Reka Bentuk Dan Pemuliharaan Bandar Ipoh

76
3 HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA TUGASAN KUMPULAN TEMA 5 : REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANDAR TAJUK : REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANDAR IPOH GROUP A SELASA (11.00 pagi – 1.00 petang) NAMA PENSYARAH : DR. YAZID SALEH NAMA AHLI NO. MATRIK Hashimah Binti Ahmad Zailani D20091036419 Abdul Rahim Bin Yaakob D20091036423 Ezmaluddin Bin Mohd Rosli D20101039108 Nik Azizi Bin Nik Hassan D20101039147

Transcript of Reka Bentuk Dan Pemuliharaan Bandar Ipoh

3

HNG 3023

PERBANDARAN DI MALAYSIA

TUGASAN KUMPULAN

TEMA 5 : REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANDAR

TAJUK :

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANDAR IPOH

GROUP A

SELASA (11.00 pagi – 1.00 petang)

NAMA PENSYARAH : DR. YAZID SALEH

NAMA AHLI NO. MATRIKHashimah Binti Ahmad Zailani D20091036419Abdul Rahim Bin Yaakob D20091036423Ezmaluddin Bin Mohd Rosli D20101039108Nik Azizi Bin Nik Hassan D20101039147Nur Atiqah Binti Roslan D20111049132Abdul Halim Bin Fauzi D20111049184Mohd Zuhairi Bin Md. Zaid D20111049196Siti Asmuni Binti Abd Kadir D20121059117

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK HALAMAN

1. Pengenalan 1-2

2. Definisi dan Konsep 3-4

3. Kawasan Kajian 5-10

4. Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Bangunan Warisan 10-14

5. Etika Kerja Pemuliharaan Bangunan Warisan 15-16

6. Kepentingan Pemuliharaan Bangunan Warisan 16-17

7. Pewartaan Bangunan Warisan di Bandaraya Ipoh 17-18

8. Permasalahan BangunanWarisan di Bandaraya Ipoh 18-19

9. Pemuliharaan BangunanWarisan di Bandaraya Ipoh 20-42

10. Cadangan atau Usaha Pemuliharaan Bangunan Warisan 43-49

11. Penutup 50

12. Lampiran 53-55

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 2

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

1.0 PENGENALAN

Reka bentuk badar memberi tumpuan terhadap aspek-aspek fungsi dan estetika alam

bina bagi sesebuah petempatan bandar itu. Faktor estetika yang pada tradisinya mendapat

perhatian reka bentuk bamdar akan lebih bermakna apabila digandingkan dengan

pertimbangan-pertimbangan lain bagi mewujudkan persekitaran yang berpandangan nyaman,

mudah, selesa dan dapat membangkitkan rasa ketempatan, kebanggaan dan kekitaan. Usaha-

usaha dan aktiviti reka bentuk bandar boleh menjurus kepada pembentukan satu rangka kerja

dasar dan garis panduang yang boleh mewujudkan persekitaran hidup yang diingini dan imej

serta identity bandar yang sewajarnya.

Komposisi etnik dan budaya sesebuah bandar raya adalah penetu kepada ciri-ciri

bandar raya selari dengan manifestasi pembangunan fizikal dan oleh itu penting dalam

membentuk pertimbangan reka bentuk bandar. Ipoh merupakan bandar raya yang turut

mempunyai pelbagai etnik dan kebudayaan yang mana ia memberi ransangan untuk mencipta

inisiatif reka bentuk bandar bagi mewujudkan sebuah bandar raya yang beridentiti tersendiri

dan unik. Ipoh terkenal dengan bangunan-bangunan sejarahnya, yang mana ia telah menjadi

identiti bagi bandar tersebut. Namun begitu, usaha untuk memuliharanya bangunan warisan

itu kian menjadi perhatian tidak kerajaan, NGO malah masyarakat juga.

Pemuliharaan merupakan satu proses menjaga dan mengawasi sesebuah bangunan

warisan dari dimusnahkan atau dibaikpulih tanpa perancangan dan pengurusan yang

sistematik. Pemuliharaan melibatkan kerja‐kerja yang cuba mengekalkan keadaan asal

sesebuah bangunan dan tapak tanah warisan seperti mana yang asal dan usaha ini merupakan

satu proses untuk memanjangkan hayat bangunan supaya ia boleh terus kekal untuk generasi

yang akan datang. Usaha untuk memulihara dan memelihara bangunan warisan melibatkan

beberapa pendekatan. Maksud pendekatan adalah tindakan‐tindakan yang berbentuk proses

kerja bagi memulihara bangunan. Pendekatan pemuliharaan didalam garis panduan ini

merupakan tafsiran yang dirujuk dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) Bahagian

I, seksyen 2.

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 3

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

Tambahan pula, bidang pemuliharaan di Malaysia adalah merupakan satu revolusi

yang semakin mendapat tempat di hati rakyat masa kini. Pemuliharaan adalah merupakan

satu bidang yang melibatkan pengekalan dan penjagaan ke atas bangunan warisan daripada

dimusnahkan dengan mengambilkira kepentingannya kepada negara dan masyarakat seperti

faktor sejarah dan estetik yang terdapat pada sesebuah bangunan warisan (Harun, 2004)

Pengurusan bangunan warisan ini adalah sukar akibat daripada pembangunan pesat

yang dialami oleh masyarakat bandar yang menerima tekanan dari segi sosial dan

ekonomi.Kebiasaannya pembangunan yang dilaksanakan lebih cepat daripada perancangan

bandar. Ini akan memberi ancaman serta tekanan yang sangat tinggi kepada kawasan warisan

khususnya Bandar Lama Ipoh. Bandar berkembang pesat seiring dengan kemajuan ekonomi

di mana perkembangan bandar yang pesat ini membawa kepada pembinaan bangunan-

bangunan yang bercirikan reka bentuk moden dan terkini yang seterusnya berupaya

memusnahkan bangunan- bangunan warisan yang mempunyai nilai seni bina yang tinggi dan

tarikan tersendiri (Alexander R. Cuthber, 2003). Pembangunan yang dilakukan di kawasan

warisan Bandar Lama Ipoh ini akan mengakibatkan unsur- unsur sejarah dan seni bina yang

terdapat pada sesebuah bangunan pupus sekiranya tiada usaha untuk menguruskan bangunan-

bangunan tersebut dengan cekap oleh pihak berkuasa tempatan.

Pemusnahan bangunan- bangunan ini dapat dilihat pada bangunan- bangunan warisan

yang majoritinya terletak di pusat Bandar Lama Ipoh. Pemusnahan yang dimaksudkan adalah

dari segi baik pulih dengan membangunkan seni bina moden pada bangunan warisan tersebut

dan bangunan- bangunan dibiarkan terbiar tanpa selengaraan yang sepatutunya. Misalnya

terdapat bangunan yang dibaik pulih dan ditambah dengan seni bina moden menjadikan

bangunan tersebut hilang keunikan seni bina yang asal. Lebih teruk lagi bangunan dibiarkan

musnah sendiri misalnya Lorong Panglima dan Dramatis Hotel di mana bangunannya

semakin rosak dan tiada usaha baik pulih dijalankan.

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 4

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

2.0 DEFINISI DAN KONSEP

2.1 Definisi dan Konsep Reka Bentuk Bandar

Bandar yang wujud dewasa ini terbentuk melalui rekabentuk dan perancangan untuk tujuan

tertentu.Bentuknya tidak terbentuk secara rawak tetapi disengajakan.Ia adalah hasilan

daripada keputusan yang dibuat untuk tujuan tertentu dan keputusan ini dipanggil rekabentuk

bandar. Bandar tidak direka untuk satu gambaran 20 tahun dari sekarang, tetapi ia satu proses

membuat keputusan dari hari ke hari.

Mengikut Mugavin (1992) pula, rekabentuk bandar adalah sintesis bentuk fizikal

bandar untuk mencapai matlamat yang berkenaan dengan keperluan manusia, biasanya rujuk

kepada aktiviti dan meaning. Ini bermaksud rekabentuk bandar adalah berkaitan dengan

bentuk fizikal, bangunan, jalan, taman dan sebagainya serta perhubungan di antaranya dalam

mencapai matlamat dari segi fungsi, psikologi, sosial dan alam sekitar.

Ramai penyelidik lepas telah mengemukakan maksud dan definisi rekabentuk bandar.

Namun begitu, tiada satu istilah yang khusus dan tunggal untuk menggambarkan apa itu

rekabentuk bandar. Secara umumnya, definisi yang paling popular dikemukakan ialah ianya

merupakan satu bidang yang berada di antara perancangan bandar danarkitek. Tetapi, apa

yang pasti ianya adalah sejajar namun tidak sama dari segi peranan dan strukturnya.

Istilah rekabentuk bandar mula digunakan pada tahun 1957 oleh Pertubuhan Arkitek

Amerika. Di United Kingdom, rekabentuk bandar ini dilihat sebagai satu campuran atau

kacukan profession yang sangat berkait di antara perancangan bandar dan wilayah dan

senibina. Tetapi, Cembell dan Robert Cowan telah membuat satu definisi ringkas tentang

rekabentuk bandar , yang mana ia boleh didefinisikan sebagai “the art of shaping the

interaction between, people and places, environment and urban form, and natute and built

fabric, and indluencing the processes which lead to successful villages, towns and cities”.

Rekabentuk Bandar (urban design) adalah subsektor perancangan yang meneliti

perhubungan visual dan functional yang wujud di antara manusia dengan alam persekitaran

fizikalnya. Premis amalan rekabentuk bandar menyatakan bahawa persekitaran fizikal

manusia boleh direkabentuk menerusi pelbagai kaedah rekabentuk bagi menghasilkan

rupabentuk bandar yang dihasratkan dalam iklim kekangan politik, ekonomi dan sosial

( Kriken, 1979).

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 5

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

Bandar yang wujud dewasa ini terbentuk melalui rekabentuk dan perancangan untuk

tujuan tertentu.Bentuknya tidak terbentuk secara rawak tetapi disengajakan.Ia adalah hasilan

daripada keputusan yang dibuat untuk tujuan tertentu dan keputusan ini dipanggil rekabentuk

bandar. Bandar tidak direka untuk satu gambaran 20 tahun dari sekarang, tetapi ia satu proses

membuat keputusan dari hari ke hari.

Mengikut Mugavin (1992) pula, rekabentuk bandar adalah sintesis bentuk fizikal

bandar untuk mencapai gol yang berkenaan dengan keperluan manusia, biasanya rujuk

kepada aktiviti dan meaning. Ini bermaksud rekabentuk bandar adalah berkaitan dengan

bentuk fizikal, bangunan, jalan, taman dan sebagainya serta perhubungan di antaranya dalam

mencapai gol dari segi fungsi, psikologi, sosial dan alam sekitar. 

2.2 Definisi Pemuliharaan

Terdapat beberapa definisi yang berkaitan dengan pemuliharaan sepertimana yang

terkandung dalam Kamus Oxford-Fajar yang mendefinisikan pemuliharaan sebagai kerja

memuliharan dalam bentuk yang sedia wujud.Burden (2004) mendefinisikan pemuliharaan

sebagai pengurusan bangunan, monument dan tapak untuk mengelakkan kereputan,

kemusnahan, penyalahgunaan atau diabaikan. Othman (2006) mendefinisikan pemuliharaan

sebagai kerja-kerja baik pulih yang mana cuba memulih semula monument atau tapak tanah

bersejarah kepada seni bina dan bahan-bahan binaan yang sehampir mungkin dengan yang

asal semasa mula-mula dibina.

Bagi Hamsah (2006) pula, pemuliharaan adalah satu istilah umum yang bermaksud

segala proses yang terlibar untuk menjaga sesuatu tempat bagi tujuan memeliharan

kepentingan budaya. Tindakannya termasuk perawatan dan mengikut keadaan-keadaan

tertentu termasuk pengekalan, pemuliharaan, pembangunan semula dan penyesuaian

gunaan.Namun begitu, menurut kepada tafsiran PERZIM (2006), istilah pemuliharaan

membawa maksud kerja-kerja baik pulih monument dan tapak tanag bersejarah dengan

menggunakan kaedah mengekalkan seni bina dan mengembalikan semula sesuatu bangunan

atau monument ke tahap yang paling hampir dengan binaan asal.Penekanan kerja-kerja

pemuliharaan adalah terhadap seni bina iaitu rupa bentuk yang terawal atau mula-mula

dibina, bahan-bahan binaan iaitu mengekalkan bahan-bahan binaan yang asal samada

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 6

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

peneguhan atau pembuatan semula dan penggunaan seperti asal pembinaan sesuatu bangunan

atau monumen.

