Refleksi Edu 3106 Hishamudin

download Refleksi Edu 3106 Hishamudin

of 4

Transcript of Refleksi Edu 3106 Hishamudin

  • 7/30/2019 Refleksi Edu 3106 Hishamudin

    1/4

    HISHAMUDIN BIN MOHD SUPANJI

    1CKH1106011

    PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN JULAI 2011

    REFLEKSI INDIVIDU

    Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan izin dan

    limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan Budaya dan

    Pembelajaran (Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya) walaupun terpaksa

    menghadapi beberapa masalah dalam menyiapkan kerja kursus ini sepertikekurangan bahan rujukan, dan sebagainya perkara lain yang berlaku semasa

    saya menyiapkan tugasan ini. Selain itu, antara kekangan yang terpaksa saya

    hadapi ialah saya terpaksa menyelesaikan banyak kerja kursus dan aktiviti yang

    bertembung pada suatu masa sehingga melemahkan semangat saya. Sebagai

    contoh saya terpaksa menyelesaikan 3 tajuk tugasan dalam satu-satu masa

    dalam semester 3 ini. Kerja dan komitmen di sekolah juga merumitkan fikiran dan

    fizikal. Tetapi sebagai seorang pendidik dan mempunyai pengalaman mengajarselama 12 tahun, saya telah melihatnya sebagai satu cabaran yang harus

    ditempuhi dan berfikiran positif untuk menanganinya.

    Namun dengan berkat kesungguhan dan azam yang tinggi untuk

    menyiapkannya saya dapat menyiapkan juga kerja kursus ini pada masa yang

    ditetapkan walaupun terpaksa melalui banyak masalah semasa menyiapkannya.

    Bagi melaksanakan tugasan ini, saya bersama 2 rakan sekelas iaitu En. Iswandy

    dan En. Malik telah diletakkan di dalam satu kumpulan. Disebabkan tugasan kerja

    kursus pendek ini diberi dalam bentuk satu soalan subjektif maka saya bersama-

    sama dengan rakan sekumpulan membuat lakaran pelan lantai pengurusan bilik

    darjah yang mesra budaya. Walaupun begitu refleksi juga perlu dihasilkan secara

    individu.

    Sepanjang tempoh yang diberi untuk menyiapkan tugasan ini, saya telah

    menghadapi beberapa halangan iaitu ketika mencari maklumat. Agak sukar untuk

    mendapatkan buku rujukan di perpustakaan kerana ramai juga rakan-rakan yang

  • 7/30/2019 Refleksi Edu 3106 Hishamudin

    2/4

    telah meminjam buku yang berkenaan dengan tugasan ini. Selain itu, saya juga

    menghadapi masalah untuk mencari sumber di internet kerana kebanyakan

    sumber dan rujukan diperolehi dalam bahasa Indonesia dan Inggeris

    Namun berkat dari keizinan Tuhan dan bantuan yang telah diberikan oleh

    pensyarah saya, En. Hamdan bin Zainal Afuad, rakan sekumpulan dan rakan

    sekelas saya, akhirnya saya dan ahli kumpulan saya berjaya menyiapkan tugasan

    ini dengan lancar walaupun pada mulanya saya menghadapai beberapa

    kekangan. Walaupun, ini bukan merupakan kali pertama saya membuat penulisan

    ilmiah mengenai sesuatu tajuk khusus, saya merasakan tugas ini sebagai satu

    tugasan yang amat mencabar, kerana penulisan ilmiah begini memerlukan

    rujukan dan pembacaan yang teliti agar tidak terpesong daripada kehendak

    tugasan.

    Melalui tugasan ini, saya dapat mendalami dan mengasah kembali

    pengetahuan yang lalu mengenai menguruskan bilik darjah yang kondusif dan

    mesra budaya. Melalui pembacaan dan rujukan proses penghasilan dan

    pengubahsuaian bilik darjah yang lebih praktikal dan sesuai dengan jumlah murid

    dapat dilaksanakan dengan jayanya sekiranya guru berjaya menjadi fasilitator

    dalam membimbing murid-murid untuk menerapkan peraturan dan rutin di dalam

    kelas. Budaya bilik darjah yang kondusif, mementingkan aspek nilai-nilai murni,

    hubungan yang mesra di antara sesama murid dan murid dengan guru, budaya

    belajar yang ceria, menyeronokkan dapat meningkatkan kecergasan mental,

    kreatif dan inovatif, penyertaan yang aktif, pembelajaran yang berobjektif dan

    bermatlamat, yang sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan guru serta rakan

    sebaya. Selain dari itu, tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang

    berhemah yang dibaluti dengan perasaan kasih dan sayang dapat memberi

    peluang yang terbaik untuk mengembang potensi diri mereka ke arah

    pembentukan modal insan yang berkualiti.

