Pelbagai Resepi

46
KEK COKLAT ¾ cwn serbuk coklat/koko 1 cwn gula 1 cwn minyak masak 1 cwn susu cair ½ cwn susu pekat 1 ¼ tepung gandum 1 susu suda bikarbonat 1 sudu baking powder 3 biji telur ( pukul sedikit) Coklat rice (hiasan) TOPPING Coklat masakan Susu cair Butter Cara-cara: - campur serbuk koko,gula,minyak,susu cair dalam periuk kacau atas api kecil hingga larut dan sebati, tak perlu mendidih, angkat ketepikan, biarkan sejuk/suam. - sementara itu ayak tepung gandum,soda bikarbonat dan baking powder. - tuang susu pekat dalam periuk dan gaul sebati, masukkan telur , kacau sebati lagi. - masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan gaul sebati. - masukkan dalam Loyang yg telah disapu buter dan kukus selama 3o/minit, sehingga masak. TOPPING

description

antare koleksi resepi2 yg sha ade :)

Transcript of Pelbagai Resepi

Page 1: Pelbagai Resepi

KEK COKLAT

¾ cwn serbuk coklat/koko1 cwn gula1 cwn minyak masak1 cwn susu cair½ cwn susu pekat1 ¼ tepung gandum1 susu suda bikarbonat1 sudu baking powder3 biji telur ( pukul sedikit)Coklat rice (hiasan)

TOPPINGCoklat masakanSusu cairButter

Cara-cara:

- campur serbuk koko,gula,minyak,susu cair dalam periuk kacau atas api kecil hingga larut dan sebati, tak perlu mendidih, angkat ketepikan, biarkan sejuk/suam. - sementara itu ayak tepung gandum,soda bikarbonat dan baking powder.- tuang susu pekat dalam periuk dan gaul sebati, masukkan telur , kacau sebati lagi.- masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan gaul sebati.- masukkan dalam Loyang yg telah disapu buter dan kukus selama 3o/minit, sehingga masak.

TOPPING

250 cream cheesesetengah tin susu pekat maniskeju kraft cheddar

- campur cream cheese dan susu putar sehingga tidak berketul, sapu pada kek, dan parut keju cheddar di atasnya.. 

BUTTER CAKE (KUKUS)

Page 2: Pelbagai Resepi

Bahan-bahan:

4 biji telur1 cawan mentega/marjerin1 cawan gula2 cawan tepung gandum1 sudu kecil soda bikarbonat5 sudu besar susu pekat manis1 sudu kecil esen vanillaPewarna-ikut citarasa

Cara-cara:

- Ayak tepung gandum dan soda bikarbonat. Ketepikan.- Putar mentega dan gula hingga putih.- Masukkan telur satu persatu dan putar kembang.- Masukkan tepung yang diayak tadi, esen vanilla dan susu pekat manis..sebatikan.- Bahagikan adunan mengikut citarasa nak buat berapa warna. Titiskan pewarna gaul..masukkan setiap pewarna dalam piping beg dan pipe ke dalam paper cup..- Kalau nak buat macam kek marble pun boleh..sendukkan je adunan masuk dalam loyang..gris loyang dengan butter atau lapik kertas minyak..- Panaskan pengukus...kalau sebiji kek guna loyang kukus 1 jam - Kalau buat dalam paper cup/bekas dadih..dalam 15 minit dengan api sederhana. 

 

CLAYPOT RICE 

Page 3: Pelbagai Resepi

1. Rebuskan 5 kuntum cendawan kering hingga kembang ~ biarkan sejuk bersama air rebusan.2. Potongkan sekeping dada ayam sebesar 2" X 2", sebatang carrot, cendawan dan 3 btg hotdog. Basuh dan toskan.3. Hiriskan halia 2" nipis-nipis.4. Panaskan 1 senduk minyak dan goreng hotdog hingga kekuningan.5. Tumiskan 2 ulas bawang putih(cincang) sehingga keperangan. Masukkan ayam, carrot, halia dan cendawan.6. Masukkan 1 senduk kicap manis kipas udang, 1/2 senduk kicap cair dan renihkan bersama bahan langkah 5.7. Sukat beras 3 cawan bersama tambahan 1/2 cawan air, garam 2 sudu putih(KFC) penuh dan campuran ayam yg telah direnih tadi. 8. Campurkan 1 sudu mkn minyak bijan dan daun pandan jika suka.9. Semasa nasi kering, masukkan hotdog yg digoreng ke dalamnya dan kacau.10. Hidangkan nasi bersama kicap cair campur cili api cincang @ chilli flakes.

