Refleksi Kendiri Perkhemahan Wajib Unit Uniform

4
REFLEKSI KENDIRI PERKHEMAHAN WAJIB UNIT UNIFORM (PENGAKAP, BSMM DAN KRS) SABK AMBILAN 2012 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya dapat saya menyertai Perkhemahan Wajib Unit Uniform (Pengakap, BSMM Dan KRS) SABK Ambilan 2012 institut Pendidikan Guru kampus Kota Bharu ini yang melibatkan guru pelatih seramai 62 orang dari kumpulan KDPM SABK Pendidikan Islam (Rendah), Pendidikan Islam (Menegah), Bahasa Melayu (Rendah) dan Bahasa Melayu (Menegah) telah dijalankan pada 12 hingga 14 Mac 2015 (Khamis-Sabtu) bertempat di Kem Reakrasi Pantai Merang, Terengganu dengan jayanya namun terdapat 2 orang guru pelatih tidak dapat menghadirkan diri kerana masalah kesihatan dan permasalahan yang tidak dapat dielakkan . Melalui program ini, unsur-unsur hidup bermoral, beretika dan beragama dapat diterapkan dalam diri saya serta rakan-rakan sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru. Ia juga merupakan satu program yang dilaksanakan bagi melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai semangat dan keperibadian yang tinggi sepanjang menggalas amanah dalam profesion keguruan. Terlebih dahulu Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kem Komandan, penyelaras, jurulatih dan para pensyarah yang terlibat kerana sentiasa berada bersama saya dan rakan-rakan sepanjang perkhemahan ini diadakan dan memberikan kerjasama yang terbaik dalam memastikan semua peserta sentiasa bersedia dalam melakukan apa sahaja aktiviti. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan kumpulan saya kerana telah memberikan kerjasama dan menunjukkan sifat setia kawan yang begitu tinggi dan jitu sepanjang perkhemahan ini dijalankan. Program ini dimulakan dengan sesi taklimat ringkas berkenaan latar belakang perkhemahan oleh Kem Komanden sebelum semua guru pelatih bertolak ke Kem Reakrasi Pantai merang, Terengganu. Setibanya di tapak program semua guru pelatih telah diberi taklimat ringkas berkenaan aspek keselamatan, tatacara pembinaan khemah dan aktiviti penuh yang akan dijalankan sepanjang program. Pelaksanaan Perkhemahan Wajib Unit Uniform ini amat menekankan kepada ketepatan masa oleh para guru

description

contoh refleksi

Transcript of Refleksi Kendiri Perkhemahan Wajib Unit Uniform

Page 1: Refleksi Kendiri Perkhemahan Wajib Unit Uniform

REFLEKSI KENDIRI PERKHEMAHAN WAJIB UNIT UNIFORM (PENGAKAP,

BSMM DAN KRS) SABK AMBILAN 2012 INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS KOTA BHARU

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya

dapat saya menyertai Perkhemahan Wajib Unit Uniform (Pengakap, BSMM Dan

KRS) SABK Ambilan 2012 institut Pendidikan Guru kampus Kota Bharu ini yang

melibatkan guru pelatih seramai 62 orang dari kumpulan KDPM SABK Pendidikan

Islam (Rendah), Pendidikan Islam (Menegah), Bahasa Melayu (Rendah) dan Bahasa

Melayu (Menegah) telah dijalankan pada 12 hingga 14 Mac 2015 (Khamis-Sabtu)

bertempat di Kem Reakrasi Pantai Merang, Terengganu dengan jayanya namun

terdapat 2 orang guru pelatih tidak dapat menghadirkan diri kerana masalah

kesihatan dan permasalahan yang tidak dapat dielakkan . Melalui program ini, unsur-

unsur hidup bermoral, beretika dan beragama dapat diterapkan dalam diri saya serta

rakan-rakan sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru. Ia juga

merupakan satu program yang dilaksanakan bagi melahirkan insan guru yang

berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai semangat dan keperibadian

yang tinggi sepanjang menggalas amanah dalam profesion keguruan.

