resepi amali 1

11
UNIT 8: L.THANEPAKIAM S. GVITHAMALAR M. VASANTHI AMALI 1: KUIH PAI TEE DAN JUS MANGGO YOGURT MILK KUIH PAI TEE- BAHAN-BAHAN BAHAN BATTER CAIR 60g tepung beras 20g tepung gandum 20g tepung jagung Secubit garam 1 biji telur 2 ulas bawang merah 1 biji cili merah 200 – 250 ml air INTI KUIH PAI TEE 2 dada ayam ( isinya dipotong kecil dan cincang) 1 batang timun 1 biji tomato 1 batang lobak merah ( dihiris) 1 bawang merah ( dihiris) Secubit lada hitam Sedikit limau 50g mayonise

description

resipi masakan

Transcript of resepi amali 1

Page 1: resepi amali 1

UNIT 8: L.THANEPAKIAM

S. GVITHAMALAR

M. VASANTHI

AMALI 1: KUIH PAI TEE DAN JUS MANGGO YOGURT MILK

KUIH PAI TEE-

BAHAN-BAHAN

BAHAN BATTER CAIR

60g tepung beras

20g tepung gandum

20g tepung jagung

Secubit garam

1 biji telur

2 ulas bawang merah

1 biji cili merah

200 – 250 ml air

INTI KUIH PAI TEE

2 dada ayam ( isinya dipotong kecil dan cincang)

1 batang timun

1 biji tomato

1 batang lobak merah ( dihiris)

1 bawang merah ( dihiris)

Secubit lada hitam

Sedikit limau

50g mayonise

SOS CILI

2 ulas bawang putih

1 bawang merah

6 biji cili merah

2 camb sos tomato

Page 2: resepi amali 1

2 camb sos cili

Garam dan gula secukup rasa

HIASAN

Sedikit ketumbar

1 biji strawberi (dipotong)

100g udang (digoreng)

CARA PENYEDIAAN

Menyediakan batter cair

1. Campurkan tepung beras, tepung gandum, tepung

jagung dalam mangkuk.

2. Masukkan telur ke tengah – tengah tepung.

3. Masukkan bawang merah dan cili merah yang

dihiris.

4. Masukkan air perlahan – lahan dan kacau hingga

rata.

5. Tambahkan garam secukup rasa.

Memasak bakul pai tee

1. Panaskan minyak dan acuan pai tee.

2. Toskan acuan pai tee atas kain pengelap yang

bersih.

3. Celupkan acuan pai tee yang panas ke dalam

batter.

4. Celupkan acuan berbatter ke dalam minyak panas

dan goreng hingga beku, kemudian longgarkan

bakul dari acuan.

5. Terus goreng bakul itu hingga kuning dan garing.

6. Angkat, tuaskan di atas kertas penyerap. Sejukkan

sebelum menyimpan dalam bekas yang kerap

udara.

Menyediakan bahan hiasan

1. Bersihkan udang.

Page 3: resepi amali 1

2. Gaulkan udang dengan tepung beras dan tepung

jagung.

3. Masukkan sedikit serbuk kunyit.

4. Goreng udang sehingga masak.

Memasak Bahan Inti

1. Ayam dipotong dan cincang dengan halus.

2. Gaulkan sedikit tepung beras, tepung jagung, lada

hitam dan limau dalam ayam yang dicincang.

3. Selepas setengah jam, ayam goreng sehingga

masak.

4. Potong timun dan lobak merah.

5. Potong bawang merah dan cili merah dengan hiris.

6. Gaulkan mayonise dengan ayam yang masak.

7. Masukkan semua bahan yang telah dipotong dan

gaulkan.

Sediakan sos cili

1. Cili merah, bawang putih dan bawang merah

dikisar dengan halus dalam mesin pengisar.

2. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang telah

dikisar.

3. Masukkan sedikit sos cili, sos tomato.

4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Menghidang kuih pai tee

1. Isikan bakul pai tee dengan inti dan hiaskan

dengan udang goreng.

2. Hiaskan pinggan bujur dengan bahan hiasan.

3. Aturkan dengan kemas di dalam pinggan bujur dan

hidang bersama sos cili.

Page 4: resepi amali 1

JUS MANGGO YOGURT MILK:-

BAHAN-BAHAN

3 buah mangga

1 buah mangga (potong seperti dadu)

200g yogurt

500g susu penuh krim

10g ceri

ketumbar

Ketulan ais

40g aising krim

1 buah strawberi

Gula

Air

CARA PENYEDIAAN

1. Potong buah mangga dan kisar bersama-sama

yogurt, susu penuh krim dan gula.

2. Masukkan jus ke dalam jug, tambahkan air

secukup.

