REFLEKSI INDIVIDU pjm

download REFLEKSI INDIVIDU pjm

of 2

Transcript of REFLEKSI INDIVIDU pjm

  • 7/29/2019 REFLEKSI INDIVIDU pjm

    1/2

    REFLEKSI INDIVIDU

    NORHASNIDA BT ABD RAHMAN

    911009-01-5602

    Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan kurnia-Nya, saya dapat

    menyiapkan tugasan kerja kursus PJM 3112.

    Untuk tugasan kali ini, kami telah ditugaskan untuk menganjurkan dan mengelolakan

    satu kejohanan permainan tradisional. Permainan tradisional yang telah kami pilih ialah

    Laga Ayam. Pada saya permainan tradisional yang kami pilih ini sememangnya sudah

    terkenal dan biasa kami lihat dan ada yang sudah mempunyai pengalaman bermain tetapi

    dalam konteks ini bukan bermain yang ditekankan tetapi pengurusannya yang menjadi

    tugasan utama.

    Pada dasarnya tugasan ini tidaklah begitu rumit bagi saya dan rakan-rakan kerana

    kami semua sememangnya telah mempunyai pengalaman dalam menganjurkan sesuatu

    program sukan. Perbincangan telah diadakan antara kami bagi melaksanakan proses

    penganjuran dan pengelolaan permainan ini.Dengan terbentuknya jawatankuasa penganjur

    ,maka pertandingan permainan tradisional ini telah dapat dijalankan dengan

    jayanya.Walaupun saya tidak berapa pandai untuk bersukan tetapi pertandingan permainan

    tradisional yang diadakan ini telah menyebabkan saya berasa seronok untuk bermain.

    Beberapa kekuatan telah saya kenalpasti apabila belajar cara menganjurkan

    kejohanan atau pertandingan permainan tradisional antaranya saya dapat mengukuhkan

    lagi pengetahuan dan kefahaman saya bagaimana menjalankan proses penganjuran yang

    yang bersistematik.Pengetahuan ini sudah tentu akan membantu saya untuk mengelola

    sesuatu projek pada masa akan datang.

    Terdapat juga beberapa kelemahan yang dapat saya kesan .Kami telah dibahagikan

    kepada beberapa kumpulan.Walaupun kami semua adalah guru tetapi saya rasa aktviti

    dalam kumpulan memerlukan satu bentuk kerjasama yang cukup baik . Inilah kelemahannya

    di mana tidak wujud kerjasama yang betul betul mantap bagi melaksana dan

    mengelolakan aktiviti ini.Hal ini demikian adalah kerana wujudnya ego dalam diri masing

    masing ,maklumlah semuanya sudah berumur dan mempunyai banyak pengalaman

    mengajar .

  • 7/29/2019 REFLEKSI INDIVIDU pjm

    2/2

    Saya juga dapati,masa yang diberi kepada kami untuk menganjur projek ini agak

    singkat.Dengan kekangan masa yang singkat ini sudah tentu perancangan yang benar-

    benar kemas dan mantap tidak dapat dilaksanakan.

    Kesimpulannya sesuatu program pertandingan sukan termasuklah sukan tradisional

    memerlukan pengurusan yang baik. Pengurusan yang baik pula memerlukan mereka yang

    berpengetahuan dan berpengalaman.