Selain daripada itu, Fieldman (2003) turut memberikan pendapat bahawa

pemuliharaan ialah tindakan untuk mengelakkan kereputan. Yang mana, ianya perlu

mengambil kira semua perilaku atau perbuatan yang boleh memanjangkan usia warisan

budaya dan semulajadi bagi membolehkan sesuatu objek itu dipersembahkan kepada mereka

yang mengguna dan melihat bangunan warisan itu agar berasa kagum terhadap nilai

artistiknya. Pemuliharaan juga amat mementingkan nilai warisan sebenar sesbuah bangunan

warisan.Maka dengan itu, sebarang pemuliharaan yang dicadangkan ke atas bangunan

warisan ini perlu dilakukan dengan kaedah yang betul supaya tidak merosokkannya.

3.0 KAWASAN KAJIAN

3.1 Sejarah Bandar Ipoh

Ipoh ialah ibu kota negeri Perak. Ia terletak dalam daerah Kinta, 200 kilometer di utara Kuala

Lumpur.Ipoh dibangunkan pada tahun 1820-an daripada Kampung Paloh yang terletak di

tebing Sungai Kinta. Aktiviti melombong bijih timah yang giat dilakukan pada waktu itu

menyebabkan bandar Ipoh mula dikunjungi ramai. Berikutan kebakaran besar yang berlaku

pada tahun 1892, bandar Ipoh telah mengalami drastik kemajuan yang pesat dan telah dibina

semula oleh kerajaan .Menjelang awal abad ke-20, lebih banyak syarikat perlombongan

British ditubuhkan di Ipoh dan ini telah menggalakkan lagi kepesatan pembangunan bandar

Ipoh. Institusi-institusi besar dan berpengaruh seperti The Chartered Bank of India, Australia

and China Limited (kini dikenali sebagai Standard Chartered) mula dibuka di Ipoh pada

tahun 1902. Ia memberikan pinjaman kepada syarikat-syarikat perlombongan bijih timah

seperti Straits Trading Company dan Eastern Smelting Company. Kemudian beberapa firma

telah dibuka di Ipoh seperti broker saham Botly and Co., A.H Whittaker and Co., Chartered

Accounts, Evatt and Co., dan Estate Visiting Agents Milne and Stevens.

Lokasinya di kawasan perlombongan bijih timah lembah Kinta menjadikannya

membangun dengan begitu pesat sekali. Ia membangun sebagai sebuah bandar melombong

pada tahun 1920-an dan 1930-an. Seorang pelombong dan juga jutawan bernama Yau-Tet

Shin telah membangunkan sebuah kawasan di dalam bandar pada awal 1930-an yang mana

kini ia dikenali sebagai Pekan Baru atau New Town yang dikenali oleh orang-orang sebelah

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 7

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

utara terutamanyalah. Ipoh telah dijajah oleh tentera Jepun pada 15 Disember 1941.Sewaktu

penjajahan Jepun, Ipoh telah dijadikan ibu negeri Perak menggantikan bandar Taiping.Pada

bulan Mac 1942, Japanese Civil Administration atau Perak Shu Seicho telah ditubuhkan di

Sekolah Menengah St. Michael.Ipoh kekal menjadi ibu negeri Perak sehingga kini walaupun

telah mengalami beberapa perubahan kekal dan mengalami beberapa perubahan signifikan.

Pada tahun 1950-an, beberapa buah pawagam, taman-taman hiburan dan kelab-kelab

malam dibina di bandar Ipoh.Dua daripada syarikat pawagam terbesar ketika itu iaitu Cathay

Organisation dan Shaw Brothers Company telah membina rangkaian pawagam di bandar

Ipoh.Ipoh juga menjadi salah satu daripada empat tempat yang mempunyai lapangan terbang.

Tiga tempat lain ialah Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Singapura.Ia merupakan salah satu

negeri yang seiring dalam bedang tersebut.

Dengan kejatuhan harga bijih timah dan penutupan lombong bijih timah pada akhir

1970-an, pertumbuhan bandar Ipoh terhenti dan menyebabkan penghijrahan ke kawasan lain

di Malaysia seperti bandaraya Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Baharu serta jiran

mereka iaitu Singapura. Bagaimanapun, Ipoh kembali membangun dengan menumpukan

kepada kegiatan industri sebagai ganti kepada aktiviti perlombongan dan banyak kilang-

kilang elektronik yang telah dibina terutama di beberapa tempat atau kawasan seperti di

Jelapang, Tasek dan Simpang Pulai yang merupakan dan dikatakan antara yang termaju di

Malaysia ini.

Pada 12 Mei 1988 Ipoh telah diisytiharkan sebagai bandaraya dengan Datuk Bandar

pertamanya iaitu Dato' Hj. Umar Bin Hj. Abu DPCM., PMP., KMN. Pada 21 Mac 1989

Majlis Perbandaran Ipoh telah menjalin hubungan di antara bandaraya Ipoh dengan

bandaraya Fukuoka, Jepun sebagai Bandaraya Kembar.Ipoh juga menjadi Bandaraya Kembar

kepada bandaraya Nanning di China pada tahun 2001.

Kini, "Ipoh" telah berada dibawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh atau Dewan

Bandaraya Ipoh, dimana ia telah pun menyerap masuk pekan-pekan kecil yang berada

disekitar bandar seperti Chemor, Jelapang, Falim, Menglembu, Tambun dan Tanjung

Rambutan ke dalam wilayah Bandaraya Ipoh. Secara sejarahnya, "Ipoh" terbahagi kepada

Pekan Lama dan Pekan Baru yang mana dipecahkan oleh Sungai Kinta ditengah-tengah

bandarnya. Datuk Bandar Ipoh sekarang ialah Dato Roshidi Hashim.

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 8

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

3.2 Perkembangan Pentadbiran Ipoh

Perkembangan pentadbiran Ipoh berkait rapat dengan keluasan kawasan pentadbirannya.Ini

jelas terbukti dari detik-detik sejarah yang akhirnya menaikkan taraf Ipoh sebagai Bandaraya

dan Ibu negeri Perak Darul Ridzuan.Ipoh pada mulanya hanyalah menjadi tumpuan tempat

persinggahan dan perniagaan terpenting bagi daerah-daerah sekitarnya.Nama 'Ipoh'

dipercayai berasal dari pokok 'Upas'.orang putih menyebutnya 'Epu' manakala orang Cina

pula menyebutnya sebagai 'Ipoh' atau 'Paluh'.

Sehingga tahun 1980-an, Sungai Kinta menjadi perhubungan utama di antara Ipoh

dengn kawasan-kawasan lain dalam atau luar negeri Perak.Selepas tahun 1874,

perkembangan daerah Kinta amat lembab terutama masalah perhubungan melalui Sungai

Kinta.Kenderaan seperti sampan, gajah dan kereta lembu memakan masa yang lama.Pada

tahun 1884, jalan raya wujud menghubungi kawasan perkampungan Gopeng dan

pelabuhannya di Kota Bharu dan seterusnya menghubungkan kawasan perlombongan Papan

dengan Batu Gajah.

Sehingga tahun 1889, hospital telah mula dibina di Ipoh dan hospital baru pula dibina

di antara kawasan stesen keretapi dan Balai Polis Pusat.Manakala tahun 1889-1890.Dalam

tahun 1893, lebih separuh rumah-rumah atap telah di robohkan dan diganti dengan bangunan-

bangunan jenis batu, begitu juga longkang dan parit telah diperbaharui.Jalan-jalan disusun

semula dan pokok-pokok untuk berteduh ditanam. Dalam tahun ini juga, 'Ipoh Sanitay Board'

telah diwujudkan dan ia bertanggungjawab tentang kebersihan Ipoh. Dalam bidang pelajaran,

Sekola Menengah Rendah Inggeris yang pertama di daerah Kinta telah dibina dalam tahun

1895 dan dikenali sebagai Anglo Chinese Boys, Ipoh.

Ipoh telah menjadi bandar yang terbesar di negeri Perak dan kedua besarnya di

Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1895.Pada masa itu juga perhubungan jalanraya

antara Ipoh dengan tempat-tempat lain di Lembah Kinta diperbaiki.Jambatan kayu

menyeberangi Sungai Kinta diganti dengan jambatan besi pada tahun 1900.Perkhidmatan dan

kemudahan awam disediakan.Pembekalan bahagian sistem pembentungan ditubuhkan pada

tahun 1898 dan diperkenalkan penggunaan tangki najis pada tahun 1905.Kawasan lapang

pertama telah diadakan pada tahun 1898 yang kini dikenali sebagai 'Padang Ipoh'.Padang

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 9

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

kelab Luba Perak dibina pada tahun 1904, 'Peoples Park dan kawasan memperingati J.W.W

Birch ( James Ewheeler Woodford Birch) telah dibina pada tahun 1909.

Di antara tahun 1905-1914, kawasan pentadbiran bandar Ipoh berkembang hingga

menyeberangi sungai kinta dan di sini wujudnya pekan baru (Ipoh New Town) ke jalan

Anderson.Stesen keretapi, hotel, dewan bandaran (town hall), dan pejabat pos juga

dibina.Begitu juga panggung wayang dan kenderaan bermotor telah mula mengambil tempat

di Ipoh.Perkhidmatan bas bermula pada tahun 1910 dan tahun 1911. Pejabat pendaftar kereta

motor telah ditubuhkan di Ipoh. Pada tahun 1905-1915, 'Kinta Saitary Board North' telah

diwujudkan dan tahun 1916-1941 'Kinta District Board' yang diwujudkan diketuai oleh A.S

Jelf di bawah pentadbiran 'British Military Administration' mengambil tempat.

Manakala dalam tahun 1946-1954, 'Kinta Town Board' telah wujud yang bermula di

bawah penyelarasan Major J.S Drake dan pada tahun 1954-1956, G.S Walker menjadi

pengerusi 'Ipoh Mengelembu Town Council' ditubuhkan pada tahun 1957-1962 diketuai oleh

Encik Abdullah Bin Uni. Pada 31 Mei 1962, Ipoh telah dinaikkan ke taraf perbandaran dan

dikenali sebagai 'Majlis Perbandaran Ipoh' yang dipengerusikan oleh E.G Walker.

Pada 27 Mei 1988, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah

mengishtiharkan taraf Bandaraya kepada Ipoh, Ibu negeri Perak Darul Ridzuan. Majlis

Perbandaran Ipoh dikenali sebagai 'Majlis Bandaraya Ipoh' dan ketua eksekutifnya bergelar

Datuk Bandar. Sebagai Ibu negeri Perak Darul Ridzuan, Ipoh merupakan pusat pentadbiran,

perdagangan, sukan, kebudayaan, kewangan, politik,keagamaan dan juga pendidikan.Kini

dibawah pimpinan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh terus berusaha untuk menjadikan

Bandaraya Ipoh sebagai sebuah bandar yang dinamik dan unggul.

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 10

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

3.3 Peta Bandaraya Ipoh

Rajah 1 : Peta Bandaraya Ipoh

Sumber: http://maps.google.com.my/maps?hl=en&tab=wl

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 11

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

3.4 BANGUNAN WARISAN DI BANDARAYA IPOH

Walaupun bandaraya Ipoh bukanlah bandar yang dikenali kerana bangunan warisannya

sebagaimana bandaraya Melaka dan Geogetown.Namun begitu, bandaraya Ipoh sepatutnya

boleh dijadikan sebagai salah sebuah bandar yang dikenali sebagai bandar yang telah berjaya

mengekalkan bagunan warisannya sebagaimana bandar Taiping kerana bandaraya ini amat

kaya dengan peninggalan bangunan warisan yang dikenali umu. Contohnya seperti Dewan

Bandaran, Pejabat Pos Lama, Stesen Keretapi Ipoh, Kelab Ipoh Diraja, Mahkamah Tinggi,

Bangunan Persekutuan Lama dan puluhan bangunan rumah kedai yang lain.

Malahan, sehingga ke hari ini, sebahagian daripada bangunan warisan berkenaan

masih kekal digunakan sebagaimana fungsi asalnya iainya dibina.Walaupun begitu, terdapat

sebahagian kecil bangunan warisan yang telah mengalami kemusnahan disebabkan oleh

kurangnya usaha pemuliharaan dan pengekalan dilakukan ke atasnya.Hal ini amat

mendukacitakan dan begitu merugikan sekiranya perkara seumpama ini dibiarkan berlarutan

tanpa ada sebarang tindakan susulan diambil bagi memulihara bangunan warisan ini daripada

terus dirobohkan atau diabaikan tanpa mengambilkira kepentingannya dari segi sejarah

kepada negara dan masyarakat.

