Refleksi Literasi Bahasa

download Refleksi Literasi Bahasa

of 5

description

ja

Transcript of Refleksi Literasi Bahasa

LORNA NGU BINTI SULAIMAN950202-13-5632PENULISAN REFLEKSIAlhamdulillah, memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya maka saya dapat menyiapkan tugasan projek yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan walaupun mempunyai masa yang terhad dan sibuk dengan tugas-tugas lain. Di sini saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Dzulkarnain Bin Mat, pensyarah Literasi Bahasa Melayu dalam membantu menjayakan kerja kursus ini. Semoga segala usaha beliau mendidik kami diberkati Ilahi hendaknya. Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada keluarga saya yang banyak memberikan sokongan moral dan semua rakan yang membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Semoga semua tugasan yang saya hasilkan menepati syarat yang dikehendaki.Dalam tugasan projek ini, saya dikehendaki mencari maklumat berkaitan dengan Literasi Bahasa secara berkumpulan. Ahli kumpulan saya terdiri daripada tiga orang iaitu saya, Ling Jia Wen dan Lee Mieng Cong. Dalam menyiapkan kerja kursus ini, saya dan ahli kumpulan saya telah berbincang bersama-sama dengan mengagihkan tugas yang sama rata supaya kerja kursus kami dapat disiapkan dengan sistematik dan teratur. Kami bekerjasama berkongsi pendapat sekiranya ada yang tidak difahami.Berdasarkan tugasan kerja kursus ini, hasil pembelajaran yang akan dicapai ialah murid dapat mengeja dan membaca suku kata dengan bimbingan guru. Bagi memastikan proses dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, saya dan ahli kumpulan saya telah membina dan menggunakan bahan bantu mengajar (bbm) iaitu dengan kertas kraf yang membentuk haiwan 3D berserta dengan perkataan bagi haiwan yang ditunjukkan. Langkah bagi mengajar dengan bahan bantu mengajar ini telah kami bahagikan sama rata.Untuk set induksi, kumpulan saya telah menggunakan bahan bantu mengajar yang merangkumi tema haiwan dalam hutan. Guru akan bertanya dengan murid tentang apakah haiwan yang terdapat dalam hutan. Kemudian murid akan memberikan pendapat haiwan yang ada di hutan. Selepas itu, guru memulakan sesi bercerita kepada murid berdasarkan bahan bantu mengajar yang disediakan Melalui bahan bantu mengajar haiwan tersebut, murid juga boleh menyanyi sambil mengenalpasti haiwan yang terdapat dalam gambar. Untuk langkah satu, murid diperkenalkan oleh guru dengan kraf kertas haiwan 3D seperti gajah, harimau dan tapir. Kraf kertas haiwan 3D digunakan untuk memperkenalkan haiwan tersebut kepada murid memandangkan bentuknya seperti haiwan yang sebenar tetapi dalam saiz yang kecil. Dalam langkah ini juga, murid mengajuk bunyi haiwan berdasarkan kraf kertas haiwan 3D yang ditunjukkan oleh guru. Untuk langkah dua, murid diperkenalkan oleh guru dengan perkataan yang bersesuaian dengan kraf kertas yang telah ditunjukkan dalam langkah satu. Guru akan mengeja setiap suku kata dan murid akan mengulangi sambil melihat perkataan nama haiwan dengan bimbingan guru. Untuk sesi penutup, guru memilih murid untuk melengkapkan perkataan di hadapan, kemudian murid menulis jawapan di hadapan. Sekiranya murid dapat mengeja suku kata dengan betul, guru akan memberi pujian dan menepuk tangan untuk murid yang dapat menjawab dengan betul.Untuk tugasan individu pula, saya telah menghasilkan lagu kanak-kanak yang dicipta oleh saya sendiri. Melodi lagu yang telah saya gunakan adalah daripada lagu Gwiyomi. Memandangkan melodi lagu tersebut rancak dan riang, saya pasti murid-murid akan gemar dan seronok apabila menyanyikan lagu ini. Kaedah yang saya gunakan dalam teknik nyanyian adalah kaedah pandang dan