Reka Bentuk Kaedah Eksperimen

12
REKA BENTUK KAEDAH EKSPERIMEN

Transcript of Reka Bentuk Kaedah Eksperimen

REKA BENTUK KAEDAH EKSPERIMEN

REKA BENTUK PEMBOLEH UBAH TUNGGAL REKA BENTUK FAKTOR

PEMBOLEH UBAH TUNGGAL

Rancangan PraEksperimental

Rancangan Eksperimen Tulen

Rancangan Eksperimen Kuasi

REKA BENTUK PRAEKSPERIMEN Reka bentuk ini dinamakan praeksperimen kerana pemboleh ubah luaran tidak dikawal atau kawalan yang ada hanya pada tahap minimum. Reka bentuk ini mempunyai masalah serius dari segi kesahan dalaman (Campbell & Stanley, 1966) Jenis jenis reka bentuk praeksperimen : Reka bentuk kajian sekaligus

REKA BENTUK KAJIAN SEKALI GUSX O Di mana X = Rawatan 0 = Dapatan (Pemboleh ubah bersandar)

Hanya satu kumpulan diberi rawatan dan pemboleh ubah bersandar diperhati (diukur) untuk menilai kesan rawatan. Reka bentuk tidak mantap kerana tiada penglibatan kumpulan kawalan. Penyelidik tidak dapat menentukan sama ada dapatan (O) adalah disebabkan rawatan.

REKA BENTUK KUASI EKSPERIMENTAL Pengagihan rawak tidak dapat digunakan dalam proses pemilihan responden untuk pemilihan. Penyelidik perlu sedar ancaman terhadap kesahan dalaman dan luaran kerana reka bentuk ini tidak dapat memberi kawalan yang penuh. Penyelidik yang menggunakan keadah ini lazimnya menggunakan teknik lain untuk mengurangkan ancaman kepada kesahan dalaman. Reka bentuk ini terdiri daripada: Reka bentuk kawalan tidak setara Reka betnuk Siri Masa Satu Kumpulan Reka bentuk Pengimbas Balas (Counterbalanced Design)

Reka bentuk kumpulan kawalan tidak setara Membabitkan pengagihan kumpulan kepada rawatan secara rawak. Penyelidik mencari pasangan subjek dalam kumpulan rawatan dan kawalan dari segi beberapa pemboleh ubah, tetapi tidak diketahui sama ada subjek tersebut mempunyai persamaan dari segi ciri lain. Walaupun berpasangan, subjek dikekalkan dalam kumpulan sedia ada. Hal ini walaupun merupakan satu limitasi yang agak serius tidak dapat dielakkan apabila pemilihan secara rawak mustahil untuk dilakukan (kumpulan sedia ada mesti digunakan).

Kumpulan rawatan Kumpulan kawalan

0 X1 0 0 X2 0

Selepas pemilihan kumpulan secara rawak untuk rawatan yang berbeza, individu dalam kumpulan yang menerima rawatan dipasangkan dengan individu kumpulan lain yang mempunyai rawatan berbeza.

Reka bentuk siri satu masa kumpulan0 0 0 0 X 0 0 0 0 Melibatkan penilaian (pemerhatian atau pengukuran) dan rawatan. Diikuti penilaian selanjutnya. Tujuan adalah untuk mengenal pasti kesan pemboleh ubah yang diperkenalkan hanya selepas beberapa pemerhatian dibuat. Hanya satu kumpulan terbabit. Kumpulan berkenaan akan mengambil praujian berulang kali sehingga skor praujian stabil sebelum rawatan diberi. Selepas rawatan, kumpulan tersebut akan mengambil pascaujian berulang kali sehingga skor pascaujian stabil. Seterusnya, dengan membandingkan skor sebelum dan selepas rawatan diberi, penyelidik dapat mentaksir kesan rawatan terhadap pencapaian kumpulan.

Reka bentuk pengimbas balasKumpulan 1: Kumpulan 2: Kumpulan 3: X1 0 X2 0 X3 0 X2 0 X3 0 X1 0 X3 0 X1 0 X2 0

Setiap kumpulan didedahkan kepada semua rawatan, tetapi dalam urutan yang berbeza. Urutan rawatan ditentukan secara rawak dan purata prestasi setiap kumpulan untuk setiap rawatan dikira dan dibandingkan untuk menentukan keberkesanan rawatan.

REKA BENTUK FAKTOR Melibatkan dua atau lebih pemboleh ubah tak bersandar dan sekurang-kurangnya salah satu pemboleh ubah dimanipulasi Reka bentuk faktor menambah amaun perkaitan yang dapat diselidik dalam penyelidikan eksperimen. Membenarkan penyelidikan terhadap interaksi satu pemboleh ubah bebas dengan satu atau lebih pemboleh ubah yang digelar pemboleh ubah moderator

Rawatan Rawatan Rawatan Rawatan

R R R R

O O O O

X C X C

Y1 Y1 Y2 Y2

O O O O

Reka bentuk ini merupakan modifikasi reka bentuk kumpulan kawalan praujian- pasca ujian,