PERMAINAN KECIL PJM 3102
-
Upload
mustafa-ali -
Category
Documents
-
view
302 -
download
1
Transcript of PERMAINAN KECIL PJM 3102
-
8/22/2019 PERMAINAN KECIL PJM 3102
1/31
PJM3102 1
PENGENALAN
Pendekatan TGFU sebenarnya telah diperkatakan lebih dari dua dekad dan
bermula di United Kingdom pada awal 1980an. Thorpe,Bunker dan Almond
merupakan antara perintis yang menerajui model pendekatan TGFU ini. Konsep
pendekatannya yang mesra kanak-kanak dan sesuai dengan fitrah kanak-kanak
yang gemar bermain menjadikannya istimewa.
Teori Bunker dan Thorpe menekankan bahawa guru atau jurulatih bukan
sahaja perlu mementingkan kemahiran pada kanak-kanak malah, perlu memberi
ruang kepada kanak-kanak untuk meneroka dan mengekalkan minat mereka
sendiri. Ini akan menimbulkan keseronokan kepada mereka dan memberi faedah
yang lebih baik dari segi penguasaan dan pemahaman sesuatu kemahiran.
Mereka berpendapat bahawa, dalam sesuatu permainan,kanak-kanak haruslah
diberi kesedaran tentang Mengapa dan Bila sesuatu kemahiran perlu
diaplikasikan dan bila ia patut ditunjukkan dalam sesuatu permainan tertentu.
Dengan itu,kanak-kanak akan memberi respons yang lebih baik dan peka jika
mereka tahu bagaimana sesuatu teknik atau kemahiran harus dilakukan.
Teori Bunker dan Thorpe telah sependapat bahawa model kurikulum yang
telah direka dan diperkenalkan oleh mereka menitik beratkan dan memfokuskan
kemahiran asas ( theoritical base) dan peringkat jangka masa singkat ( temporal
sequence ) dalam pengajaran sesuatu permainan sebelum permainan tersebut
dikuasai dengan lebih baik dan mantap.
Idea untuk memperkenalkan TGFU tercetus apabila didapati para pelajar
kurang berminat terhadap pelajaran Pendidikan Jasmani yang menekankan
kepada prestasi penguasaan kemahiran, pengetahuan atau teknik sesuatu
permainan dan pergantungan terhadap jurulatih atau guru untuk membuat
keputusan dalam sesuatu permainan.
-
8/22/2019 PERMAINAN KECIL PJM 3102
2/31
PJM3102 2
Sehubungan dengan itu, kepelbagaian jenis permainan yang sedia ada
menjadi asas kepada pendekatan ini. Dalam konteks ini, pelajar bukan sahaja
harus mengetahui apa yang perlu dilakukan untuk mencapai kejayaan dalam
sesuatu permainan, malah yang lebih penting lagi, BILA dan MENGAPA perlu
membuat keputusan yang dinamik dalam sesebuah permainan. Oleh itu, model
TGFU bukan sahaja melahirkan pemain yang lebih baik dan berpengetahuan
malahan turut memotivasikan peserta semasa mengambil bahagian dalam
pelbagai permainan.
Melalui pendekatan Saya Boleh pelajar boleh mengambil bahagian dalam
permainan yang sesuai dengan tahap perkembangan kemahiran mereka pada
ketika itu. Lebih-lebih lagi, mereka dapat meningkatkan pemahaman yang dinamik
terhadap asas-asas permainan yang akhirnya menjadikan mereka lebih bersedia
dan bermotivasi untuk meningkatkan kemahiran teknikal mereka seterusnya
merealisasikannya dalam permainan sebenar.
-
8/22/2019 PERMAINAN KECIL PJM 3102
3/31
PJM3102 3
KONSEP DAN DEFINISI TGFU
Dalam melahirkan ahli sukan dan pemain yang berkualiti, pendedahan terhadap
disiplin sukan perlulah didedahkan pada peringkat awal lagi seperti pada peringkat
pra sekolah atau sekolah rendah. Namun, terdapat pelbagai kekangan dalam
memperkenalkan sesuatu sukan permainan, contohnya pelajar kita yang berumur
5 9 tahun tidak sesuai lagi dari segi fizikal untuk bermain bola sepak
menggunakan ukuran padang yang piawai seperti orang dewasa begitu juga
dengan acara sukan lain. Infrastruktur yang sedia ada juga merupakan kekangan
utama misalnya, gelanggang dan alatan. Undang-undang permainan yang sukar
difahami dan dikuasai turut menjadi masalah. Dalam situasi ini, pendekatan TGFU
amat sesuai diaplikasikan.
Pendekatan TGFU menyarankan sesuatu permainan diadaptasi daripada
permainan sebenar tetapi diubahsuai berdasarkan keupayaan pemain dari aspek
fizikal, sosial serta intelek mereka dan infrastuktur yang bersesuaian. Dalam
sesuatu permainan TGFU prosedur berpasukan dan gelanggang permainan turut
diubahsuai mengikut kesesuaian.
Seterusnya, penekanan diberikan kepada apresiasi permainan seperti aspek
peraturan permainan atau undang-undang yang diubahsuai serta diberi variasi
untuk menarik minat pemain. Pelajar juga diberi peluang dan ruang untuk
mencuba di pelbagai posisi yang berlainan. Dalam erti kata lain, permainan TGFU
mempunyai undang-undang permainan yang mengandungi peraturan-peraturan
yang minimum dan senang difahami serta ditafsir.
Kesedaran taktikal akan dikuasai semasa proses permainan dalam usaha
untuk mengatasi pihak lawan. Bimbingan yang berterusan daripada jurulatih atau
guru akan memantapkan pemahaman pelajar terhadap kesedaran taktikal iaitu
aspek prinsip pergerakan, ruang dan masa situasi.
-
8/22/2019 PERMAINAN KECIL PJM 3102
4/31
PJM3102 4
Selain itu, secara tidak langsung para pemain akan berhadapan dengan
situasi yang bakal membimbing mereka ke arah kemahiran membuat keputusan
seperti, menilai situasi untuk menentukan apa yang perlu dilakukan,
mengenalpasti dan menjangkakan kemungkinan serta membuat tindakan yang
sesuai mengikut situasi dan keadaan.