3. Masukkan ceri dan potongan mangga dalam jus.

4. Tuangkan dalam gelas dan masukkan aising krim.

5. Hiaskan dengan ketumbar dan strawberi.

6. Siap untuk diminum.

Page 5: resepi amali 1

BOLI DAN SUSU PISTA

BAHAN-BAHAN

DOH

Tepung gandum 500g

Garam

Minyak

Air

INTI BOLI

Kelapa 1 biji (parut)

Gula Melaka (2 ketul)

Kacang dhal 400g

Gula

Garam

Buah pelaga

Minyak sapi

PAGODA

Kacang dhal (600g)

Daun kari 2 tangkai

Bawang merah 2

Cili kering 8

Jintan putih 10g

Garam

Minyak

1. Sediakan doh terlebih dahulu.

2. Masukkan tepung gandum, garan dan minyak

dalam mangkuk adunan. Selepas gaul rata

masukkan airi sedikit demi sedikit sehungga

mendapat doh yang lembut.

3. Tuangkan sedikit minyak diatas doh dan biarkan

Page 6: resepi amali 1

CARA PENYEDIAN

selama 1 jam.

4. Sedikan inti. Kukus kacang dhal dan putar.

5. Sediakan kuali. Masukkan gula Melaka, gula

pasir, air dan mencairkan gula tersebut.

6. Gula tersebut tidak perlu cair sangat. Selepas itu

masukkan kelapa parut, buah pelage dan kacang

dhal dan kacau sehingga sebati.

7. Simpan inti tersebut dalam peti sejuk untuk 30

minit.

8. Ambil doh dan membuat dalam bentuk bulat

kecil.

9. Masukkan inti dalam doh tersebut dan mencanai.

10.Masukkan dalam pan leper dan masak.

11.Sediakan pagoda.

12.Kisar kacang dhal.

13.Masukkan daun kari, bawang merah. Jintan putih,

garam, cili kering ke dalam kacang dhal yang

sudah kisar.

14.Goring dalam minyak yang penuh sehingga

kekuninggan.

Page 7: resepi amali 1

SUSU KACANG PISTA

BAHAN-BAHAN

Tepung susu 300g

Kacang pista 100g

Gula

Buah pelage 2

CARA PENYEDAIAN

1. Panaskan air.

2. Kisar kacang pista dan buah pelaga

3. Masukkan kacang pista, gula, tepung susu dan

buah pelage di dalam air panas.

4. Mendidik sekejap dan hidangkan.

AMALI 3: BISKUT JEJARI KEJU COKLAT DAN TEH O BLACKCURRANT

BISKUT JEJARI KEJU COKLAT (GAUL DAN RAMAS)

BAHAN- BAHAN

60gm tepung gandum 30gm mentega 40gm keju parut 2 biji kuning telur Sedikit garam (secukup rasa) Cooking coklat (coklat & putih) 20gm kacang badam halus 20gm chocolate chip

CARA PENYEDIAAN

Menyediakan dulang pebakar dan ketuhar

a) Griskan dulang pembakarb) Panaskan ketuhar – 200 °C (400

°F)

Menyediakan adunan biskuta) Gaul dan ramas lemak ke dalam

tepung hingga seperti serbuk roti.b) Masukkan keju parut dan kacau

rata.c) Masukkan 1 kuning telur dan gaul

dengan dengan pisau hingga

Page 8: resepi amali 1

menjadi doh.

Membentuk biskuta) Uli perlahan- lahan hingga doh

menjadi kental.b) Canai adunan biskut setebal ½ cm

(1/4 in) dan potong jejari 1 cm lebar dan 6cm panjang.

c) Alihkan biskut ke dalam dulang pembakar.

d) Cucuk biskut dengan garpu.e) Sapukan biskut dengan kuning

telur.f) Bakar biskut hingga kuning muda.

Menghidang biskuta) Masak cooking coklat (coklat &

putih) secara berasingan.b) Keluarkan biskut dari ketuhar.c) Celupkan separuh coklat dalam

cooking coklat (Coklat) dan separuh dalam cooking coklat (putih).

d) Taburkan kacang badam dan coklat chip atas biskut yang dicelupkan ke dalam coklat.

e) Sejukkan biskut dan hidangkan dalam pinggan kek.

TEH O BLACKCURRANT (MINUMAN MERANGSANGKAN)

BAHAN- BAHAN

2 teh uncang 100gm buah blackcurrant Gula (secukup rasa) Air didih

CARA PENYEDIAAN

a) Mendidih airb) Mengisar buah blackcurrant dan

mengeluarkan jus.c) Masukkan teh uncang dan air didih

diikuti dengan gula.d) Seterusnya masukkan jus buah

blackcurrant dan kacau rata.

Page 9: resepi amali 1