# Kaedah masakan: tumis darat bahan dan masukkan ke dalam beras yg telah disukat airnya spt memasak nasi cuma tambahkan ½ cwn air lagi utk mengelakkan nasi mentah krn bahan spt ayam, carrot dan cendawan akan menyerap air. Hidangan utk 7 - 10 org. 

MASH POTATO

Bahan-Bahan :

Page 4: Pelbagai Resepi

5biji ubi kentangsedikit garam1 cwn susu full cream

Bahan utk kuah :

5sb buttercup1sk serbuk lada hitam2sb tepung gndum1 kiub pati ayam sedikit garamsedikit kicapsedikit air

Cara membuatnya :

1. Rebus kentang dgn sdikit garam smpai empuk. Kemudian lenyekkan. 2. Slps tu masukan kentang yg dilenyek td dlm mixer.masuk susu sedikit demi sedikit

(agak2). Putar lagi sehingga halus.

Cara buat kuah :

1. Panaskan buttercup. Kacau sampai cair.2. Masukkan tepung, kacau.3. Masuk air. Kacau.4. Masukkan kiub ayam dan serbuk lada hitam.5. Masuk sedikit garam dan sdikit kicap sbg pewarna. Kacau hingga sebati.6. Akhir sekali..tuangkan ke atas kentang td.

BROWNIES CHEESE KUKUS

Brownies :

Page 5: Pelbagai Resepi

Bahan A: 

2 biji telur1/2 cawan susu cair (cawan metrik, 1 cawan = 250 ml)1/2 cawan susu pekat manis 100 ml minyak 1/2 cawan gula castor

Bahan-bahan yg diayak bersama:

1/3 cawan serbuk koko (boleh tambah hingga 1/2 cawan jika suka lebih koko)1/2 cawan tepung gandum1/2 sudu teh baking powder1/4 sudu teh baking soda

Satukan bahan-bahan A dan masukkan ke dalam blender. Kisar perlahan-lahan hingga sebati. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kisar lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam loyang 7 atau 8 inci yang digriskan dahulu dan dialas dengan kertas minyak dan kukus lebih kurang 25-35 minit hingga masak. (Ketepikan sedikit sahaja adunan ini untuk membuat corak atas lapisan keju nanti). Bila brownies dah masak, baru tuangkan adunan keju di atasnya.

Lapisan Keju:

500g cream cheese4 biji telur grade B 140g gula halusSedikit esen vanilla

Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula dan pukul hingga sebati. Masukkan pula telur dan vanilla. Pukul lagi hingga rata. Tuang ke atas brownies yang dah siap dikukus. Ambil sedikit adunan brownies dan titiskan ke atas adunan keju. Lorekkan dengan hujung pisau atau lidi. Kukus semula lebih kurang 20 minit dengan api sederhana hingga masak. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.

RESEPI MEE KUAH  

100 gram daging

Page 6: Pelbagai Resepi

5 ulas bawang putih1 sudu besar lada hitam1 senduk cili kisar1 paket fish ball1 paket fish cakesayur sawi rm 1.00telur 3 bijitomato 2 biji - didadusedikit sos tiramsedikit sos cilisedikit kicap manissebatang lobak merah

Cara2nya :

tumbuk bawang putih dgn lada hitam hingga halus....kemudian di tumis hingga garing.masukkan cili kisar..biar pecah minyak masukkan daging dan air.biar daging empuk kemudian masukan lobak,tomato,sos cili,kicap manis dan sos tiram..masukkan fish cake dan fish ball..tunggu sampai kuah mendidih baru masukkan telur sebiji demi sebiji...masukan sayur sawi,masukan garam sedikit sahaja..masukkan sepaket mee....siap.

RESEPI KEK COKLAT MOIST (KUKUS)

Bahan A

1 cawan serbuk koko2 cawan tepung gandum

Page 7: Pelbagai Resepi

1 sudu besar baking powder1 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan B

3 biji telur1 cawan gula1 cawan minyak1 cawan susu pekat manis1 sudu kecil esen vanilla

Bahan C1 cawan air panas

Cara-cara:

Ayak bahan A dalam satu bekas. Ketepikan.Blender bahan B hingga gula hancur. Kacau sebati.Masukkan bahan B selang seli dengan bahan A dan air panas. Kacau sebati dan ulang sampai habis adunan.