sebut. Dalam mengajar lagu tersebut, saya telah menunjukkan gambar bagi setiap huruf. Contohnya seperti huruf A untuk ayam, huruf B untuk bola dan lain-lain. Melalui nyanyian ini, murid akan mudah mengingat suku kata perkataan melalui gambar yang diperhatikan. Murid juga tidak perlu mengeja perkataan yang ditunjukkan. Oleh itu, masa dapat dijimatkan kerana tidak memerlukan masa untuk mengeja yang lama.Namun demikian, saya turut menghadapi beberapa masalah dalam proses membuat kerja kursus ini. Antara masalah yang saya hadapi adalah kelajuan talian Internet yang lambat. Hal ini menyebabkan saya berasa tertekan semasa menunggu Internet diakseskan. Kadang kala, talian Internet tiba-tiba terputus dan saya terpaksa mengakseskan semula laman web yang dicari. Walau bagaimanapun, saya tetap sabar menunggu laman web yang ingin dilayari. Saya terpaksa menggunakan wifi kampus ini memandangkan kuota bagi jalur lebar saya telah habis digunakan. Kelajuan Internet lambat mungkin disebabkan oleh ramai orang telah menggunakannya. Walau bagaimanapun, saya menyelesaikannya dengan menyimpan maklumat yang didapati ke dalam dokumen. Oleh itu, saya tidak perlu membuka semula laman web yang hendak dicari.Setelah diteliti dan dinilai semula saya rasa masih ada kekurangan bahan bantu mengajar kumpulan saya ini. Pertamanya adalah penggunaan bahan bantu mengajar yang bersaiz kecil. Haiwan 3D yang telah kami hasilkan bersaiz kecil dan tidak dapat dilihat dengan jelas dari jarak jauh. Oleh hal yang demikian, murid perlu bergerak ke hadapan atau dibahagikan kepada beberapa kumpulan supaya dapat melihat dengan jelas. Bahan yang saya gunakan untuk menghasilkan haiwan 3D tersebut juga mudah koyak atau rosak sekiranya tidak dijaga dengan baik atau terkena air. Tapak bagi bahan bantu mengajar tersebut juga mudah patah kerana diperbuat daripada polisterin.Saya juga kurang prihatin dengan aktiviti atau kaedah pengajaran saya. Saya hanya menggunakan beberapa kaedah biasa sahaja iaitu penyoalan, perbincangan, pembentangan dan membaca semula teks yang dipamerkan serta kaedah sumbang saran. Selain itu saya juga lebih banyak menggunakan kedah syarahan. Jika dilihat semula kaedah atau teknik lakonan atau simulasi juga boleh digunakan agar murid-murid menjadi lebih cergas.Saya juga kurang menitikberatkan masa yang patut diambil bagi sesi pengajaran saya ini. Justeru saya terkejar-kejar menggunakan setiap masa yang ada dengan keadaan yang agak kalut. Jika saya berpeluang mengajar sekali lagi tajuk ini, saya akan memperuntukkan masa yang lebih. Masa 10 minit agak kurang sesuai untuk mengajar secara keseluruhan isi kandungan dalam tajuk ini. Masa yang sebegini dapat memberi ruang mengajar yang lebih selesa untuk mempelbagaikan aktiviti seperti tayangan video, simulasi dan sebagainya.Sumber pertama yang saya utamakan dalam mencari maklumat sudah semestinya bahan bacaan yang berada di pusat sumber. Sumber bacaan di pusat sumber lengkap dengan apa yang saya dikehendaki dan mampu membantu saya menyempurnakan kerja kursus ini dengan baik. Saya amat berpuas hati dan bersyukur dengan kemudahan pusat sumber yang disediakan oleh pihak IPG. Saya juga merujuk kepada maklumat yang berada di Internet. Kecanggihan alat teknologi pada masa kini telah banyak membantu saya dalam menyelesaikan kekurangan sumber maklumat. Maklumat yang dikehendaki hanya perlu ditaip kata kunci dan muncul dalam sekelip mata. Oleh kerana pensyarah telah menerangkan tajuk Literasi Bahasa Melayu kepada saya, maklumat yang disampaikan amat bermanfaat dalam melaksanakan kerja kursus ini.Dalam proses menyempurnakan kerja kursus ini, saya memahami banyak mengenai cara mengajar murid supaya lebih