Rajah 2 : Peta Lokasi Bangunan Warisan di Old Town Ipoh, Pera

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 12

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

4.0 GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BANGUNAN

WARISAN

Garis panduan pemuliharaan bangunan warisan disediakan sebagai panduan untuk

perlaksanaan kerja pemuliharaan bangunan warisan di Malaysia. Penyediaan garis panduan

ini berdasarkan kepada Akta Warisan Kebangsaan 2005 (AKTA 645) dan garis panduan

pemuliharaan diperingkat antarabangsa iaitu United Nations Education, Scientific And

Culture Organization (UNESCO) dan piagam dibawah International Council On Monuments

And Sites (ICOMOS). Rujukan garis panduan yang disediakan lebih merujuk kepada

pemuliharaan bangunan terutama bangunan warisan yang telah dilaksanakan oleh Jabatan

Warisan Negara (JWN). Garis panduan ini menyebabkan semua aktiviti dan kerja yang

berkaitan dengan pemuliharaan bangunan warisan mesti mematuhi prinsip dan prosuder yang

telah disediakan. Dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 (AKTA 645), bahagian I memberi

tafsiran dan maksud warisan kebangsaan, warisan semulajadi, warisan kebudayaan ketara dan

tidak ketara, warisan kebudayaan bawah air, harta karun dan perkara-perkara yang berkaitan.

Dalam kajian kami mengkaji mengenai bangunan warisan iaitu terletak dibawah warisan

kebudayaan ketara warisan kebudayaan ketara termasuk kawasan, monumen dan bangunan.

Konsep pemulihan warisan yang diterima dan dipraktiskan ialah “Keaslian Dalam

Pemuliharaan Warisan”.

Garis panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan mengandungi dan menyatakan

peringkat‐peringkat pemuliharaan bangunan terbahagi kepada penyiasatan, membuat

keputusan dan tindakan yang akan diambil. Aplikasi dan penerapan setiap peringkat dalam

proses pemuliharaan dilaksanakan melalui prinsip yang terkandung dalam garis panduan

yangb telah disediakan oleh pihak berkuasa seperti JWN. Garis panduan Pemuliharaan

Bangunan Warisan ini mengandungi kenyataan dari segi maksud, panduan, arahan dan etika

pemuliharaan yang terdiri daripada batasan‐batasan kerja dan gangguan yang dibenarkan

dalam melaksanakan kerja‐kerja pemuliharaan.

Apabila sesebuah bangunan bersejarah hendak dipulihara, aspek utama yang menjadi

matlamat dan nilai pada projek adalah kepentingan budaya, sejarah dan seni bina bangunan.

Bangunan bersejarah hendaklah dipulihara sebagaimana bentuknya yang asal. Ini melibatkan

keaslian bangunan dari segi seni bina, bahan binaan, kaedah dan teknik binaan termasuklah

tekstur, fasad dan warna bangunan. Bagi mencapai matlamat pemuliharaan, proses kerja yang

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 13

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

dilakukan adalah berpandukan prinsip iaitu panduan‐panduan yang memastikan bangunan

bersejarah sentiasa lestari (sustain) sepanjang projek berjalan.

Prinsip pemuliharaan juga diaplikasikan dalam proses pemuliharaan. Aspek‐aspek

yang berkaitan dengan nilai yang terdiri daripada ciri‐ciri etika dan kualiti estetika dalam

melaksanakan kerja‐kerja pemuliharaan. Etika dalam prinsip‐prinsip pemuliharaan

menekankan kepada sikap yang baik ke atas bangunan bersejarah manakala kualiti estetika

ialah pengekalan kualiti seni bina bangunan sebagaimana yang asal atau yang asli. Bagi

mencapai kualiti kerja yang baik, Jabatan Warisan Negara amat menekankan kepada

kepatuhan kepada prinsip pemuliharaan. Prinsip pemuliharaan yang diaplikasi dalam kerja‐kerja pemuliharaan di Malaysia adalah berpandukan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta

645) dan juga merujuk kepada prinsip pemuliharaan bangunan warisan sebagaimana

terkandung dalam piagam dan garis panduan antarabangsa seperti UNESCO dan ICOMOS.

Prinsip‐prinsip pemuliharaan bangunan bersejarah secara umum dapat disenaraikan seperti

berikut:

1. Dapat memanjangkan usia bangunan.

2. Menghormati kualiti tempat.

3. Mengutamakan bahan yang asal juga keaslian kerja tangan.

4. Berhati‐hati membuat penyelidikan dan perekodan sebelum gangguan.

5. Pemuliharaan merupakan kerja‐kerja yang mengganggu bangunan dari segi tata letak

(setting) dan fabrik bangunan. Oleh itu, sebarang gangguan untuk penyelidikan dan

kerja awalan mestilah paling minima.

6. Simpati dalam interpretasi dan kegunaan.

7. Risiko paling minima ke atas kehilangan bahagian‐bahagian yang penting dan

kerosakan yang tidak menentu semasa ujian ke atas bahan binaan.

8. Gangguan yang boleh dikembalikan semula.

9. Pengubahsuaian yang paling minima ke atas fabrik bangunan.

10. Dapat membezakan di antara bahan lama dan tambahan bahan baharu.

11. Memberi peneguhan yang maksima kepada struktur asal.

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 14

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

Keaslian dianggap sebagai satu aspek estetik manakala proses untuk menggembalikan

adalah perkara etika. Antara piawai yang perlu dipatuhi seperti:

1. Keaslian bahan binaan (material)

Bahan binaan dianggap penting kerana bahan ini membawa kepada nilai sejarah yang

lepas dan dalam bahan ini mengandungi ilmu-ilmu binaan yang digunakan pada zaman

tersebut contohnya seperti gabungan idea reka bentuk bangunan, gabungan bahan dan

keunggulan bangunan yang menggunakan kayu, bat dan kapur. Tujuan pengekalan ini

dijalankan bertujuan untuk sejarah, nilai budaya dan sebagai simbolik kegemilangan pada

zaman tersebut.

2. Keaslian reka bentuk (design)

Setiap bangunan lama mempunyai sejarah perkembangian pembinaan. Bangunan yang

masih kekal pada masa ini telah melalui pelbagai perubahan dalam binaan mengikut era

dan permintaan pengguna. Maka, konsep pemuliharaan ini diperlukan bagi menjadi satu

contoh kepada pembinaan bangunan kini. Bagi pemuliharaan reka bantuk, adalah perlu

untuk mengkaji struktur asal bangunan, gaya seni bina dan hubungan bangunan dengan

persekitaran.

3. Keaslian kerja binaan atau pertukangan (workmanship)

Bangunan bersejarah mempunyai keunikan dari segi kerja binaan atau pertukangan oleh

pertukang pada zaman dahulu. Maka, dalam proses pemuliharaan, sebarang kerosakan

mesti dibaik pulih menggunakan material yang sama yang digunakan oleh bangunan

tersebut dan ini termasuk dalam teknik ukiran yang terdapat dalam sesebuah bangunan.

4. Keaslian tataletak (setting).

Bentuk bangunan dan kedudukan bangunan termasuk susun atur kawasan dan ruang

dalaman mesti dikekalkan seperti asal. Keaslian pada reka bentuk dan susun atur

bangunan dapat menstrukturkan gambaran sebenar berkenaan bentuk bangunan dan

mengaitkannya dengan peristiwa-peristiwa sejarah yang dialami. Kebiasaanya keaslian

bentuk dan letakkan ini diperolehi selepas penyelidikkan arkeologi.

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 15

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

Piawaian pemuliharaan

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 16

Membuat kajian awalanPenyelidikan sejarah, perkembangan pembinaan dan seni bina, hubungan terhadap individu dan negara

Menilai kepentingan

Penyediaan laporan kepentingan

Tindakan yang perlu dilakukan

Mengumpul maklumat mengenai faktor yang mempengaruhi bangunan dan tapak

Keadaan fizikal yang mempengaruhi kepentingan bangunanDokumentasi sebagaimana jumpaan

Membuat kajian kerosakan (dilapidasi)Lukisan terukur bangunan dan tapak

Dokumentasi sebagaimana jumpaanLukisan terukur bangunan dan tapak

Penyediaan laporan kepentingan masa hadapanCadangan rawatan dan pemuliharaan

PemantauanPenyediaan tatacara pemuliharaan

Dokumentasi semasa, sebelum dan selepas pemuliharaan

Penyediaan pelan tindakan

Membentuk skop kerjaMengambilkira opsyen dan pengaruhnya ke atas kepentingan

Penyediaan kenyataan skop kerjaSpesifikasi terperinci dan kaedah pemuliharaan

Mengurus bangunan dan tapak mengikut pelan tindakan

Pelaksanaan program pemuliharaanMenerapkan prinsip pemuliharaanDokumentasi sebelum gangguan

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

5.0 ETIKA KERJA PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN

Etika pemuliharaan bolehlah dianggap sebagai pelengkap kepada prinsip asas pemuliharaan.

Maka dengan itu, setelah diketahui tentang prinsip asas pemuliharaan, maka sewajarnya kerja

pemuliharaan dilaksanakan mengikut etika pemuliharaan yang sewajarnya.Terdapat banyak

pihak yang telah memberikan tafsiran berkaitan etika pemuliharaan seperti Bell (1997) dan

Caple (2000) yang menjelaskan bahawa etika pemuliharaan adalah amat penting untuk

dipatuhi. Tanpa etika pemuliharaan dikhuatiri kerja pemuliharaan yang dilaksanakan akan

mengalami kegagalan dari semua prinsipnya. Oleh disebabkan itu, antara etika pemuliharaan

yang perlu dipatuhi ketika kerja pemuliharaan sedang dijalankan menurut Fieldman (2000)

adalah seperti berikut :

1. Keadaan bangunan warisan hendaklah direkodkan sebelum sebarang kerja

pemuliharaan dijalankan

2. Sebarang bukti sejarah tidak boleh dimusnahkan, dipalsukan atau dialihkan.

3. Sebarang kerja pemuliharaan hendaklah dikawal oleh rasa hormat terhadap estetik,

sejarh dan integriti fizikal oleh pemilikian budaya.

4. Semua kaedah dan bahan yang digunakan semasa rawatan hendaklah didokumenkan

sepenuhnya.

Namun, jika dirujuk kepada ICOMOS (1987) (Piagam Washington), beberapa etika

pemuliharaan yang patut dipatuhi ketika menjalankan sebarang kerja pemuliharaan.

Antaranya ialah:

1. Tidak dibenarkan dibuat sebarang pengubahsuaian pada susun atur dan hiasan

pada sesebuah bangunan warisan.

2. Tidak dibenarkan membina, meroboh, dan mengubahsuai mana-mana bahagian

bangunan warisan yang boleh mengubah bentuk dan warna bangunan warisan

tersebut.

3. Tidak dibenarkan mengalih sebahagian atau keseluruhan bangunan warisan

tersebut kecuali dengan tujuan untuk melindunginya.

4. Bahan binaan yang digantikan pada bahagian yang hilang atau rosak hendaklah

dipilih atau dibuat supaya ianya dapat mengekalkan keharmonian bentuk dan

warna asalnya.

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 17

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

5. Sebarang penambahan yang dilakukan hendaklah tidak begitu menonjol

sehinggakan ianya boleh menukar kepentingan asal bangunan warisan berkenaan

dan seterusnya mencemar keharmoniannya dengan alam sekitar.

6. Di mana perlu, penggalian arkeologi yang sistematik hendaklah dilakukan

sebelum kerja pemuliharaan dilakukan ke atas sesebuah tapak atau bangunan

warisan.

7. Sewaktu dan selepas kerja pemuliharaan, alam sekitar hendaklah turut dipelihara

dan dikekalkan.

6.0 KEPENTINGAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN

Sebagaimana yang kita semua maklum, Malaysia amat kaya dengan peninggalan

bangunan warisan yang tidak ternilai harganya.Kesedaran mengenai kepentingan

pemuliharaan bangunan warisan di Malaysia adalah merupakan satu tanggungjawab yang

harus dipikul oleh setiap individu dalam masyarakat.Hal ini kerana bangunan warisan

memiliki elemen estetik dan reka bentuk seni bina yang menarik. Jesteru itu, usaha

pemuliharaan adalah amat perlu dilakukan agar generasi yang akan datang berpeluang untuk

melihat dan menikmatinya. Dalam usaha untuk memulihara bangunan warisan,

Ahmad (2006) menegaskan bahawa segala usaha pemuliharaan bangunan warisan

perlu dilaksanakan dengan mengambil kira beberapa faktor seperti nilai sejarah, warisan, seni

bina, usia, fungsi, bahan binaan dan penyelenggaraan serta sokongan daripada pelbagai pihak

yang berkaitan. Terdapat beberapa pihak seperti (Ahmad, 2006; Keromo, 2006; Muda, 2006)

yang telah mengeluarkan pendapat berhubung kepentingan pemuliharaan bangunan warisan

dan antaranya seperti nilai kepentingan sejarah yang terdapat pada sesebuah bangunan

warisan dapat dijadikan sebagai bukti kukuh tentang sesuatu era atau peristiwa bersejarah

tersebut. Selain itu,kepentingan seni bina juga dilihat sebagai kayu pengukur bagi mengukur

tahap ketamadunan sesuatu bangsa dengan merujuk kepada kehalusan seni pertukangan dan

teknologi pembinaan pada masa dahulu.