Permainan dalam bentuk ini melibatkan satu atau lebih kemahiran asas,
malah pendekatan ini berkonsepkan ansur maju dengan mempraktikkan
kemahiran yang mudah dan yang telah dikuasai. Penguasaan kemahiran sedia
ada akan membantu untuk menghasilkan pergerakan sebenar dalam situasi
permainan.
Prestasi kemahiran dan penguasaan strategi dinilai mengikut kriteria
berasaskan kebolehan individu. Kriteria ini memberi fokus kepada keupayaan
pemain bertindak balas terhadap teknik-teknik tertentu. Permainan TGFU ini
sebenarnya menjadi medan untuk para pemain mengasah bakat dan seterusnya
membentuk kemahiran yang kukuh bagi menyediakan pemain ke peringkat yang
lebih tinggi.
Pendekatan TGFU ini menyarankan agar teknik diperkemaskan apabila
pelajar sudah menguasai taktik dan strategi yang secara teknikalnya diperolehi
semasa permainan TGFU dilaksanakan. Kemahiran diperkenalkan dalam bentuk
permainan dan bukannya latih tubi terhadap kemahiran itu sendiri.
Dalam konteks ini, konsep TGFU dalam perspektif Pendidikan Jasmani di
Malaysia hampir menyamai perlaksanaan sukan mini. Ringkasnya, pendekatan ini
membolehkan serta memudahkan proses pemahaman pelajar serta memberi
motivasi kepada pelajar untuk mempelajari kemahiran.
-
8/22/2019 PERMAINAN KECIL PJM 3102
5/31
PJM3102 5
KOMPONEN TGFU
i. Game Form
Sesuai untuk semua peringkat umur..
Mengandungi kategori permainan yang berbeza tetapi mempunyai
kurikulum yang sama.
Membantu pelajar untuk belajar cara membuat keputusan dan
penyelesaian masalah.-memberi tunjuk ajar yang betul-situasi
permainan yang sesuai telah di tetapkan, pola permainan mini
yang dimainkan oleh anak-anak berusia 11 dan 12 tahun boleh
menyerupai versi permainan orang dewasa.
ii. Game Appreciation
Memahami peraturan permainan walaupun permainan itu mudah.-
penting untuk mengingati peraturan yang diberi mengikut bentuk
permainan tersebut.
Menambah dan mengrangkan intensiti adalah penting dalam
sesuatu permainan bagi menambah keseronokan dalam sesuatu
sesuatu permainan itu atau menambah kesukaran terhadapkesukaran permainan tersebut.
Penambahan undang-undang tentang tempat, masa dan
kawasan boleh jugamenceriakan suasana permainan.
iii. Tactical Awareness
Menggunakan tektik dalam sesuatu permainan amat diperlukan.-
membolehkan sesuatu pasukan mengawal permainan dengan
baik.
Asas tektik yang dibina tidak semestinya akan berjaya sebaliknya
perlu diubahuntuk memenuhi kehendak permainan tersebut.
Penambahan kepada kesedaran taktikal akan mendedahkan
kelemahan pihaklawan tetapi penambahan ini adalah terhad
mengikut peraturan.
-
8/22/2019 PERMAINAN KECIL PJM 3102
6/31
PJM3102 6
iv. Decision Making
Cara membuat keputusan dalam masa yang singkat secara tepat
dan pantasadalah sukar.
Dalam pendekatan ini perbezaan antara keputusan yang dibuat
berdasarkanapa yang hendaK DILAKUKAN dan bagaimana yanghendak dilakukan.
a. What to do
Ini jelas didapati bahawa kesedaran tektikal adalah
berpatutan jikakeputusan dibuat. Ia sentiasa ada dalam
setiap permainan, sesuatu aspekakan sentiasa berubah.
Dalam membuat keputusan, setiap situasi perludiambil kira
seperti kemampuan untuk mengenal pasti petunjuk-petunjukuntuk dimasukkan sebagai proses untuk memilih
perkara-perkara yangpenting.
b. How to do it?
Masih ada lagi keputusan bahawa apakah jalan yang terbaik
untukmelakukannya dan pilihan yang menepati kehendak
keadaan pada saatyang kritikal.
v. Skill Execution
Dalam mempersembahkan kemahiran yang digunakan untuk
menunjukkan hasilyang sebenar yang diperlukan dalam
pergerakan seperti yang diajar oleh guru
Konteks mengajar dan dapat mengenali kebolehan guru tersebut.-
Ianya berbeza dengan apa yang dipraktikkan dan menguasai
aspek kualiti danpersembahan keberkesanan pergerakanmekanikal dan relevensinya mengikutkeadaan permainan.
-
8/22/2019 PERMAINAN KECIL PJM 3102
7/31
PJM3102 7
vi. Performance
Ini merupakan hasil daripada latihan yang telah dilakukan sebelum
ini.
Melalui pencapaian yang telah dicapai, kita boleh mengetahuipelajar tersebutmerupakan atlit yang berpotensi atau tidak samada
diperingkat sekolah atauantarabangsa.
Melalui pencapaian yang telah dicapai ia boleh menjadi kayu ukur
terhadapteknik yang berkesan.
vii. Conclusion
Aspek berturutan bagi model itu adalah kritikal.
Berlainan dengan kaedah pengjaran tradisional, kaedah atau cara
ini bermuladengan permainan dan peraturan bagi persamaan itu
telah ditetapkan untukperkembangan kesedaran tektikal dan
membuat keputusan dimana telahmendahului faktor respon bagi
perlaksanaan kemahiran dan pencapaian.
Penyempurnaan kepuasan bagi setiap tahap yang telah diberi
memerlukanpengubahsuaian bagi permainan dan terus ke
penilaian semula bagi memenuhisyarat permainan baru tersebut.
-
8/22/2019 PERMAINAN KECIL PJM 3102
8/31
PJM3102 8
KATEGORI PERMAINAN KECIL BERASASKAN TGFU
I. KATEGORI SASARAN (TARGET)
Menempatkan objek pada sasaran atau mendekati
sasaran untuk mendapat mata.
