RENANG.docx

8
RENANG 1.0 PENGENALAN Setiap orang harus belajar berenang, tidak kira apa jua lingkungan umurnya. Kanak-kanak seharusnya didedahkan pada air sejak awal lagi supaya mereka merasa seronok dan mempunyai keyakinan berada didalam air sebelum mencapai usia persekolahan. Renang merupakan satu acara sukan yang boleh disertai oleh setiap peringkat umur dan kebolehan dan melaui aktiviti renang seseorang dapat melakukan senaman yang amat berguna lagi menyeronokan. Adalah penting bagi seseorang cekap berenang untuk menikmati lain-lain aktiviti sukan yang menyeronokan. Di sekolah, acara renang merupakan sebahagian daripada kurikulum Kebangsaaan yang penting bagi Pendidikan Jasmani, terutamanya bagi kanak-kanak yang mencapai umur 11 tahun. Sebaik sahaja mereka meninggalkan sekolah rendah kanak-kanak itu seharusnya boleh berenang sekurang- kurangnya 25 m dan mampu memperlihatkan kefahaman mengenai keselamatan dalam air. 2.0 SEJARAH RINGKAS DUNIA RENANG Setelah manusia mengenal isi dunianya serta alam persekitarannya, kita manusia dapat belajar dengan banyaknya tentang erti kata kehidupan di dalam dunia ini. Juga, setelah kita mencerap pelbagai gelagat sang haiwan seperti monyet, tupai, ikan, buaya, itik, katak dan burung yang hidup di muka bumi ini, maka timbullah keinginan untuk kita meniru gelagat-gelagat haiwan itu. Di antara pelbagai gelagat haiwan itu ialah bergayut, melompat, berenang dan terbang. Justeru itu, manusia akan mencari helah atau daya usaha untuk mencubanya seperti mana ikan berenang di dalam air dan juga seperti mana burung terbang di ruang udara. Pengkaji sejarah mendapat bukti bahawa manusia boleh berenang kira-kira 4,000 tahun yang lampau. Bukti-bukti itu terdapat dalam simbol hiroglif, seni arca purba orang Assyria, lagenda Yunani dan kitab Injil. Renang juga menjadi sebahagian daripada latihan tentera pada zaman dahulu terutama tentera Rom dan Yunani. Pada Zaman Kelam Eropah, sukan

Transcript of RENANG.docx

RENANG1.0 PENGENALAN Setiap orang harus belajar berenang, tidak kira apa jua lingkungan umurnya. Kanak-kanak seharusnya didedahkan pada air sejak awal lagi supaya mereka merasa seronok dan mempunyai keyakinan berada didalam air sebelum mencapai usia persekolahan. Renang merupakan satu acara sukan yang boleh disertai oleh setiap peringkat umur dan kebolehan dan melaui aktiviti renang seseorang dapat melakukan senaman yang amat berguna lagi menyeronokan. Adalah penting bagi seseorang cekap berenang untuk menikmati lain-lain aktiviti sukan yang menyeronokan. Di sekolah, acara renang merupakan sebahagian daripada kurikulum Kebangsaaan yang penting bagi Pendidikan Jasmani, terutamanya bagi kanak-kanak yang mencapai umur 11 tahun. Sebaik sahaja mereka meninggalkan sekolah rendah kanak-kanak itu seharusnya boleh berenang sekurang- kurangnya 25 m dan mampu memperlihatkan kefahaman mengenai keselamatan dalam air.

2.0 SEJARAH RINGKAS DUNIA RENANG Setelah manusia mengenal isi dunianya serta alam persekitarannya, kita manusia dapat belajar dengan banyaknya tentang erti kata kehidupan di dalam dunia ini. Juga, setelah kita mencerap pelbagai gelagat sang haiwan seperti monyet, tupai, ikan, buaya, itik, katak dan burung yang hidup di muka bumi ini, maka timbullah keinginan untuk kita meniru gelagat-gelagat haiwan itu. Di antara pelbagai gelagat haiwan itu ialah bergayut, melompat, berenang dan terbang. Justeru itu, manusia akan mencari helah atau daya usaha untuk mencubanya seperti mana ikan berenang di dalam air dan juga seperti mana burung terbang di ruang udara. Pengkaji sejarah mendapat bukti bahawa manusia boleh berenang kira-kira 4,000 tahun yang lampau. Bukti-bukti itu terdapat dalam simbol hiroglif, seni arca purba orang Assyria, lagenda Yunani dan kitab Injil. Renang juga menjadi sebahagian daripada latihan tentera pada zaman dahulu terutama tentera Rom dan Yunani. Pada Zaman Kelam Eropah, sukan air termasuk renang dihentikan kerana boleh dikatakan kebanyakan penyakit menular melalui air. Kolam renang pertama dibuka di Liverpool, England pada tahun 1828. London pula merupakan kota pertama memperkenalkan sukan renang untuk dipertandingkan. Pada tahun 1837,kota London mempunyai enam buah kolam renang. Pada zaman silam, sukan renang dihargai sebagai satu pertandingan untuk daya tahan dan bukan sebagai satu perlumbaan kecepatan (races against time). Cabaran pada zaman itu ialah untuk menguji kebolehan dan daya tahan diri dengan berenang mnyeberangi Selat Inggeris. Pada tahun 1875, Captain Matthew Webb dari Shropshire, England menjadi orang pertama berenang di Selat Inggeris. Beliau berenang dari Dover, Englang ke Calais,Perancis dalam jangka masa 21 jam 45 minit. Pada tahun 1956,rekodnya dipecahkan oleh seorang Mesir,bernama Hassan Abdul Rahim yang berenang menyeberangi Selat Inggeris dalam jangka masa 10 jam 50minit. Pada tahun 1844, dua orang asli Amerika Utara, bernama Flying Gull dan Tobacco dijemput untuk menyertai pertandingan renang di London. Mereka menggunakan gaya sendiri yang lebih kurang sama dengan gaya rangkak yang digunakan pada hari ini. Gaya renang Flying Gull dan Tobacco ini belum pernah digunakan oleh para perenang Eropah. Sebenarnya gaya renang mereka ini telah biasa digunakan oleh penduduk Amerika, Afrika Barat dan Kepulauan Pasifik sejak turun - temurun. Pada hari ini gaya renang itu disebut the crawl. Kemudian dari itu, perenang Frederick Cavill telah memperkenalkan renang gaya rangkak ini dari kota London ke benua Australia. Cavill memperbaiki gaya ini dan menamakannya the Australian Crawl. Pada 1902, anak Cavill, Richard pula menggunakan gaya the Australian Crawl ini untuk berenang 100 ela dalam jangka masa 58.6 saat. Seorang lagi anak Cavill, Sidney telah menunjuk ajar dan melatih para perenang di San Francisco, Amerika Syarikat dengan menggunakan teknik gaya ini. Salah seorang daripada anak didikannya, J. Scott Leary telah berjaya menjadi perenang pertama Amerika Utara yang melakukan renang 100 ela dalam jangka masa 60 saat. Gaya renang Cavill menjadi semakin popular. Seorang perenang bernama Charles Daniels memperbaiki lagi gaya Cavill ini. Dia menamakannya the American Crawl. Pada 1910, Charles Daniels, dengan menggunakan gaya the American Crawl berjaya mencipta rekod baru dengan berenang 100 ela dalam jangka masa 54.8 saat. Gaya rangkak juga digunakan oleh penghuni Pulau Hawaii. Duke Kahananoku dari Hawaii menggunakan gaya ini untuk memenangi acara renang 100 meter di Sukan Olimpik pada tahun 1912 dan 1920. Johnny Weismuller dari Amerika Syarikat yang berumur 21 tahun memenangi acara renang 100 meter dalam jangka masa 59 saat pada Sukan Olimpik 1924. Weismuller mencipta rekod baru dalam 67 acara renang sebelum dia bersara daripada renang pertandingan untuk menjadi bintang filem. Dia berlakon sebagai Tarzan di Hollywood. Pada 1986, hanya acara gaya bebas (free style) ditandingkan di Sukan Olimpik. Ini bermakna, para perenang dibenarkan menggunakan pelbagai gaya dan interpretasi untuk berenang. Pada tahun 1900, tiga acara renang ditetapkan, iaitu acara gaya kuak lentang (backstroke), acara gaya rangkak (the crawl) dan acara gaya kuak dada (breast-stroke). Pada tahun 1912, perenang wanita diberi peluang untuk bertanding dalam acara renang gaya bebas sahaja. Kini, berbagai-bagai acara renang termasuklah acara gaya bebas, acara gaya kuak lentang, acara gaya kuak dada, acara gaya kuak kupu-kupu, acara gaya medley individu, acara gaya medley berganti-ganti, acara gaya bebas berganti-ganti, acara junam dan acara renang segerak dipertandingkan dalam Sukan Olimpik dan juga sukan-sukan lain seperti Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEA dan SUKMA.

3.0 SUKAN RENANG DI MALAYSIA Pada awal abad dua puluh, ramai rakyat di Semenanjung Malaya menunjukkan minat dalam aktiviti-aktiviti sukan renang terancang (organised swimming activities). Oleh sebab minat rakyat terhadap renang terancang amat mendalam, maka beberapa buah kelab renang telah ditubuhkan tidak lama kemudian itu, dan di antaranya ialah Penang Swimming Club pada tahun 1903, Penang Chinese Swimming Club pada tahun 1928, European Swimming Club pada tahun-tahun 1930an di Ipoh, Taiping dan Kuala Lumpur dan juga Kinta Swimming Club di Ipoh pada1936. Kelab-kelab renang ini sangat aktif. Taraf sukan renang dinaikkan pada tahun 1931 dengan pengelolaan the Malayan Chinese Olympiad. Sukan ini diteruskan setiap tahun hingga 1937, dengan penyertaan kelab-kelab renang dari Pulau Pinang, Perak, Johor dan Melaka. Selepas Perang Dunia Kedua, minat sukan renang giat dipulihkan. Banyak pertandingan renang dikelolakan di antara kelab-kelab renang orang Asia dari Singapura, Pulau Pinang, Ipoh dan Kuala Lumpur. Pada tahun 1955, the Malayan Amateur Swimming Union ditubuhkan. Dengan pertubuhan persatuan ini, pertandingan antara kelab renang digantikan dengan pertandingan antara negeri. Pada tahun 1956, Malaya buat kali pertama menyertai Sukan Olimpik di Melbourne, Australia. Malaya menyertai dalam lima jenis acara sukan, iaitu olahraga, angkat berat, renang, menembak dan hoki. Pada masa ini, persatuan renang di Malaysia dinamai Amateur Swimming Union, Malaysia (ASUM). Kini ASUM adalah ahli gabungan badan renang dunia, Federation Internationale de Nation Amateur (FINA). Mulai tahun 1956, Malaya ikut serta dalam beberapa pertandingan renang antarabangsa, termasuk Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEAP/SEA dan Kejohanan Asia.

4.0 KESELAMATAN DI DALAM AIR Keselamatan di dalam air memupuk pemahaman tentang keselamatan semasa di dalam dan berhampiran dengan air. Ini merupakan salah satu aspek penting dalam acara renang di dalam Kurikulum Kebangsaan Britain, yang mana sebahagian daripadanya boleh diajar di rumah atau di kelas di luar persekitaran kolam renang. Latihan mengenai keselamatan boleh dimulakan sebelum lawatan pertama ke kolam renang sekiranya kanak-kanak itu tahu memahami prinsip-prinsip. Pendekatan mengenai perkara ini boleh dilakukan dengan meransang minat dan cabaran kepada kanak-kanak itu, memberi peluang kepada mereka untuk menggunakan imaginasi mereka ketika berada dalam situasi merbahaya.Prinsip-prinsip berkaitan keselamatan dalam air boleh diperkuat lagi pada bila-bila masa ketika kanak-kanak berada di sekitar perairan atau apabila program di televisyen memaparkan beberapa aktiviti akuatik. Peraturan keselamatan di dalam air : 1. Apabila bermain berdekatan kawasan air, sentiasa pastikan bahawa ada orang dewasa yang boleh berenang bersama anda. 2. Sekiranya menghadapi masalah di dalam air, bawa bertenang, pusingkan badan supaya anda berada dalam keadaan terlentang, dan jika ternampak seseorang, lambaikan tangan untuk menarik perhatian.Cara lain ialah dengan meletakkan tangan anda di dalam air. 3. Jangan berenang pada masa sejam selepas anda memakan makanan berat. 4. Sekiranya anda berasa kesejukan atau keletihan ketika berada di dalam air, segera keluar dari kolam.

KESELAMATAN DI KOLAM RENANG Beberapa peraturan perlu dipatuhi semasa berada di dalam kolam renang atau tempat-tempat lain.1. Pengguna perlu menunjukkan resit/surat kebenaran/kelulusan sebelum menggunakan kemudahan di kompleks sukan renang 2. Cagaran akan dikenakan sekiranya penyewaan / penggunaan untuk tujuan bagi mengadakan pertandingan / perlawanan, majlis / program atau penyewaan / penggunaan secara harian. 3. Semua pengguna diminta sentiasa menjaga kebersihan kawasan serta keselamatan peralatan yang digunakan. Sebarang kerosakan/kehilangan perlu diganti. 4. Orang ramai tidak dibenarkan masuk kecuali menggunakan tiket yang boleh dibeli di kolam renang5. Kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk dibenarkan masuk kecuali dengan syarat ada seorang penjaga 6. Semua pengguna dikehendaki meninggalkan kolam 15 minit sebelum ditutup. 7. Pengguna-pengguna lelaki dan wanita dikehendaki memakai pakaian mandi yang tidak turun warnanya atau "transparent" serta mengikut etika berpakaian di kolam renang 8. Pengguna-pengguna dilarang meludah ke dalam kolam8. Pengguna-penggunan dilarang berlari-lari, menolak atau mengganggu orang lain9. Orang ramai yang mengidap penyakit-penyakit berjangkit yang bahaya dan penyakit kulit adalah dilarang mandi di kolam renang 10. Pengguna-pengguna adalah dilarang membawa barang-barang bahaya dan yang boleh mengotorkan air kolam seperti makanan, botol-botol minuman, kotak-kotak, barang-barang tajam dan sebagainya 11. Orang ramai yang mengunjungi kolam renang tidak dibenarkan membawa barang makanan atau minuman ke dalam kawasan kolam renang 12. Pengguna-pengguna dikehendaki bertanggungjawab menjaga semua harta MPSP di kolam renang daripada dirosakkan atau disalah gunakan 13. Sebarang penjaja tidak dibenarkan di dalam kawasan kolam renang 14. Tiket-tiket yang telah dijual tidak boleh dikembalikan 15. Pengguna-pengguna dilarang membawa beg pakaian serta dilarang menyalin pakaian di dalam kawasan kolam renang 16. Pengguna-pengguna dilarang membawa masuk kamera, alat perakam video dan sebagainya yang boleh merakam gambar orang ramai17. Pengguna-pengguna dilarang merokok di dalam kawasan kolam renang 18. Pengguna-pengguna dilarang memakai kasut atau selipar di kawasan kolam renang 20. Setiap pengunjung yang menggunakan kolam renang perlu memakai topi renang untuk menggelakkan rambut gugur 19. Penguasa kolam boleh pada bila-bila masa yang difikirkannya perlu untuk menutup kolam renang daripada digunakan oleh pengguna-pengguna atau orang ramai, sekiranya ditutup maka wang tidak akan dikembalikan 20. Sebarang salah pengertian mengenai peraturan ini akan diputuskan oleh Yang Dipertua atau wakilnya dan keputusan-keputusan adalah muktamad 21. Pihak MPSP tidak akan bertanggungjawab atas keselamatan / kerosakan / kehilangan barang-barang pengguna 22. Sebarang sepanduk (banner) /poster/ papantanda tidak dibenarkan dipasangkan di mana-mana juga bahagian di kawasan stadium/kompleks sukan kecuali mendapat kebenaran daripada MPSP 23. Binatang-binatang peliharaan adalah dilarang untuk dibawa masuk ke dalam kawasan kolam renang 24. Tidak dibenarkan membakar apa-apa juga bahan di mana-mana juga bahagian di kawasan kolam renang MPSP 25. Penganjuran semua jenis aktiviti politik, perjudian dan aktiviti yang diharamkan oleh kerajaan adalah tidak dibenarkan. 26. MPSP tidak bertanggungjawab atas sebarang kemalangan / kecederaan /kehilangan yang berlaku ke atas mana-mana individu sepanjang tempoh penggunaan / penyewaan kompleks sukan. MPSP juga tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan / kehilangan mana-mana kenderaan yang letakkan di perkarangan meletak kenderaan 27. Penyewa hendaklah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dan syarat-syarat yang akan dikenakan dari semasa ke semasa oleh pegawai yang bertugas 28. Penyewa tidak dibenarkan menyewa semula (meminda hal penyewaan) kepada orang lain 29. Wang cagaran akan dikembalikan setelah MPSP mendapati semua syarat-syarat yang dikenakan samada secara bertulis atau lisan dipatuhi. Cagaran akan ditahan sekiranya berlaku kehilangan peralatan,kerosakan akibat penyewaan/penggunaan atau hal-hal kebersihan 30. MPSP berhak membatalkan tempahan pada bila-bila masa sahaja untuk kepentingan MPSP dan Kerajaan