Edu 3106 tutorial 2

43
EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN HOH RUI VOON LEE AI CHYI LOW HUI SEET

Transcript of Edu 3106 tutorial 2

Page 1: Edu 3106 tutorial 2

EDU 3106BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

HOH RUI VOON LEE AI CHYILOW HUI SEET

Page 2: Edu 3106 tutorial 2

TUTORIAL 2

•Bincang dalam kumpulan kecil tentang pantang larang pelbagai kaum di Malaysia. •Bentang hasil perbincangan.

Pantang Larang Kaum Cina Di Malaysia

Page 3: Edu 3106 tutorial 2

Pengenalan

•Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. •Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib.

Page 4: Edu 3106 tutorial 2

•Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian. •Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara amnya.

Page 5: Edu 3106 tutorial 2

•Kami akan membincangkan pantang larang yang berkaitan dengan berikut:A) Tahun Baru CinaB) PerkahwinanC) Sewaktu Mengandung Atau Sebelum KelahiranD) KematianE) pantang-pantang lain

Page 6: Edu 3106 tutorial 2

A) Tahun Baru Cina

•Acara makan beramai-ramai pada waktu malam sehari sebelum hari Tahun Baru Cina (tuan yuan fan) paling dinantikan kerana ia dapat memperlihatkan perpaduan dan keakraban sesebuah keluarga.• Perkataan yang tidak sopan dan bermakna buruk tidak

digalak sempena perayaan Tahun Baru Cina (mati,hantu ), mempercayai bahawa ini akan membawa buruk sepanjang tahun tersebut.• Pakaian berwarna merah dan mengelakkan pemakaian baju

warna hitam kerana beranggapan ketika menyambut sesuatu perayaan, kita perlu kelihatan ceria.Warna hitam akan membawa buruk bagi orang Cina

Page 7: Edu 3106 tutorial 2

•Hari pertama Tahun Baru Cina tidak boleh sapu lantai, kalau tidak ong (kekayaan) akan hilang. • Jika terpaksa sapu lantai, harus sapu dari luar ke

dalam.•Semasa Tahun Baru Cina, jika tidak boleh

memecahkan barang, jika terpecah barang, harus bercakap ‘sui sui pin an’ atau ‘luo di kai hua, rong hua fu gui’. •Hari ketiga Tahun Baru Cina tidak harus menziarahi

kerana mempercayai hari ini mudah bergaduh dengan orang lain.

Page 8: Edu 3106 tutorial 2

B) Perkhawinan•Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu

titik tolak yang membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka.•Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi

keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. •Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu

dirancang dan diatur sebaik-baiknya. •Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang

berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah.

Page 9: Edu 3106 tutorial 2

•Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan iaitu

a) Eksplisit - perkahwinan yang diatur sama ada oleh ibu bapa atau orang tengah (mei niang)

b) Implisit - perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing.

•Pada asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.

Page 10: Edu 3106 tutorial 2

Majlis Perkahwinan

•Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.•Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat

kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari.•Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan

sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan.

Page 11: Edu 3106 tutorial 2

•Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning. •Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu

kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan. •Dalam masyarakat Cina, upacara meminum teh sangat

penting dan masih diamalkan.• Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang

mempunyai maksud yang tersendiri. •Adat ini melambangkan penerimaan pasangan

pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. •Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi

teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki.

Page 12: Edu 3106 tutorial 2

•Apabila pengantin perempuan meninggalkan rumahnya dan menuju ke kenderaan pihak lelaki, dia harus memakai kasut yang biasa dipakainya kerana ia menggambarkan bahawa pengantin perempuan berkenaan tidak membawa sesuatu bersamanya walaupun nasib baik ibu bapanya. •Apabila pengantin perempuan memasuki rumah

pengantin lelaki, mentua dan kakak iparnya tidak harus mengadap pintu bagi menghalang sebarang pertelingkahan pada masa akan datang.•Wanita yang mengandung dan orang yang baru

kematian saudara-mara tidak boleh terlibat dengan majlis perkahwinan atau menyentuh pakaian pasangan pengantin dan sebagainya untuk mengelakkan sebarang perkara buruk daripada berlaku.

Page 13: Edu 3106 tutorial 2

•Bakal pengantin tidak digalakkan untuk menghadiri majlis kebumian selama 3 bulan sebelum dan selepas majlis perkhawinan. •Hiasan dalam majlis perkhawinan tidak digalak untuk menggunakan warna putih, biru tua, hitam dan hijau.•Dalam bilik tidur bakal pengantin baru, katil, meja dan almari perlu diletakkan dalam kedudukan yang biasa dan bukannya sudut bilik. •Nombor genap sering digunakan dalam majlis perkhawinan.

