Remaja Berwawasan

1
Remaja Berwawasan Dewasa kini, Malaysia semakin bergerak maju seiring peredaran global. Namun, malangnya, aset utama negara iaitu remaja, kian musnah dek kerana dadah durjana. Sugguhpun begitu, Malaysia masih mempunyai permata berkualiti untuk dijadikan idola contohnya, para peserta Imam Muda yang sangat berkaliber dari segi semua aspek. Antara ciri remaja berwawasan ialah cinta dan sayang akan ilmu pengetahuan. Remaja yang bermatlamat sangat mementingkan ilmu kerana akan kepentingan ilmu dalam kehidupan seharian. Selain itu, darjat seseorang yang berilmu sangat tinggi di sisi Maha Pencipta, malah dengan ilmulah Islam dapat dikembangkan dan terbentuknya tamadun. Golongan remaja cemerlang ini juga berpendapat bahawa dengan memiliki pendidikkan yang tinggi, masa depan dapat diubah. Di samping itu, untuk mengesan identiti remaja berwawasan, kita dapat lihat, mereka sangat berdisiplin dan menepati masa sesuai dengan kata pujangga, masa itu emas. Mereka tidak leka dengan perkara yang sia-sia seperti merokok, melepak dan merempit. Bagi mereka, masa itu ibarat pedang yang sangat tajam dan sentiasa mengejar kita dari belakang, jika kita alpa, pedang itu akan menikam diri sendiri. Perumpamaan syurga terletak di telapak kaki ibu sudah cukup menggambarkan betapa agungnya kasih sayang daripada ibu bapa. Tidak terkecuali, guru yang mencurahkan pelbagai jenis ilmu turut memberi impak besar. Remaja terpuji tidak akan sesekali melupakan jasa insan-insan mulia yang telah banyak mengasuh, mendidik dan memberi tunjuk ajar dalam menempuh onak duri kehidupan. Akhir sekali, patuh pada ajaran agama merupakan ciri remaja berwawasan yang sangat dititikberatkan. Remaja berjaya adalah remaja yang sentiasa berakhlak mulia dan disenangi oleh segenap lapisan masyarakat. Mereka sentiasa mentaati perintah Tuhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Tambahan pula, menjadikan Rasullulah s.a.w sebagai ikon dan mempraktikkan sunahnya akan dapat melahirkan remaja berintegriti tinggi. Kesimpulannya, remaja berwawasan merupakan tunjang utama kejayaan negara dan pemimpin masa akan datang. Oleh itu, sama-samalah kita sebagai golongan remaja berusaha menyemai ciri-ciri remaja berwawasan untuk mengharumkan nama keluarga, masyarakat, agama dan negara.

Transcript of Remaja Berwawasan

Remaja Berwawasan

Dewasa kini, Malaysia semakin bergerak maju seiring peredaran global. Namun, malangnya, aset utama negara iaitu remaja, kian musnah dek kerana dadah durjana. Sugguhpun begitu, Malaysia masih mempunyai permata berkualiti untuk dijadikan idola contohnya, para peserta Imam Muda yang sangat berkaliber dari segi semua aspek.

Antara ciri remaja berwawasan ialah cinta dan sayang akan ilmu pengetahuan. Remaja yang bermatlamat sangat mementingkan ilmu kerana akan kepentingan ilmu dalam kehidupan seharian. Selain itu, darjat seseorang yang berilmu sangat tinggi di sisi Maha Pencipta, malah dengan ilmulah Islam dapat dikembangkan dan terbentuknya tamadun. Golongan remaja cemerlang ini juga berpendapat bahawa dengan memiliki pendidikkan yang tinggi, masa depan dapat diubah.

Di samping itu, untuk mengesan identiti remaja berwawasan, kita dapat lihat, mereka sangat berdisiplin dan menepati masa sesuai dengan kata pujangga, masa itu emas. Mereka tidak leka dengan perkara yang sia-sia seperti merokok, melepak dan merempit. Bagi mereka, masa itu ibarat pedang yang sangat tajam dan sentiasa mengejar kita dari belakang, jika kita alpa, pedang itu akan menikam diri sendiri.

Perumpamaan syurga terletak di telapak kaki ibu sudah cukup menggambarkan betapa agungnya kasih sayang daripada ibu bapa. Tidak terkecuali, guru yang mencurahkan pelbagai jenis ilmu turut memberi impak besar. Remaja terpuji tidak akan sesekali melupakan jasa insan-insan mulia yang telah banyak mengasuh, mendidik dan memberi tunjuk ajar dalam menempuh onak duri kehidupan.

Akhir sekali, patuh pada ajaran agama merupakan ciri remaja berwawasan yang sangat dititikberatkan. Remaja berjaya adalah remaja yang sentiasa berakhlak mulia dan disenangi oleh segenap lapisan masyarakat. Mereka sentiasa mentaati perintah Tuhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Tambahan pula, menjadikan Rasullulah s.a.w sebagai ikon dan mempraktikkan sunahnya akan dapat melahirkan remaja berintegriti tinggi.

Kesimpulannya, remaja berwawasan merupakan tunjang utama kejayaan negara dan pemimpin masa akan datang. Oleh itu, sama-samalah kita sebagai golongan remaja berusaha menyemai ciri-ciri remaja berwawasan untuk mengharumkan nama keluarga, masyarakat, agama dan negara.