Contoh: bowling, memanah dan golf.
II. KATEGORI JARING/DINDING (NET/WALL)
Permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding.
Mengumpul mata melalui menghantar ke gelanggang
pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak dapat
dihantar balik dalam kawasan gelanggang.
Contoh: badminton, squash dan ping pong.
III. KATEGORI SERANGAN ATAU PERTAHANAN
Permainan kecil jenis serangan adalah satu permainan
yang memerlukan pemain untuk melakukan serangan
dan bertahan dalam semua keadaan dan posisi.
Permainan jenis ini memerlukan stamina yang tinggi
bagi mengekalkan kedudukan semasa permainan.
Contoh: bola sepak, bola baling dan hoki.
IV. KATEGORI PEMUKUL DAN PEMADANG (STRIKING/FIELDING)
Perlawanan yang melibatkan dua pihak: pasukan
memukul atau strikingdan pasukan pemadang atau
fielding
Mengumpul mata melalui larian yang selamat dan
berjaya selepas pukulan dalam masa atau pusingan
yang ditetapkan
Contoh: baseball , softball, cricket
-
8/22/2019 PERMAINAN KECIL PJM 3102
9/31
PJM3102 9
PERMAINAN KECIL
DEFINISI PERMAINAN KECIL
Permainan kecil amat penting dalam pertumbuhan kanak-kanak. Ianya
akan menimbulkan suasana yang menyeronokkan dan mencergaskan
minda. Permainan kecil ini menolong proses pembangunan kemahiran
asas motor seperti berlari dan melompat. Ianya juga meningkatkan
daya kemahiran khusus sukan seperti melontar, menangkap dan
menyepak.
Tambahan pula, menurut Eisen (1998), kanak-kanak jika ditinggalakan
bersendirian dengan apa sahaja alat permaianan, mereka akan
bermain dengan alat-alat tersebut. Permainan kecil ini perlu diawasi
oleh guru bagi memastikan aspek keselamatan tidak diabaikan dan
juga kanak-kanak tersebut menguasai sesuatu kemahiaran dengan
teknik yang betul.
OBJEKTIF-OBJEKIF PERMAINAN KECIL
Terdapat tiga objektif utama yang telah disenaraikan oleh Bucher dan
Thaxton (1979):
i. Objektif Pembangunan Kemahiran Motor.
Membangunkan kemahiran lokomotor.
Membangunkan kemahiran bukan lokomotor.
Membangunkan kemahiran pengawalan bola.
Membangunkan kecergasan fizikal.
ii. Objektif Pembangunan Kognitif
Meningkatkan keupayaan mematuhi peraturan.
Menolong dalam pemahaman peraturan.
Menggalakkan kreativiti dan imaginasi.
Menambah perbendaharaan kata kanak-kanak.
-
8/22/2019 PERMAINAN KECIL PJM 3102
10/31
PJM3102 10
iii. Objektif Pembangunan Afektif-sosial.
Mempelajari hidup bersama dengan orang lain dalam
situasi sosial
Menggalakkan keadilan.
Menggalakkan mematuhi peraturan-peraturan.
Membangunkan semangat kesukanan yang baik.
Membangunkan kualiti kepimpinan.
Membangunkan semangat kerjasama.
CIRI-CIRI PENTING DALAM PERMAINAN KECIL
Memerlukan kemahiran-kemahiran asas.
Mengandungi peraturan-peraturan yang minimum.
Sedikit atau tiada alat yang digunakan.
Tidak menggunakan masa yang panjang.
Ruang permainan yang sederhana atau kecil.
Perjalanan permainan data diubahsuai. Senang untuk dijalankan.
.
-
8/22/2019 PERMAINAN KECIL PJM 3102
11/31
PJM3102 11
Permainan LOKOMOTOR SOFTKET
a. Kategori.
Memukul dan Memadang (Striking/Feilding)
b. Pengenalan Lokomotor Sof tket.
Gabungan permainan softbol dan kriket. Kemahiran asas
dalam permainan ini ialah memukul dan memadang serta
pergerakan lokomotor.
Menggunakan peraturan permainan softbol sebagai asas
peraturan permainan ini. Permainan ini diubahsuai dengan menjadikan asas
pergerakan lokomotor sebagai syarat pergerakan dari base ke
base. Ia bertujuan meningkatkan penguasaan dan
mempelbagaikan pergerakan lokomotor di kalangan kanak-
kanak.
c. Matlamat
Memperkembangankan dari segi pertumbuhan fisiologikal,
psikologikal dan sosiologikal mereka pada setiap peringkat
perkembangannya
Mengembangkan potensi yang terpendam dan bakat mereka juga
dapat dicungkil melalui aktiviti permainan dengan berbagai- bagai
cara dan tidak lagi hanya terbatas kepada pergerakan fizikal dan
senaman biasa.
Memperolehi kemahiran- kemahiran baru, lebih memahami konsep-
konsep tertentu serta pelbagai latar perhubungan bagi sesuatu
permainan ketika mereka mencipta dan merangka sesuatu
permainan yang baru.
Mempelajari cara-cara untuk mengawal pergerakan,
mempertingkatkan ketangkasan pergerakan serta berupaya
menggunakan anggota badan dan minda sebagai alat dalam
sesuatu permainan yang penuh saingan.
-
8/22/2019 PERMAINAN KECIL PJM 3102
12/31
PJM3102 12
Membentuk dan memperkembangkan personaliti dan kognitif
mereka.
Membina situasi dan persekitaran sesuai untuk pertumbuhan fizikal,
mental dan sosial yang sihat.
Menambah pengetahuan tentang bahagian- bahagian anggotatubuh badan dan memahami mekanisme serta fungsi otot- otot
badan dalam tubuh badan mereka.
Penghayatan dan amalan nilai murni dapat dipupuk semasa
menjalankan permainan sesama ahli dalam kumpulan.
d. Objektif.
Memperolehi pengetahuan asas tentang peraturan, kemahiran dan
taktik dalam kategori permainan kanak-kanak.
