Reformasi Pen

6

Click here to load reader

description

Reformasi Pen

Transcript of Reformasi Pen

REFORMASI:

REFORMASI:Sesuatu jenis perubahan di mana pembentukan semula dilakukan kepada sesuatu bentuk yang mengubahkannya menjadi suatu bentuk yang mengubahkannya menjadi suatu bentuk atau corak lain

Reformasi Pendidikan merupakan dinamisme dalam pendidikan dilaksanakan berasaskan kepada laporan Jawatan Kuasa Kabinet dan juga keperluan-keperluan masa depan, iaitu merangkumi keperluan-keperluan Wawasan 2020

TUJUAN:

Untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi kemampuan sistem pendidikan untuk memenuhi keperluan semasa dan cabaran masa muka

APA YANG PERLU DIREFORMASIKAN:

1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dikemaskan supaya menjadi arah dan tuju hala kepada semua program dan aktiviti pendidikan. Setiap pendidik tidak kira di mana mereka bertugas harus memahami dan menghayati FPK kerana inilah pedoman yang harus menemani dan mmemaklumi segala urusan ikhtisas perguruan supaya menuju kepada destinasi yang betul.

2. Kedudukan Bahasa Melayu perlu dimantapkan supaya mampu menjadi bahasa ilmu dan bahasa pengantar yang berkesan di semua peringkat.

Diperkenalkan Bahasa Melayu merentasi kurikulum supaya mutu dan pendaulatan Bahasa Melayu akan sentiasa terpelihara.

3. Perpaduan kaum dititikberatkan. Mata pelajaran Sejarah telah dijadikan mata pelajaran wajib kepada semua murid di sekolah menengah. Unsur-unsur yang memupuk semangat kebangsaan, kebanggaan kepada negara, perpaduan dan seumpamanya disisip dan disepadukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran baik dalam semua aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang formal mahupun tidak formal.

4. Pendidikan ke arah membentuk insan. Dalam hubungan ini dua mata pelajaran iaitu agama dan pendidikan moral memainkan peranan penting bertujuan untuk membina masyarakat yang bertaqwa, berdisiplin dan progresif. Oleh itu diperkenalkan nilai-nilai murni merentasi kurikulum.

5. Pendemokrasian pendidikan Usaha-usaha membangunkan prasarana sekolah luar bandar termasuk membina asrama desa dan memberi keutamaan kepada kawasan pendalaman.

6. Membangunkan negara dengan lebih pesat menerusi Dasar Pertanian Negara dan Pelan Induk Perindustrian. Dalam hubungan ini sistem pendidikan hendaklah selari dan sesuai dengan perkembangan semasa, istimewa dalam bidang sains dan teknologi. Kurikulum pendidikan hendaklah digubal ke arah pencapaian matlamat tersebut.

7. Pelepasan diri daripada konkongan pemikiran yang sempit. Kesempitan pemikiran ini hendaklah diubah dan diganti dengan sikap keterbukaan dan globalisasi.

Secara berkumpulan, bincangkan intipati Falsafah Pendidikan Kebangsaan berdasarkan:

Memperkembangkan potensi individu

Menyeluruh dan bersepadu

Insan dan seimbang dan harmonis

Unsur intelek

Unsur rohani dan emosi

Unsur jasmani

Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

Rakyat Malaysia yang berketrampilan

Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia

Rakayat Malaysia yang bertanggungjawab

Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri

MENGAPA PERLU REFORMASI?

1. Kandungan kurikulum adalah terlalu padat. Kurikulum yang ada sekarang digubal secara terpisah mengikut mata pelajaran dan terdapat sangat sedikit integrasi di antara mata-mata pelajaran yang ada

2. Kurikulum adalah terlalu akademik. Bidang cakupan mata pelajaran lebih menekankan aspek teori daripada aspek amali.

3. Kurikulum yang ada terlalu berorientasikan peperiksaan. Rancangan pendidikan tertumpu semata-mata kepada kelulusan yang baik dalam peperiksaan. Oleh yang demikian konsep pendidikan sepanjang hayat menjadi matlamat sampingan sahaja.

4. Kebanyakan aktiviti ko-kurikulum dijalankan secara terpisah dan tidak banyak berkaitan dengan kurikulum formal yang dijalankan di dalam bilik darjah.

CABARAN-CABARAN WAWASAN 2020

Membentuk sebuah negara bangsa bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang diperkongsi bersama

Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan telah terbentuk jiwanya, yakinkan dirinya sendiri, bangga akan keadaannya kini dan segala sesuatu yangg telah dicapainya, dan cukup tangkas untuk menghadapi segala macam rintangan

Membentuk dan memperkembangkan masyarakat demokratis yang matang, yang mengamalkan suatu bentuk demokrasi Malaysia yang unggul, berasaskan muafakat dan musyawarah

Membentuk masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur

Membentuk sebuah masyarakat yang bersifat liberal lagi toleran, dengan setiap warga Malaysia tanpa mengira keturunan mahupun kepercayaan

Membentuk masyarakat yang bersifat sains serta progresif, berdaya cipta serta berpandangan jauh

Membentuk masyarakat yang berbudi dan berjiwa penyayang, sebuah sistem sosial yang lebih mementinggkan masyarakat daripada diri sendiri

Menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yang adil ekonominya Membentuk sebuah masyarakat yang makmur, dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamik, tangkas dan mempunyai daya tahan.

EMBED MS_ClipArt_Gallery

EMBED MS_ClipArt_Gallery

EMBED MS_ClipArt_Gallery