Griskan loyang dengan marjerin atau alas dengan kertas minyak. Untuk loyang kukus selama 1 jam. Guna api perlahan. Sebelum tu panaskan pengukus dahulu. Kalau guna paper cup 15 minit.

Untuk topping: Panaskan 2 sudu serbuk koko, sedikit minyak dan sedikit susu pekat manis. Kacau hingga cair. Kalau terasa pahit koko tu tambah susu. Siap tuang atas kek.

Adunan ni boleh buat sebiji kek, boleh buat dalam cup cake, boleh buat dalam bekas dadih. Boleh jugak dihias dengan buttercream icing. Saya memang buat jual dengan resepi ni. Cuba sangat senang. 

RESEPI PUDING KEK

Bahan-bahan:

1 paket agar-agar5 atau 6 cawan air (boleh tambah kalau pekat sgt)

Page 8: Pelbagai Resepi

1 cawan gula (boleh tambah kalau nak manis)1 helai daun pandan1 tin susu cair1 biji telur2 sudu makan tepung custard1 sudu teh esen vanilla1 biji kek gulung (boleh beli di kedai kek,seelok-eloknya kek pandan atau kek yg tidak berkrim di luar)

Langkah-langkah:

1. basuh agar-agar.2. masak agar bersama 6 cawan air dan daun pandan.3. masukkan gula.4. bancuhkan susu cair, telur dan esen vanila di dalam cawan.5. apabila agar-agar tadi mendidih, masukkan bancuhan susu cair.6. bancuh tepung castard dengan air sebelum masukkan ke dalam puding.7. potong kek gulung nipis-nipis dan susun di dalam acuan.8. apabila puding sudah mendidih dan masak, tapis ke dalam jag. biarkan suam.9. selepas beberapa minit, tuangkan puding yg telah suam ke dalam acuan yg berisi kek tadi.10. biarkan puding sejuk atau boleh dimasukkan ke dalam peti ais.

*boleh juga tambah buah-buahan campuran untuk mendapatkan hasil yang lebih menarik

PUDING LAICI

Bahan-bahan

10 gram agar-agar serbuk2 gelas air1 gelas gula2 biji telur – asingkan putih dan kuning

Page 9: Pelbagai Resepi

1/4 tin laiciSedikit perisa laiciSedikit ceri merah

Cara Penyediaan:

1. Pukul kuning telur hingga kembang. Ketepikan.2. Masak agar-agar bersama air dan gula hingga mendidih.3. Masukkan kuning telur, kacau sebati.4. Masukkan susu cair dan perisa laici, kacau sebati dan biar mendidih, kecilkan api.5. Sementara itu, pukul putih telur hingga gebu, masukkan ke dalam adunan agar-agar dan angkat.6. Susun ceri di dalam bekas, tuangkan adunan agar-agar. Biarkan sejuk.7. Setelah sejuk, keluarkan daripada bekas dan tuang buah laici dan jusnya ke bahagian tengah pudding

Kek Lumut Kukus

Bahan-bahan

( loyang 7 " x 7 ")

Page 10: Pelbagai Resepi

1 cawan tepung gandum (diayak) 1 cawan horlicks 1/2 cawan gula halus250 gm mentega4 biji telur A pewarna hijau secukupnya2 sudu besar seri kaya1 sudu besar susu pekat manis 1 sk esen vanilla

Cara-cara :

Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim.Gunakan kelajuan maksima.Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana).Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi.Ulangi proses ini sehingga habis.Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang selikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil. Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)

SIAKAP MASAK STIM

Cara-cara :

Page 11: Pelbagai Resepi

sekor ikan siakap dibasuh bersih n bubuh garam2 sudu sos tiram 2sudu minyak bijansebiji bwng merah dipotong bulat2 bji bwng putih diketuk aje bersama cili api.halia (agak2) dihiris nipissyur syurn hijau telah dicelur terlebih dulucara2;lumur ikan bersama sos tiram minyak bijan biar seketika.leps tu stimkn skali bersama lebihan sos bersama.bila ikn dh mask masukkn syur syurn tadi serta mask seketika .akhir skali masukkn cili merah .sy x letk tepung jagung n perhn limau nipis sbb mnggunkn sos tiram serta minyk bijn.ikut citarasa msing2.