Berupaya menggunakan pelbagai jenis alat permainan dengan
gaya yang betul dan selamat dalam sesuatu aktiviti permainan.
Memperkembangkan kemahiran sosialisasi mereka dan
meningkatkan cara kominunikasi dengan pelajar yang lain.
Mencipta aktiviti permainan atau menggubah variasi dalam
permainan- permainan lama yang boleh membantu mereka dalam
usaha menyelesaikan masalah.
Melahirkan perasaan dan memperkembangkan daya imaginasi
mereka untuk mencipta sesuatu permainan yang bermakna serta
menyeronokkan
Berlatih dalam suatu permainan yang dirancang untuk
mengeksploitasi segala kemahiran mereka.
Mewujudkan peluang bermain sambil belajar kepada murid agar
mereka boleh belajar dalam suasana yang menggembirakan dan
selesa.
Menyedari kepentingan nilai murni seperti nilai kerjasama dan
tolak-ansur ketika sesuatu aktiviti permainan dijalankan.
Menyemaikan rasa keyakinan diri dan ketenangan diri terutamanya
dalam penyelesaian sesuatu masalah.
-
8/22/2019 PERMAINAN KECIL PJM 3102
13/31
PJM3102 13
e. Tarikh
Dijalankan pada 29 April 2012
f. Masa.
8.00 pagi.
g. Tempat.
Padang IPG Kampus Temenggong Ibrahim.
h. Kumpulan Sasaran
Sesuai dimainkan oleh kanak-kanak 14 tahun ke bawah
i. Peralatan.
Kayu Pemukul Kriket atau kayu pemukul Softbol atau raket tenis.
Bola tenis
Base softbol @ skitel
Borang skor.
-
8/22/2019 PERMAINAN KECIL PJM 3102
14/31
PJM3102 14
PROSEDUR ASAS PEMAINANLOKOMOTOR SOFTKET.
1. Bahagikan pelajar kepada dua kumpulan. Bergantung kepada bilangan
pelajar.
2. Bilangan pemain untuk permainan ini ialah 10 orang. Pelajar yang
selebihnya akan menjadi pemain simpanan.
3. Sekiranya pelajar ramai, bentuk beberapa kumpulan, dan jalankan
permainan ini mengikut format kumpulan, bergantung kepada
kesesuaian masa.
4. Setiap kumpulan boleh melakukan pertukaran pada bila-bila masa,
mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Namun begitu, sebaik-baiknya
setiap pelajar diberi peluang bermain.
5. Permainan akan dijalankan sebanyak 3 inning. Satu inning bermaksud,
setiap pasukan melengkapkan giliran memukul dan memadang.
6. Setelah selesai ke sepuluh ahli kumpulan membuat pukulan, kumpulan
tersebut membuat giliran memadang dan giliran pemadang membuat
pukulan.
7. Kawasan permainan ialah 50 x 50 meter, bergantung kepada keluasan
yang ada. Jarak antara base ke base ialah 12 meter. Namun begitu
keluasan dan jarak antara base ini boleh diubah suai.
8. Peralatan yang digunakan ialah kayu pemukul kriket dan bola tenis,
walau bagaimana pun peralatan ini boleh diubahsuai mengikut
peralatan yang ada, seperti kayu pemukul softbal, kayu hoki dan
sebagainya.
9. Peraturan permainan ini telah diubahsuai daripada permainan softbol
dan permainan kriket. Permainan ini tidak memerlukanpitcheratau
pelempar. Walaubagai mana pun permainan ini boleh diubahsuai
mengikut keperluan dan tahap pelajar.
10. Aspek keselamatan menjadi perkara UTAMA bagi permainan ini.
-
8/22/2019 PERMAINAN KECIL PJM 3102
15/31
PJM3102 15
BAGAIMANA IA DIMAINKAN.
PENYERANG @ PEMUKUL
Pemukul akan melambung dan memukul ke kawasan
permainan.
Setiap pemukul diberi 3 peluang. Sekiranya gagal
membuat pukulan ke kawasan permainan, pemukul
tersebut terkeluar dan tidak memungut sebarang mata
bagi inning tersebut.
Pukulan keluar kawasan permainan disedut Death Ball@
Bola Mati.
Setelah pukulan dibuat, penyerang akan bergerak kebase mengikut syarat berikut:-
a. Pergerakan ke base pertama - Berjalan
b. Pergerakan ke base kedua - Berlari
c. Pergerakan ke base ketiga - Galop
d. Pergerakan ke home - Mengundur
Pukulan yang baik membolehkan penyerang bergerak
lebih jauh. Setiap pergerakan yang selamat ke base
akan diberi markah seperti berikut:-
a. Berjalan - 2 mata
b. Berlari - 2 mata
c. Galop - 2 mata
d. Mengundur - 2 mata
e. Home Run - 10 mata
Penyerang boleh membuat keputusan untuk tidak
bergerak ke base berikutnya, sekiranya dirasakan tidak
selamat.
-
8/22/2019 PERMAINAN KECIL PJM 3102
16/31
PJM3102 16
PERTAHANAN @ PEMADANG.
Pemadang perlu menghalang pergerakan penyerang
dengan cara seperti berikut:-
a. Menangkap bola di udara dengan dua belah
tangan ataupun sebelah tangan. Alatan lain seperti
topi, payung dan lain-lain tidak dibenarkan.
b. Menyentuh mana-mana base dalam keadaan bola
berada di tangan, sebelum penyerang sampai di
base.c. Melakukan tap dengan bola di tangan sebelum
penyerang sampai di base.
Setiap halangan yang berjaya dilakukan akan diberi
markah seperti berikut:-
a. Menangkap bola dengan sebelah tangan - 10
mata
b. Menangkap bola dengan 2 belah tangan - 2 mata
c. Menyentuh base - 2 mata
d. Melakukan tap - 2 mata
-
8/22/2019 PERMAINAN KECIL PJM 3102
17/31
PJM3102 17
KESALAHAN PENYERANG@PEMUKUL.