Page 14: Edu 3106 tutorial 2

C) Sewaktu Mengandung Atau Sebelum Kelahiran

•Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka.•Dalam masyarakat Cina , ibu mertua yang

bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami.•Masyarakat Cina juga lebih mementingkan anak

lelaki. • Ini kerana, anak lelaki boleh melanjutkan keturunan

mereka melalui pewarisan nama nenek moyang.

Page 15: Edu 3106 tutorial 2

Pantang Larang sebelum melahirkan anak

1.Dilarang makan daging arnab - jika makan, bayi yang dilahirkan akan mempunyai bibir arnab.2. Dilarang makan daging anjing - jika makan, bayi yang dilahirkan akan suka mengigit orang, terutamanya masa menyusui bayi.3. Dilarang makan daging ayam jantan - barulah bayi tidak menangis pada tengah malam.4. Dilarang makan ketam - barulah bayi tidak asyik mengeluarkan air liuh.

Page 16: Edu 3106 tutorial 2

5. Dilarang makan makanan yang bersifat sejuk, seperti ais-krim, tembikai - kemungkinan membawa kepada masalah keguguran bayi.6. Dilarang mengambil gunting atau penyepit kuku - bayi yang dilahirkan akan mengalami kecacatan.7. Dilarang mengangkat tangan melebihi paras bahu - ibu tidak mudah mengimbangi diri .

Page 17: Edu 3106 tutorial 2

8.Dilarang tepuk bahu ibu - ibu mudah terkejut dan mengakibatkan keguguran bayi.

9.Dilarang menghadiri upacara perkahwinan – Upacara perkahwinan akan mempengaruhi emosi ibu, dan mempengaruhi bayi secara tidak langsung.

Page 18: Edu 3106 tutorial 2

Berpantang Selepas Kelahiran

•Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari. • Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana

dibimbangi perut masuk angin dan tidak boleh cuci rambut.•Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan

sehelai kain pada perutnya.• Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki

angin dan untuk mengeringkan tali pusat.• Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda

bagi masyarakat Cina.

Page 19: Edu 3106 tutorial 2

•Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. •Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan

hidup yang kurang baik. •Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk

fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya. •Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat

lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata.

Page 20: Edu 3106 tutorial 2

•Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada beras yang diperam dalam masakan mereka. •Arak tersebut dimasukkan bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng.• Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin disamping menguatkan semula tenaga.

Page 21: Edu 3106 tutorial 2

KENDURI

•Masyarakat Cina mengadakan kenduri apabila bayi mencapai umur sebulan. •Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah

dan kuning yang berintikan kacang dan “tau su” serta telur yang diwarnai merah diberikan kepada saudara-mara yang terdekat.•Mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan

membalasnya dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu.

Page 22: Edu 3106 tutorial 2

Mencukur Jambul

•Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur rambut.•Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan

rambut bayi yang dilahirkan adalah rambut sementara. •Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan

perlu dicukur untuk menumbuhi rambut baru.•Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran

orang baru ke dalam masyarakat.

Page 23: Edu 3106 tutorial 2

Memberi Nama

•Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. (ada juga nama keluarga terdiri daripada dua perkataan, Ou Yong)•Biasanya, patah kata kedua mewakili nama segenerasi

di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara.•Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri

sendiri. •Sistem nama yang baik perlu mengambil kira makna,

unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut perhitungan matematik Cina.

Page 24: Edu 3106 tutorial 2

5 Aspek Dalam Memberi Nama:

1) Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan.

2) Bunyi nama mestilah sedap didengar. 3) Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan

matematik iaitu angka yang terhasil tidak bertentangan dan seelok-eloknya sepadan.

4) Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama berat.

5) Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta saling melengkapi.

Page 25: Edu 3106 tutorial 2

•Kegagalan memberikan nama yang baik akan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, sama ada akan ditimpa kecelakaan atau mendapat kesejahteraan. •Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai

untuk seseorang bayi kadangkala menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka yang masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.

Page 26: Edu 3106 tutorial 2

D)Kematian

•Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada si mati.• Setelah dimandikan mayat disapu dengan minyak

wangi dan disolek. Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di alam akhirat.• Kemudiannya mayat tersebut dipakaikan dengan

pakaian yang cantik. Lazimnya pakaian tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari perkahwinan.

