Refleksi Edu 3093

4
[DOCUMENT TITLE] 1 TAJUK/ISU EDU 3093 – GURU DAN CABARAN SEMASA KEKUATAN Pada semester ini, saya telah melaksanakan tugasan bagi subjek Guru dan Cabaran Semasa (EDU 3093). Dalam tugasan ini, terdapat dua sub tugasan yang telah diberikan iaitu tugasan pertama iaitu tugasan individu berkaitan dengan ulasan kritis pengajaran guru di sekolah rendah dalam mengaplikasikan strategi pengajaran inovatif. Tugasan kedua pula iaitu tugasan berkumpulan berkaitan dengan portfolio mengenai strategi pengajaran inovatif. Subjek ini merupakan antara subjek yang agak sukar kerana terdapat banyak sub topik yang perlu dipelajari. Justeru itu, kemahiran mengingat amat penting semasa mempelajari subjek ini. Semasa melaksanakan tugasan subjek ini, saya telah merujuk banyak bahan daripada buku mahupun laman sesawang. Justeru itu, dari aspek pemerolehan maklumat, saya tidak mengalami masalah yang besar. Walaupun pada sebelum ini saya telah mempelajari tentang topik-topik yang ada dalam subjek ini, namun bukan secara menyeluruh dan lebih mendalam seperti dalam pada semester ini. Tambahan pula, saya bersyukur kerana pensyarah dan rakan-rakan turut membantu sewaktu saya mempunyai persoalan mengenai tugasan ini. Tugasan bagi subjek ini telah memberikan saya

description

EDU 3093

Transcript of Refleksi Edu 3093

Page 1: Refleksi Edu 3093

[Document title]1

TAJUK/ISU

EDU 3093 – GURU DAN CABARAN SEMASA

KEKUATAN

Pada semester ini, saya telah melaksanakan tugasan bagi subjek Guru dan

Cabaran Semasa (EDU 3093). Dalam tugasan ini, terdapat dua sub tugasan yang

telah diberikan iaitu tugasan pertama iaitu tugasan individu berkaitan dengan

ulasan kritis pengajaran guru di sekolah rendah dalam mengaplikasikan strategi

pengajaran inovatif. Tugasan kedua pula iaitu tugasan berkumpulan berkaitan

dengan portfolio mengenai strategi pengajaran inovatif.

Subjek ini merupakan antara subjek yang agak sukar kerana terdapat

banyak sub topik yang perlu dipelajari. Justeru itu, kemahiran mengingat amat

penting semasa mempelajari subjek ini. Semasa melaksanakan tugasan subjek ini,

saya telah merujuk banyak bahan daripada buku mahupun laman sesawang.

Justeru itu, dari aspek pemerolehan maklumat, saya tidak mengalami masalah

yang besar. Walaupun pada sebelum ini saya telah mempelajari tentang topik-

topik yang ada dalam subjek ini, namun bukan secara menyeluruh dan lebih

mendalam seperti dalam pada semester ini. Tambahan pula, saya bersyukur

kerana pensyarah dan rakan-rakan turut membantu sewaktu saya mempunyai

persoalan mengenai tugasan ini.

Tugasan bagi subjek ini telah memberikan saya pengetahuan yang lebih

mendalam mengenai Guru dan Cabaran Semasa. Melalui subjek ini, saya tahu

mengenai strategi-strategi pengajaran inovatif. Antaranya ialah kreatif dan inovatif,

daya imaginasi yang tinggi, mengenali dan menjiwai ciri-ciri diri murid, strategi

pengajaran yang meliputi pendekatan dan teknik penyampaian pengajaran,

pemilihan dan aplikasi media pengajaran dan unsur kecindan yang mampu

menarik perhatian murid dalam sesi pdp. Subjek ini merupakan antara ilmu yang

harus dikuasai oleh seseorang guru itu kerana ilmu dalam subjek ini merupakan

sesuatu yang sangat berguna apabila berhadapan dengan murid-murid kelak.