PERGERAKAN KE BASE TIDAK MENGIKUT SYARAT
YANG DITETAPAKAN.
a. Contoh:-Ali berlari ke Home . Pergerakan Ali ini tidak
mendatangkan mata walaupun dia selamat
sampai. Walau bagaimana pun markah
pergerakannya dari base 1 hingga base 3 masih
dikira.
BERKONGSI BASE.
a. Tidak dibenarkan berkongsi base. Hanya seorangpenyerang pada setiap base.
Contoh:-
Giliran Abu membuat pukulan. Ahmad berada di
base 1. Pukulan Abu yang lemah menyebabkan
Ahmad membuat keputusan tidak berlari ke base
2. Dalam hal ini, Abu terkeluar dan Ahmad boleh
meneruskan permainan.
BERGERAKAN KE BASE SEMASA DEATH BALL @
BOLA MATI.
a. Semasa Death Balltidak dibenarkan membuat
pergerakan ke base. Pengadil akan mengarahkan
penyerang kembali ke kedudukan asal sekiranya
situasi Death Ballberlaku.
-
8/22/2019 PERMAINAN KECIL PJM 3102
18/31
PJM3102 18
KESALAHAN PERTAHANAN @ PEMADANG.
MENANGKAP MENGGUNAKAN ALATAN
a. Tidak dibenarkan menangkap menggunakan
alatan seperti topi, baju dan sebagainya.b. Kesalahan ini akan membolehkan pihak lawan
memperolehi markah penalti sebanyak 10 mata.
HALANGAN KERAS.
a. Pemadang tidak dibenarkan membaling bola ke
arah penyerang.
b. Melakukan rempuhan keras ke arah lawan.Pengadil akan membuat justifikasi terhadap
rempuhan yang keras. Mata penalti akan diberi
kepada pihak lawan sebanyak 10 mata.
c. Aspek keselamatan adalah perkara UTAMA dalam
permainan ini.
-
8/22/2019 PERMAINAN KECIL PJM 3102
19/31
PJM3102 19
BORANG SKOR PERMAINAN LOKOMOTOR SOFTKET
PASUKAN 2
SKOR PEMUKUL
BIL Nama
INNING 1 INNING 2 INNING 3
JUMLAH1 2 3 H H
R
1 2 3 H H
R
1 2 3 H H
R
1
2
3
4
5
6
78
9
10
PEMAIN SIMPANAN
1
2
3
4
5
MARKAH MEMUKUL
SKOR MEMADANG
B TINDAKAN INNING INNING 2 INNING 3 JUM
1 SEBELAH TANGAN
2 DUA BELAH TANGAN
3 SENTUH BASE
4 SENTUHAN TAP
MARKAH MEMADANG
INNING 1 INNING 2 INNING 3 JUM
SKOR PENALTI
JUMLAH BESAR
SKOR KESELURUHAN
B ASPEK INNING 1 INNING 2 INNING 3 JUM
PEMUKUL
PEMADANG
PENALTI
JUMLAH KESELURUHAN
-
8/22/2019 PERMAINAN KECIL PJM 3102
20/31
PJM3102 20
1 2 3 H HR 1 2 3 H HR 1 2 3 H HR
1
2 2 2 2 2 2 2 2 10 24
3
4
5
6
7
89
10
11
12
13
14
15
BIL JUMLAH
1
2
3
4
JUMLAH
BIL JUMLAH
1
2
3
IZAIDAH
FASHIHA
SYAMIMI
FATIN
NOR AINI
SYAFIQAH
SKOR MEMADANG
FAIRUZ
RAHIMAHNURUL
RABIATUL
PEMAIN SIMPANAN
IZZATI
SUHAILA
SYARIFAH
ADRIANA
SUZI
MARKAH MEMUKUL
MARKAH MEMADANG
INNING 1 INNING 2 INNING 3
INNING 1 INNING 2 INNING 3
JUMLAH BESAR
SKOR KESELURUHAN
PENALTI
INNING 1 INNING 2 INNING 3
JUMLAH KESELURUHAN
TINDAKAN
SENTUH BASE
SENTUHAN TAP
SEBELAH TANGAN
DUA BELAH TANGAN
SKOR PENALTI
ASPEK
PEMADANG
PEMUKUL
BORANG SKOR PERMAINAN LOKOMOTOR SOFTKET
PASUKAN
SKOR PEMUKUL
BIL NAMA
INNING 1 INNING 2 INNING 3
JUMLAH
JAGUNG MUDA
-
8/22/2019 PERMAINAN KECIL PJM 3102
21/31
PJM3102 21
RAJAH PERMAINAN LOKOMOTOR SOFTKET
30 METER
Kawasan Permainan Lokomotor Sof tket.
Kawasan permainan lebih kurang 30 meter, bergantung
kepada keluasan padang yang ada.
Jarak antara base ke base ialah 12 meter.
Peralatan.
Kayu pemukul kriket atau kayu pemukul softbol atau raket tenis
Bola tenis
Base softbol
Borang skor.
12 M
12 M
http://www.google.com.my/imgres?q=BASEBALL+ICON&start=80&um=1&hl=en&biw=1366&bih=622&tbm=isch&tbnid=RnQEXRwr71WwVM:&imgrefurl=http://www.littlehawkathletics.com/sport-camps.html&docid=vJWG9Y0ZiQY_fM&imgurl=http://www.littlehawkathletics.com/images/images/camp-icons/baseball-icon.gif&w=65&h=65&ei=BZeNT_uIE4HRrQfQhc2rCQ&zoom=1&iact=hc&vpx=974&vpy=380&dur=1187&hovh=65&hovw=65&tx=75&ty=35&sig=102091396220438651487&page=4&tbnh=64&tbnw=64&ndsp=31&ved=1t:429,r:29,s:80,i:66 -
8/22/2019 PERMAINAN KECIL PJM 3102
22/31
PJM3102 22
RUMUSAN/KESIMPULAN
Tidak dapat dinafikan bahawa kanak- kanak memang suka dengan aktiviti yang
banyak melibatkan pergerakan sama ada pergerakan jenis lokomotor atau bukan
lokomotor. Mereka kelihatan lebih cergas dan telah menunjukkan sikap inkuiri yangtinggi apabila aktiviti permainan dijalankan sekira dibandingkan dengan aktiviti
pembelajaran yang dilaksanakan dalam bilik darjah. Jadi, program Teaching Games
for Understanding (TGFU) memang sesuai untuk pelajar-pelajar yang belajar pada
peringkat sekolah rendah.
