Refleksi Big Sem 6
description
Transcript of Refleksi Big Sem 6
Nama : Salbiah Binti Rahman
No K/P : 890621-13-5686
Opsyen :PISMP BAHASA MELAYU AMB JAN 2010
REFLEKSI LAWATAN PENANDA ARAS ( BENCHMARKING )
PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN
PROGRAM BINA INSAN GURU FASA VI
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Illahi kerana saya telah berjaya
melaksanakan Bina Insan Guru(BIG) Fasa 5 bagi tahun 2012 pada 19 Julai 2012 yang
lalu. Program BIG Penanda Arasan (Benchmark) Pengurusan dan Pentadbiran yang
telah kami lalui ini telah dilaksanakan di Pejabat Pelajaran Daerah Tambunan ini benar-
benar telah memberi saya banyak input dan impak yang amat berguna kepada saya
untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian terutamanya kehidupan saya dalam
profesion perguruan.
Terdapat tiga fasa yang saya lalui dalam program ini iaitu fasa sebelum, semasa
dan selepas menghadiri program BIG.
Fasa yang pertama iaitu sebelum ke Pejabat Pelajaran Daerah Tambunan.
Sebelum memulakan perjalanan pelbagai persediaan yang perlu dilakukan di IPG untuk
memastikan kelancaran perjalanan program. Seperti biasa mesyuarat kerap dilakukan
kerana program ini melibatkan dua kelas iaitu PISMP Bahasa Melayu dan PISMP
Pemulihan. Pembahagian tugas perlu dilakukan dan saya diamanahkan sebagai
Setiausaha Program. Sebagai Setiausaha banyak perkara yang perlu diselesaikan.
Walau bagaimanapun, semuanya dapat berjalan dengan lancar dengan berkat
kerjasama dan sokongan semua pihak.
Fasa yang kedua pula ialah semasa program BIG ini berlangsung. Semasa
program penanda arasanbenchmark ini bukan sahaja telah mengajar saya tentang
pengurusan pentadbiran pendidikan. Pejabat Pelajaran Daerah Tambunan telah
mendedahkan pelbagai unit yang masing-masing mempunyai tugas mereka. Setiap unit
memikul tanggungjawab serta komitmen yang tinggi demi perkembangan pendidikan di
Daerah Tambunan. Sehubungan dengan itu juga, pihak PPD juga membuka mata guru
pelatih tugas dan tanggungjawab seseorang pegawai yang bertugas di pejabat
pelajaran yang bukan hanya duduk di pejabat tetapi perlu juga turun padang untuk
membantu sekolah-sekolah atau guru-guru yang memerlukan perkhidmatan bantu atau
bantuselia.
Fasa terakhir ialah selepas program BIG ini. Seperti fasa-fasa yang lain, refleksi
kendiri harus dibuat untuk pelaporan bagi setiap aktiviti. Bagi saya , refleksi ini adalah
penting kerana melalui refleksi saya dapat memahami apa yang telah saya pelajari
sepanjang saya menjalani program ini. Bukan itu sahaja, melalui refleksi saya dapat
menyedari kelemahan dan cuba untuk memperbaikinya.
Secara keseluruhannya, program BIG ini telah berjaya membuat saya untuk
reflek kembali kelemahan diri dan cuba mengaitkan tujuan setiap aktiviti tersebut
dengan kehidupan sebenar yang akan saya hadapi apabila keluar mengajar kelak.