REKA CIPTA ALAT “STEP UP” BERELEKTRONIK BAGI UJIAN ... · orang yang melibatkan dalam latihan...

27
REKA CIPTA ALAT “STEP UP” BERELEKTRONIK BAGI UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN (UKJK) UNTUK MENGUJI DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR TAI CHU PING UNIVERSITI TEKNOLOGI MALYSIA

Transcript of REKA CIPTA ALAT “STEP UP” BERELEKTRONIK BAGI UJIAN ... · orang yang melibatkan dalam latihan...

Page 1: REKA CIPTA ALAT “STEP UP” BERELEKTRONIK BAGI UJIAN ... · orang yang melibatkan dalam latihan step up dangan menggunakan tangga yang alat ... collected was analysis using the

REKA CIPTA ALAT “STEP UP” BERELEKTRONIK BAGI UJIAN

KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN (UKJK) UNTUK MENGUJI DAYA

TAHAN KARDIOVASKULAR

TAI CHU PING

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALYSIA

Page 2: REKA CIPTA ALAT “STEP UP” BERELEKTRONIK BAGI UJIAN ... · orang yang melibatkan dalam latihan step up dangan menggunakan tangga yang alat ... collected was analysis using the

PSZ 19:16 (Pin. 1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL: REKA CIPTA ALAT STEP UP BERELEKTRONIK BAGIUJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN UNTUKMENGUJI DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR

SESI PENGAJIAN: 2003/2004

Saya TAI CHU PING

(HURUF BESAR)mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( )

SULIT Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________________ ________________________________(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap : 2H, LANE 5, P.M DR. ABDUL HAFIDZ BIN HAJI OMAR SELADAH ROAD, Nama Penyelia 96000 SIBU, SARAWAK.

Tarikh: 17 FEBRUARI. 2004 Tarikh: 17 FEBRUARI 2004

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perludikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

• Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secarapenyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atauLaporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: REKA CIPTA ALAT “STEP UP” BERELEKTRONIK BAGI UJIAN ... · orang yang melibatkan dalam latihan step up dangan menggunakan tangga yang alat ... collected was analysis using the

i

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)”

Tandatangan :___________________________

Nama Penyelia :_PM. DR. ABDUL HAFIDZ BIN HAJI OMAR

Tarikh : 5 MARCH 2004

Page 4: REKA CIPTA ALAT “STEP UP” BERELEKTRONIK BAGI UJIAN ... · orang yang melibatkan dalam latihan step up dangan menggunakan tangga yang alat ... collected was analysis using the

ii

REKACIPTA ALAT “STEP UP” BERELEKTRONIK BAGI UJIAN

KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN UNTUK MENGUJI DAYA TAHAN

KARDIOVASKULAR .

TAI CHU PING

Laporan projek ini dikemukaan

Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

5 MARCH 2004

Page 5: REKA CIPTA ALAT “STEP UP” BERELEKTRONIK BAGI UJIAN ... · orang yang melibatkan dalam latihan step up dangan menggunakan tangga yang alat ... collected was analysis using the

iii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tipa satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :__________________

Nama Penulis : TAI CHU PING

Tarikh : 5.03.2004

Page 6: REKA CIPTA ALAT “STEP UP” BERELEKTRONIK BAGI UJIAN ... · orang yang melibatkan dalam latihan step up dangan menggunakan tangga yang alat ... collected was analysis using the

iv

DEDIKASI

Kepada ibu bapaku yang disanjungi

(TAI SING CHEE & NGU MEE YUNG)

Serta

Ahli keluarga yang dikasihi yang memberi sokongan ke arah kejayaan ini

(LINDA TIONG MING MING, TAI CHU TIONG, TAI CHU TOH, TAI JOO

HUA, TAI CHU KEE, TAI CHU MING, TAI CHU LING, TAI CHU KIONG,

TAI CHU KOUK, TAI CHU LUNG)

dan rakan seperjuangan yang menyokong selama ini

Page 7: REKA CIPTA ALAT “STEP UP” BERELEKTRONIK BAGI UJIAN ... · orang yang melibatkan dalam latihan step up dangan menggunakan tangga yang alat ... collected was analysis using the

v

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada beberapa

pihak yang telah membantu dalam menyiapkan serta menyempurnakan projek sarjana

muda ini.

