Rekod anekdot

3
Rekod anekdot Rekod anekdot adalah penulisan yang ringkas, tepat dan padat mengenai peristiwa dan perubahan yang signifikan yang berlaku pada seseorang murid. Guru boleh menerangkan peristiwa tingkah laku atau insiden dengan perkataan atau gambar.Oleh itu, guru perlu sediakan buku kecil atau helaian kertas yang diletakkan ditempat yang mudah dicapai. Maklumat yang perlu ada dalam rekod anekdot adalah nama kanak-kanak, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku. Ulasan guru dan tindakan guru. Guru dapat mengambil tindakan susulan yang sesuai bagi membantu murid itu. Kegunaan rekod anekdot: Bagi merekod tingkah laku kanak-kanak yang khusus bagi tujuan perancangan aktiviti individu dan bagi kes konferensi. Kebaikan rekod anekdot: • Pemerhati tidak memerlukan sebarang latihan bagi membuat rekod ini.• Pemerhatian ini terbuka(tiada penutup. Pemerhati mencatatkan apa sahaja yang beliau dapat saksikan dan t idak terhad kepada sejenis tingkah laku ataupun catatan.• Pemerhati boleh mencatat apa sahaja kejadian yang tidak diduga tidak kira dimana ia berlaku kerana pemerhati hanya perlu mencatatkannya kemudian.• Pemerhati hanya perlu mencatat tingkah laku yang diperlukan sahaja dan melupakan perkara atau tingkah laku lain Keburukan rekod anekdot: • Rekod ini tidak memberi gambaran yang lengkap kerana ia hanya merekodkankejadian yang diperlukan oleh pemerhati sahaja.• Ketetapan rekod ini sangat bergantung pada ingatan pemerhati kerana rekod inidibuat selepas kejadian itu berlaku. Selalunya catatan atau rekod adalah kurangmendalam.• Kejadian mungkin berlaku diluar konteks dan ini menyebabkan interpretasi kurangtepat ataupun digunakan secara berat sebelah.• Sukar direkod atau dianalisis dan tidak sesuai digunakan dalam kajian saintifik Model ‘top-down’ Model ini merujuk kepada pandangan oleh Goodman (1967) yang menyatakan pembaca membawa bersama mereka pengetahuan, jangkaan, andaian dan soalan pada teks dan memberikan pemahaman yang asas berhubung dengan perbendaharaan kata. Mereka membaca sehinggalah jangkaannya diperakukan. Model ini mencadangkan pemprosesan teks bermula dalam minda pembaca. Menurut perspektif ini, pembaca mengenal pasti huruf dan perkataan hanya bagi memastikan andaian yang dibuat ke atas isi kandungan teks itu wujud. Pengkaji bersetuju pemahaman adalah asas bagi kemahiran mengekodkan grafikyang terdapat dalam teks. Makna dibawa ke dalam teks dan bukannya berpunca daripada cetakan teks itu. Model ini menghuraikan beberapa perkara

Transcript of Rekod anekdot

Page 1: Rekod anekdot

Rekod anekdotRekod anekdot adalah penulisan yang ringkas, tepat dan padat mengenai peristiwa dan perubahan yang signifikan yang berlaku pada seseorang murid. Guru boleh menerangkan peristiwa tingkah laku atau insiden dengan perkataan atau gambar.Oleh itu, guru perlu sediakan buku kecil atau helaian kertas yang diletakkan ditempat yang mudah dicapai. Maklumat yang perlu ada dalam rekod anekdot adalah nama kanak-kanak, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku. Ulasan guru dan tindakan guru. Guru dapat mengambil tindakan susulan yang sesuai bagi membantu murid itu.

Kegunaan rekod anekdot:Bagi merekod tingkah laku kanak-kanak yang khusus bagi tujuan perancangan aktiviti individu dan bagi kes konferensi.

Kebaikan rekod anekdot:• Pemerhati tidak memerlukan sebarang latihan bagi membuat rekod ini.• Pemerhatian ini terbuka(tiada penutup. Pemerhati mencatatkan apa sahaja yang beliau dapat saksikan dan t idak terhad kepada sejenis tingkah laku ataupun catatan.• Pemerhati boleh mencatat apa sahaja kejadian yang tidak diduga tidak kira dimana ia berlaku kerana pemerhati hanya perlu mencatatkannya kemudian.• Pemerhati hanya perlu mencatat tingkah laku yang diperlukan sahaja dan melupakan perkara atau tingkah laku lain

