Refleksi Program Karnival Sain1

3
REFLEKSI PROGRAM KARNIVAL SAINS Program karnival sains yang telah diadakan pada 13-16 Julai telah berjaya disempurnakan dengan jayanya. Antara kekuatan yang diperoleh sepanjang program ini dilaksanakan antaranya ialah menjadikan murid lebih kerap berkomunikasi dan berbincang sesama rakan dalam kumpulan mereka. Setiap murid perlu memberi kerjasama yang baik untuk memastikan hasil kerja yang dibuat dapat dihasilkan dengan baik. Contohnya ketika dalam pertandingan pedati gelung getah yang memerlukan mereka untuk membina dengan betul dan teliti sebuah kereta menggunakan bahan tertentu supaya apabila kereta tersebut dilepaskan ianya dapat bergerak jauh. Justeru, kemahiran komunikasi murid dapat diasah dan ditingkatkan. Selain itu, melalui pertandingan roket air yang telah diadakan, ianya dapat menjadikan pemikiran murid menjadi lebih kreatif dan mampu menjana idea yang bernas setiap masa. Hal ini dapat dilihat ketika mana murid-murid dalam kumpulan masing-masing mempamerkan kekreatifan idea ketika membina roket air menggunakan pelbagai bahan dan hiasan pada roket tersebut. Melalui pemerhatian saya sebelum pertandingan diadakan, penglibatan murid dalam program ini adalah sangat aktif kerana mereka gigih mencari bahan untuk pembuatan roket tersebut seperti botol 100 Plus, plastisin dan pelbagai bahan lain untuk menghias roket air tersebut. Hal ini menunjukkan mempunyai pelbagai imaginasi dan idea yang bernas dan kreatif di samping bersaing secara sihat dan berusaha untuk mempamerkan roket yang terbaik untuk dipertandingkan

description

Refleksi Program Karnival Sain1

Transcript of Refleksi Program Karnival Sain1

Page 1: Refleksi Program Karnival Sain1

REFLEKSI PROGRAM KARNIVAL SAINS

Program karnival sains yang telah diadakan pada 13-16 Julai telah berjaya

disempurnakan dengan jayanya. Antara kekuatan yang diperoleh sepanjang

program ini dilaksanakan antaranya ialah menjadikan murid lebih kerap

berkomunikasi dan berbincang sesama rakan dalam kumpulan mereka. Setiap murid

perlu memberi kerjasama yang baik untuk memastikan hasil kerja yang dibuat dapat

dihasilkan dengan baik. Contohnya ketika dalam pertandingan pedati gelung getah

yang memerlukan mereka untuk membina dengan betul dan teliti sebuah kereta

menggunakan bahan tertentu supaya apabila kereta tersebut dilepaskan ianya dapat

bergerak jauh. Justeru, kemahiran komunikasi murid dapat diasah dan ditingkatkan.

Selain itu, melalui pertandingan roket air yang telah diadakan, ianya dapat

menjadikan pemikiran murid menjadi lebih kreatif dan mampu menjana idea yang

bernas setiap masa. Hal ini dapat dilihat ketika mana murid-murid dalam kumpulan

masing-masing mempamerkan kekreatifan idea ketika membina roket air

menggunakan pelbagai bahan dan hiasan pada roket tersebut. Melalui pemerhatian

saya sebelum pertandingan diadakan, penglibatan murid dalam program ini adalah

sangat aktif kerana mereka gigih mencari bahan untuk pembuatan roket tersebut

seperti botol 100 Plus, plastisin dan pelbagai bahan lain untuk menghias roket air

tersebut. Hal ini menunjukkan mempunyai pelbagai imaginasi dan idea yang bernas

dan kreatif di samping bersaing secara sihat dan berusaha untuk mempamerkan

roket yang terbaik untuk dipertandingkan

Kekuatan seterusnya yang diperolehi sepanjang program ini dilaksanakan

ialah dapat menambahkan lagi pengetahuan sains murid melalui inkuiri penemuan

dan aktiviti hands-on yang telah disediakan. Ini dapat dilihat ketika pertandingan

Explorace di mana murid-murid perlu mengulangkaji buku teks Sains tahun 4 dan 5

kerana soalan yang disediakan adalah berdasarkan silibus di dalam buku teks

tersebut. Tambahan pula kumpulan yang dibentuk juga terdiri daripada pelajar tahun

4 dan tahun 5. Ini secara tidak lansung menjadikan murid tahun 4 terdedah dengan

awal pada silibus Sains tahun 5 dan dalam masa yang sama menjadikan murid

tahun 5 dapat mengingat semula ilmu yang telah dipelajari ketika mereka berada

dalam tahun 4 dahulu. Bertitik-tolak daripada manifestasi ini, jelas ianya dapat

meluaskan lagi pengetahuan sains murid.

Page 2: Refleksi Program Karnival Sain1

Antara kelemahan yang didapati sepanjang program ini dilaksanakan ialah di

mana murid tahap satu tidak dapat dilibatkan kerana pertandingan ini merangkumi

silibus tahap dua dan tidak sesuai untuk dijalankan pada tahap mereka.

Kelemahan yang didapati seterusnya ialah pelajar sukar untuk dikawal.

Memandangkan setiap pelajar hanya boleh mengambil bahagian hanya satu acara

sahaja, justeru, apabila pertandingan pedati gelung getah diadakan, maka peserta

pertandingan roket air dan Explorace tidak terlibat dan akhirnya membuat bising

ketika pertandingan pedati gelung getah dijalankan. Ianya sedikit sebanyak

mengganggu peserta pertandingan tersebut untuk fokus dalam mengambil bahagian

masing-masing.

Selain itu, acara Explorace yang diadakan tidak sesuai pada waktunya, ini

kerana ia dilaksanakan pada bulan ramadhan dan ketika waktu petang. Justeru,

pelajar kelihatan penat dan merungut letih dan kurang bersemangat untuk berlari

ketika acara diadakan.

Justerum beberapa cadangan penambahbaikan telah difikirkan bagi

mengatasi kelemahan yang berlaku. Penambahbaikan yang pertama ialah

mempelbagaikan acara yang melibatkan murid tahap satu seperti pertandingan

mewarna atau kuiz supaya adil bagi semua murid untuk merasai pengalaman

melibatkan diri dalam pertandingan yang diadakan.

Penambahbaikan yang kedua ialah melantik jawatankuasa bagi kawalan

murid dengan menambah bilangan guru yang memantau murid. Jumlah murid yang

ramai memerlukan bilangan guru yang ramai untuk mengawal murid supaya

suasana yang lebih tenang semasa program berlangsung dapat diwujudkan.

Penambahbaikan ketiga ialah melaksanakan acara pada waktu yang sesuai

seperti di luar waktu ramadhan atau pada waktu pagi supaya murid mempunyai

tenaga dan cergas untuk berlari dan dapat berfikir dengan lebih aktif ketika

menjawab soalan.