Terlebih dahulu penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan ribuan terima

kasih kepada penyelia projek, PM. DR. Abdul Hafidz Bin Haji Omar atas bimbingan

dan perbincangan yang diberikan dalam menjayakan projek ini.

Seterusnya penghargaan ditujukan kepada Encik Mazan Bin Aridin dari Fakulti

awam dengan membantu menyiapkan alat “Step Up”. Seterusnya saya juga

mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Arief Ruhullah Bin Abdul Haris dari

Fakulti Elektrik atas bantuan menyiapkan alat elektronik.

Tidak ketinggalan juga penghargaan ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan

di Universtiti Teknologi Malaysia atas sokongan dan teguran yang bernas dalam

menyempurnakan projek sarjana muda ini.

Page 8: REKA CIPTA ALAT “STEP UP” BERELEKTRONIK BAGI UJIAN ... · orang yang melibatkan dalam latihan step up dangan menggunakan tangga yang alat ... collected was analysis using the

vi

Abstrak

Kajian ini merupakan satu projek merekacipta Alat “Step Up” Berelektronik

untuk Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Alat “Step Up” Berelektronik

yang direka cipta oleh penyelidik digunakan untuk menguji daya tahan kardiovaskular

seseorang. Alat ini menggunakan teknologi elekronik sensor untuk mengesan tekanan.

Objektif utama kajian ini adalah melihat keberkesanan Alat “Step Up” Berelektronik

untuk menguji daya tahan kardiovaskular dalam UKJK. Selain daripada itu, penyelidik

juga mendapatkan persepsi pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains Sukan), Universiti Teknologi Malaysia terhadap alat ini. Namun begitu, sepuluh

orang yang melibatkan dalam latihan step up dangan menggunakan tangga yang alat

yang direka cipta. Data-data deskritif dikumpulkan menggunakan kaedah menjawab

borang soal selidik yang telah dijawab oleh 90 responden. Mereka terdiri daripada

pelajar Sains Sukan Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4. Sampel kajian adalah dipilih secara

rawak kelompok. Data yang dianalisis menggunakan perisian Mikrosoft Exel

berdasarkan kekerapan dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Alat “Step

Up” Berelektronik berkesan untuk menguji daya tahan kardiovaskular seseorang dalam

Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Alat yang direkacipta oleh penyelidik

juga mendapat sambutan yang baik daripada pelajar-pelajar Sains Sukan, Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru. Dalam kajian ini juga akan dibincangkan

tentang masalah-masalah yang dihadapi sepanjang penyelidikan ini dan cadangan

penyelidik turut dikemukakan bagi memperbaiki dan memantapkan lagi mutu hasil

penyelidikan pada masa akan datang.

Page 9: REKA CIPTA ALAT “STEP UP” BERELEKTRONIK BAGI UJIAN ... · orang yang melibatkan dalam latihan step up dangan menggunakan tangga yang alat ... collected was analysis using the

vii

Abstract

This research conducted to design Electronic Step up Equipment for the use of

National Physical Fitness Test (UKJK). The equipment designed by researcher was used

for individual cardiovascular test. Electronic device technology (sensor) was

implemented in this equipment to detect the pressure in step up. The main purpose of

this research was to determine the effectiveness of the Step Up Equipment in the

cardiovascular test for UKJK in addition, perception of undergraduate student of sport

science course UTM on this step up equipment were collected. Descriptive data was

collected and the instrument used questionnaire created by researcher. The samples of

this research were 90 undergraduate student from sport Science course. Ten samples also

do the step up test with the stair and the equipment that have been designed. Data

collected was analysis using the Microsoft Excel software to obtain frequency and

percentage. From the analysis, it can be concluded that the step up equipment designed

by researcher can to be used to carry out the cardiovascular test in the National Physical

Fitness Test (UKJK) effectively. The equipment obtained a good response from the

undergraduate students of Sport Science course, University Technology Malaysia,

Skudai, Johor. Problem faced by researcher during the process of design the Electronic

Step Up Equipment were discussed in this research. Recommendation further studies

were also suggested to improve and stabilize the future research.