Program TGFU ini telah menghubungkaitkan ilmu pengetahuan dengan aktiviti-
aktiviti permainan. Dengan kata lain, pelajar-pelajar boleh belajar sambil bermain
melalui program ini.Dalam program ini, pelajar didedahkan kepada prinsip gerakan yang umum
dalam sesuatu permainan seperti softbol dan sebagainya. Oleh sebab permainan ini
merupakan permainan berkumpulan maka pelajar harus bersaing secara sihat, serta
memupuk nilai kerjasama dengan rakan berdasarkan stategi yang dirancang serta
peraturan- peraturan ditetapkan. Secara ringkasnya, program ini banyak
mendatangkan manfaat kepada para pelajar.
Melalui kertas kerja ini, saya menyedari bahawa peraturan dan syarat
permainan adalah penting dalam pelaksanaan suatu permainan. Untuk menjadikan
aktiviti permainan itu menarik dan diminati oleh pelajar, pertamanya peraturan dan
syarat permainan yang ditetapkan mesti mudah difahami dan pendek. Seterusnya,
guru Pendidikan Jasmani harus memberi peluang untuk murid mempelajari,
melakukan dan merasai keriangan bergerak dalam situasi persaingan mengikut
keperluan, kebolehan dan minat individu masing-masing. Guru boleh membiarkan
pelajar memodifikasi permainan demi menyuburkan pemikiran kreatif mereka serta
menyebabkan mereka lebih memahami konsep bagi permainaan tertentu.
Kesimpulannya, para guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan memainkan
peranan yang penting untuk mendedahkan pelajar kepada aktiviti permainan yang
berbagai-bagai jenis supaya mereka ini lebih memahami terhadap organisasi
permainan-permainan dan juga mempelajari gerakan yang tepat bagi aktiviti
permainan tertentu. Selain itu, guru wajib menekankan aspek kemahiran asas, aktiviti
latihan, dan permainan- permainan yang bersesuaian dalam waktu jasmani kerana
segala pengetahuan yang dipelajari pada peringkat sekolah akan mempengaruhi
-
8/22/2019 PERMAINAN KECIL PJM 3102
23/31
PJM3102 23
pandangannya terhadap permainan yang seterusnya. Dengan kata lain, para guru
perlu membuat persediaan yang secukupi dalam perancangan aktiviti permainan
dalam setiap pengajaran terutamanya dalam permainan kategori sasaran, pukulan,
jaring/ dinding dan serangan.
-
8/22/2019 PERMAINAN KECIL PJM 3102
24/31
PJM3102 24
REFLEKSI
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah berjaya menyiapkan
kerja kursus PJM 3102 ini mengikut tarikh yang ditetapkan. Saya dan tiga orang
rakan telah ditugaskan oleh pensyarah pembimbing , Encik Syed Kamal Bin Syed
Abu Bakar, untuk menyiapkan kerja kursus ini.Melalui kerja kursus ini, saya telah
mendapat sedikit sebanyak pendedahan dan pengetahuan mengenai Teaching
Games For Understanding (TGFU). Dengan kata lain, tugasan ini telah
memantapkan pemahaman kami dalam subjek Pendidikan Jasmani ini. Saya dapat
berfikir dengan lebih kreatif dan kritis terutama sekali dalam merancang aktiviti
permainan kecil bagi kanak-kanak.
Saya telah membuat rujukan dan mencari bahan-bahan di Perpustakaan
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim.. Selain itu , kami juga
mencari info tentangTeaching Games ForUnderstanding (TGFU )melalui internet.
Ini semua telah memudahkan kami untuk menyempurnakan tugasan ini.Di
peringkat permulaan saya mengalami sedikit kesukaran untuk menghubungkaitkan
teori TGFU ini dengan kehendak tugasan. Setelah berbincang bersama ahli
kumpulan lain dan mendapat khidmat nasihat pensyarah pembimbing, saya berasa
yakin dan mempunyai beberapa idea untuk diketengahkan untuk menghasilkan
satu permainan kecil. Hasilnya terhasillah LOKOMOTOR SOFTKET yangmerupakan gabungan permainan softbol dan kriket dan dimasukkan beberapa
pergerakan lokomotor.
Melalui tugasan ini juga telah berjaya menambahkan pengetahuan kepada
saya bagaimana untuk menjadikan mata pelajaran Pendidikan Jasmani sesuatu
yang menyeronokan dan membantu meningkatkan penguasaan kemahiran pelajar
dengan lebih berkesan. Segala ilmu yang diperolehi semasa menyiapakan tugasan
ini, sama ada melalui bimbingan dan tunjuk ajar pensyarah, perkongsian ideabersama rakan mahupun sumber laman sesawang telah menyemarakan lagi
semangat saya untuk merangka dan membina kaedah pembelajaran yang lebih
kreatif sesuai dengan model TGFU yang menitik beratkan penguasaan kemahiran
dan kematangan melalui keseronokan aktiviti.
Saya ingin melahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
pensyarah pembimbing dan ahli kumpulan. Buat Encik Syed Kamal Bin Syed Abu
Bakar, jasa mu hanya Allah yang mampu membalas, buat rakan dan sahabat, jasa
kalian akan terus dikenang. - Mohd Zaiddi Mohd Dahlan-
-
8/22/2019 PERMAINAN KECIL PJM 3102
25/31
PJM3102 25
REFLEKSI
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan rasa syukur kehadrat Illahi kerana dengan
limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang telah
ditetapkan. Tugasan bagi mata pelajaran Pergerakan Asas bagi topik Permainan Kecil
berdasarkan TGFU ini telah diberikan oleh pensyarah saya iaitu Encik Syed Kamal Bin Syed AbuBakar. .
