Refleksi Sorotan Literatur

2
Refleksi Sorotan Literatur Menurut Sgroi dan Sgroi (1993) murid perlu memahami mengenai konsep pembahagian sebelum mereka diperkenalkan kepada mana-mana algoritma bahagi. Kesediaan murid mempelajari cara-cara menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi bahagi tertakluk kepada pencapaian atau penguasaan mereka mempelajari operasi tambah, tolak dan darab. Menurut Swenson (1973) kemahiran membahagi tidak digunakan sekerap kemahiran tambah, tolak dan darab serta diperkenalkan lewat menyebabkan kurang peluang untuk kemahiran membahagi diamalkan oleh murid. Perkara inilah yang menyebabkan murid menghadapi kesulitan menyelesaikan soalan membahagi. Menurut Ramly (1992) murid tidak mempunyai inisiatif untuk menghafal sifir, fakta asas darab atau fakta asas bahagi menyebabkan kesukaran semasa membuat penyelesaian bahagi. Antara kelemahan murid menyelesaikan soalan membahagi ialah murid tidak tahu cara membina ayat matematik bagi operasi bahagi apabila diberi masalah harian bahagi. Murid juga tidak mempunyai asas

description

mathematics, research, action research, literature review, school, reflection, thesis writing, division research,

Transcript of Refleksi Sorotan Literatur

Page 1: Refleksi Sorotan Literatur

Refleksi Sorotan Literatur

Menurut Sgroi dan Sgroi (1993) murid perlu memahami mengenai konsep pembahagian

sebelum mereka diperkenalkan kepada mana-mana algoritma bahagi.

Kesediaan murid mempelajari cara-cara menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi

bahagi tertakluk kepada pencapaian atau penguasaan mereka mempelajari operasi tambah, tolak

dan darab. Menurut Swenson (1973) kemahiran membahagi tidak digunakan sekerap kemahiran

tambah, tolak dan darab serta diperkenalkan lewat menyebabkan kurang peluang untuk

kemahiran membahagi diamalkan oleh murid. Perkara inilah yang menyebabkan murid

menghadapi kesulitan menyelesaikan soalan membahagi.

Menurut Ramly (1992) murid tidak mempunyai inisiatif untuk menghafal sifir, fakta asas

darab atau fakta asas bahagi menyebabkan kesukaran semasa membuat penyelesaian bahagi.

Antara kelemahan murid menyelesaikan soalan membahagi ialah murid tidak tahu cara membina

ayat matematik bagi operasi bahagi apabila diberi masalah harian bahagi. Murid juga tidak

mempunyai asas membaca yang baik dan kurang keyakinan terhadap kebolehan diri serta

mempunyai sikap malu untuk bertanya.

Pembahagian nombor bulat, khususnya pembahagian melibatkan sifar dan pembahagian

dengan sifar adalah satu konsep yang sukar (Tsamir, Sheffer & Tirosh, 2000). Menurut Ruslia

(1990) antara punca masalah dalam kelambatan dan kelemahan mencongak pengiraan

melibatkan operasi bahagi adalah sikap murid itu sendiri.

Menurut Nusrat Fatima Rizvi (2007), bahagi mempunyai dua konsep iaitu pertama

bahagi secara sama rata dan kedua bahagi sebagai penolakan berulang.

Page 2: Refleksi Sorotan Literatur