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 18

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

Bangunan warisan juga penting sebagai nostalgia yang dapat dikaitkan tentang

sesuatu peristiwa penting yang pernah berlaku suatu masa dahulu terhadap individu tertentu

dalam masyarakat kerana dapat memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat

terutamanya remaja kini yang mempunyai semangat patriotisme yang semakin

menipis.Walaupun ada antara bangunan bersejarah yang hanya menggambarkan sejarah

hitam negara namun jika kita menghayati sejarah di sebalik bangunan tersebut semula serta

mengambil pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku, maka kita dapat terus mara ke

hadapan tanpa mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu.

Sebagai contohnya, Kota A Famosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu

pertahanan yang kukuh telah dibina oleh Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka

dapat dijadikan iktibar. Penaklukan ini terjadi kerana terdapatnya masalah perpaduan,

kelemahan kepemimpinan dan juga kelemahan tentera yang mengawal Melaka. Negara kita

juga mampu menjadi negara yang setaraf dengan negara negara maju yang lain sekiranya kita

tidak mengambil mudah dan mengambil iktibar daripada sejarah negara. Disamping itu,

bangunan warisan juga dapat menarik minat ramai pelancong tempatan dan luar negara untuk

mengunjungi dan menghayati keunikan seni bina dan rupa bandar serta warisan budaya yang

terdapat pada sesebuah kawasan selain memainkan peranan yang penting khususnya kepada

para pelajar, pendidik dan pengkaji sejarah dalam usaha untuk menjalankan kajian dan

penyelidikan yang berkaitan dengan bangunan warisan.

7.0 PEWARTAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDARAYA IPOH

Proses mewartakan bangunan warisan perlulah ditumpukan bukan sahaja terhadap bangunan

milik kerajaan tetapi ianya juga kepada bagunan seperti residensi, hotel, rumah rehat, rumah

tradisional Melayu dan juga bangunan era colonial yang dimiliki oleh pihak

persendirian.Selain daripada itu, pihak berkuasa tempatan di setiap bandar juga perlulah

menyenaraikan mana-mana bangunan yang mempenyai kepentingan sejarah, seni bina dan

sebagainya yang terdapat di kawasan mereka bagi memudahan kerja-kerja perwartaan dan

pemuliharaan dapat dibuat di peringkat nasional.

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 19

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

Hal ini dapat dilihat di bandaraya Ipoh, yang mana terdapat sebanyak 22 buah

bangunan warisan yang telah diwartakan di bawah Pelan Struktur Ipoh pada 1 Januari 1991

untuk dipulihara. Bangunan-bangunan ini juga turut dimasukkan dalam Rancangan

Tempatan, Kawasan Perancangan Pusal pada 28 Februari 1997 oleh Unit Pemeliharan dan

Rekabentuk Bandar, Jabatan Perancang Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh untuk dirujuk kepada

Draf Rancangan Struktur 9 (Penggubahan), 1998-2000.

Kriteria pemilihan bangunan warisan ini lazimnya mengambilkira keaslian sesebuah

bangunan dan bagi memastikan sesebuah bangunan warisan yang dipilih untuk diwartakan itu

adalah yang benar-benar mempenyau kepentingan sebagaimana yang dikehendaki. Terdapat

beberapa kriteria yang perlu diambil kira dan antaranya adalah seperti berikut:

1. Tarikan seni bina yang mana semua bangunan warisan yang dirasakan dapat menarik

perhatian awam disebabkan oleh rekabentuk seni bina, dekorasi dan pertukangannya

yang unik dan menarik.

2. Tarikan sejarah yang membawa maksud bangunan warisan yang menggambarkan

aspek penting dari segi sosial masyarakat, kebudayaan atau sejarah ketenteraan.

3. Hubungan sejarah iaitu bangunan warisan yang mempunyai hubung kait dengan tokoh

negarawan negara atau kejadian di mana berlakunya peristiwa-peristiwa penting di

dalam sejarah negara atau masyarakat setempat.

4. Nilai kemasyarakatan yang membawa maksud bangunan warisan yang mempunyai

kepentingan seni bina atau sejarah atau contoh perancangan pendudukan seperti

deretan rumah kedai, teres atau kampung contoh yang mewujudkan sesebuah

penempatan terdahulu.

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 20

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

8.0 PERMASALAHAN BANGUNAN WARISAN DI BANDARAYA IPOH

8.1 Kecacatan yang Berlaku Kepada Bangunan Warisan d Bandaraya Ipoh

Antara sebahagian kecacatan yang ditemui yang ditemui oleh penyelidik ialah seperti berikut:

i. Tumbuhan organik seperti parasit,lumut,cendawan dan lain-lain tumbuhan organik

yang selalu tumbuh pada permukaan dinding bangunan warisan.

ii. Cat mengelupas pada permukaan dinding bangunan warisan.

iii. Cat pudar pada permukaan dinding bangunan warisan.

iv. Lepaan dinding tertanggal pada permukaan dinding bangunan warisan.

v. Kelembapan pada permukaan dinding bangunan warisan.

vi. Kelembapan pada permukaan lantai bawah dan atas bangunan warisan.

vii. Tindakbalas penggaraman yang berlaku pada permukaan dinding bangunan warisan.

viii. Keretakan pada struktur dinding bangunan warisan.

ix. Komponen pecah dan hilang pada jubin-jubin bumbung bangunan warisan.

x. Pereputan kayu dan serangan pada kerangka dan tetingkap bangunan warisan.

8.2 Punca Kecacatan Bangunan Warisan di Bandaraya Ipoh

Kecacatan merupakan keadaan yang tidak selari atau tidak tersusun yang

menyebabkan berlakunya kerosakan atau melemahkan kekuatan sesuatu

struktur,ketahanlasakan atau nilai kegunaan pada bangunan warisan menurut Burden,

2004.Mengikut Fielden (2000),dalam semua punca berlakunya kecacatan ini,punca paling

tepat ialah disebabkan graviti,seterusnya akibat tindakan mnusia,dan akhir sekali kerana

pengaruh cuaca serta kesan sekeliling seperti botani,kimia,dan serangga .

Fee (2003), terdapat beberapa panduan tentang punca-punca kecacatan pada bangunan

warisan di Malaysia ialah struktur iaitu pereputan akibat daripada tarikan semulajadi graviti

dalam jangka masa yang lama dan sikap manusia sendiri iaitu kelalaian,vandalism,kebakaran

dan aktiviti pembinaan yang berdekatan serta cuaca dimana ada berlaku pereputan berpunca

daripada kerana pancaran sinar radiasi,suhu,kelembapan di dalam udara dan angin.

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 21

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

Selain itu,ia juga berpunca daripada botani iaitu sruktur batuan tersebut mengalami

kehancuran atau dinding bata itu sendiri kerana akar pokok yang menjalar dan tumbuhan lain

dan juga kulat serta cendawan kerana kerosakan berlaku terhadap bahan binaan organik

seperti kayu oleh kulat,cendawan,kulapuk,dan ragi yang sememangnya tumbuhan yang tidak

memerlukan sokongan apa-apa selain daripada cahaya matahari sebagai sumber hidup.

Disamping itu,punca kecacatan bangunan juga dipengaruhi fauna seperti anai-anai

menyebabkan struktur kayu menjadi lemah manakala kebakaran akibat adanya sarang tikus

dan tidakbalas hakisan dari tahi burung.Akhir sekali ilah berpunca daripada ekonomi iaitu

pencerobohan bangunan bagi memberi jalan kepada pembangunan baru.

9.0 PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDARAYA IPOH

Ipoh merupakan sebuah bandar kosmopolitan di Semenanjung Tanah Melayu dan

perkembangannya adalah selari dengan aktiviti perlombongan bijih timah.Pada suku akhir

abad ke-19, aktiviti perlombongan bijih timah membawa perubahan besar kepada

Ipoh.Perubahan tersebut meliputi pelbagai aspek seperti saiz bandar, demografi dan

infrastruktur yang terdapat di dalamnya.British dalam usaha untuk mengaut kekayaan bijih

timah ketika itu juga membawa perubahan besar dalam perkembangan pembinaan dan

pentadbiran di bandar Ipoh.Banyak bangunan-bangunan dan jalan raya dibina dalam

memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat.Kini, bangunan-bangunan, jalan-jalan dan

tinggalan tersebut telah menjadi suatu warisan sejarah yang unik dan menarik. Keunikan

tapak warisan itu merupakan suatu nilai sejarah yang amat tinggi dan ia seharusnya diuruskan

dengan baik agar kekal dan tempoh hayatnya lebih panjang. Selain itu, keunikkan warisan

sejarah ini dapat menjana kepada industri pelancongan serta mendidik generasi muda kearah

ketinggian jati diri.

Bangunan-bangunan warisan merupakan satu sejarah negara yang amat bernilai dan

berharga.Bagi mengekalkan bagunan-bangunan warisan ini, pemuliharaan atau

penyelenggaraan hendaklah dijalankan untuk menjamin kepentingan dari segi reka bentuk

dan nilai seni bina.Prinsip-prinsip pemuliharaan yang seharusnya dipraktikkan adalah

pembaikan, penyelenggaraan, pemuliharaan, pembangunan semula dan penyesuai gunaan.

Kesan peninggalan sejarah seperti bangunan warisan dapat dijadikan sebagai bahan rujukan

untuk generasi akan datang. Bangunan-bangunan warisan di bandar Ipoh telah dijadikan

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 22

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

sebagai bangunan untuk tujuan pelancongan, perniagaan, pentadbiran, pendidikan dan

perkhidmatan.

9.1 Bangunan Warisan untuk Tujuan Pelancongan

Dari sudut pelancongan, pemuliharaan bangunan-bangunan lama bersejarah di dalam

bandar pada masa kini dianggap sebagai salah satu industry atau bidang yang menyumbang

kepada ekonomi sesebuah negara khususnya dalam sektor pelancongan.Warisan sejarah yang

nyata seperti bangunan dan tapak fizikal merupakan satu elemen penting dalam pembentukan

produk pelancongan sesebuah negara.Ini dapat dilihat dengan trend atau daya tarikan pada

masa kini yang mana sesebuah negara itu menjadi lebih dikenali melalui mercu tanda atau

menomun warisan yang masih kekal.

Di Ipoh, bangunan-banguna warisan ini juga turut menjadi salah satu daya tarikan

pelancongan. Antaranya seperti Gereja St. John, Masjid India Muslim, Kelab Diraja Ipoh,

Tugu Peringatan Perang dan lain-lain. Bangunan-bangunan warisan ini menjadi salah satu

tarikan untuk menarik pelancong untuk berkunjung ke kawasan ini tidak kira dari dalam atau

luar negara.Maka dengan itu, pengekalan bangunan warisan ini untuk tujuan pelancongan

adalah penting.

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 23

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

i. Gereja St. John

Sumber : Hasil kajian 2013.

Gereja St. John telah dibina pada 15 Disember 1912. Bangunan ini terletak di Jalan St. John,

Ipoh. Bangunan gereja ini berlatitud pada 101° 4’ 33.68” E dan longitud bagi bangunan ini

pula ialah 4° 36’ 05.42” N. Didapati seni bina yang digunakan dalam menghasilkan bangunan

ini ialah dari seni bina Gothic dengan adanya loceng besar yang tergantung di hadapan yang

melambangkan keunikan dan keaslian senibina gereja ini. Bangunan ini telah dibahagikan

kepada dua bahagian iaitu bangunan lama dan juga bangunan tambahan.

Bangunan tambahan telah dibina pada 25 Disember 1986 hasil sumbangan daripada Rt.

Rev. B. Ton. Sri J.G. Savarimuthu, D.S.M.B.B dan dibina bertujuan untuk memberi

pendidikan kepada kanak-kanak tadika. Oleh itu, pembinaan Gereja St. John adalah sebagai

sebuah Gereja Angelican yang berfungsi sebagai tempat pendidikan dan tempat beribadat

bagi penganut yang beragama kristian.Semasa pendudukan Jepun suatu ketika dahulu,

bangunan ini telah dijadikan sebagai harta milik musuh dan pernah dijadikan sebagai kilang

mee untuk tempoh beberapa bulan.

