Refleksi Al Quran

download Refleksi Al Quran

of 3

Transcript of Refleksi Al Quran

  • 7/23/2019 Refleksi Al Quran

    1/3

    Sebelum menjalankan kerja kursus ini, saya masih samar-samar

    tentang pengertian Al-Quran yang sebenar, pengertian hukum tajwid, cara

    menyebut huruf-huruf dengan betul dan kemahiran asas hukum tajwid.

    Setelah mendapat tugasan ini, saya dan kumpulan telah mencari beberapa

    bahan rujukan yang boleh dijadikan bahan semasa menjalankan kerja kursus

    ini. Banyak perbincangan yang telah kami jalankan bagi mendapat kesahihan

    maklumat dan memastikan maklumat yang ingin kami tulis adalah tepat.

    Terdapat beberapa halangan yang telah kami hadapi semasa

    menjalankan proses penulisan kerja kursus ini seperti kehilangan sumber

    rujukan, bahan rujukan yang kurang jelas tentang penerangan dan

    sebagainya. amun kami tetap tidak berputus asa dan terus memintapertolongan dari pensyarah-pensyarah untuk kami jadikan rujukan.

    Setelah menjalankan kerja kursus berkumpulan ini, terdapat pelbagai

    perkara yang telah saya pelajari dam bidang hukum tajwid, makhraj huruf,

    pengertian, cara bacaan dan hukum-hukum asas tajwid. Berdasarkan kerja

    kursus yang telah dijalankan kan, apa yang telah saya pelajari ialah Al-Quran

    adalah kitab suci bagi umat islam. Selain kitab suci, al-Quran juga

    merupakan sumber hukum utama dalam ajaran agama islam. Al-Quranmengandungi tentang wahyu-wahyu Allah swt yang diturunkan kepada nabi

    !uhammad saw melalui perantaraan malaikat jibril.

    Al-Quran memiliki kedudukan yang sangat tinggi bagi penganut agama

    islam, sehingga umat islam akan sangat marah apabila ada orang atau pihak

    yang mencuba melecehkan A-lQuran. Saya juga telah mempelajarai bahawa

    Al-Quran menurut istilah "terminologi# ialah $rman Allah yang berbentuk

    mukji%at, diturunkan kepada nabi terakhir, melalui malaikat jibril yang

    tertulis dalam di dalam mushahif, yang diriwayatkan kepada kita dengan

    mutawatir, merupakan ibadah bila membacanya, dimulai dengan surat al-

    &atihah dan diakhiri dengan surat an-aas. Secara kesimpulannya saya

    mendapati bahawa Al-Quran sebenarnya memiliki pengertian yang sangat

    http://id.wikipedia.org/wiki/Jibrilhttp://id.wikipedia.org/wiki/Jibril
  • 7/23/2019 Refleksi Al Quran

    2/3

    luas, ia tidak hanya terpaku pada satu pengertian, masih banyak pengertian

    lain tentang al-Quran menurut para ahli.

    Selain dari pengetahuan tentang pengertiajn Al-Quran saya juga

    memperolehi pengertian tentang hukum-hukum tajwid. Apa yang telah saya

    dapat ialah dari segi bahasa hukum tajwid bermaksud memperelokkan.

    Secara kesimpulannya hukum tajwid bermakna menyebut huruf-huruf

    menurut sifat asalnya satu persatu dan melafa%kan setiap huruf itu dengan

    lafa% yang betul dan menuturkannya secara sempurna' bukan dengan

    paksaan, tergesa-gesa atau berlebih-lebihan.

    Saya dan juga telah mempelajari bahawa Al-Quran adalah kitab Allah

    yang diturunkan di dalam Bahasa Arab yang perlu kepada kita yang bukan

    berbangsa Arab untuk mempelajari Al-Quran secara berguru. (ni kerana

    banyak sebutan yang dilafa%kan di dalam Bahasa Arab tidak didapati di

    dalam Bahasa !elayu dan sebutan !elayu ada yang tidak dilafa%kan di

    dalam Bahasa Arab.

    )leh demikian kita perlu mengenali makhraj dan sifat-sifat huruf untuk

    menentukan bacaan kita betul atau tidak. *erlu diingatkan bahawa

    mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah tetapi, mengamalkanya ketika

    membaca Al-Quran adalah fardhu ain. !empelajari ilmu ini lidah kita akan

    terselamat dan terpelihara daripada kesalahan membaca dan menyebut

    huruf-huruf Al-Quran .

    Selain itu kami juga telah memperolehi tentang sifat-sifat huruf. +ari

    segi istilah sifat huruf adalah sifat yang baru datang pada saat huruf itu

    keluar dari makhrajnya, yaitu jelas, lunak dan sebagainya Tujuan

    mempelajari sifat-sifat huruf adalah agar huruf yang keluar dari mulut kita

    semakin sesuai dengan keaslian huruf-huruf Al-Quran itu sendiri. !elalui

    sifatnya, seseorang itu akan mampu membe%akan suatu huruf, dengan

    keadaan pengucapan seperti tertahan, berdesing, melantun dan sebagainya.

  • 7/23/2019 Refleksi Al Quran

    3/3

    Saya mempelejari bahawa kelebihan memahami sifat huruf ini adalah

    sebagai pelengkap kepada makhraj. +engan mengetahui sifatnya, kita dapat

    membe%akan lafa% pengucapan bagi huruf yang makhrojnya sama.

    Tambahan pula, saya dapat mengenal huruf yang kuat dan lemah atau huruf

    yang dilafa%kan secara tebal dan tipis kerana sifat yang wujud pada

    hurufnya. Saya juga mempelajarai sifat huruf juga membantu ketepatan

    sebutan suatu huruf supaya dapat dilafa%kan dengan betul, terutamanya

    bagi huruf yang hampir sama pengucapannya seperti huruf tha "# dengan

    sin "#, ha "/# dengan ha "0#.

    Setelah selesai menjalankan kerja kursus ini, saya dan kumpulan telah

    mempelajari pelbagai perkara terutamanya dalam sebutan makhraj-makhrajhuruf yang sangat penting untuk dipelajari bagi memastikan bacaan Al-

    Quran adalah betul dan mengikut hukum-hukum tajwid yang ada. Banyak

    benda baru yang telah kami pelajari hasil dari penulisan kerja kursus ini.