Terlebih dahulu Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kem

Komandan, penyelaras, jurulatih dan para pensyarah yang terlibat kerana sentiasa

berada bersama saya dan rakan-rakan sepanjang perkhemahan ini diadakan dan

memberikan kerjasama yang terbaik dalam memastikan semua peserta sentiasa

bersedia dalam melakukan apa sahaja aktiviti. Ribuan terima kasih juga diucapkan

kepada rakan-rakan kumpulan saya kerana telah memberikan kerjasama dan

menunjukkan sifat setia kawan yang begitu tinggi dan jitu sepanjang perkhemahan

ini dijalankan.

Program ini dimulakan dengan sesi taklimat ringkas berkenaan latar belakang

perkhemahan oleh Kem Komanden sebelum semua guru pelatih bertolak ke Kem

Reakrasi Pantai merang, Terengganu. Setibanya di tapak program semua guru

pelatih telah diberi taklimat ringkas berkenaan aspek keselamatan, tatacara

pembinaan khemah dan aktiviti penuh yang akan dijalankan sepanjang program.

Pelaksanaan Perkhemahan Wajib Unit Uniform ini amat menekankan kepada

Page 2: Refleksi Kendiri Perkhemahan Wajib Unit Uniform

ketepatan masa oleh para guru pelatih. Sepanjang 3 hari 2 malam perkhemahan ini

berjalan, para guru pelatih telah dihidangkan dengan aktiviti darat mencakupi aktiviti

kembara, kraf, pandu arah menggunakan kompas, ikhtiar hidup, bencana operasi

menyelamat (BOM) dan kerohanian. semua aktiviti ini begitu mencabar serta

menguju fizakal dan mental.

Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, saya akan menjadikan

Perkhemahan Wajib Unit Uniform ini sebagai satu platform untuk terus menjadikan

nilai-nilai guru sebagai jati diri agar saya akan menjadi seorang guru yang baik.

Segala nilai-nilai murni dan moral yang baik haruslah saya contohi agar semua nilai-

nilai seorang guru dapat diterapkan dalam diri saya. Semasa aktiviti kembara, kraf,

pandu arah menggunakan kompas, ikhtiar hidup, bencana operasi menyelamat

(BOM), saya dapati aktiviti ini sangat baik kerana pada waktu ini kita dapat

mengenali siapa yang mudah bekerjasama dan siapa yang tidak bertanggungjawab

dengan tugas yang diamanahkan kepadanya serta dapat menambahkan ilmu dan

pengalaman dalam menghadapi sebarang musibah yang tidak disangka-sangka.

Oleh itu dapat saya katakan bahawa setiap orang tidak sempurna dan kita haruslah

memperbaiki diri kita supaya lebih baik daripada sebelumnya.

Perkhemahan Wajib Unit Uniform ini memberikan banyak faedah dan kebaikan

kepada saya. Kebanyakan program yang dijalankan memberi manfaat kepada saya

sebagai seorang guru. Faedah yang utama yang saya dapat ialah kepentingan

bekerjasama dan kesepaduan ketika berada dalam kumpulan. Hal ini demikian

kerana kebanyakan aktiviti yang dijalankan adalah secara berkumpulan dan

mengikut unit uniform yang disertai. Tanpa kerjasama yang jitu, sesuatu kumpulan

tidak akan dapat melakukan tugasan secara optimum. Kerjasama sepasukan

amatlah penting. Tanpanya juga tiadanya persefahaman antara ahli kumpulan.

Sekiranya semua ahli tidak bekerjasama dengan baik, pasti kumpulan tersebut akan

gagal dalam aktiviti ini.

Selain itu, memandangkan kebanyakan aktiviti berdasarkan kumpulan, ia melatih

sikap kepimpinan dan setiakawan. Ketua memainkan peranan yang penting bagi

memastikan kumpulan berada dalam keadaan yang sejahtera di samping menjaga

kebajikan ahli kumpulannya. Selain itu, tanpa sikap kepimpinan seorang ketua yang

Page 3: Refleksi Kendiri Perkhemahan Wajib Unit Uniform

berkaliber kumpulan tersebut tidak akan dapat maju kehadapan. Di sini saya

menyedari sikap kepimpinan perlu wujud di dalam diri setiap insan khsusnya seorang

guru. Hal ini demikian kerana, sikap kepimpinan itu akan diaplikasikan ketika kita

mengarahkan atau memberi arahan kepada murid-murid yang bakal kita didik dan

asuh kelak.