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 24

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

ii. Masjid India Muslim

Sumber : Hasil kajian 2013.

Masjid India Muslim ini terletak di Jalan S.P. Seevinasagam, Ipoh. Latitud bagi masjid ini

ialah 101° 4’ 38.60” E manakala longitud pula ialah 4° 36’ 00.09” N. Masjid ini telah dibina

pada tahun 1908 dan diasaskan oleh Sheikh Adam yang berasal daripada India Selatan.

Keseluruhan proses pembinaan masjid ini adalah daripada pekerja yang berbangsa India

muslim dan bentuk bangunan juga adalah gaya atau bentuk dari India Selatan. Selain itu,

Masjid ini juga digelar Masjid Town Padang kerana lokasinya yang terletak berhampiran

dengan padang bandaran atau Padang Ipoh. Masjid India Muslim ini juga terletak berdekatan

dengan Sekolah St. Michael yang juga merupakan antara bangunan yang dikekalkan.

Masjid ini masih baik, elok dan masih terjaga dan masih digunakan sehingga kini.

Masjid India Muslim ini masih digunakan sebagai tempat ibadat oleh masyarakat India

muslim. Selain mempunyai reka bentuk yang unik dan menarik, masjid ini juga mempunyai

daya tarikan lain seperti kawasan pemeliharaan burung merpati yang berkeliaran di sekitar

kawasan masjid. Suasana seperti ini memberikan gambaran unik, tenang, selesa dan menarik

perhatian orang ramai untuk berkunjung ke masjid ini.

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 25

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

iii. Kelab Diraja Ipoh (Ipoh Royal Club)

Sumber :Hasil kajian 2013.

Bangunan ini terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang. Latitud bagi bangunan ini ialah

pada 101° 4’ 31.52” E manakala longitud pula ialah 4° 35’ 58.52” N. Kelab Diraja Ipoh ini

telah dibina pada tahun 1895 oleh kakitangan awam dan peniaga Inggeris. Kelab ini dibina

adalah untuk melarang kakitangan mereka daripada bercampur-gaul dengan penduduk

tempatan atau rakyat biasa selain dijadikan sebagai tempat perjumpaan bagi Pegawai-

pegawai Tinggi Kerajaan British. Selain itu, bangunan ini juga telah menjadi titik permulaan

bagi pembinaan bangunan – bangunan pentadbiran kerajaan yang lain. Padang yang dibina

bersebelahan Kelab Diraja Ipoh ini dibina bertujuan menyediakan sebuah kawasan terbuka

untuk orang ramai meraikan Perayaan Jubli Intan Queen Victoria.

Bangunan ini pernah dijadikan sebagai markas tentera Jepun semasa penjajahan

Jepun.Dari sedi reka bentuk pula didapati reka bentuk bangunan ini dipengaruhi oleh reka

bentuk zaman Tudordan juga gabungan unsur-unsur senibina Victorian.Sebahagian daripada

bangunan ini adalah seni bina tempatan antaranya seperti berbumbung limas.Bangunan ini

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 26

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

diperbuat daripada batu-bata dan papan, manakala bumbungnya pula diperbuat daripada

genting.Sehingga kini didapati bangunan ini masih lagi dalam keadaan baik dan terjaga.

Kelab ini telah ditubuhkan bertujuan meluaskan lingkungan aktiviti sosial mereka pada

waktu lapang seperti beriadah dan bersukan.Oleh kerana pentadbir British pada masa itu

melarang kakitangannya bergaul dengan penduduk tempatan maka telah diberi sebidang

tanah yang jauh dari kediaman penduduk tempatan seperti di kelab Diraja Ipoh. Bangunan

asal Kelab Ipoh bukan seperti yang terdapat sekarang, tetapi ia telah diubahsuai disebabkan

jumlah keahlian kelab ini semakin bertambah. Bangunan Kelab Diraja Ipoh kini

menjadi tempat tumpuan bagi bandaraya Ipoh.

iv. Tugu Peringatan Perang

Sumber : Hasil kajian 2013.

Tugu Peringatan Perang di Ipoh ini dibina pada tahun 1927 pada hari gencatan senjata.Tugu

ini terletak berhadapan dengan Stesen Keretapi Ipoh.Latitud tugu peringatan perang ini ialah

101° 4’ 26.03” E dan longitud pula ialah 4° 35’ 49.32” N. Pada awalnya, terdapat plat pada

tugu tersebut namun hilang akibat dicuri. Tujuan tugu peringatan perang ini dibina adalah

untuk memperingati pengorbanan askar-askar British yang telah tercedera atau terbunuh

dalam Perang Dunia Pertama iaitu bermula pada tahun 1914 sehingga tahun 1918. Kesemua

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 27

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

mereka merupakan askar British yang pernah bertugas di Perak yang kemudiannya menyertai

kempen British perang di benua Eropah.

v. Tugu Peringatan Birch

Sumber : Hasil kajian 2013.

Pembinaan Tugu Peringatan Birch ini dilaksanakan pada tahun 1909. Tugu peringatan ini

berkedudkan longitud 4° 35’ 49.32” N dan latitud 101° 4’ 26.03” E. Tugu peringatan ini

dibina oleh E.W Birch iaitu anak kepada J.W.W Birch. E.W Birch membina tugu peringatan

sempena mengenang kematian ayahnya J.W.W Birch yang telah mati dibunuh.Tugu

Peringatan Birch telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Inggeris, Sir John Anderson, iaitu

pada zaman pemerintahan Sultan Idris Mursyidul Azam Shah.

Tujuan pembinaan tugu ini adalah sebagai memperingati kematian Residen Inggeris

yang pertama di negeri Perak, iaitu J.W.W Birch.Kematian Birch ini berlaku di Pasir Salak,

Kampung Gajah pada tahun 1875.Lokasi tugu ini ialah berhadapan dengan Masjid Negeri

Perak, iaitu di kawasan berbukit.Tugu ini juga bersebelahan dengan Medan Selera

Ipoh.Keunikan tugu ini terdapat pada ukiran-ukiran yang terdapat pada ukiran patung J.W.W.

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 28

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

Birch. Ukiran ini diperbuat daripada gangsa. Terdapat menara jam pada sebelah atas tugu ini.

Tugu ini bercirikan seni bina Itali di abad ke-18.

9.2 Bangunan Warisan untuk Tujuan Perniagaan

Selain, untuk dijadikan sebagai tempat pelancong.Ada juga diantara bangunan warisan ini

diubahsuai sebagai tempat perniagaan untuk dijadikan restoren dan kedai-kedai. Antara

bangunan warisan yang dibahsuai adalah seperti :

i. F.M.S. Bar dan Restoran 

Sumber : Hasil kajian 2013.

Lokasi F.M.S Bar dan Restoran ini berkedudukan longitud 4° 35’ 55.06” N dan latitud 101°

4’ 40.63” E. F.M.S Bar dan Restoran dibina sekitar tahun 1899. Pembinaan bangunan ini

diasaskan oleh seorang imigran dari Hainan, China.Bangunan ini terletak di Jalan Sultan

Yusuf, Ipoh. Tujuan pembinaan bangunan ini pada masa tersebut ialah untuk dikunjungi

oleh para pelombong bijih timah untuk menhilangkan penat dengan makan dan minum di

sini. Selain itu, tujuan pembinaan bangunan ini juga untuk menempatkan sebuah pejabat

sekretariat pentadbiran inggeris yang diketuai oleh Residen British, iaitu Frank

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 29

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

Swetteham.Pembinaan bangunan ini dibina bersempena pertukaran ibu pejabat Negeri Perak

dari Taiping ke Ipoh.Ciri reka bentuk bangunan ini ialah bercirikan senibina Straits Eclectic.

ii. S.P.H. De Silva

Sumber : Hasil kajian 2013.

Bangunan ini telah dibina pada tahun 1931.Bangunan ini terletak di Jalan Sultan Yusuff iaitu

di persimpangan Jalan Tun Sambantan. Kedudukan bangunan ini pula terletak pada longitud

4° 35’ 49.59” N dan latitud 101° 4’ 38.05” E. Seni bina bangunan ini menggunakan gaya

Renaissance. S.P.H. De Silva merupakan salah sebuah syarikat yang terkenal dalam

menghasilkan piala, perisai dan pingat. Bangunan ini dikategorikan sebagai salah sebuah

bangunan komersial tertua di Ipoh.

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 30

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

iii. Bangunan Chung Thye Phin

Sumber : Hasil kajian 2013.

Bangunan Chung Thye Phin berkedudukan longitud 4° 35’ 48.42” N dan latitud 101° 4’

37.70”. Bangunan ini telah dibina pada tahun 1907.Pembinaan bangunan ini diasaskan oleh

individu yang bernama Chung Thye Phin.Pada asalnya, bangunan ini merupakan farmasi

iaitu “Medical Hall”.Farmasi ini telah ditubuhkan oleh Dr. RM Connoly. Selepas itu,

bangunan ini dikenali sebagai Oldfields Dispensaries Ltd. Chung Thye Phin merupakan

Kapitan Cina Perak pada masa tersebut. Penubuhan bangunan ini berkait rapat dengan

ubat.Tujuan awal pembinaan bangunan ini untuk membekalkan ubat dan herba kesihatan

kepada penduduk di kawasan tersebut.

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 31

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

iv. Han Chin Pet Soo

Sumber : Hasil kajian 2013.

Kedudukan bangunan ini ialah berada pada longitud 4° 35’ 46.60” N dan latitud 101° 4’

44.37” E. Pelombong-pelombong bijih timah di Ipoh pada masa tersebut menjadikan

bangunan ini sebagai kelab.Kelab ini membolehkan mereka berehat dan berhibur selepas

penat melakukan aktiviti perlombongan pada waktu siang.Bangunan ini diasaskan oleh

pelombong kelahiran Cina beretnik Kar Yin Hakka yang bernama Leong Fee. Anak Leong

Fee kemudian mengambil alih kelab ini dengan menyediakan pelbagai kelengkapan seperti

tempat penginapan untuk kemudahan para pengunjung kelab tersebut.

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 32

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

v. Seenivasagam Brother’s Residence and Law Office

Sumber : Hasil kajian 2013.

Bangunan Seenivasagam Brother’s Residence and Law Office terletak menghadap Padang

Ipoh. Lokasi bangunan ini berada pada longitud 4° 35’ 52.35” N dan latitud 101° 4’ 34.39” E.

Pejabat ini terletak di No. 7 bangunan rumah kedai yang mempunyai banyak firma dan agensi

guaman di Jalan Tun Sambantan. Terdapat badan undang-undang dan badan profesional lain

yang membina pejabat di bangunan ini. Tujuan awal pembinaan pejabat ini adalah untuk

memberikan perkhidmatan guaman kepada penduduk di Ipoh dalam menangani setiap

permasalahan yang melibatkan urusan mahkamah.

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 33

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

vi. Pejabat Jan Sahibs

Sumber : Hasil kajian 2013.

Bangunan ini berkedudukan longitud 4° 35’ 46.54” N dan latitud 101° 4’ 37.16” E. Pada

asalnya, bangunan ini merupakan satu blok kedai-kedai komersial. Pemilik syarikat ini ialah

Jan Sahib iaitu anak kepada Sheik Adam yang merupakan pengasas kepada Masjid Padang

Kota ataupun Masjid India.Jan SA Sahib juga merupakan pemegang amanah ketua Masjid

India yang diasaskan oleh bapanya sendiri.Tujuan awal kedatangan Jan Sahib ke Ipoh adalah

untuk membantu perniagaan bapanya iaitu perniagaan Ais Kinta dan Syarikat Bakeri.

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 34

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

vii. Kedai Gambar Mikasa

Sumber : Hasil kajian 2013.

Kedai Gambar Mikasa ini merupakan sebuah bangunan kedai iaitu kedai gambar.Bangunan

ini telah dibina pada tahun 1911 yang terletak di premis yang bernombor 93-95 di Jalan

Sultan Yussuf. Latitud bagi Mikasa Photoshop ini ialah 101° 4’ 38.30” E manakala longitud

bagi bangunan kedai ini ialah 4° 35’ 50.05” N. Pada waktu itu atau sebelum berlakunya

perang dunia kedua dikatakan terdapat ramai jurugambar dan juga tukang gunting rambut

yang berbangsa Jepun membuka premis di Malaya. Mereka bertindak bijak dengan

memasang strategi dan mengupah perisik bagi mendapatkan maklumat dan menyalurkan

kepada askar-askar Jepun.

