Report Orientasi Form 1

6
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL RAHMAN JALAN BUKIT PANCHOR 14300 NIBONG TEBAL PULAU PINANG LAPORAN PENDAFTARAN DAN ORIENTASI PELAJAR BAHARU TINGKATAN PERALIHAN DAN TINGKATAN SATU SESI 2015 1.0 Agihan tugas Majlis Pendaftaran Pelajar Baru 1.1`Senarai nama agihan tugas telah dikeluarkan pada 07 November 2014 (lampiran A) 1.2 Majlis diadakan pada 15 Disember 2014 dan AJK terlibat diingatkan supaya hadir bertugas pada hari tersebut. 1.3Guru yang menghadapi masalah harus mencari pengganti bagi menjalankan tugas yang diamanahkan. 2.0 Persediaan Tempat 2.1 Para pengawas ditugaskan untuk membantu guru dalam penyusunan meja dan kerusi serta membersihkan lantai, mengelap meja dan kerusi pada 12 Disember 2014. a) Blok A : 5 buah bilik darjah (pendaftaran) b) Blok B : 2 buah bilik (pendaftaran) c) Kantin : rayuan dan pertukaran (pendaftaran) : taklimat disiplin pelajar baru (orientasi) d) Dewan terbuka : taklimat waris (orientasi)

description

contoh

Transcript of Report Orientasi Form 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL RAHMAN

JALAN BUKIT PANCHOR

14300 NIBONG TEBAL

PULAU PINANG

LAPORAN PENDAFTARAN DAN ORIENTASI PELAJAR BAHARU

TINGKATAN PERALIHAN DAN TINGKATAN SATU SESI 2015

1.0 Agihan tugas Majlis Pendaftaran Pelajar Baru

1.1`Senarai nama agihan tugas telah dikeluarkan pada 07 November 2014 (lampiran A)

1.2 Majlis diadakan pada 15 Disember 2014 dan AJK terlibat diingatkan supaya hadir bertugas pada hari tersebut.

1.3Guru yang menghadapi masalah harus mencari pengganti bagi menjalankan tugas yang diamanahkan.

2.0 Persediaan Tempat

2.1 Para pengawas ditugaskan untuk membantu guru dalam penyusunan meja dan kerusi serta membersihkan lantai, mengelap meja dan kerusi pada 12 Disember 2014.

a) Blok A : 5 buah bilik darjah (pendaftaran)b) Blok B : 2 buah bilik (pendaftaran)

c) Kantin : rayuan dan pertukaran (pendaftaran)

: taklimat disiplin pelajar baru (orientasi)

d) Dewan terbuka : taklimat waris (orientasi)

(Tindakan : Pn. Ng Lee Fong dan Pn. Puah Sok Cheng, PN. Noor Ratna,

En. Roslan Darus, pekerja kontrak dan pengusaha kantin)

3.0 Hari Pendaftaran Pelajar Baharu, 15 Disember 2015 (lampiran A)

3.1 7.45 pagi

Para pengawas ditempatkan di pintu pagar, dewan terbuka dan kantin sekolah untuk membantu dan menyelia kedatangan waris dan pelajar baru.

(Tindakan: En. Chandrakumar, En. Ng Kiah Hock dan En. Mazlan)3.2 8.00 pagi

Taklimat pendaftaran di kantin kepada waris dan pelajar mengenai pendaftaran.(Tindakan: En. Magisperan)

3.3 8.30 pagi

Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengah hari di bilik-bilik darjah yang telah ditetapkan. Sebarang permohonan pertukaran boleh dilakukan dengan mengisi borang RT1.(Tindakan: guru-guru yang bertugas)

3.4 12.30 tengah hari

Pendaftaran bermula jam 12.30 tengah hari bagi sesi petang dan tamat pada 4.30 petang di pejabat baru.(Tindakan: Pn. Ng Mooi Hong dan Pn. Nor Fariza)

4.0 Penghantaran Data Pendaftaran Pelajar Baharu sesi 2015

4.1 Semua data pendaftaran telah dimasukkan ke dalam komputer dan dieksport kepada JPN. Borang RT1 dikumpul dan dihantar ke PPD.(Tindakan: guru yang bertugas)

5.0 Pengagihan Kelas

5.1 Tugas pengagihan kelas dimulakan selepas tamatnya pendaftaran. Pengagihan kelas Tingkatan 1 dijalankan oleh Pn. Lum Kam Lai manakala Tingkatan Peralihan pula dijalankan oleh Cik Teoh Lee Huang. (Tindakan: Pn. Lum Kam Lai dan Cik Teoh Lee Huang)

6.0 Keputusan Rayuan

6.1 Keputusan rayuan tukar ke sekolah lain dalam daerah telah dijadualkan pada 24 Disember 2014. Waris boleh menyemak keputusan tersebut di sekolah yang telah ditempatkan.

7.0 Hari Orientasi Pelajar Baharu, 31 Disember 2014 (lampiran B)7.1 Taklimat ringkas telah diberikan kepada guru-guru yang bertugas di dewan terbuka.(Tindakan: En. Magisperan)

7.2 Taklimat dan sarana ibu bapa diberikan kepada ibu bapa/penjaga yang hadir di dewan terbuka bermula jam 9.30 pagi hingga 10.30 pagi di dewan terbuka.

(Tindakan: Pn. Norlelawati/En. Magisperan)

7.4Taklimat kepada pelajar baharu diberikan oleh En.Tan Eng Keong di kantin sekolah.(Tindakan: En.Tan Eng Keong)7.5Guru Tingkatan memanggil nama-nama pelajar dan membawa mereka masuk ke kelas masing-masing mengikut senarai nama yang telah disediakan. Pelajar-pelajar dikehendaki menyerahkan borang maklumat murid, salinan surat beranak, salinan bil, salinan kad pengenalan pelajar serta ibu dan bapa/penjaga dan menyerahkan 4 keping gambar berukuran passport.

(Tindakan: Semua guru tingkatan satu dan peralihan)

7.6Pendaftaran pelajar baharu masih diteruskan bagi pelajar yang belum mendaftar dan yang bertukar masuk.

(Pn.Lum Kam Lai dan Cik Teoh lee Huang)

8.0 Hari Pertama Persekolahan sesi 20158.1 Sesi persekolahan 2015 bermula pada 12 Januari 2015 berikutan penangguhan sesi persekolahan akibat bencana banjir.

8.2 Pendaftaran pelajar baharu masih diteruskan bagi pelajar yang belum mendaftar dan yang bertukar masuk ke sekolah ini melalui rayuan pertukaran dan pertukaran biasa.

8.3 Pelajar-pelajar yang telah ditempatkan, masuk ke kelas masing-masing selepas loceng berbunyi pada jam 1.10 petang. Suasana tenang dan lancar.

9.0 Bilangan pelajar Tingkatan Peralihan dan Tingkatan Satu SMK Tunku Abdul Rahman mengikut kelas sehingga Januari 2015. (lampiran C)

10.0 Senarai nama pelajar yang ditempatkan di SMK Tunku Abdul Rahman, memohon rayuan bertukar ke sekolah lain dan senarai nama pelajar yang berjaya bertukar ke sekolah lain. (lampiran D)11.0 Senarai nama pelajar baharu yang ditempatkan di SMK Tunku Abdul Rahman tetapi masih belum mendaftar. (lampiran E)

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

Disahkan oleh:

. ..

(PN. K MEGALA A/P

(EN. MAGISPERAN A/L (EN. TANG KENG HWA)

KUMARAVELOO)

MUTHIAH)

dan

(PN. NAZARATUL AZMA ROSLI) EMBED Photoshop.Image.6 \s

_1365969990.psd