan PenambahbaikkanPenambahbaikan yang saya rasa perlu saya buat untuk menjalankan aktiviti sukan dengan baik adalah mengadakan aktiviti atau permainan kategori sasaran yang dapat mengatasi masalah sasaran tersebut. Selain itu ia bukan sahaja membantu dalam mengenalpasti strategi yang betul malah melatih murid untuk lebih berfokus. Dengan ini, murid- murid bukan sahaja dapat berjaya dalam kokurikulum, ia juga dapat membantu dalam pencapaian kurikulum.

jurnalAlbert J. Petitpas, Allen E. Cornelius, Judy L. Van Raalte, and Tiffany Jones. (2005). A Framework for Planning Youth Sport Programs That Foster PsychosocialDevelopment. The Sport Psychologist, 2005, 19, 63-80. Human KineticsPublishers, Inc.

YoutubeHow to use Windows Live Movie Maker Windows 8.1 (2014, Jun 9). Diperoleh daripada Laman web Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=gGUvnsF6wyADiakses pada 10 Mac 2015.