Di Kedai Gambar Mikasa sendiri terdapat seorang perisik Jepun yang banyak

membantu Jepun dalam mendapatkan maklumat-maklumat yang penting mengenai Malaya

dan maklumat yang diperoleh itu disalurkan kepada tentera Jepun.Perisisk yang bekerja

sebagai jurugambar di Mikasa Photoshop ini bernama Masaji Fukabori atau dikenali sebagai

Masaji Hosaka.

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 35

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

9.3 Bangunan Warisan untuk Tujuan Perkhidmatan dan Pentadbiran

Selain bagunan warisan dijadikan sebagai tujuan pelancongan atau perniagaan.Ada juga

diantara bangunan warisan di Ipoh dijadikan sebagai pusat perkhidmatan atau

pentadbiran.Contohnya seperti bangunan Setesen Keretapi Ipoh.Ianya telah menunjukkan

identiti bandar Ipoh itu sendiri kerana hanya di Ipoh sahaja mempunyai stesen keretapi yang

seni bina sejarah seperti itu.

i. Bangunan Stesen Keretapi Ipoh

Sumber: Hasil kajian 2013.

Sejarah pembinaan stesen keretapi Ipoh ini bermula pada tahun 1894, iaitu apabila terdapat

sebuah landasan keretapi merentasi Lembah Kinta di antara Ipoh dan Batu Gajah yang dibuka

dan dirasmikan oleh Sultan Idris Murshidul Al-Adzam Shah .Pada tahun 1896 pula, 36

gerabak yang kesemuanya dibina di Ipoh telah dihasilkan namun bahan-bahan seperti besi

diimport daripada England (Azmi Morsidi & Mohd Bakari Jaffar 2007).

Bangunan Stesen Keretapi, Ipoh ini terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab

dan bangunan baru telah dibina pada tahun 1914 bagi mengantikan bangunan lama yang

dibina daripada kayu pada tahun 1890. Bangunan ini siap sepenuhnya tiga tahun berikutnya

iaitu pada tahun 1917 dan stesen keretapi ini mempunyai tiga ‘platform’ atau landasan

keseluruhannya. Latitud bagi Stesen keretapi Ipoh ini ialah 101° 4’ 24.30” E, longitud bagi

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 36

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

stesen ini pula ialah 4° 35’ 50.51” N. Pembinaan Stesen keretapi ini tertunda dan

memerlukan masa yang lama untuk siap kerana kekuurangan dan juga kenaikan harga bahan-

bahan yang diperlukan bagi menyiapkan bangunan ini sewaktu berlakunya Perang Dunia

Kedua. Ramai orang yang menganggap Stesen Keretapi Ipoh ini sebagai Taj Mahal untuk

Bandaraya Ipoh.

Bangunan Stesen Keretapi ini telah direka bentuk oleh arkitek British iaitu A.B. Hubback

dengan memasukkan elemen-elemen klasik.Beliau juga merupakan arkitek yang mereka

bentuk stesen keretapi Kuala Lumpur.Senibina yang digunakan bagi bangunan ini ialah

senibina Moorish. Bangunan Stesen Keretapi Ipoh ini bukan hanya khusus sebagai stesen

keretapi malah turut dijadikan sebagai hotel, pejabat pentadbiran untuk kakitangan dan juga

restoran serta bar. Hotel di Stesen Keretapi Ipoh ini pada mulanya hanya mempunyai 17 bilik

tidur dan kemudian telah ditambah menjadi 21 bilik pada tahun 1936.

ii. Bangunan Pejabat Pos Lama

Sumber : Hasil kajian 2013.

Bangunan Pejabat Pos Lama Ipoh yang terletak di Jalan Dato’ Sagor. Kedudukan bangunan

ini pada longitud 4° 35’ 49.68” N dan latitud 101° 4’ 29.67” E. Bangunan ini terletak

berhadapan dengan stesen kereta api Ipoh. Bangunan ini terdapat dua kegunaan iaitu di

bahagian hadapan Dewan Bandaran Ipoh manakala bahagian belakangnya pula dijadikan

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 37

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

Pejabat Pos. Bangunan Pejabat Pos ini telah direka oleh arkitek yang berasal daripada British

iaitu A.B Hubback.

Bangunan ini mula dibina pada 1913.Sekitar tahun 1916, bangunan ini telah siap dibina.

Dari segi seni bina, bangunan ini mempunyai seni bina yang unik kerana bercirikan seni bina

Roman dan Renaissance. Pada tahun 1983, perkhidmatan pos di bangunan telah ditamatkan

operasi. Selepas itu, bangunan ini telah diambil alih oleh Pusat Pelancongan Negeri Perak

sehingga tahun 1995. Bangunan ini telah ditinggal kosong tanpa penyelenggaraan selepas

tahun 1995 (Bangunan Pejabat Pos Lama 2011).

iii. Mahkamah Tinggi Ipoh

Sumber : Hasil kajian 2013.

Bangunan Mahkamah Tinggi Ipoh ini terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dan

telah dibina pada tahun 1928. Latitud bagi Mahkamah Tinggi Ipoh ialah 101° 4’ 30.37” E

manakala longitud bagi bangunan ini pula ialah 4° 35’ 52.88” N. Bangunan ini telah

dirasmikan oleh Residen British Negeri Perak iaitu Mr. R.W.Thompson pada 14 julai 1913.

Dari segi seni bina bangunan ini didapati seni bina yang digunakan dalam menghasilkan

bangunan ini ialah seni bina Neo-classical.

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 38

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

Terdapat terowong bawah tanah dibawah mahkamah bagi menghubungkan

mahkamah satu dan dua namun tidak diketahui bila terowong itu dibina.Dalam bangunan ini

juga terdapat tangga berpusing menghala ke stesen keretapi. Bangunan ini mempunyai anjung

dan tiang-tiang doric yang berukir. Arkitek bagi bangunan ini iaitu Mr. R.W.Thompson

merupakan arkitek yang sama bagi bangunan stesen keretapi dan bangunan Dewan Bandaran.

Pada awalnya, bangunan ini dibangunkan sebagai kediaman Datuk Panglima Kinta iaitu

Datuk Mohammed Yusof.Namun selepas beliau meninggal dunia, bangunan ini kemudian

telah diambil alih oleh pihak kerajaan untuk dijadikan sebagai bangunan mahkamah.Semasa

pemerintahan Jepun bangunan ini telah diduduki oleh tentera Jepun. Bangunan Mahkamah

Tinggi Ipoh ini terletak berhampiran dengan pelbagai lagi bangunan bersejarah lain seperti

Dewan Bandaran Ipoh, Stesen Keretapi Ipoh, Kelab Diraja Ipoh dan sebagainya.

iv. Bangunan Perak Hydro

Sumber : Hasil kajian 2013.

Bangunan Perak hydro ini telah dibina pada tahun 1902.Bangunan ini berkedudukan longitud

4° 35’ 50.65” N dan latitud 101° 4’ 33.72” E. Bangunan ini terletak di Jalan Dato

Maharajalela, Ipoh.Pada asalnya, tapak bangunan ini ialah bangunan Bank Standard

Chartered.Tenaga Nasional Berhad kemudian telah mengambil alih bangunan ini untuk

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 39

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

kegunaan meraka. Reka bentuk bangunan ini ialah menggunakan gaya ‘art-deco’ dengan

‘arch’ yang mengelilingi aras bawah di ruang perantaraan bangunan atau kaki lima.

Seni bina bangunan dipengaruhi oleh Victorian Neo- Renaissance dengan menonjolkan

elemen reka bentuk Greek dan Roman pada tiangnya.Pada awal pembinaan bangunan ini,

Standard Chartered Bank telah menggunakan bangunan ini untuk urusan bank

tersebut.Selepas itu, bangunan ini telah diambil alih oleh Perak River Hidro

Electric.Penubuhan syarikat Perak River Hidro Electric sekitar tahun 1926 untuk

membekalkan tenaga elektrik kepada lombong di kawasan Lembah Kinta dan untuk

kegunaan domestik.

v. Bangunan Bank Hong Kong dan Shanghai ( HSBC )

Sumber : Hasil kajian 2013.

Kedudukan bangunan bank ini pada longitud 4° 35’ 51.32” N dan latitud 101° 4’ 38.39” E.

Bangunan ini telah dibina pada tahun 1930.Bangunan ini pada awalnya telah dikenali sebagai

Mercantile Bank.Bangunan ini pernah dijadikan sebagai pejabat tentera Jepun semasa zaman

penjajahan Jepun sekitar tahun 1931-1945.Tujuan awal pembinaan bangunan ini ditubuhkan

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 40

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

kerana faktor kepesatan ekonomi pada masa itu, terutamanya bijih timah.Kegunaan bangunan

ini pada masa kini masih lagi sebagai bank.Bangunan ini mempunyai unsur seni bina

Victorian Neo-renaisance.

vi. Bangunan Straits Trading Building (OCBC)

Sumber : Hasil kajian 2013.

Straits Trading Building (OCBC) dibina pada tahun 1907.Bangunan ini asalnya dikenali

sebagai Bangunan Straits Trading.Syarikat Dagangan Selat merupakan pihak yang

bertanggungjawab dalam membina bangunan ini. Lokasi bangunan ini berada pada

kedudukan longitud 4° 35’ 49.05” N dan latitud 101° 4’ 35.78” E. Seni bina bangunan ini

menggunakan gaya Renaissance Itali, dengan menara sudut. Syarikat Dagangan Selat

merupakan syarikat perlombongan bijih timah yang terkenal di bandar Ipoh pada masa

tersebut.Syarikat ini merupakan pihak yang membeli bijih timah dari pelombong di kawasan

tersebut ketika itu.

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 41

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

vii. Bank Standard Chartered

Sumber : Hasil kajian 2013.

Bangunan ini terletak berhadapan dengan bangunan Hdyro Perak. Kedudukan bangunan ini

pada longitud 4° 35’ 50.65” N dan latitud 101° 4’ 33.72” E. Bank ini mula dibuka bagi

cawangan Ipoh pada tahun 1902. Bank ini dibina bertujuan dan menyediakan perkhidmatan

pinjaman kepada Syarikat Perdagangan Selat dan beberapa syarikat lain ketika itu. Bank ini

dapat menyediakan pinjaman kewangan dalam jumlah yang banyak kepada Syarikat

Perdagangan Selat dan beberapa syarikat berpengaruh di Ipoh (Ipoh Old Town 2011).

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 42

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

viii. Mercantile Bank

Sumber : Hasil kajian 2013.

Bangunan ini dibina pada tahun 1931. Lokasi kedudukan banguan ini berada pada longitud 4°

35’ 50.05” N dan latitud 101° 4’ 35.38” E. Bangunan ini juga terletak berhampiran dengan

agensi perbankan dan kewangan yang lain iaitu The Standard Chartered Bank dan HSBC

bank. Tujuan awal pembinaan bangunan ini ialah sebagai bangunan bank untuk kegunaan

orang ramai pada masa tersebut.Penubuhan bangunan Art Deco ini untuk Mercantile Bank of

India. Walaupun pemilikan telah berubah namun masih lagi terdapat perkataan "Mercantile

Bank" dan "1931" kekal di hadapan bangunan itu. Ini membuktikan kewujudan bangunan

tersebut sekitar tahun 1931 lagi.

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 43

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

5.4 Bangunan Warisan untuk Tujuan Pendidikan

i. Sekolah St. Michael

Sumber : Hasil kajian 2013.

Sekolah St. Michael ini telah ditubuhkan di sebuah rumah Melayu yang telah dibina pada

tahun 1912 dan sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang tertua di negeri Perak.Oleh

sebab pertambahan jumlah pelajar yang mendadak maka bangunan baru telah dibina dan siap

pada tahun 1923.Sekolah St. Michael ini terletak di Jalan Seenivasagam.Sekolah St. Michael

ini telah dibina oleh Father Vernier-Auguste dan telah dirasmikan oleh Richard Winstedt

yang pada ketika itu memegang jawatan sebagai pengarah Pelajaran Negeri-negeri Melayu

Bersekutu. Latitud bagi bangunan ini ialah 101° 4’ 38.73” E manakala longitud bagi

bangunan ini ialah 4° 36’ 03.89” N .Pada awal pembinaan sekolah ini, terdapat dua orang

mubaligh Kristian yang menjadi pengasas kepada Sekolah St. Michael ini iaitu Father J.B.

Coppin dan Father Visitor James Bryme.