Keburukan rekod anekdot:• Rekod ini tidak memberi gambaran yang lengkap kerana ia hanya merekodkankejadian yang diperlukan oleh pemerhati sahaja.• Ketetapan rekod ini sangat bergantung pada ingatan pemerhati kerana rekod inidibuat selepas kejadian itu berlaku. Selalunya catatan atau rekod adalah kurangmendalam.• Kejadian mungkin berlaku diluar konteks dan ini menyebabkan interpretasi kurangtepat ataupun digunakan secara berat sebelah.• Sukar direkod atau dianalisis dan tidak sesuai digunakan dalam kajian saintifik

Model ‘top-down’Model ini merujuk kepada pandangan oleh Goodman (1967) yang menyatakan pembaca membawa bersama mereka pengetahuan, jangkaan, andaian dan soalan pada teks dan memberikan pemahaman yang asas berhubung dengan perbendaharaan kata. Mereka membaca sehinggalah jangkaannya diperakukan. Model ini mencadangkan pemprosesan teks bermula dalam minda pembaca. Menurut perspektif ini, pembaca mengenal pasti huruf dan perkataan hanya bagi memastikan andaian yang dibuat ke atas isi kandungan teks itu wujud.Pengkaji bersetuju pemahaman adalah asas bagi kemahiran mengekodkan grafikyang terdapat dalam teks. Makna dibawa ke dalam teks dan bukannya berpunca daripada cetakan teks itu. Model ini menghuraikan beberapa perkara penting sebagi panduan. Antaranya ialah :a) Model ini menegaskan perkara atau makna yang pembaca bawa pada teksyang dibaca.b) Menyatakan pembaca membaca teks dengan dipandu oleh makna.c) Timbul daripada aspek keseluruhan teks pada bahagian-bahagian yangakhirnya mewujudkan makna.d) Dikenali juga sebagai model ‘Dalam ke Luar’, ‘Berpandukan Konsep’atau ‘Keseluruhan ke Bahagian’.Frank Smith merumuskan terdapat beberapa ciri yang berkaitan dengan modelmembaca ini iaitu :a) Membaca bukan hanya mengekodkan bahasa tulisan pada bahasa lisanb) Membaca tidak melibatkan memproses setiap huruf dan setiap kata.c) Membaca adalah proses membawa makna dalam teks dan bukannyamengeluarkan makna daripada teks bacaan

Page 2: Rekod anekdot

Matlamat model membaca ini mementingkan pembinaan makna bagi memberikan tindak balas daripada teks. Ini memerlukan penggunaan pembacaan secara interaktif dengan menggunakan grafemik, sintaksis dan isyarat semantik bagi membina makna.Selain daripada itu, model ini menganjurkan aktiviti membaca bersifat interaktif iaitu seseorang yang menggunakan teks yang dicetak sebagai input dan makna sebagai hasil. Di samping itu, pembaca juga menetapkan input semasa berinteraksi dengan teks

Jenis Pemerhatian Dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai/diperhati , iaitu:-

Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran (interpretation) dan tanggapan(judgement) Memerhati apa yang telah dirancang secara “open ended” Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang

Strategi Pelaksanaan

Pemerhatian boleh dilaksanakan dengan menggunakan strategi dan cara serta kriteria tertentu. Antaranya ialah

dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan yang dirancang menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi

aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran dilaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif pemerhatian tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian dijalankan jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan

Fungsi 

1. Penilaian melalui pemerhatian : digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan individu/kumpulan dalam sesuatu

proses pembelajaran dibuat oleh pelajar (individu /kumpulan) untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan

sebaya dalam sesuatu pembelajaran dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek

2. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/pelajar merancang tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya seperti

menjalankan aktiviti pemulihan/pengukuhan meningkatkan motivasi pelajar mengatur aktiviti pengayaan dan penyuburan diri yang sesuai dengan minat dan keupayaan

serta prestasi pelajar 

3. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru membuat refleksi terhadap keberkesanan peranannya sebagai penyampai maklumat, pemudahcara, pendidik dan mentor.

 4. Pemerhatian yang terancang membantu guru :

Mengetahui sejauh manakah minat pelajar terhadap pelajaran dan apakah yang mendorong/menolak minat tersebut

Mengesan sama ada strategi pengajaran guru memberi kesan yang positif Mengesan kemampuan atau tahap pemikiran pelajar Mengesan tahap penguasaan bahasa pelajar Menyimpan rekod yang sistematik untuk rujukan dan perancangan Mendapatkan petunjuk untuk mengesan sikap pelajar terhadap pelajaran , rakan

sebaya dan terhadap diri sendiri