Pada mulanya, saya tidak begitu memahami mengenai cara pelaksanaan kerja kursus ini
kerana kami saya tidak pernah belajar cara untuk melaksanakan TFGU ini. Setelah diberikan
taklimat ringkas oleh pensyarah barulah saya mendapat sedikit sebanyak gambaran untuk
melaksanakan tugasan ini. Di dalam tugasan ini, saya dikehendaki melaksanakantugasan secara
berkumpulan dengan menyediakan satu permainan kecil berteraskan konsep Memukul dan
Memadang (Striking and Fielding) serta membuat pembentangan amali bagi permainan keciltersebut. Kumpulan saya telah memilih permainan softbol dan kriket sebagai asas permainan kecil
ini. Saya dan rakan telah berbincang untuk mengubahsuai permainan ini dengan memasukkan
beberapa pergerakan lokomotor dan menamakan permainan ini sebagai LOKOMOTOR
SOFTKET.
Di awal pelaksanaan tugasan, setiap ahli kumpulan telah diberi bidang tugas masing-
masing bagi memudahkan dan mempercepatkan kertas kerja ini. Sebelum melaksanakan tugas
masing-masing, kumpulan kami telah membuat sedikit perbincangan dan meminta nasihat
daripada pensyarah mengenai permainan LOKOMOTOR SOFTKET ini. Pada awal
perbincangan, saya dan ahli kumpulan yang lain menghadapi sedikit kesulitan dan masalah untuk
menjadikan permainan ini sesuatu yang menyeronokan dan memberi kesan yang baik terhadap
penguasaan kemahiran kanak-kanak.
Saya dan ahli kumpulan berterima kasih kepada pensyarah pembimbing yang telah
membantu kami, melontarkan idea-idea yang bernas untuk menjayakan permainan ini. Hasil
daripada tugasan ini telah memberi banyak input kepada saya cara-cara meningkatkan
penguasaan kemahiran pelajar, bagaimana untuk merangsang minda meraka menjadi atlet yang
matang dalam membuat keputusan semasa pertandingan. Sesungguhnya, model TGFU ini
menggalakkan perkembangan dan penguasaan kemahiran yang lebih baik dan ia juga
menjadikan pelajar lebih kreatif dan berani.
Saya sekali lagi memanjangkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana ditunjukkan
satu lagi cabang ilmu yang berguna untuk dipanjangkan kepada anak didik saya. Terima kasih
juga kepada Encik Syed Kamal Bin Syed Abu Bakar atas bimbingan dan nasihat,yang diberikan.
- Rafee bin Suhaimin -
-
8/22/2019 PERMAINAN KECIL PJM 3102
26/31
PJM3102 26
REFLEKSI
Sepanjang menyiapkan tugasan PJM 3102, pelbagai input baru yang
diperolehi. Tugasan ini memberi peluang kepada saya untuk mengenalpasti dan
memahami tentang penguasaan kemahiran melalui Teaching Games For
Understanding(TGFU). Dalam menyiapkan tugasanini, saya telah mencari maklumat
di perpustakaan, laman sesawang, dan juga membuat perbincangan dengan rakan
kelas yang lain. Tugasan ini merupakan tugasan kumpulan, dan kami diminta untuk
merancang satu permainan kecil berkonsepkan Memukul dan Memadang (Striking
and Fielding).Walaupun sibuk dengan tugsan di sekolah masing-masing. kami masih
mampu membuat perbincangan dari masa ke semasa untuk menyiapkan tugasan ini.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
pembimbing, Encik Syed Kamal Bin Syed Abu Bakar, kerana sudi memberi
bimbingan dalam menyiapkan tugasan ini.Namun, terdapat beberapa kekangan
dalam menyiapkan tugasan ini kerana saya dan beberapa ahli kumpulan terlibat
dengan Kejohanan Olahraga MSSJ yang berlangsung di Kluang, selain perlu
menyiapkan beberapa tugasan lain. Saya berterima kasih kepada ahli kumpulan
yang lain kerana kerjasama yang baik untuk merancang dan menghasilkan satu
permainan kecil mengikut kehendak tugasan yang diberikan. Hasilnya kumpulan
kami telah menghasilkan permainan LOKOMOTOR SOFTKET yang dirasakan
mampu menimbulkan keseronokan, penguasaan kemahiran sesuai dengan konsep
TGFU yang telah diperkenalkan oleh Bunker adn Thorpe.
Sebagai seorang guru, saya merasakan tugasan yang diberikan ini telah
menambah keyakinan saya untuk mendidik para pelajar dengan lebih cemerlang
terutamanya dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Manfaat yang diperolehi
dari pembelajaran TGFU ini sangat besar dalam mengembangkan potensi dan
prestasi pelajar dalam bidang sukan.
Saya sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah
pembimbing, selain memberi bimbingan kepada saya dan ahli kumpulan menyiapkan
tugasan ini, beliau turut membuka minda kami untuk lebih kreatif dan inovatif semasa
menjalankan aktiviti di sekolah. Ilmu yang dicurahkan amat berguna kepada kami
warga pendidik. Buat ahli kumpulan, kerjasama yang diberikan amat
membanggakan. Saya amat berterima kasih dan bertuah dapat bekerjasama dengan
anda sekalian. Terima kasih sahabat.- Mustafa bin Ali -
-
8/22/2019 PERMAINAN KECIL PJM 3102
27/31
PJM3102 27
REFLEKSI
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, saya telah berjaya menyiapkan
kerja kursus PJM 3102 ini mengikut tarikh yang ditetapkan. Saya bersama tiga
orang rakan telah menerima tugasan daripada pensyarah pembimbin , EncikSyed Kamal Bin Syed Abu Bakar, untuk menyiapkan permainan kecil mengikut
model Teaching games For Understanding (TGFU).Melalui kerja kursus ini,
saya telah mendapat sedikit sebanyak pendedahan dan pengetahuan
mengenai Teaching Games For Understanding(TGFU).