Page 2: Refleksi Edu 3093

[Document title]2

Mengajar murid-murid yang mempunyai pelbagai latar belakang dan sikap

banyak memberi cabaran kepada guru-guru kerana saban hari guru akan

berhadapan dengan masalah–masalah murid yang pelbagai dan berbeza–beza

keadaan dan tahap perkembangan serta kematangan. Dalam mengawal dan

mengekang tingkah laku kepelbagaian murid ini memerlukan cara dan kaedah

yang sesuai kerana sekiranya tersalah menggunakan kaedah, hal ini akan

memberikan kesan yang negatif dan impak berpanjangan kepada murid ini seperti

perasaan diri tidak disenangi, disisihkan dan sebagainya.

Justeru itu, berdasarkan kerja kursus ini, ilmu-ilmu berkaitan dengan

pengajaran inovatif memberi banyak faedahnya kepada guru khususnya saya

sendiri yang akan bergelar guru kelak. Melalui pembacaan dan perbincangan

bersama rakan-rakan dalam menyempurnakan tugasan ini, saya mendapat input

yang sangat berguna yang boleh diaplikasikan di sekolah kelak.

KELEMAHAN

Antara kelemahan yang saya hadapi semasa melaksanakan tugasan ini

ialah berkenaan dengan kekangan masa yang sangat padat. Semasa

melaksanakan tugasan ini, saya perlu menyiapkan laporan Penyelidikan Tindakan

saya. Maka, tugasan bagi subjek ini bertindih dengan tugasan lain. Hal ini

menyebabkan kelewatan dalam memulakan tugasan ini. Selain itu, terdapat juga

tugasan-tugasan daripada subjek lain yang harus diselesaikan dengan secepat

yang mungkin. Walaupun perkara-perkara ini merupakan sesuatu yang sudah

biasa dilalui pada setiap semester, namun faktor ini merupakan antara bebanan

dalam tugasan yang pasti dan harus ditempuhi pada setiap semester.

Memang benar perkara-perkara seperti ini tidak seharusnya dijadikan alasan

untuk menyiapkan tugasan. Namun, hal ini adalah realiti yang dihadapi oleh

pelajar. Tambahan pula, yang amat menyedihkan ialah semua pensyarah-

pensyarah mendesak agar kerja-kerja yang diberikan dihantar secepat yang

mungkin. Namun, persoalannya apabila terlalu banyak kerja yang diberikan dan

Page 3: Refleksi Edu 3093

[Document title]3

kesemuanya perlu dihantar secepat yang mungkin, maka di sinilah berlakunya

ketirisan. Sekadar menyiapkan tugasan namun bukan memahami isi tugasan.

Seharusnya, semua pihak perlu lebih memahami dan bertoleransi dengan para

pelajar kerana yang melaksanakan kesemua tugasan tersebut ialah pelajar. Jika

semua pihak mahukan tugasan disiapkan secepat yang mungkin maka dimana

proses pembelajaran yang seharusnya ditelusuri oleh pelajar. Maka, apabila hal ini

berlaku, saya beranggapan bahawa pencapaian ke arah pembentukan JERIS itu

sudah terang-terangan menuju kegagalan.

Semasa melaksanakan tugasan ini, saya menghadapi masalah dalam

menguruskan masa saya kerana terlibat dengan berbagai-bagai aktiviti yang perlu

dilaksanakan pada masa yang sama dan dengan kadar yang segera. Hal ini bukan

dihadapi oleh saya seorang sahaja sebaliknya masalah ini dihadapi oleh kesemua

pelajar semester yang sama. Rungutan dan luahan daripada pelajar-pelajar jelas

menunjukkan bahawa objektif pembelajaran pada semester ini mungkin sukar

untuk dicapai ataupun tidak akan tercapai kerana lambakan tugasan yang

diberikan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Sentiasa menemui pensyarah sekiranya mempunyai sebarang perkara yang

kurang jelas berkaitan dengan tugasan. Selain itu, berusaha untuk mengatur masa

agar lebih teratur dan sistematik.