Page 10: REKA CIPTA ALAT “STEP UP” BERELEKTRONIK BAGI UJIAN ... · orang yang melibatkan dalam latihan step up dangan menggunakan tangga yang alat ... collected was analysis using the

viii

KANDUNGAN

SENARAI PERKARA MUKASURAT

Pengesahan Penyelia i

Judul ii

Pengakuan iii

Dedikasi iv

Penghargaan v

Abstrak vi

Abstract vii

Kandungan viii

Senarai Jadual xiv

Senarai Rajah xvi

Senarai Lampiran xvii

Page 11: REKA CIPTA ALAT “STEP UP” BERELEKTRONIK BAGI UJIAN ... · orang yang melibatkan dalam latihan step up dangan menggunakan tangga yang alat ... collected was analysis using the

ix

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang masalah 5

1.3 Pernyata Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Skop Kajian 10

1.7 Kepentingan Kajian 10

1.8 Limitasi Kajian 11

1.9 Definisi Istilah 11

1.9.1 “Step Up Test” 11

1.9.2 Daya Tahan 12

1.9.3 Daya Tahan Kardiovaskular 12

1.9.8 Peningkatan 12

1.8.9 Kecergasan Fizikal 12

1.9.10 Keberkesanan 13

1.9.11 Kuasa 13

1.9.12 Kecergasan Kardiovaskular 13

1.9.13 Ujian Kecergasan Fizikal 13

1.9.14 Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan 13

1.10 Penutup 14

Page 12: REKA CIPTA ALAT “STEP UP” BERELEKTRONIK BAGI UJIAN ... · orang yang melibatkan dalam latihan step up dangan menggunakan tangga yang alat ... collected was analysis using the

x

BAB II SOROTAN KAJIAN 15

2.1 Pengenalan 15

2.2 Teori Rekacipta 15

2.3 Kajian Mengenai Daya Tahan Kardiovaskular 17

2.4 Kaedah Rekacipta 22

2.5 Penutup 23

BAB III METODOLOGI KAJIAN 24

3.1 Pengenalan 24

3.2 Rekabentuk Kajian 25

3.3 Subjek Kajian 25

3.4 Tempat Kajian 26

3.5 Intrumen Kajian 27

3.5.1 Kemudahan dan Pealatan 27

3.5.1.1 Borang soal selidik 27

3.5.1.2 Pen atau Pensel 27

3.6 Prosedur Kajian 28

3.7 Prosedur Mejalankan Latihan 28

3.8 Kaedah Pengumpulan 30

3.9 Kaedah Penganalisis Data 30

3.10 Penutup 30

Page 13: REKA CIPTA ALAT “STEP UP” BERELEKTRONIK BAGI UJIAN ... · orang yang melibatkan dalam latihan step up dangan menggunakan tangga yang alat ... collected was analysis using the

xi

BAB IV PENGANALISAAN DATA 31

4.1 Pengenalan 31

4.2 Analisis Data 32

4.2.1 Keputusan Ujian “Step Up” Dengan

Menggunakan Tangga Dan Alat “Step

Up” Berelektronik

4.2.2 Persepsi responden 34

Latar Belakang Responden 34

4.2.1.1 Jantina 34

4.2.1.2 Umur 35

4.2.1.3 Bangsa 36

4.2.1.4 Bidang Sukan Yang Diminati 37

4.2.1.5 Kekerapan menggunakan alat

Gym dalam Makmal Sain Sukan

Dalam seminggu 38

4.2.2 persepsi Terhadap Alat “Step Up

Berelektronik 39

4.2.2.1 Tahap kesukaan responden

terhadap alat “Step Up”

Berelektronik 39

4.2.2.2 Kesesuai Alat “Step Up”

Berelektronik kepada latihan

Responden 40

4.2.2.3 Alat “Step Up” berelektronik

membantu responden untuk

meningkatkan kekuatan

otot kaki. 41

4.2.2.4 Alat “Step Up” Berelektronik

selamat digunakan oleh

responden 42

Page 14: REKA CIPTA ALAT “STEP UP” BERELEKTRONIK BAGI UJIAN ... · orang yang melibatkan dalam latihan step up dangan menggunakan tangga yang alat ... collected was analysis using the

xii

4.2.2.5 Kesesuaian Penggunaan Alat

“Step Up” Berelektronik di

peringkat sekolah. 43

4.2.2.6 kesesuaian Alat “Step Up”

