Refleksi Minggu 5 Dan 6

download Refleksi Minggu 5 Dan 6

of 2

description

refleksi

Transcript of Refleksi Minggu 5 Dan 6

Pada 30/08/2015, SJK (T) Ladang Mengkibol telah menganjurkan sebuah Jamuan Makan Malam bertujuan untuk menambahkan dana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk pendidikan murid-murid sekolah ini. Bagi memeriahkan majlis tersebut, Guru Besar meminta guru-guru praktikum untuk melatih murid-murid tahun 3, 4, dan 5 untuk tarian tradisional dan moden. Latihan tersebut telah dijalankan hampir 1 bulan. Semasa melatih, saya telah menghadapi pelbagai cabaran dari segi tingkah laku murid-murid. Terdapat murid-murid yang ingin terlibat dalam tarian tetapi mereka tidak hadir untuk latihan. Hal ini menyebabkan saya tidak dapat melatih mereka dengan sepenuhnya. Oleh itu, latihan tarian ini mengambil masa yang lama untuk habis. Guru-guru sekolah juga membantu dan membimbing saya untuk melaksanakan tugas melatih murid-murid dengan sempurna. Kami dikehendaki untuk menguruskan segala persiapan murid-murid untuk tarian seperti pakaian, aksesori dan sebagainya. Guru-guru sekolah membimbing kami untuk menguruskan persiapan tersebut. Akhirnya, persembahan tarian tersebut telah berjalan dengan lancar dan sempurna.Melalui tanggungjawab yang diberikan, saya berpeluang untuk memperolehi pengalaman yang baru kerana ini merupakan kali pertama saya diberi tugas sebegini. Saya dapat meningkatkan keyakinan diri dan sentiasa bersedia untuk memikul sebarang tanggungjawab yang diberikan oleh pihak sekolah. Sekiranya saya diberikan tugas sebegini pada masa akan datang, saya berupaya untuk melaksanakan dengan penuh keyakinan dan tabah. Saya juga dapat mencungkil dan mengenali bakat tarian saya melalui tugas melatih tarian kepada murid-murid. Walaupun saya telah menghadapi pelbagai masalah semasa latihan tarian, dengan bantuan rakan praktikum saya dapat melatih murid-murid dengan sempurna yang mana telah menjayakan persembahan pada Jamuan Makan Malam anjuran PIBG.

LAMPIRAN

Gambar 1 Pelajar lelaki yang terlibat dalam tarian

Gambar 3 Saya dengan pelajarGambar 2 Pelajar perempuan yang terlibat dalam tarian