KEK KURMA

3/4 cwn susu kotak3/4 cwn gula halus1/2 cwn minyak masak1 cwn tepung gandum18 biji kurma- dibuang biji1sdt baking soda1sdt esen vanilla

Page 12: Pelbagai Resepi

1.kisar kurma dgn sedikit air smpai halus2.masuk bahan2 kisar td ke dalam mixer bowl..masukkan minyak,gula dan susu.kacau sebati.3. masukkan bahan2 selebihnya gaul sebati.4.masukkan adunan ke dlm loyang bersesuaian yg telah digris.bakar suhu 180 darjah celsius selama 35 minit.

AISKRIM OREO

Bahan-bahan :

*1 tin susu cair*1/4 tin susu pekat manis*2 sd B ovallate*2 sd B milobiskut oreo - hancurkanbhn hiasan

Cara-cara:

Page 13: Pelbagai Resepi

blanderkn semua bhn bertanda * sehingga gebu..Blandkan lbh kurang 20min-30min.. (guna mixer pom blh)da siap,masukkan dlm bekas dan masukkn biskut oreo yg tlh dihancurkn td..kacau sebati..Blh letak bhn hiasan n masukkan dlm freeze semalaman..**kalo nk tukarkn pd perisa lain pn boleh seperti jagung,strawberi,vanilla dll...

BAWAL GORENG 3 RASA

Bawal 2 ekor digoreng

Apple sebijikNenasBawang merah*dipotong dadu

Lemon utk hiasan dan perahan *jika inginkan..

5sudu Cili giling3sudu cili sos

Page 14: Pelbagai Resepi

3bijik bawang putih ditumbuk1/2 Halia ditumbuk

Minyak utk memasak sedikit.

Caranya : 

Panaskan minyak masak. Tumiskan bahan tumbuk,kemudian masukkan cili giling tumis lagi sehingga minyak merah..masukkan sos..akhir sekali masukkan apple..nenas..bawang..

Tumis sehingga naik bau..masukkan secubit garam dan gula. Saya masak tak pakai ajinamoto.. Akhir sekali siram atas ikan bawal..dan hiaskan dgn lemon

FRUIT TART 

BAHAN2 PASTRY:-

113 g mentega75 g gula halus1 biji telur Gred A + 1 kuning telur250 g tepung halus (tepung gandum pun ok)BAHAN2 KRIM PASTRY:-150 ml susu segar2 biji telur8 sudu gula halus2 sudu tepung gandum*2 sudu tepung jagung*(*disatukan dan diayak)1 camca teh esen vanilla 

Page 15: Pelbagai Resepi

130 gram butter yg dicairkan

1. UNTUK PASTRY:- Dalam satu bekas, satukan mentega dan gula. Kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Masukkan telur dan terus mengacau hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun menggunakan spatula hingga adunan menjadi doh yg lembut. Bungkus dgn plastik dan dinginkan dalam peti sejuk 2 jam.2. Keluarkan doh dari peti sejuk. Ambil sedikit doh dan canai mengikut saiz acuan. Perlahan2 alihkan doh ke dalam acuan tat dan kemaskan. Buat hingga habis. Kemudian cucuk2 permukaan kulit tat dgn garfu.3. Masukkan acuan tat yg telah diisi dgn doh ke dalam peti sejuk, sementera menunggu oven panas (pada suhu 175C). Bakar selama 10 - 12 minit atau hingga kuning ke emasan.4. Bila masak, keluarkan kulit tat dari acuan dan sejukkan.UNTUK CUSTARD1. satukan tepung gandum,tepung jagung,gula bersama 3 sudu susu di dalam sebuah mangkuk.2. kemudian pecahkan 2 biji telur dan kacau bersama campuran td. setelah itu masukkan baki susu dan kacau.3. Tuang ke dalam periuk. Masak di atas api yg sgt perlahan. Jangan berhenti mengacau menggunakan whisker.4.dia akan memekat secara perlahan2. setelah pekat, kacau selama 2 minit lg, tutup api dan sejukkan. Masukkan juga satu sudu kecil esen vanilla dan kacau. Kemudian biarkan menyejuk di dalam petii sejuk.5. setelah pastry dan custard sejuk, boleh mula mengisi custard di dalam pastry. gunakan piping bag utk. kemudian hiaslan buah pilihan anda

TIRAMISU . . 