Berelektronik dalam

perancangan UKJK atau

dalam kelas pendidikan

Jasmani 44

4.2.2.7 Alat “Step Up” Berelektronik

membantu responden

meningkatkan daya tahan

kardiovaskular. 45

4.2.2.8 Alat “Step Up” Berelektronik

mendapat sambutan baik

di sekolah. 46

4.2.2.9 Alat “Step Up” Berelektronik l

ebih baik daripada alat yang

sedia ada di sekolah. 47

4.2.2.10 Alat “Step Up” Berelektronik

memudahkan jurulatih atau

guru menjalani UKJK. 48

4.2.2.11 Alat “Step Up” yang direkacipta

adalah lebih canggih daripada

alat yang sebelum ini. 49

4.2.2.12 Alat “Step Up” Berelektronik

boleh meningkatkan prestasi

seseorang atlit 50

4.3 Penutup 50

Page 15: REKA CIPTA ALAT “STEP UP” BERELEKTRONIK BAGI UJIAN ... · orang yang melibatkan dalam latihan step up dangan menggunakan tangga yang alat ... collected was analysis using the

xiii

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN 51

5.1 Pengenalan 51

5.2 Perbincangan 52

5.2.1 Perbincangan Hasil Kajian Berkaitan

Dengan Keberkesanan Alat “Step Up”

Berelektronik Yang Telah Direkacipta

Untuk Menguji Daya Tahan Kardiovaskular 52

5.2.2 Perbincangan Hasil Kajian

Mengenai Pandangan Responden

Terhadap Alat Step Up Berelektronik

Yang Telah Direkacipta. 53

5.3 Masalah Yang Dihadapi 57

5.3.1 Masalah Alat “Step Up”

Yang Direkacipta 57

5.4 Cadangan 59

5.5.1 Peralatan Yang Lebih Canggih 59

5.5.2 Kumpulan Subjek 60

5.5.3 Bilangan Subjek 60

5.5.4 Kajian Akan Datang 60

6.0 Kesimpulan 61

BIBIOGRAFI 62

LAMPIRAN 65-77

Page 16: REKA CIPTA ALAT “STEP UP” BERELEKTRONIK BAGI UJIAN ... · orang yang melibatkan dalam latihan step up dangan menggunakan tangga yang alat ... collected was analysis using the

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Keputusan Ujian “Step Up” Dengan

Menggunakan Tangga Dan “Alat Step”

Up Berelektronik (Lelaki) 32

4.2 Keputusan Ujian “Step Up” Dengan

Menggunakan Tangga Dan Alat “Step

Up” Berelektronik (Perempuan) 32

4.3 Umur Responden 35

4.4 Tahap Kesukaan Responden Terhadap

Alat “Step Up” Berelektronik 39

4.5 Kesesuaian Alat “Step Up” Berelektronik

kepada latihan responden 40

4.6 Alat “Step Up” Berelektronik membantu

responden untuk meningkatkan

kekuatan otot. 41

4.7 Alat “Step Up” selamat digunakan oleh

Responden 42

4.8 Kesesuaian penggunaan Alat “Step Up”

Berelektronik di peringkat sekolah 43

4.9 Kesesuaian Alat “Step Up” Berelektronik

dalam perancangan UKJK atau dalam

kelas pendidikan jasmani. 44

Page 17: REKA CIPTA ALAT “STEP UP” BERELEKTRONIK BAGI UJIAN ... · orang yang melibatkan dalam latihan step up dangan menggunakan tangga yang alat ... collected was analysis using the

xv

4.10 Alat “Step Up” Berelektronik membantu

responden meningkatkan daya tahan

kardiovaskular. 45

4.11 Alat “Step Up” Berelektronik mendapat

sambutan baik di sekolah 46

4.12 Alat “Step Up” Berelektronik lebih baik

daripada alat yang sedia ada di sekolah 47

4.13 Alat “Step Up” Berelektronik memudahkan

jurulatih atau guru menjalani (UKJK) 48

4.14 Alat “Step Up” Berelektronik yang

direkacipta adalah lebih canggih daripada

alat yang sebelum ini. 49

4.15 Alat “Step Up” Berelektronik boleh

meningkatkan prestasi seseorang atlit. 50

Page 18: REKA CIPTA ALAT “STEP UP” BERELEKTRONIK BAGI UJIAN ... · orang yang melibatkan dalam latihan step up dangan menggunakan tangga yang alat ... collected was analysis using the

xvi

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.1 Jantina responden 30

4.3 Bangsa responden 32

4.4 Bidang sukan yang diceburi 33

4.5 Kekerapan responden menggunakan

peralatan “gym” dalam seminggu 34

Page 19: REKA CIPTA ALAT “STEP UP” BERELEKTRONIK BAGI UJIAN ... · orang yang melibatkan dalam latihan step up dangan menggunakan tangga yang alat ... collected was analysis using the