Page 27: Edu 3106 tutorial 2

•Oleh itu adalah menjadi kewajipan masyarakat Cina menyimpan pakaian perkahwinan untuk dipakai sewaktu meninggal dunia.• Si mati turut dipakaikan dengan aksesori yang lain

terutamanya wanita. •Kemudian mayat akan dimasukkan ke dalam keranda

yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik. Bagi yang kaya, keranda diukir dengan bersalutkan logam.• Ini adalah untuk menunjukkan kedudukan seseorang

semasa hidupnya.

Page 28: Edu 3106 tutorial 2

•Pemberian wang dalam sampul putih (bai jin) biasanya disampaikan kepada keluarga si mati oleh mereka yang datang menziarahi.• Jumlahnya pula perlu berupa wang dalam angka yang

ganjil.•Pelawat harus memakai baju berwarna muram seperti

hitam atau kelabu dan sebagainya.•Apabila seseorang itu memasuki rumah si mati dia

hendaklah membawa sepasang lilin putih, “duit kertas” dan lain-lain alat sembahyang untuk diberikan kepada keluarga si mati yang kurang berada.

Page 29: Edu 3106 tutorial 2

•Kadang kala sekumpulan sahabat atau sesuatu persatuan menyediakan panji-panji yang ditulis dengan kata-kata pujian kepada si mati.•Dalam kebudayaan Cina, kematian melibatkan

perbelanjaan wang yang besar jumlahnya, dianggap sebagai sesuatu yang “kotor/mencemarkan”.• Justeru itu, terdapat dua pihak yang terpaksa

‘bergelumang’ dengan kekotoran/ pencemaran yang membawa sial ini. •Pertama ialah keluarga si mati, kedua ialah rakan

taulan yang menziarah.

Page 30: Edu 3106 tutorial 2

•Untuk ini, ramai (orang Cina) yang berada pada jarak yang jauh daripada mayat dan sesetengahnya tidak pun mahu melihat mayat dalam keranda dari jarak yang dekat semasa memberi penghormatan terakhir takut-takut terlekat sial. •Seboleh-bolehnya mayat dan keranda tidak boleh

disentuh oleh mereka (orang Cina) yang menziarahi. Ini kerana penyentuhan itu dianggap terlalu berbahaya.•Ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat biasanya

diberikan seutas benang merah atau gula-gula berikat benang merah sebagai tanda terima kasih.• Warna merah itu warna yang membawa nasib baik

dan menghalang hantu syaitan yang cuba mengacau. Gula-gula yang diberi itu boleh dimakan.

Page 31: Edu 3106 tutorial 2

•Mengungkit keburukan si mati dilarang sama sekali.• Jika ini berlaku, roh si mati tidak akan tenteram dan si

mati akan terseksa. •Ada juga segelintir masyarakat Cina yang melupuskan

hutang si mati dengan alasan untuk mententeramkan si mati agar tidak disoal di alam akhirat kelak. •Tangisan yang kuat terutama dalam perjalanan

menuju ke kawasan perkuburan amat digalakkan. •Tangisan ini seolah-olah menggambarkan kesedihan

keluarga dan sahabat handai terhadap kematian itu.

Page 32: Edu 3106 tutorial 2

•Pada zaman dahulu masyarakat Cina mengusung mayat dengan menggunakan pengusung yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik .• Lazimnya ukiran tersebut mengikut status si mati. •Sekiranya si mati daripada golongan berada, ukiran

lebih halus dan menarik berbanding golongan biasa.•Namun pada zaman sekarang mayat yang telah

diletakkan ke dalam keranda akan dimasukkan ke dalam lori kecil yang dikhaskan untuk menghantar mayat ke tanah perkuburan.

Page 33: Edu 3106 tutorial 2

•Semasa mengiring mayat dari rumah ke kawasan perkuburan, pelbagai jenis lagu akan mengiringinya. Lagu tersebut adalah berbentuk agama atau lagu-lagu tradisional masyarakat Cina sebagai lambang kesedihan atau takziah. • Iringan muzik akan bermula dari rumah sehinggalah

mayat dikebumikan. Biasanya iringan muzik tidak akan berhenti-henti supaya si mati dapat dihiburkan sehingga berada di alam akhirat.

Page 34: Edu 3106 tutorial 2

• Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai baju berwarna hitam. •Warna lain tidak digalakkan, apatah lagi warna

merah yang dikatakan mempersenda si mati dan keluarganya.•Baju yang berbunga juga dilarang dalam upacara

kematian tersebut. •Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah

hitam yang lengkap dengan topi.

Page 35: Edu 3106 tutorial 2

•Kemudian mereka akan memakai baju jejaring yang diperbuat daripada jut atau sabut. •Baju ini dipakai di bahagian luar baju hitam. •Ketika mayat diusung dengan menggunakan lori

khas, “duit kertas”(ming zhi) akan dicampak sepanjang sepanjang perjalanan. •Mengikut kepercayaan masyarakat Cina cara ini

adalah untuk memastikan roh boleh berjalan pulang ke rumah berpandukan kertas tersebut.

