Refleksi EDU 3101
-
Upload
alexander-ngu -
Category
Documents
-
view
13 -
download
0
Transcript of Refleksi EDU 3101
Kursus falsafah dan pendidikan di Malaysia ini merangkumi semua pembelajaran
falsafah islam, falsafah barat dan falsafah timur. Kajian tentang falsafah-falsafah ini adalah
amat penting untuk kita memahami serta membolehkan kami mengamalkan falsafah - falsafah
ini dalam kehidupan kami. Dalam falsafah pendidikan, terdapatnya empat cabang iaitu,
metafizik, aksiologi, epistomologi dan juga logik. Cabang - cabang ini merupakan asas kepada
semua falsafah pendidikan dan melalui cabang - cabang ini, kami bolehlah mencipta falsafah
kami sendiri untuk menjadi pegangan hidupan kami supaya kami dapat hidup dengan lebih
bermakna . Namun demikian dalam falsafah pendidikan barat, terdapatnya beberapa mazhab
iaitu, mazhab pragmatisme, mazhab progresivisme, mazhab rekonstruksionisme dan mazhab
eksistensialisme manakala dalam falsafah pendidikan timur dan islam terdapatnya mazhab
seperti konfusianisme, nasionalisme dan internasionalisme. Semua mazhab ini mengajar kita
tentang kepentingan pendidikan dan cara untuk menghasilkan anak murid yang berkaliber. Oleh
itu, pendedahan kepada mazhab-mazhab ini membolehkan kami sebagai bakal guru untuk
bersiap sedia samada dari segi emosi, mental, intelek dan rohani supaya kami dapat menjadi
seorang guru yang berwibawa untuk merealisasikan impian yang ternyata dalam falsafah
pendidikan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, intelek, rohani dan emosi.
Namun demikian, kita haruslah sentiasa menyemai dan mencontohi falsafah-falsafah ini dalam
sanubari kita.
Selain itu, kursus ini telah membolehkan kami mengkaji tentang tokoh-tokoh falsafah
pendidikan seperti Ibnu Rushud, Imam Al-Ghazali dan tokoh - tokoh falsafah lain. Semua tokoh-
tokoh ini adalah terkenal kerana mereka telah berkorban untuk memastikan rakyat-rakyat di
Negara mereka mendapat hak mereka iaitu pendidikan. Selain itu, tokoh-tokoh ini juag
menunjukkan sifat- sifat murni seperti sanggup berkorban untuk Negara dan juga kehausan
untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Selain daripada itu, karya-karya yang dihasilkan oleh
mereka juga telah memberi impak kepada dunia dalam pelbagai bidang tidak kira bidang
perubatan, bidang astronomi, bidang matematik, bidang sains mahupun bidang pendidikan. Jika
mereka berupaya untuk menjadi seorang guru yang berwibawa kenapa kita tidak mampu? Kita
haruslah menghayati sifat-sifat tokoh pendidikan lampau ini dan mengamalkannya dalam
kehidupan seharian kami supaya apabila kita menjadi guru, kami dapat mewariskan sifat-sifat
murni ini kepada anak murid kita. Pada sekolah rendah, murid-murid akan terikut-ikut dengan
sifat guru-guru mereka kerana mereka mudah dipengaruhi oleh sifat-sifat orang dewasa.
Tambahan pula, guru diibaratkan sebagai ibu bapa kedua mereka kerana selain di rumah,
kebanyakkan masa mereka adalah berada di sekolah. Oleh itu, adalah amat penting untuk kita
sebagai bakal guru untuk menyemai sifat-sifat murni dalam kehidupan kami kerana kami
merupakan aset Negara yang penting dalam membentuk rakyat yang berketrampilan dan
berguna kepada neagara.