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Lakaran Alat “Step Up” Berelektronik 60

B Senarai Harga dan Kos Pembuatan 62

C Borang Ujian Individu 63

D Borang Soal selidik 64

E Gambar Alat Yang direka Cipta 67

F Gambar Pelajar Sains Suka Yang 69

mencuba Alat “Step Up” 70

G Nom Latihan “Step Up” 71

Page 20: REKA CIPTA ALAT “STEP UP” BERELEKTRONIK BAGI UJIAN ... · orang yang melibatkan dalam latihan step up dangan menggunakan tangga yang alat ... collected was analysis using the

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Sukan merupakan satu tabiat yang baik bagi semua lapisan masyarakat di dunia

ini. Sukan bukan sahaja boleh menyihatkan badan seseorang dan ia juga boleh

memajukan mengeratkan hubungan sesebuah negara. Negara-negara yang jarang

dikenali oleh kebanyakkan negara biasanya boleh diperkenalkan melalui sukan yang

mereka ceburi. Sukan Olimpik merupakan termasya sukan yang terbesar di dunia dan

sukan Olimpik sememangnya akan disertai oleh kebanyakkan negara di bumi ini dan ada

beberapa negara yang tidak menyertainya diatas sebab-sebab tertentu.

Sukan Olimpik sememangnya akan melahirkan jaguh-jaguh yang terhandal di

bumi. Perkara ini berlaku kerana adanya saingan yang wujud semasa sesuatu acara

bermula. Adakah kita berfikir kenapa jaguh-jaguh sukan olimpik kebanyakkan dikuasai

oleh masyarakat di negara-negara barat dan juga negara-negara Eropah? Jawapannya

muda sahaja, perkara ini berlaku kerana jaguh-jaguh barat dan Eropah ini telah

menerima latihan yang saintifik dan sistematik.

Latihan-latihan yang tersusun sememangnya berkaitrapat dengan peralatan yang

mereka gunakan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa peralatan sukan yang

digunakan oleh mereka adalah yang janggih jika dibandingkan di Asia. Peralatan yang

Page 21: REKA CIPTA ALAT “STEP UP” BERELEKTRONIK BAGI UJIAN ... · orang yang melibatkan dalam latihan step up dangan menggunakan tangga yang alat ... collected was analysis using the

2

mereka gunakan tidak kurangnya melibatkan sistem elektronik. Mereka menggunakan

peralatan sukan berelektronik dalam latihan bukan sahaja boleh meningkat taraf latihan

seseorang atlit malah juga boleh menjimatkan masa, tenaga, dan juga kewangan.

Mungkin banyak yang akan bertanya mengapa peralatan sukan berelektronik

boleh meningkatkan taraf seseorang alit. Jawapannya ialah dengan adanya peralatan

sukan berelektronik, atlit-atlit yang menjalani latihan tahu akan kelemahan mereka

sendiri tanpa disedarkan oleh jurulatih mereka. Sebagai contoh, latihan “step up” yang

biasa bagi alit untuk meningkatkan kardiovaskular dengan hanya membuat latihan

tersebut dalam keadaan yang betul dan tepat, apabila atlit tersebut tidak membuat

dengan betul maka kiraan yang dibuatnya secara automatik dibatalkan dan perlu dibuat

semula.

Mengapa peralatan sukan berelektronik boleh menjimat masa, tenaga dan

kewangan, ini kerana dengan adanya eletronik, jurulatih tidak perlu membuat kiraan

yang dibuat oleh atlit secara manual iaitu dengan kiraan mulut atau melalui kertas kerana

elektronik yang digunakan boleh mengiranya. Dengan ini, sememangnya atlit-atlit

Asian tidak dapat mengikut jejak mereka dengan hanya membeli peralatan sukan

berelektronik yang sudah ketingalan zaman dan tidak digunakan lagi di negara-negara

barat dan Eropah kerana merekan telah mencipta alat-alat yang lebih canggih dari

semasa ke semasa untuk meningkatkan mutu sukan mereka.