Page 36: Edu 3106 tutorial 2

E) Pantang Larang lain:Makan•Orang tua dilarang memakan kangkung kerana boleh

menyebabkan sakit sendi. •Mereka yang mempunyai luka pada badan tidak

dibenarkan memakan udang dan ketam kerana mengakibatkan luka susah sembuh.•Pada tahun baru Cina, ikan yang dimakan tidak boleh

putus kerana membawa petunjuk yang tidak baik.

Page 37: Edu 3106 tutorial 2

•Para nelayan yang makan di atas kapal dilarang membalikkan ikan yang mereka makan kerana boleh membawa bencana dan kemalangan.•Orang Cina tidak digalakkan bercakap semasa

makan.•Mereka dilarang mengetuk mangkuk dan pinggan

dengan penyepit.

Page 38: Edu 3106 tutorial 2

Pantang Larang Lain : Penyapu• Ia dipercayai mempunyai roh atau semangat sendiri dan

oleh itu tidak boleh disalahgunakan kecuali hanya untuk membersihkan rumah dan kedai sahaja.•Memukul seseorang dengan penyapu boleh mendatangkan

kecelakaan selama beberapa tahun. •Dalam aktiviti perjudian, roh ataupun semangat penyapu

itu boleh‘diugut’ sehingga kembalinya tuah kepada pertaruhan yang sedang dilaksanakan.•Adakalanya penyapu digunakan untuk menghilangkan

semangat buruk atau lemah seseorang dengan menyapu seluruh badan sambil menghadap patung-patung pujaan. • Sejurus selepas itu penyapu tersebut akan dipukul and

dipijat seumpama untuk mengeluarkan semangat yang tidak diingini itu

Page 39: Edu 3106 tutorial 2

Pantang Larang Lain :Nombor• Ia sunggguh penting sehingga digunakan untuk

menafsir nasib seperti menghasilkan nama seseorang bayi. •Oleh demikian itu adanya nombor yang dipercayai

boleh membawa tuah dan ada yang tidak. •Nombor 8 adalah paling digemari oleh orang Cina

kerana sebutannya dalam bahasa Kantonis dan Mandarin bererti tuah.•Nombor 4 pula melambangkan kematian oleh itu ia

jarang digunakan (nombor plat kereta, alamat).•Nombor-nombor lain yang dielakkan kegunaan secara

umum adalah 7 dan 1 kerana melambangkan kematian dan kesunyian masing-masing.

Page 40: Edu 3106 tutorial 2

Pantang Larang Lain : Misai dan Janggut •Sesiapa yang gemar menyimpan misai ataupun

janggut boleh dikatakan membawa kecelakaan ke atas si kerluaga and saudara mara lelaki itu. •Walaupun terdapatnya wira dan dewa Cina yang

memilikinya pada zaman dahulu, ia masih di percayai tidak akan membawa tuah kepadanya. •Seseorang yang memiliki misai ataupun janggut

akan di kategorikan sebagai pekerja buruh atau pekerja bawahan, kerana ia tidak mempunyai masa untuk bercukur, justeru itu dikaitkan dengan kelas bawahan.

Page 41: Edu 3106 tutorial 2

Pantang Larang Lain : Kuku jari

•Dalam adat orang Cina, memotong kuku jari kaki atau tangan pada waktu senja akan mengalu-alukan kehadiran hantu dan roh-roh jahat. •Sisa-sisa kuku yang telah dipotong mestilah dibuangkan di tempat yang tersembunyi, kerana mengikut adat, ia boleh digunakan untuk menjatuhkan umpahan terhadap pemilik kuku itu.

Page 42: Edu 3106 tutorial 2

kepercayaan dan pantang larang lain

•Mimpi tentang salji ataupun gigi bererti kematian mungkin tertimpa ke atas ibu atau ayahnya• Jikalau terdengar bunyi burung gagak diantara jam 3

dan 7 pagi bererti seseorang itu akan mendapati hadiah.•Hujan dan ribut akan menjelang sekiranya terdengar

bunyi burung itu di antara 7 pagi dan 11 pagi dan diantara 11 pagi dan 1 petang, satu pergaduhan akan berlaku.•Yarrow, iaitu sejenis tumbuh-tumbuhan dan

cangkerang kura-kura dianggap sebagai benda pembawa tuah

Page 43: Edu 3106 tutorial 2

SEKIAN, TERIMA KASIH.