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 44

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

Father Bryne telah mendapat tapak bagi membina sekolah ini dengan harga $6000

pada tahun 1912 tersebut.Pada awal sekolah ini beroperasi, hanya terdapat 37 orang murid

lelaki sahaja.Bentuk binaan pada awal pembinaan sekolah ini ialah dengan campuran kayu

dan batu. Guru besar yang pertama sekolah ini ialah P.J. Mor Singh dan apabila beliau

meletak jawatan pada 16 Ogos 1920, jawatan guru besar diisi pula oleh dua orang mubaligh

kristian iaitu Brother Paul dan Vernier Auguste. Apa yang menariknya bagi sekolah ini ialah,

sekolah ini sanggup memberi peluang kepada pelajar yang telah dibuang sekolah untuk terus

belajar di sekolah ini. Bukan itu sahaja, orang Cina sanggup berpindah ke Ipoh untuk

mendapatkan pendidikan yang lebih baik di sekolah ini (Ipoh Heritage Walk Explore Old

Ipoh On Foot 2012).

Pada 17 Disember, tentera British telah berundur sewaktu Jepun menakluk tanah

melayu. Pada 23 disember 1941 kapal terbang Jepun pernah menembak bangunan tersebut

dan telah menyebabkan kerosakan yang teruk seterusnya memaksa semua Paderi lari dari

sekolah ini. Oleh itu, semasa Jepun menakluk Tanah melayu, Sekolah St. Michael sekolah ini

telah dijadikan sebagai markas tentera Jepun dan sebagai ibu pejabat tadbiran Jepun selain

dijadikan sebagai bilik-bilik rawatan pesakit. Selain itu, bangunan ini juga pernah dijadikan

sebagai ibu pejabat pentadbiran bagi negeri Perak bermula tahun 1942 hingga 1945.

10.0 CADANGAN ATAU USAHA PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN

Usaha pemuliharaan bangunan warisan yang terdapat di Bandar Lama Ipoh

merupakan usaha yang perlu dilaksanakan dalam memastikan warisan serta nilai-nilai sejarah

yang terdapat pada setiap bangunan itu terpelihara. Akta Warisan Kebangsaan, 2005 (Akta

645) menyatakan bahawa ”pemuliharaan” merangkumi proses atau kerja pemeliharaan,

pembaikpulihan, pembinaan semula, pemulihan dan penyesuaian atau mana-mana

gabungannya.Terdapat pelbagai kaedah dan pendekatan yang dapat digunakan dalam bidang

pemuliharaan.

Pemuliharaan bangunan warisan ini merangkumi pendekatan yang dilaksanakan ke

atas bangunan tersebut bagi merawat serta memulihkan kembali keadaan bangunan yang

usang, mengalami kerosakan serta warna bangunan yang telah lusuh. Pemuliharaan ini juga

merangkumi pendekatan yang patut dilaksanakan untuk mengatasi permasalahan yang akan

berlaku terhadap persekitaran bangunan warisan tersebut pada masa hadapan (Pemuliharaan

bangunan warisan 2012).

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 45

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

Setiap permasalahan yang timbul dalam menjaga nilai warisan sejarah ini harus dikaji

dengan teliti serta mengambil kira semua faktor. Tujuannya, pendekatan kerja pemuliharaan

yang sesuai amat penting dalam menjamin keaslian dan kepentingan sesebuah bangunan

warisan.Struktur dan seni bina bangunan warisan yang berbeza yang terdapat di Bandar Lama

Ipoh memerlukan pendekatan yang sistematik dilaksanakan bagi menjamin nilai-nilai estetik

yang terdapat pada setiap bangunan dipelihara. Langkah pemuliharaan yang berkesan dapat

memastikan bangunan warisan ini terpelihara daripada pembangunan pesat di Bandar Lama

Ipoh yang mampu menyebabkan bangunan warisan tidak lagi diberi perhatian oleh

masyarakat.

Antara langkah pemuliharaan yang dapat dilaksanakan bagi menjaga bangunan

warisan ini ialah pencegahan dari kemerosotan.Kemerosotan ini meliputi kualiti struktur

bangunan dan keadaan warna bangunan.Kualiti struktur bangunan haruslah dipantau dan

diselia oleh pihak yang terbabit agar kualitinya terjamin.Kualiti ini penting bagi memastikan

keaslian seni bina bangunan ini tidak terjejas.Keaslian yang terdapat pada seni bina dan

struktur bangunan menunjukkan nilai warisan yang tersendiri sesebuah bangunan warisan.

Melalui proses pencegahan kemerosotan ini juga, teknik dan kaedah yang dapat

membantutkan atau memperlahankan proses kemerosotan, reput atau keadaan usang sesuatu

struktur bangunan perlu dilaksanakan bagi menjamin keaslian bangunan warisan (Stovel, H

2000).

Pencegahan dari kemerosotan juga penting terhadap wana bangunan

warisan.Bangunan warisan yang memiliki warna bangunan yang lusuh atau cat mengelupas

perlu dicat dengan warna baru bagi mencantikkan pemandangan. Keadaan bangunan warisan

yang lama dalam keadaan usang dan warna bangunan yang pudar akan mencacatkan

pemandangan di Bandar Lama Ipoh. Warna yang baru dapat mengelakkan pencacatan

pandangan penduduk terhadap warna bangunan yang telah lusuh. Bangunan yang lusuh akan

kelihatan buruk dan merosakkan pemandangan di Bandar Lama Ipoh.

Selain itu, langkah pemuliharan lain yang dapat dilaksanakan di Bandar Lama Ipoh

ialah pembinaan semula dan penambahbaikan semula. Bangunan warisan yang terlalu lama

akan mengalami kerosakan serta struktur bangunan yang tidak lagi kukuh. Langkah

pembinaan semula atau penambahbaikan semula ini penting agar bangunan warisan ini tidak

musnah begitu sahaja. Antara bangunan yang sedang mengalami proses penambaikan semula

ialah bangunan S.P.H De Silva. Proses penambaikan semula ini penting bagi membaiki

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 46

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

kerosakan serta keadaan bangunan yang telah terjejas. Setiap proses penambahbaikan

perlulah dilaksnakan dengan teliti agar keaslian sejarah bangunan warisan ini tidak terjejas.

Unsur seni bina dan reka bentuk perlulah mengikut seni bina asal bangunan warisan tersebut

bagi memastikan nilai estetik bangunan ini tidak terjejas. Melalui proses penambahbaikan

semula ini, bangunan warisan sejarah dapat dikekalkan dan lokasi bangunan warisan masih di

tempat asal walaupun telah mengalami sedikit perubahan akibat aktiviti ini. Penambahbaikan

semula ini juga penting bagi memastikan bangunan warisan ini kelihatan lebih baik dan

selesa untuk dikunjungi oleh para pelancong.

Di samping itu, langkah pemuliharaan lain yang dapat dilaksanakan bagi menjaga

nilai sejarah bangunan warisan di Bandar Lama Ipohialah pengekalan dalam bentuk sedia

ada. Pengekalan bentuk sedia ada ini merangkumi penjagaan terhadap seni bina dan struktur

bangunan dan pengekalan fungsi asal bangunan warisan.Unsur seni bina yang digunakan oleh

arkitek pada masa dahulu perlu dipelihara agar nilai estetik bangunan ini masih asli dan

terpelihara. Bangunan warisan di Bandar Lama Ipoh sememangnya mempunyai unsur seni

bina dan reka bentuk yang pelbagai. Contohnya, bangunan Pejabat Pos Lama menggunakan

unsur seni bina Roman dan Renaissance, bangunan HSBC berunsur Victorian Neo-renaisance

manakala bangunan F.M.S Bar dan Restoran menggunakan seni bina berunsur senibina

Straits Eclectic.Kepelbagaian seni bina ini harus dipelihara bagi menunjukkan nilai sejarah

dan keunikan sesebuah bangunan yang berbeza daripada bangunan yang lain.

Pengekalan dalam bentuk sedia ada juga meliputi fungsi awal bangunan itu dibina

pada masa dahulu.Fungsi asal bangunan warisan seharusnya dijaga bagi menunjukkan tujuan

asal pembinaan bangunan tersebut.Namun, tidak semua bangunan warisan di Bandar Lama

Ipoh masih mengekalkan fungsi asal bangunan tersebut. Antara yang masih mengekalkan

fungsi asal ialah bank iaitu Bank HSBC dan Bank Standard Chatered serta Stesen Kereta Api

Ipoh.

Langkah pemuliharaan yang lain ialah pencegahan. Langkah pencegahan ini meliputi

usaha melindungi bangunan warisan di Bandar Lama Ipoh dengan mengawal alam sekitar

yang mampu menyebabkan kadar pereputan dan kerosakan yang berlaku di bangunan

warisan. Pengawalan ini dapat dilaksanakan dengan kawalan ke atas suhu, kelembapan dan

cahaya dengan kaedah pengurusan bangunan yang baik. Pemeriksaan berkala dan proses

penyelengaraan yang kerap dapat mencegah kerosakan dan kecacatan seni bina bangunan

warisan. Tujuan kawalan ini adalah untuk mencegah kecacatan dan kemerosotan kualiti

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 47

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

struktur bangunan. Stesen Kereta Api Ipoh pernah menggunakan kaedah pencegahan ini iaitu

pada tahun 2002 hingga tahun 2007. Projek membaikpulih stesen ini melibatkan aktiviti

pencucian genting bumbung bangunan yang telah rosak.Projek membaik pulih ini mampu

mengekalkan keadaan bangunan dalam bentuk asal tanpa menjejaskan unsur seni bina yang

sedia ada.

Justeru, langkah pemuliharaan bangunan warisan di Bandar Lama Ipoh perlu

dilaksanakan secara menyeluruh dan sistematik bagi memastikan keaslian dan nilai sejarah

yang terdapat pada setiap bangunan dapat dipelihara dengan baik.Setiap bangunan warisan

mempunyai nilai sejarah dan keistimewaannya yang tersendiri. Melalui langkah

pemuliharaan yang baik ini dapat memastikan generasi akan datang dapat melihat nilai-nilai

sejarah dan niali estetik yang pernah wujud di bandaraya Ipoh pada masa dahulu.

Dalam proses pemuliharaan bangunan warisan di bandar Ipoh, pihak Majlis

Perbandaran Ipoh telah mewujudkan satu unit khas yang akan bertanggungjawab memastikan

usaha yang dijalankan bergerak secara holistik dan konsisten. Menurut pengarah perancangan

bandaraya MBI, Zulqarnain Mohamad (2012), cadangan tersebut sedang diteliti dan dikaji

secara menyeluruh oleh Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hasim. Tambahan lagi, unit khas

tersebut bukan sahaja bertanggungjawab dalam memberi garis panduan kepada pemilik

bangunan warisan yang mahu melakukan pengubahsuaian dan penambahbaikkan premis

masing-masing supaya nilai warisan dan sejarah dapat dikekalkan.

Kebanyakan masalah timbul boleh diatasi dengan satu sistem pengrusan yang efektif

untuk membantu keputusan pengurusan bangunan- bangunan bersejarah di Bandar Lama

Ipoh dan menguruskan data. Maka, Sistem Maklumat Geografi (GIS) perlu digunakan dalam

kajian ini bagi membolehkan pencarian data dilakukan secara bersistematik serta tepat.

Paparan data juga dapat dilakukan dengan mudah di mana ia membantu pihak berkuasa

tempatan (Majlis Bandaraya Ipoh) untuk menguruskan dan mencari signifikan kedudukan

bangunan warisan di Bandar Lama Ipoh yang seterusnya dapat dikongsi oleh pelbagai pihak

untuk pelbagai tujuan. Sistem Maklumat Geografi merupakan salah satu sistem penyimpanan

maklumat yang lebih baik, canggih dan efisien berbanding sistem penyimpanan maklumat

secara manual. Perkembangan dalam era teknologi telah menyebabkan sistem ini dibina yang

mempunyai keupayaan dan kemampuan dalam menyimpan, mamanipulasi dan menganalisis

data yang disimpan. Melalui proses yang telah dinyatakan ia berkeupayaan untuk

menghasilkan atau menjawab persoalan yang timbul khususnya dalam pengurusan bangunan-

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 48

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

bangunan warisan di Old Town, Ipoh. Sebagai contoh kawalan pembangunan boleh

dilakukan dengan menggunakan aplikasi GIS hasil daripada analisis dan sebagainya. Dalam

kemampuan ini, aplikasi GIS dilihat sesuai digunakan sebagai alat untuk mengurus

bangunan- bangunan warisan. GIS sebenarnya mempunyai pelbagai peranan dalam

pengurusan warisan budaya di Bandar Lama Ipoh.