Alat “Step Up” Berelektronik yang direkacipta adalah untuk memudahkan

jurulatih dalam penyediaan latihan dan dengan alat yang direkacipta, jurulatih boleh

menjimatkan tenaga manusia, masa dan kewangan. Ini berlaku kerana alat yang

direkacipata ini dalam kadar kos yang lebih rendah jika dibandingkan dengan alat

elektronik yang direkacipta di luar negara. Dengan adanya Alat “Step Up”

Berelektronik yang direkacipta maka jurulatih boleh menggunakan masa yang lebih

untuk menyediakan latihan kecergasan yang lain. Alat yang direkacipta mempunyai

Page 22: REKA CIPTA ALAT “STEP UP” BERELEKTRONIK BAGI UJIAN ... · orang yang melibatkan dalam latihan step up dangan menggunakan tangga yang alat ... collected was analysis using the

3

kebaikan berkembal iaitu boleh meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan kekuatan

otot-otot kaki seseorang atlit dalam masa yang sama.

Malaysia sedang menuju ke arah kemajuan dalam apa jua bidang. Sukan

merupakan salah satu bidang yang sedang membangun dari semasa ke semasa. Banyak

jenis sukan yang telah membanggakan Malaysia tetapi ada juga sukan yang telah

mengecewakan Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa atlit-atlit Malaysia tidak

berjaya dalam sukan antarabangsa seperti Olimpik bukan disebabkan mereka lemah atau

tidak mahir dalam sukan tersebut tetapi sebab utama mereka ialah kurang dari segi

latihan yang saintifik dan sistematik. Latihan yang sistematik semestinya memerlukan

bantuan daripada peralatan sukan yang canggih yang telah dicipta dengan tujuan

meningkatkan mutu seseorang atlit.

Malaysia jarang menekan atlit-atlit berlatih dengan menggunakan peralatan

sukan berelektronik. Ini kerana peralatan-peralatan ini sunguuh mahal harganyanya dan

jarang ada jurulatih tahu mengendalikan peralatan yang canggih ini. Malaysia jarang

mempunyai bilik “gym” yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan hanya

mereka yang kaya sahaja boleh menjadi keahlian dan berniat untuk mengaut

keuntungan. Dengan kos keahlian yang mahal kebanyakkan atlit tidak mampu

melakukannya. Latihan biasa yang mereka lakukan hanya tergantung di padang bola

sepak ataupun dewan-dewan.

Atlit-atlit Malaysia berpeluang berlatih dalan bilik “gym” hanya pada peringkat

kesediaan pergi bertanding yang dikenali sebagai latihan pusat. Latihan yang dijalankan

juga tertumpu pada satu tempat sahaja iaitu di Majlis Sukan Negara. Denga Majlis

Sukan Negeri biasanya hanya boleh digunakan oleh atlit yang mewakili negeri masing-

masing, itu pun peralatan yang digunakan kurang lengkap dan kebanyakkan tiada

menggunakan sistem elektronik. Jadi Majlis Sukan Negara perlu menyelesaikan perkara

ini dengan menyelidik daripada negara-negara barat atau Eropah demi meningkatkan

mutu sukan negara.

Page 23: REKA CIPTA ALAT “STEP UP” BERELEKTRONIK BAGI UJIAN ... · orang yang melibatkan dalam latihan step up dangan menggunakan tangga yang alat ... collected was analysis using the

4

Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) merupakan satu ujian yang akan

menguji tahap kecergasan pelajar diperingkat sekolah-sekolah. Ujian ini boleh

dijalankan dalam bilik kecergasan mahupun di padang atau di dewan. Tujuan utama

ujian ini diadakan adalah untuk meningkatkan kecergasan fizikal pelajar-pelajar sekolah

dan juga untuk kesihatan pelajar di sekolah. Pada masa sekarang alat yang digunakan

untuk menjalani (UKJK).hanya secara manual dan tidak melibatkan peralatan elektronik

ini kerana pihak sekolah tidak berkemampuan untuk membeli peralatan yang canggih

dengan harganya yang mahal.

Selain daripada itu, Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) turut boleh

meningkatkan daya tahan kardiovaskular. Menurut Sheikh Kamaruddin dan Sarjit singh

(1987) menyatakan yang daya tahan kardiovaskular adalah komponen yang terpenting

dalam profil fisiologi manusia. Ia melibatkan daya tahan aerobik dan anaerobik.