mengenali huruf atau perkataan melalui pelbagai kaedah. Antara kaedah yang telah saya pelajari melalui kursus Literasi Bahasa Melayu ini ialah Kaedah Fonetik, Kaedah Abjad, Kaedah Pandang Sebut dan Kaedah Gabungan Bunyi Kata. Tugasan ini banyak membantu saya meningkatkan dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya sebagai seorang guru. Diharapkan segala pengetahuan ini dapat dicurahkan kepada anak didik saya di sekolah dalam segala usaha bersesuaian dengan transformasi pendidikan masa kini.Secara amnya saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Secara keseluruhannya, saya juga berpuas hati dan berbangga kerana objektif pengajaran pada hari itu tercapai dengan cemerlang. Proses pengajaran dan pembelajaran juga berlaku dua hala. Murid-murid memberi respon kepada soalan-soalan yang dikemukakan oleh saya.Antara kekuatan yang terdapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran ini dilaksanakan, murid berminat untuk belajar kerana mereka tertarik dengan rangsangan multimedia iaitu tayangan video lagu tersebut. Penggunaan bunyi dan gambar dalam multimedia mampu meningkatkan minat dan tumpuan murid-murid. Secara tidak langsung, kefahaman murid juga dapat ditingkatkan.Kekuatan yang kedua ialah penggunaan kertas kraf haiwan 3D. Kertas kraf haiwan 3D yang digunakan semasa sesi pembelajaran ini menggunakan gambar yang menarik, tulisan yang besar serta warna yang terang. Kepelbagaian penggunaan bahan bantu belajar dapat meningkatkan keseronokan dan tumpuan mereka. Ini kerana, warna dan gambar yang sesuai memainkan peranan yang penting bagi menarik minat murid untuk terus mengikuti proses pembelajaran. Kekuatan yang ketiga ialah peneguhan positif yang diaplikasikan oleh guru kepada murid-murid contohnya pujian seperti baik, tahniah dan perlakuan seperti menepuk tangan. Peneguhan positif sesuai diaplikasikan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran di mana murid akan merasa diri mereka dihargai dan secara tidak langsung keyakinan murid dapat ditingkatkan.Ekoran daripada membuat refleksi ini, saya dapat mengambil kesempatan untuk memuhasabah diri saya dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran terutama pada tajuk ini. Masih banyak perkara yang perlu saya perbaiki. Justeru saya perlu mengambil beberapa langkah segera dan bersesuaian jika saya diberi peluang mengajar pada lain kalinya. Perkara-perkara yang boleh menyebabkan proses pengajaran dan pembelajara menjadi lemah perlulah segera diatasi dan juga dielakkan dari berlaku. Yang sedemikian seseorang guru haruslah memiliki sifat kreatif, kritis dan inovatif. Hal ini akan lebih menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan secemerlang mungkin. Walau bagaimana dan apa carapun yang paling penting adalah berlakunya proses guru mengajar dan murid belajar di dalam kelas. Perkara ini lebih diutamakan kerana ianya merupakan proses pengajaran atau penyampaian ilmu yang sebenar. Murid dididik secemerlang mungkin akhlak dan peribadinya selaras dengan keseimbangan dari segi JERI merupakan objektif yang paling diharapkan oleh semua warga pendidik sesuai dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Pengurusan masa sangat penting bagi seseorang guru terutama ketika merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran sebenar. Masa yang diatur dengan baik serta bijak akan menghasilkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan.Akhir kata, saya mempelajari tentang pentingnya semangat kerjasama dalam pasukan untuk menjayakan sesuatu perkara. Tanpa kerjasama yang kukuh, mustahil saya dan rakan sekumpulan dapat menyiapkan kerja kursus yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan.