Refleksi Tugasan Bimbingan Dan Kaunseling Kanak

download Refleksi Tugasan Bimbingan Dan Kaunseling Kanak

of 3

Transcript of Refleksi Tugasan Bimbingan Dan Kaunseling Kanak

  • 8/10/2019 Refleksi Tugasan Bimbingan Dan Kaunseling Kanak

    1/3

    Bimbingan Dan Kaunseling [EDU3107]

    Hasima Rusdi

    Refleksi Tugasan Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak

    Hasima Binti Rusdi

    PISMP Pengajian Sosial Ambilan Januari 2011

    Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah nikmat dan kurnia-Nya saya

    berjaya melaksanakan dan seterusnya menyempurnakan tugasan ini walaupun

    terdapat beberapa halangan. Pada semester ini, tugasan EDU3107 mengkehendaki

    saya untuk menelusuri dan memahami apa itu bimbingan dan kaunseling dari segi

    konsepnya. Bimbingan dan kaunseling ini bukan sahaja satu wadah untuk mencungkil

    masalah murid dari segi emosinya, tetapi juga merupakan medium yang mana ia

    membantu untuk mengurangkan sekaligus menghapuskan masalah disiplin dan

    pembelajaran dalam kalangan murid-murid.

    Selain itu, tugasan ini juga secara tidak langsung melatih saya untuk

    mengaplikasikan kemahiran menjalankan intervensi terhadap murid yang bermasalah.

    Ini kerana, soalan ini mengandungi dua tugasan berbeza yang perlu diselesaikan.

    Soalan pertama lebih kepada teori dan kesan pengaplikasian kemahiran asas

    bimbingan dan kaunseling di dalam bilik darjah. soalan kedua pula mengkehendaki

    saya untuk melaksanakan intervensi terhadap murid yang mempunyai masalah tingkah

    laku atau masalah pembelajaran menggunakan terapi yang sesuai. Oleh itu, setiap teori

    yang telah dipelajari dan terapi yang dikaji digunapakai dan diaplikasikan dalam

    intervensi tersebut.

    Mengimbas kembali di awal tugasan ini diberikan, pensyarah telah memberi

    sedikit taklimat pelaksanaan dan tarikh penghantaran tugasan. Seperti biasa, pada

    peringkat awal sememangnya tidak banyak masalah yang dihadapi. Untuk soalan

    pertama, saya hanya perlu ke perpustakaan institut untuk mencari sumber maklumat

    daripada buku-buku yang berkaitan dengan soalan tugasan. Saya sangat bersyukur

    kerana perpustakaan mempunyai banyak buku-buku yang berkaitan dengan soalan

  • 8/10/2019 Refleksi Tugasan Bimbingan Dan Kaunseling Kanak

    2/3

    Bimbingan Dan Kaunseling [EDU3107]

    Hasima Rusdi

    tugasan saya. Ini memudahkan saya untuk membuat rujukan berkenaan teori-teori

    kaunseling serta kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan kaunseling.

    Pada peringkat membuat tugasan, barulah saya merasa sedikit tekanan dalam

    tugasan ini. Penjelasan terhadap konsep, teori dan pengaplikasian tidak manjadi

    masalah kepada saya. Namun apa yang menjadikan tugasan ini sedikit mencabar

    adalah apabila saya harus mengaplikasikan teori-teori dan terapi dalam imbingan dan

    kaunseling. Tugasan ini menuntut saya untuk mengenal pasti murid yang bermasalah

    dan mencari punca masalahnya menggunakan terapi-terapi yang bersesuaian dalam

    bimbingan dan kaunseling. Terdapat sedikit kekangan di awal pelaksanaan tugas ini di

    mana saya perlu mencari masa dan tempat yang bersesuaian untuk menjalankan

    intervensi ini. Ini kerana, keadaan kelas tidak sesuai untuk menjalankan bimbingan dan

    kaunseling. Intervensi ini memerlukan suasana yang tenang agar ia dapat dijalankan

    secara berkesan.

    Pada akhirnya, saya telah menyediakan satu surat meminta kebenaran keluar

    kelas dan menjalankan intervensi di bilik guru kerana keadaan di bilik guru sangat

    sesuai. Murid yang telah saya kenal pasti juga telah dimaklumkan dan dia bersetuju

    untuk menjalani intervensi. Kekangan pertama ini di kira sebagai berjaya diatasi.

    Namun begitu, timbul pula kekangan yang lain yang mana saya perlu betul-betul

    emmahami terapi yang saya gunakan dan bagaimana ia dilaksanakan untuk mencapai

    hasil secara maksimum. Oleh itu, saya telah melakukan beberapa rujukan melalui

    internet dan nota-nota pembelajaran yang lalu. Dengan itu, saya cuba mengaplikasikan

    dan hasil lukisan murid telah saya intrepretasi berdasarkan rujukan dan kajian

    terdahulu.

    Pada saya, tugasan ini membantu saya untuk mendalami lagi ilmu berkaitan

    bimbingan dan kaunseling. Saya tidak hanya menguasai konsep semata-mata tetapijugapengplikasiannya sekali. Semua teori dan terapi yang dipelajari telah cuba saya

    aplikasikan dalam melaksanakan intervensi bimbingan dan kaunseling. Tugasan ini

    memberi satu lagi kemahiran serta pengalaman baru kepada saya. Saya harap tugasan

    yang melibatkan pemahaman konsep dan teori serta pengaplikasian ini akan diteruskan

    di masa hadapan agar dapat menambah kemahiran baru guru-guru pelatih.

  • 8/10/2019 Refleksi Tugasan Bimbingan Dan Kaunseling Kanak

    3/3

    Bimbingan Dan Kaunseling [EDU3107]

    Hasima Rusdi

    Sesungguhya, ilmu yang berguna adalah ilmu yang dapat dipraktikkan dan dapat

    membantu orang lain.