Tambahan pula, manfaat lain yang dapat saya peroleh ketika perkhemahan ini ialah

sikap berdiri atas kaki sendiri atau dikenali sebagai berdikari. Sikap berdikari ini

muncul dan timbul dalam diri setiap peserta ketika para peserta mengikuti aktiviti

kembara, kraf, pandu arah menggunakan kompas, ikhtiar hidup, bencana operasi

menyelamat (BOM) dan sebagainya. Hal sedemikian akan menanamkan sikap

tanggungjawab individu kepada segala tugas atau amanah yang diberikan. Hal ini

dibuktikan apabila kami bekerjasama dalam setiap aktiviti yang dijalankan

Manfaat yang seterusnya hasil daripada perkhemahan ini ialah mengajar seseorang

individu agar mempunyai stamina yang baik dan kuat. Hal ini demikian kerana,

semasa aktiviti kembara, para peserta terpaksa mendaki dan menuruni laluan yang

curam serta berjalan jauh. Bagi seorang guru, penting baginya mempunyai stamina

yang tinggi kerana tugas seorang guru bukan hanya mengajar di dalam kelas

sewaktu P&P. Seorang guru juga perlu bergiat aktif di dalam aktiviti luar bilik darjah

iaitu bidang korikulum di mana wujudnya persatuan dan kelab, unit beruniform serta

sukan dan permainan. Jika seorang guru yang lemah dari segi stamina,

kemungkinan besar sukar untuk guru tersebut melaksanakan setiap aktiviti luar

bersama dengan para pelajar kelak.

Tambahan pula, semasa perkhemahan juga, walaupun kami melakukan banyak

aktiviti fizikal dan pengurusan kendiri, kami juga telah disediakan dengan tazkirah

yang sangat berguna buat kami dimana tazkirah sentiasa menekankan kepada

ketepatan masa dan keperibadian. ini menyedarkan saya bahawa kejayaan guru

dalam mendidik pelajar bukan sahaja terletak pada akademik dan ko-akademik

namun juga perlu kepada kerohanian yang mantap dalam diri seorang guru.

Dengan adanya program perkhemahan ini dapat mengeratkan lagi hubungan atau

semangat kawan antara satu kumpulan. Jadi di sini Perkhemahan Wajib Unit

Page 4: Refleksi Kendiri Perkhemahan Wajib Unit Uniform

Uniform ini menjadi medan untuk saya mengenali kawan-kawan saya yang sebelum

ini tidak sempat bertegur sapa.

Akhir kata saya rasa beruntung kerana dalam Kursus Diploma Perguruan Malaysia

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (KDPM SABK) terdapat aktiviti seperti

Perkhemahan Wajib Unit Uniform. Hal ini kerana tanpa Perkhemahan Wajib Unit

Uniform kemungkinan besar kita tidak dapat belajar bagaimana untuk menjadi guru

yang baik. Secara tuntasnya, saya dapat katakan bahawa Perkhemahan Wajib Unit

Uniform ini telah mencapai hampir kesemua objektifnya dalam melahirkan guru-guru

yang cemerlang dan berkualiti mengikut piawaian Kementerian Pendidikan Malaysia.

Saya mengharapkan Perkhemahan Wajib Unit Uniform pada masa akan datang lebih

menyeronokkan sekaligus lebih berkualiti dan bermafaat untuk para guru semua

seperti apa yang diperkatakan oleh Imam Ghazali :

“Bersungguh – sungguhlah Engkau dalam menuntut ilmu, jauhilah kemalasan dan

kebosanan kerana jika tidak demikian engkau akan berada dalam bahaya

kesesatan.”

Kesimpulannya, program Perkhemahan Wajib Unit Uniform ini telah berjaya

dilaksanakan dengan jayanya bagi melahirkan guru yang berakhlak mulia,

bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan rohani, mental dan fizikal

serta bermanfaat selaras dengan nilai- nilai keguruan. Saya berharap semoga segala

pengalaman yang saya kutip sepanjang program Perkhemahan Wajib Unit Uniform

ini dapat memberi manfaat kepada saya untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih

baik dalam usaha mendidik anak bangsa kelak.

MOHD RIDZUAN BIN HANAFIAH

860423-26-5669

IPGKB : D25A -1206 - 0510

KDPM (SABK) JUN 12 – PENDIDIKAN ISLAM (RENDAH)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU

KELANTAN