Peranan GIS yang pertama ialah perolehan data. Terdapat dua jenis data yang

digunakan dalam kajian pengurusan bandaraya warisan ini iaitu data primer dan data

sekunder. Data primer yang digunakan ialah data mentah yang dicerap terus di lapangan iaitu

di Bandar Lama Ipoh dengan melalui kaedah pemerhatian, penangkapan gambar bangunan-

bangunan warisan dan juga sedikit temubual. Manakala data sekunder yang digunakan ialah

peta lot. Data sekunder merupakan data sedia ada seperti peta lama, foto udara, rekod fail

lama, imej remote sensing, data berdigit dan sebagainya. Data- data yang diambil bagi

melakukan kajian ini adalah berdasarkan fungsi gunapakai aplikasi GIS dan sumber

kewangan yang ada. Setelah data primer dan data sekunder dikumpul, proses pra (awalan)

pemprosesan seperti pendigitan, transformasi unjuran, penukaran format dan sebagainya

perlu dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi GIS.

GIS juga berkeupayaan dalam mengurus data yang membolehkan perancangan,

pengurusan dan pemantauan ke atas bangunan- bangunan warisan dapat dilaksanankan

dengan lebih berkesan. Pengurusan data melibatkan pengawalan dan capaian kepada

pangkalan data. Ini memerlukan sistem pengurusan pangkalan data. Dalam sistem bantuan

pengurusan pangkalan data, pelbagai bentuk pengurusan data dapat dijalankan yang

menyebabkan pengurusan data berkenaan bangunan- bangunan ini lebih teratur dan efisien.

Fungsi pengurusan data ini termasuklah kemasukan, kemaskini, perolehan semula dan

penghapusan data. Namun begitu, ia memerlukan penjagaan keselamatan data kerana ia

mempunyai pelbagai kegunaan termasuklah untuk tujuan positif dan negatif. Maka prosedur

perlu disediakan oleh pihak berkuasa tempatan berdasarkan jenis pengguna yang ingin

mendapatkan data dan menggunakan sistem tersebut bagi mengelakkan sesuatu perkara yang

negatif berlaku.

Peranan GIS yang seterusnya dalam pengurusan warisan ini ialah penganalisan data.

Melalui proses penganalisisan data ini, ia berupaya untuk menjana maklumat baru dengan

menggunakan data yang tersimpan hasil daripada proses perolehan data dan pengurusan data.

data- data tersebut digunakan kembali dan dianalisis untuk menjawab segala persoalan yang

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 49

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

timbul dalam pengurusan bangunan- bangunan warisan ini. Misalnya kawasan yang sesuai

dan tidak sesuai untuk melakukan sebarang aktiviti pembangunan di Old Town. Proses

analisis data amat bergantung kepada kriteria yang dikehendaki oleh pihak berkuasa tempatan

yang berperanan mengurus warisan ini. Antara contoh analisis data yang dilakukan ke atas

data dalam kajian ini ialah buffer, pertindihan data (overlay), gabungan data (union) dan

sebagainya.

Persembahan data merupakan peranan GIS terakhir dalam pengurusan warisan

budaya ini. Persembahan data merupakan satu proses di mana maklumat yang terjana melalui

proses analisis disampaikan kepada pengguna. Ia dapat dipersembahkan melalui skrin

komputer, alat pemplot dan juga pencetak. Maklumat berkenaan bangunan- bangunan

warisan ini juga boleh disimpan dalam bentuk digital untuk memudahkan proses selanjutnya

dilakukan seperti input data untuk suatu sistem yang lain. Oleh itu, format data memainkan

peranan penting untuk membolehkan data tersebut dibaca oleh sistem lain. Dengan itu,

maklumat dan data perancangan mengenai bangunan- bangunan warisan yang dikumpul

dapat dikongsi bersama samada antara satu bahagian dengan bahagian, jabatan dengan

jabatan atau agensi- agensi yang memerlukan data ini untuk pelbagai tujuan. Ia memberi

manfaat kepada semua kerana melalui data- data yang dikumpul dalam aplikasi GIS ini boleh

diolah, dicerakinkan dan sebagainya bergantung kepada tujuan perolehan data tersebut.

Aplikasi GIS mempunyai kebolehan menghubungkait set-set data yang disimpan

berkenaan bagunan- bangunan warisan di Bandar Lama Ipoh. Ia merupakan peranan yang

sangat penting dalam usaha untuk menguruskan bangunan- bangunan warisan kerana ia dapat

memacu kepada penjanaan senario melalui permodelan analisis yang telah mengambil kira

kriteria- kriteria berdasarkan pengurusan bandaraya warisan ini. Sebagai contoh, kajian ini

telah menghubungkaitkan set- set data berkenaan lokasi, sejarah serta signifikan sesebuah

bangunan terletak dilokasinya itu. Hubungkait set- set data ini membolehkan pihak berkuasa

tempatan mengurus serta merancang pembangunan yang ingin dilakukan dengan lebih mudah

dan tepat agar ia tidak menjejaskan bangunan- bangunan warisan di Bandar Lama Ipoh

tersebut. Namun begitu keberkesanan GIS dalam perancangan serta pengurusan bangunan-

bangunan warisan ini amat bergantung kepada data rujukan ruang yang terkini dan reka

bentuk pangkalan data yang bersesuaian.

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 50

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

Melalui peranan-peranan GIS ini, sudah tiba masanya bagi pihak berkuasa tempatan

mengubah sistem penyimpanan maklumat daripada penyimpanan secara manual kepada

aplikasi GIS bagi mendapatkan keputusan perancangan dan pengurusan terhadap bangunan-

bangunan warisan di Bandar Lama Ipoh dengan lebih efisien. Pihak berkuasa tempatan

seharusnya sedar sekiranya tiada pengawasan secara menyeluruh terhadap bangunan warisan,

khazanah serta warisan yang ditinggalkan sejak sekian lama akan musnah dengan arus

pembangunan yang akan menyebabkan Bandar Lama Ipoh kehilangan corak rupa bandar

yang mencerminkan keunikan bandar tersebut selama ini.

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 51

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

11.0 KESIMPULAN

Maka, sebagai rakyat Malaysia, kesedaran terhadap kepentingan bangunan warisan

harus diserapkan bermula daripada sekolah. Hal ini kerana bangunan warisan ini juga mampu

menjadi model terhadap pembinaan bangunan masa ini. Hal ini ditambah pula dengan faktor

ketahanan dan kehalusan seni ukir di sesebuah bangunan warisan. Contohnya seperti Negara

China yang telah menjadikan kawasan warisan mereka sebagai tempat perlancongan yang

penting. Walaupun tidak dinafika terdapat pelbagai masalah terhadap pemilik bangunan

warisan kerana harga hartanah tidak seiring dengan nilai bangunan warisan yang mempunyai

seni bina dan dalaman yang agak lama.

Aspek pengurusan bangunan warisan pada masa kini sukar dilaksanakan kerana

pembangunan yang pesat serta didorong oleh keindahan serta seni bina bangunan baru yang

lebih moden dan canggih. Terdapat pelbagai permasalahan yang wujud bagi melaksanakan

pengurusan bangunan warisan. Kesedaran terhadap kepentingan pemuliharaan peninggalan

bangunan warisan di Bandar Lama Ipoh adalah tanggungjawab setiap individu. Bangunan

warisan sejarah yang terdapat di sini sememangnya mempunyai nilai estetik dan unsur seni

bina yang amat menarik.Setiap unsur seni bina yang terdapat di bangunan warisan di sini

mempunyai keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri. Kepentingan pemuliharaan

bangunan warisan ini penting untuk tatapan generasi akan datang. Kewujudan bangunan ini

dapat menjadi bukti tentang era atau peristiwa bersejarah, menarik pelancong dari dalam

mahupun luar negara serta menjadi kayu pengukur kepada ketamadunan bangsa dari segi

pertukangan dan pembinaan pada masa dahulu. Semua pihak bertanggungjawab dalam

memastikan setiap nilai sejarah seperti bangunan warisan ini dapat dipelihara terus musnah

atau hilang.Sesungguhnya nilai sejarah amat berharga kepada sesebuah bangsa atau negara.

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 52

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

BIBLIOGRAFI

Ahmad, A.G. ,2006. Rangka kerja pemuliharaan bangunan warisan di Malaysia.Bengkel

Konservasi Monumendan Tapak Tanah Bersejarah, 27/29 November 2006, Melaka.

Melaka: Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Perbadanan Muzium Melaka

(PERZIM). Ms.1-12.

Definisi reka bentuk bandar, 2013. Diperolehi pada April 15, 2013 daripada

http://www.hbp.usm.my/PlanningStudio504/GrpOne/4.0%20DEFINISI%20DAN%

TEORI.htm

Fee, C.V., 2003. A future for the past: Conservation and Reuse. Dalam: C.V. Fee, (ed). The

Encyclopedia of Malaysia Architecture. Singapore: Archipelago Press. Ms.126-127.

Fielden, B.M., 2000. Conservation of Historic Buildings. Oxford: Architectural Press.

Muda, R., 2006. Akta Warisan Kebangsaan 2005: implikasi dan kepentingan. Bengkel

Konservasi Monumen dan Tapak Tanah Bersejarah, 27/29 November 2006, Melaka.

Melaka: KerajaanNegeri Melaka dengan kerjasama Perbadanan Muzium Melaka

(PERZIM). Ms.1-27.

Kamarul Syahril Kamal, 2007. Kecacatan Bangunan dan Kepentingan Pemuliharaan

Warisan di Bandaraya Ipoh. Diperolehi pada Mac 20, 2013 daripada

http://buildingconservation.blogspot.com/2007/12/kecacatan-bangunan-dan

kepentingan.html.

Kamarul Syahril Kamal, 2011.Building Conservation. Diperoleh pada April 04,2013 daripada

buildingconservation.blogspot.com/2011/05/deraf-disertasi-phd-bab-2 kajian.html

Kamus Dwibahasa Oxford-Fajar, 2004. Dalam: J.M. Hawkins, (ed). Selangor: Penerbit

Fajar Bakti.

Keromo, P., 2006. Konservasi secara umum: garis panduan konservasi monument dan tapak

tanah bersejarah di Malaysia. Bengkel Konservasi Monumen dan Tapak Tanah

Bersejarah, 27/29 November 2006, Melaka. Melaka: Kerajaan Negeri Melaka dengan

kerjasama Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM). Ms.1-13.

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 53

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), 2013. Asas rujukan kajian pengekalan dan pemuliharaan

warisan-warisan bersejarah bandaraya Ipoh. Perak: Unit Pemeliharaan dan

Rekabentuk Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh.

Muda, R., 2006. Akta Warisan Kebangsaan 2005: implikasi dan kepentingan. Bengkel

Konservasi Monumen dan Tapak Tanah Bersejarah, 27/29 November 2006, Melaka.

Melaka: KerajaanNegeri Melaka dengankerjasamaPerbadananMuzium Melaka

(PERZIM). Ms.1-27.

Narimat Samat dan Sharifah Khaizuren Farhi Syed Dawilah, 2009. Managing Natural

Heritage Sites Using Gis: A Case Study Of Bujang Valley, Kedah. Dalam kertas Kerja

Seminar Antarabangsa Warisan Asli Utara Semenajung Malaysia. Pulau Pinang:

Universiti Sains Malaysia.

Nor Hanizah Zaini, 1991. Pola perkembangan guna tanah, Pusat Bandar Ipoh. Latihan

Ilmiah. Dip. Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah. Universiti Teknologi Malaysia

Pemuliharaan bangunan warisan, 2013. Diperoleh pada Mac 20, 2013 daripada

https://www.heritage.gov.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=

19&Itemid=190

Pendekatan dalam Kerja Pemuliharaan Bangunan Bersejarah di Malaysia: Satu Tinjauan

Umum, 2007. Diperoleh pada Mac 20, 2013 daripada

http://buildingconservation.blogspot.com/2007/03/pendekatan-dalam-kerja

pemuliharaan.html

Peta Bandar Ipoh, 2013. Diperoleh pada Mac 9, 2013 daripada:

http://maps.google.com.my/maps?hl=en&tab=wl

Othman, M.I., 2006. Garis panduan konservasi monument warisan Negeri Melaka. Bengkel

Konservasi Monumen dan Tapak Tanah Bersejarah, 27/29 November 2006, Melaka.

Melaka: Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Perbadanan Muzium Melaka

(PERZIM). Ms.1-16.

Warisan Terengganu, 2009. Selamatkan Warisan Trengganu. Diperoleh pada April 05, 2013

daripada http://warisantrengganu.wordpress.com/2009/07/23/kepentingan

pemuliharaan bangunan-warisan/

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 54

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

LAMPIRAN

i. Risalah

Ianya boleh di dapati di stesen keretapi Ipoh atau di mana-mana hotel yang terdapat di

sekitar Ipoh.

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 55

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 56

REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN DI BANDAR IPOH

HNG 3023 PERBANDARAN DI MALAYSIA Page 57