Kecergasan kardiovakular bergantung kepada kombinasi kecekapan salu darah, jantung

dan paru-paru.

Menurut Hockey (1981) pula telah mendefinisikan daya tahan kardiovaskular

sebagai kebolehan untuk meneruskan atau melakukan aktiviti yang berat dengan

melibatkan kumpulan otot besar dalam jangka masa yang lama. Aktiviti yang berat

memerlukan keupayaan jantung dan paru-paru yang cekap kerana situasi seperti ini

memerlukan tenaga yang banyak dan hanya pengaliran darah yang kaya dengan oksigen

membolehkan otot-otot menjalankan aktiviti tersebut. Peningkatan kecergasan

kardovaskular boleh menurunkan kadar nadi rehat serta menjadikan jantung lebih sihat.

Hasil daripada ini, peredaran darah menjadi lebih cekap serta peningkatan kebolehan

paru-paru ke kapasiti penggunaannya yang optima diteruskan dan oksigen boleh

dikekalkan ke otot-otot untuk melambatkan keletihan dan kelesuan.

Page 24: REKA CIPTA ALAT “STEP UP” BERELEKTRONIK BAGI UJIAN ... · orang yang melibatkan dalam latihan step up dangan menggunakan tangga yang alat ... collected was analysis using the

5

1.1 Latar Belakang Masalah

Pada masa kini, Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) jarang

dijalankan di sekolah oleh kerana kekurangan guru yang opsyen dalam Pendidikan

Jasmani. Oleh itu, guru yang bukan opsyen Pendidikan Jasmani yang mengajar

Pendidikan Jasmani tentu tidak akan tahu kebaikan menjalani latihan kecergasan ini.

Selain itu, ada pula sesetengah guru yang malas mengendalikan latihan ini kepada

pelajar mereka kerana latihan ini akan memakan masa yang lama dan perlu

menyediakan banyak prosedur sebelum latihan diberikan.

Ada sesetengah sekolah pula hanya mementingkan dari segi akademik dan

mengabaikan kelas Pendidikan jasmani dengan menggantikan kelas Pendidikan Jasmani

dan Kesihatan kepada kelas matapelajaran yang lain untuk bertujuan meningkatkan

prestasi sekolah dari segi akademik apatah lagi Ujian Kecergasan jasmani Kebangsaan

(UKJK). Walaubagaimanapun ada juga sekolah yang dapat mengimbangkan kedua-

duanya sekali iaitu akademik dan sukan.

Tambahan pula, ada sebilangan ibu bapa dan guru-guru juga menganggapkan

bahawa mata pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan ini juga tidak penting.

Mereka juga berpendapat bahawa kelas Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan ini lebih

baik digantikan dengan mata pelajaran lain seperti mata pelajaran Sains atau Matematik.

Bagi mereka, mata pelajaran ini lebih penting dan lebih berguna untuk para pelajar jika

dibandingkan dengan kelas Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan.

Dalam pemikiran mereka, kelas Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan yang

diadakan di sekolah hanyalah untuk pelajar bermain sahaja dan mereka tidak

mempelajari apa-apa daripada kelas tersebut. Ini bermaksud mata pelajaran Pendidikan

Jasmani Dan Kesihatan tidak memberikan faedah kepada pelajar-pelajar.

Page 25: REKA CIPTA ALAT “STEP UP” BERELEKTRONIK BAGI UJIAN ... · orang yang melibatkan dalam latihan step up dangan menggunakan tangga yang alat ... collected was analysis using the

6

Sebenarnya kelas Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan yang diadakan di sekolah

memainkan peranan yang penting untuk perkembangan pelajar dan juga untuk kesihatan

pelajar. Kelas Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan bukanlah satu mata pelajaran yang

diadakan untuk pelajar bermain semata-mata. Mata pelajaran ini bukan sahaja dapat

menyumbangkan pengetahuan kepada pelajar-pelajar tentang pentingnya kesihatan

kepada diri mereka malah ia juga dapat membentuk sahsiah pelajar yang baik.

1.2 Pernyataan Masalah

Kekurangan peralatan untuk mengajar kelas Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

sememangnya menyusahkan guru yang mengajar mata pelajaran ini. Ini kerana guru

tidak dapat memberi pelajarnya bermain dengan sepenuhnya. Pelaiar-pelajar mungkin

perlu menunggu giliran mereka untuk bermain atau menggunakan sesuatu peralatan itu.