Dalam proses menyiapkan tugasan PJM 3102, pelbagai input baru
yang diperolehi. Tugasan ini memberi peluang kepada saya untuk
mengenalpasti dan memahami tentang penguasaan kemahiran melaluiTeaching Games For Understanding (TGFU). Walaupun dibebani dengan
tugasan seharian sebagai pendidik di sekolah, namun hasil bimbingan
pensyarah pembimbing dan kerjasama ahli kumpulan segala permasalahan
yang timbul dapat diatasi dengan baik.
Setelah berbincang dan mendapat khidmat nasihat pensyarah serta
perkongsian idea bersama ahli kumpulan yang lain, kami telah menghasilkan
permainan LOKOMOTOR SOFTKET, permainan ini diyakini memenuhi kretiria
yang ada dalam model TFGU yang diperkenalkan oleh Bunker adn Thorpe.
Keseronokan yang diperolehi mampu membantu pelajar menguasai kemahiran
dan membuat keputusan dengan baik.
Apa yang lebih penting dalam penghasilan kertas kerja ini ialah,
keyakinan untuk mendidik pelajar dengan lebih efektif terutamanya dalam
matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Melalui proses
pengumpulan bahan, perbincangan bersama ahli kumpulan serta bimbingan
pensyarah saya tidak mahu lagi terikat dengan kaedah pembelajaran
tradisional, bagi mengurangkan kebergantungan pelajar kepada guru untuk
meningkatkan potensi dan prestasi serta kemahiran membuat keputusan. Saya
tidak mahu anak didik saya terkongkong dalam mengembangkan bakat
mereka. Saya berazam menjadikan mereka, pelajar yang matang dalam
membuat keputusan, lebih yakin dan berani serta kreatif dalam melakukan
sesuatu yang baru. Ini penting dalam usaha menjadikan mereka pelajar yang
berdaya saing dalam dunia sukan yang semakin pantas.
-
8/22/2019 PERMAINAN KECIL PJM 3102
28/31
PJM3102 28
Akhir sekali, saya Azlizam Bin Abdul Shukor merakam jutaan terima kasih
kepada pensyarah pembimbing Encikm Syed Kamal Bin Syed Abu Bakar dan
ahli kumpulan Zaiddi, Mustafa Serta Rafee. Moga kalian beroleh rahmat dari
Allah di atas keikhlasan kalian dalam menyiapkan tugasan ini. Kejujuran dan
keberanian asas kejayaan.
-Azlizam bin Moh d Shuko r -
-
8/22/2019 PERMAINAN KECIL PJM 3102
29/31
PJM3102 29
RUJUKAN.
Almond, L. (1986). Primary and secondary rules. In R. Thorpe, D.
Bunker, & L. Almond (Eds.), Rethinking games teaching (pp. 38-40).
Loughborough: University of Technology, Loughborough.
Booth, K. (1986). An introduction to netball - An alternative approach. In
R. Thorpe, D. Bunker, & L. Almond (Eds.), Rethinking games teaching
(pp. 27-31). Loughborough: University of Technology, Loughborough.
Buck, M., & Harrison, J. (1990). An analysis of game play in volleyball.
Journal of Teaching in Physical Education, 10, 38-48.
Caine, R., & Caine, G. (1994). Making connections: Teaching and the
human brain. New York: Addison-Wesley Innovative Learning
Publications.
Curtner-Smith, M. (1996). Using games invention with elementary
children. JOPERD, 67(3), 33-37.
Ellis, M. (1983). Similarities and differences in games: A system for
classification. Paper presented at the AIESEP conference, Rome, Italy.
Hopper, T. (1994). Can we play the game? RUNNER, 32(2), 21-22.
Kirk, D. (1982). Theoretical guidelines for teaching for understanding.
BAALPE, 18(1), 41-45.
Pigott, B. (1982). A psychological basis for trends in games teaching.
BAALPE, 18(1), 17-22.
Rovegno, I., & Bandhauer, D. (1994). Child-designed games -
experience changes teachers conceptions. JOPERD, 65(6), 60-63.
-
8/22/2019 PERMAINAN KECIL PJM 3102
30/31
PJM3102 30
Schmidt, R. A. (1976). The Schema as a Solution to Some Persistent
Problems in Motor Learning Theory. In G. E. Stelmach (Eds.), Motor
Control: Issues and Trends (pp. 41-65). New York: Academic Press.
Spackman, L. (1983). Invasion games: An instructional strategy. British
Journal of Physical Education, 14(4), 98-99.
Thorpe, R. (1983). An "understanding approach" to the teaching of
tennis. BAALPE, 19(1), 12-19.
Thorpe, R., & Bunker, D. (1989). A changing focus in games teaching.
In L. Almond (Eds.), The place of physical education in schools (pp.
163-169). London: Kogan/Page.
Thorpe, R., Bunker, D., & Almond, L. (Ed.). (1986). Rethinking games
teaching. Loughborough: University of Technology, Loughborough.
Varela, F., Thompson, E., & Rosch, E. (1991). The embodied mind.
Cambridge: The MIT Press.
Werner, P., Thorpe, R., & Bunker, D. (1996). Teaching games for
understanding: Evolution of model. JOPERD, 67(1), 28-33
-
8/22/2019 PERMAINAN KECIL PJM 3102
31/31
BORANG SKOR PERMAINAN LOKOMOTOR SOFTKET
PASUKAN 1
SKOR PEMUKUL
BIL Nama
INNING 1 INNING 2 INNING 3
JUMLAH1 2 3 H H
R
1 2 3 H H
R
1 2 3 H H
R
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
PEMAIN SIMPANAN
1
2
3
4
5
MARKAH MEMUKUL
SKOR MEMADANG
B TINDAKAN INNING INNING 2 INNING 3 JUM
1 SEBELAH TANGAN
2 DUA BELAH TANGAN
3 SENTUH BASE
4 SENTUHAN TAP
MARKAH MEMADANG
INNING 1 INNING 2 INNING 3 JUM
SKOR PENALTI
JUMLAH BESAR
SKOR KESELURUHAN
B ASPEK INNING 1 INNING 2 INNING 3 JUM
PEMUKUL
PEMADANG
PENALTI
JUMLAH KESELURUHAN