Di samping itu, semasa mengikuti kursus EDU 3101 ini, kami juga dikehendaki untuk
mempelajari tentang sejarah-sejarah sistem pendidikan di Negara kita. Pada zaman dahulu, di
Malaysia, ilmu pengetahuan tidak dititik beratkan kerana kebanyakkan penduduk di Malaysia
adalah miskin dan mereka tidak berupaya untuk memperoleh satu pendidikan. Tetapi, mereka
hanya diberikan pendidikan secara tidak formal iaitu secara lisan melalui nyanyian atau cerita
yang menghandungi nilai-nilai murni. Walaubagaimanapun, setelah penjejahan berlaku,
pendidikan telah menonjolkan kegunaannya kerana semasa penjejahan, rakyat Negara kita
telah ditindas dengan teruk. Melalui pembelajaran sejarah sistem pendidikan kita, kita dapatlah
menjadikan sejarah itu sebagai pedoman kita supaya kita tidak mengulangkan kesalahan kami
dan sentiasa kami akan sentiasa menitik beratkan ilmu pengetahuan dan pendidikan. Apabila
kita menjadi guru pasa masa depan nanti, kita haruslah menyaran kepada ibu bapa serta anak
murid kita supaya mereka sentiasa mengutamakan pendidikan dan tidak mengabaikan ilmu
pengetahuan. Oleh itu, kami sebagai bakal guru haruslah sentiasa haus kepada ilmu
pengetahuan kerana sebagai pendidik, ilmu pengetahuan adalah amat penting kepada kita
kerana kitalah yang akan menyirami anak murid kita dengan ilmu pengetahuan supaya mereka
dapat memperoleh ilmu pengetahuan yang secukup-cukupnya untuk menjadi modal insan yang
berilmu pengetahuan dan berkualiti seperti yang dinyatakan dalam falsafah pendidikan
kebangsaan.
Dalam kursus ini, saya juga telah berupaya untuk mengkaji secara lebih terperinci
tentang falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru. Dalam falsafah
pendidikan guru, ia menyatakan tentang kewajipan dan nilai-nilai yang perlu ada pada seorang
guru. Antara kewajipan seorang guru ialah menjamin perkembangan seseorang individu secara
keseluruhan iaitu dari segi intelek, jasmani, rohani emosi dan sosial. Keempat-empat elemen ini
memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang individu kerana tanpa salah
satu elemen itu, seseorang insan itu tidak dapat berkembang dengan baik. Sebagai contohnya,
apabila seseorang itu mempunyai intelek dan emosi yang baik tetapi mempunyai kerohanian
yang teruk maka individu itu akan mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir negative kerana dalam
kehidupannya tiadanya pegangan agama. Dalam penelitian falsafah pendidikan kebangsaan
pula, saya mendapati bahawa perana guru adalah amat penting kerana tanpa guru, Negara itu
akan menjadi mundur kerana tiadanya individu yang bertugas untuk membentuk bangsa dan
juga untuk menberikan ilmu pengetahuan kepada warga Negara. Oleh itu, Negara itu tidak
dapat maju kerana Negara yang maju memerlukan rakyat yang berketrampilan dan berkualiti.
Secara keseluruhanya kita sebagai bakal guru haruslah sentiasa memegang kepada prinsip-
prinsip falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru supaya kita adalah
sentiasa berada pada jalan yang betul untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi.
Semasa mengikuti kursus ini, saya telah diberi pengetahuan tentang kurikulum sistem
pendidikan Malaysia yang terbaru iaitu sistem pendidikan kurikulum standard sekolah rendah.
Dalam sistem kurikulum ini, setiap mata pelajaran dibahagi kepada tiga modul iaitu model asas
teras, modul asas tama dan modul asas elektif. Kurikulum baru itu membolehkan para pelajar
berkifir secara lebih kritis dan kreatif. Namum demikian, kita semua guru haruslah berkerjasama
dengan jabataban pendidikan Negara untuk menjayakan kurikulum baru ini yang membolehkan
para guru melahirkan para murid yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejanteraan diri.
Secara kesimpulannya, kursus ini telah mendedahkan kami kepada banyak ilmu yang
penting. Namu demikian kami haruslah akan mengingati apa yang dipelajari semasa mengikuti
kursus ini. sebelum menamatkan refleksi saya ini, saya ingin mengambil kesempatan utnuk
mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam mmbantu saya menamatkan kursus EDU 3102 ini.