    Guru juga haruslah adil, tidak bersikap pilih kasih, berat sebelah dan

    sentiasa peka terhadap budaya murid tanpa mengira latar belakang mereka, dan

    guru tidak boleh merendahkan dan memburukkan walau apa pun etnik mereka.

    Aktiviti dan program yang dirancangkan tidak harus menyentuh isu-isu sensituf

    yang boleh mengguriskan perasaan mana-mana pihak. Guru hendaklah

  • 7/30/2019 Refleksi Edu 3106 Hishamudin

    3/4

    menerapkan nilai-nilai murni, kepentingan perpaduan dan kesejahteran tanpa

    mengira etnik atau warna. Sebagai seorang guru, saya berazam untuk

    menggunakan pelbagai pendekatan yang terbaik bagi mencurahkan ilmu

    terhadap para pelajar saya. Saya akan cuba menjadi seorang guru yang kreatif

    dan asertif agar pelajar sentiasa gembira dan mengalu-alukan kedatangan saya

    untuk mengajar di dalam kelas mahupun di luar kelas. Telah terbayang di minda

    saya suasana yang selama ini diidamkan oleh para guru.

    Seperti yang saya ketahui , guru juga perlu memainkan peranan yang

    penting bagi mendidik dan membimbing para pelajar supaya menjadi insan yang

    berjaya dan mempunyai masa hadapan yang cerah. Bukan sahaja ilmu yang

    harus disampaikan , namun nasihat , motivasi dan kaedah pengajaran serta

    pembelajaran yang sesuai perlu diberikan agar para pelajar mendapat kesedaran

    diri dan mengubah diri serta tingkah laku mereka ke arah yang lebih baik lagi.

    Sebagai seorang guru, saya berasa bertuah kerana dapat merasai pengalaman

    dalam pembelajaran yang melibatkan pelajar sekolah rendah. Mereka bagai kain

    putih, dan sayalah antara individu yang akan mencorakkan warna-warna dalam

    kehidupan mereka.

    Selain itu juga, saya dapat memuhasabahkan diri kerana guru perlu

    memainkan peranan yang penting dalam segala perkara di sekolah. Saya sedar

    bahawa saya juga pernah menjadi seorang pelajar sekolah. Guru-gurulah yang

    banyak membantu saya sehingga berjaya seperti sekarang ini. Saya amat

    mengisafi diri di atas kesilapan-kesilapan yang telah saya lakukan dan berasa

    bersyukur dengan kurniaan Allah S.W.T. kepada saya. Saya berazam untuk

    menjadi lebih baik untuk masa yang akan datang.

    Seterusnya , perhubungan saya dengan ahli kumpulan saya yang lain

    menjadi rapat kerana kami bersama-sama memberi idea dan pendapat masing-

    masing mengenai tugasan ini. Segala usaha saya dalam menyiapkan tugasan

    ini memberikan manfaat dan pengajaran kepada saya bahawa setiap masa itu

    amat bernilai harganya dan tidak boleh dijual beli.Saya berhasrat tidak akan lagi

    melengah-lengahkan masa saya untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi

    pada masa yang akan datang.

  • 7/30/2019 Refleksi Edu 3106 Hishamudin

    4/4

    Saya berasa amat bersyukur kerana akhirnya Allah S.W.T. memberikan saya

    peluang untuk menyiapkan tugasan ini.Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada

    mereka yang membantu saya.Semoga Allah S.W.T. memberkati hidup mereka di

    dunia dan akhirat.

    Hishamudin bin Mohd Supanji

    Ppg Ambilan Julai 2011

    Rekabentuk dan Teknologi 1