Resdung Dan Rawatannya

download Resdung Dan Rawatannya

of 1

description

perawatan resdung

Transcript of Resdung Dan Rawatannya

RESDUNG DAN RAWATANNYAResdung atau sinusitis merupakan satu masalah yang sangat lazim di seluruh dunia. Jika kita membuat ujian untuk penyakit resdung pada 10 orang normal, ujian tersebut akan mendapati bahawa 8 dariapda 10 orang tersebut ada mengalami masalah sinusitis ringan yang tidak perlu akan apa-apa rawatan. Di Malaysia, dianggarkan bahawa antara 60 hingga 65 peratus rakyat negara ini mengalami masalah resdung. Walaubagaimanapun, daripada jumlah ini kurang daripada 50 peratus sahaja yang datang untuk mendapatkan rawatan dan ramai yang tidak mahu berjumpa doktor untuk pemeriksaan kerana menganggap gejala sinusitis yang mereka alami hanyalah sekadar selesema atau alahan yang biasa-biasa sahaja.Sebenarnya, penyakit resdung atau sinusitis adalah satu penyakit yang sukar untuk diatasi dan dihadapi oleh ramai orang termasuklah orang dewasa mahupun kanak-kanak. Menurut perubatan moden, resdung atau sinusitis merupakan keradangan yang berada di lapisan membran yang meliputi dinding ruang sinus. Ruang-ruang sinus pula merupakan beberapa ruang kosong yang berisi udara dan terletak di tengkorak di bahagian muka. Ruang tersebut turut diselaputi dengan mucus atau lendir dan mempunyai bukaan yang bersambung dengan kaviti (ruang) hidung. Dan punca berlakunya keradangan sinus selalunya adalah disebabkan oleh jangkitan kuman atau virus, alergik atau masalah system imun badan seseorang itu.Ruang sinus kita secara semulajadinya diselaputi oleh mukus (hingus) sebagai satu bentuk perlindungan supaya dapat memerangkap benda asing seperti debu daripada terus memasuki ruang tekak dan pernafasan kita. Maka, mukus yang terkumpul ini berada di dalam saluran hidung supaya ruang sinus tersebut sentiasa bersih. Apabila kita selesema atau mendapat serangan alahan, sinus akan mengalami keradangan dan mucus tidak mengalir keluar. Pengumpulan mukus ini menyebabkan hidung tersumbat dan boleh mengundang jangkitan bakteria.Pesakit resdung atau sinusitis juga akan menjadi lebih sensitif kepada bahan yang boleh menyebabkan alahan seperti habuk, bulu binatang, perubahan cuaca terutamanya cuaca sejuk, pencemaran alam sekitar dan jangkitan bakteria atau virus. Pengidap resdung biasanya akan selalu mengalami gejala selsema seperti masalah hidung tersumbat, rasa sakit pada pipi, sekitar mata dan kepala. Hal ini banyak berlaku terutamanya pada waktu pagi. Pesakit turut akan merasakan tekak mereka bagai dipenuhi dengan kahak dan nafas mereka akan menjadi berbau apabila dijangkiti kuman.