Oleh kerana para pelajar perlu menunggu giliran untuk bermain maka ini juga

merupakan salah satu faktor pelajar-pelajar menjadi kurang berminat untuk mengikuti

kelas Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan di sekolah

Selain itu, kebanyakan peralatan yang ada di sekolah juga telah lama dan

mungkin ada yang sudah rosak. Apabila sesuatu peralatan itu rosak atau telah lama

digunakan, maka berkemungkinan besar peralatan itu tidak lagi selamat untuk

digunakan. Peralatan itu mungkin akan menyebabkan kecederaan kepada pelajar.

Oleh kerana peralatan memainkan peranan yang amat penting dalam mata

pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan, maka mereka cipta sendiri atau membina

sendiri sesuatu peralatan itu adalah penting untuk menggantikan peralatan yang tidak

cukup atau menggantikan peralatan yang telah rosak. Kreativiti yang ada pada seseorang

guru itu adalah penting untuk dia mereka cipta peralatan yang boleh digunakan dalam

mata pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

Page 26: REKA CIPTA ALAT “STEP UP” BERELEKTRONIK BAGI UJIAN ... · orang yang melibatkan dalam latihan step up dangan menggunakan tangga yang alat ... collected was analysis using the

7

Pelajar-pelajar sebenarnya adalah aktif dan mereka juga suka bermain-main

selain daripada belajar di dalam bilik darjah. Mereka juga akan berasa letih dan penat

jika sentiasa belajar dan tidak bersenam. Otak para pelajar akan menjadi kurang aktif

jika mereka tidak mempunyai badan yang sihat. Secara tidak langsung, mereka juga

tidak boleh menumpukan perhatian yang sepenuhnya pada pelajaran mereka.

Sebenarnya pelajar-pelajar juga suka melakukan aktiviti-aktiviti kecergasan

apabila mereka berpeluang melakukannya. Mereka suka bermain dengan alat-alat

yang boleh memberikan mereka kepuasan setelah melakukannya. Alat-alat yang

boleh memberikan mereka kepuasan adalah seperti peralatan gym, bola dan

sebagainya.

Pada masa dahulu, latihan naik turun bangku (step up test) hanya dijalankan di

atas kerusi atau tangga di sekolah. Pada ketika itu, guru-guru atau jurulatih jarang

membuat ujian tersebut kerana memerlukan tenaga manusia untuk mengambilmasa dan

jumlah langkah yang dibuat oleh pelajar. Dengan itu, guru atau jurulatih juga tidak pasti

sama ada pelajar itu menjalankan ujian dengan betul atau tidak. Dalam keadaan yang

sukar ini, guru atau jurulatih memilih jalan pendek iaitu tidak perlu mengendalikan

latian ini dengan menjimatkan masa untuk menbuat latihan-latihan yang lebih

memudahkankan. Oleh yang demikian memang tidak dapat dinafikan bahawa latihan

naik turun tangga (step up test) jarang dilakukan di sekolah.

Selain daripada itu, banyak sekolah yang tidak mampu untuk membeli peralatan

elektronik yang memerlukan peruntukan yang banyak. Peralatan yang mahal hanya

digunakan sekali sekala di sekolah. Oleh sebab itu, pihak sekolah beranggapan

peralatan yang mahal tidak diperlukan di sekolah dan peruntukan yang diberi oleh

kementerian hanya digunakan di bidang akademik.

Page 27: REKA CIPTA ALAT “STEP UP” BERELEKTRONIK BAGI UJIAN ... · orang yang melibatkan dalam latihan step up dangan menggunakan tangga yang alat ... collected was analysis using the

8

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah seperti yang berikut.

1. Melihat keberkesanan alat ciptaan untuk menguji daya tahan

kardiovaskular.

2. Mendapat persepsi mengenai alat yang direkacipta daripada pelajar Sains

Sukan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

1.5 Persoalan Kajian

Adalah diharapkan melalui kajian ini, persoalan-persoalan berikut akan terjawab:

1. Sejauhmanakah keberkesanan alat ciptaan untuk menguji daya tahan

kardiovaskular?

2. Adakah pelajar Sains Sukan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,

Johor menyukai alat yang direkacipta?