Bahan Kek:

80g tepung gandum* . . . . 20g serbuk koko*60g tepung jagung*1 sdk baking powder + 1sdk soda bikabonat*1 sudu besar ovalette100g gula kastor4 biji telur2 biji kuning telur50ml air sejuk (air dari peti sejuk)75g mentega cair

Page 16: Pelbagai Resepi

Cara:

Ayakkan dahulu bahan yang bertanda*Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair.Sebatikan.Bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 45 minit.

Untuk Cream:

250g cream cheese1/2 tin susu pekat manis 50ml Whipping cream 1sdb choc emulco . 

*Mix semua bahan di atas hingga sebati . . . . 1/2 peket whte coffee *kek dibahagi 3,ltk 1 lapisan,sapu whte coffee,ltk cream..bt smpai hbis..blh hias dgn choc chip dan manik urai..

MINI DOUGHNUT 

Bahan-bahan 

500g tepung berprotein tinggi/tepung gandum1 peket yis segera-11gram50g marjerin/mentega1 sudu besar (penuh) shortening2 sudu besar (penuh) gula pasir2 sudu besar susu pekat/2 sudu besar susu tepung1 biji Telur1/2 sudu kecil garamGula Halus atau topping kegemaran anda190ml-200ml air suam suam kuku (bergantung pd kualiti tepung- saya guna 200ml)

Cara-cara

Page 17: Pelbagai Resepi

1. Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu, marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit atau sehingga berbuih.2. Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam. Kacau menggunakan sudu dahulu.3. Kemudian masukkan baki tepung dan boleh lah mula mengadun dgn tgn sehingga sebati dan tidak melekat. Jika melekat tambah tepung. 4. Boleh canai dan terus menggoreng. Ayakkan gula caster di atas donat yg telah di goreng.

PUDING TEMBIKAI 

Bahan-bahan :

5 kpg roti xksh jnama ape diracik-racik dan ketepikan25 g agar-agar tali5 cwn air11/2 cwn gula1 cwn susu pekat11/2 cwn susu cairpewarna merah,hijau,kuning pn blh kalau nk wat tembikai kuning..ikt suka2 sdb planta@marjerin1 sdt vanilla esensdkt cincau utk buat biji tembikai

CARA-CARA

1.Cincau dicincang biar jd kiub dan ketepikan.

Page 18: Pelbagai Resepi

2.Masak agar-agar bersama air sampai larut dan masuk gula.Kacau sebati.3.Kemudian masukkan susu pekat,susu cair dan planta.Kacau biar betul-betul sebati dan padamkan api.4.Ambil separuh adunan dan kisar bersama roti yang dracik td.Kisar sampai halus dan letak esen vanila.5.Masukkan kesemua bhn yg dkisar ke dalam periuk td dan hidupkan api semula.Kacau sebati.6.Sendukkan sedikit dan letak pwarna hijau utk dijadikan kulit.Kemudian masukkan dalam loyang dan sejukkan seketika.Tapi jangan telampau keras,nanti lapisan ke 2 x lekat.7.Agak-agak keras terus msk adunan ke 2 iaitu wane natural.Sendukkan sikit je dan jangan tlalu tebal.8.Baki adunan ltk wane merah @ kuning d atas lapisan natural tadi.Kemudian tabur cincau yang d cincang tadi9.Sejukkan dan sedia utk d makan.

KEK CHOCOLATE MOIST(KUKUS)

Bahan A

1 cawan serbuk koko2 cawan tepung gandum1 sudu besar baking powder 1 sudu kecil soda bikarbonat 

Bahan B

3 biji telur 1 cawan gula1 cawan minyak1 cawan susu pekat manis1 sudu esen vanilla 

Bahan C

1 cawan air panas

Page 19: Pelbagai Resepi

Cara²nya

Ayak bahan² A dalam. Ketepikan.Blender bahan² B sehingga sehingga gula hancur.Masukkan air panas dan bahan A td sedikit demi sedikit ke dalam adunan bahan B. Kacau sehingga sebati.Griskan loyang dengan majerin/ alaskan dengan kertas minyak.Panaskan pengukus terlebih dahulu.Kemudian kukus selama 1jam bagi yang menggunakan loyang..kukus dengan api perlahan..supaya tidak merekah.(20minit untuk paper cup)

Topping

Serbuk kokoSedikit butterSedikit susu pekat manisMasak dan kacau sehingga cair.

LAKSA PENANG KAW KAW

Bahan Kuah

-1kg ikan kembung(nk kuah pekat lebihkan)-3senduk cili blender-sedikit belacan-daun kesum-bunga kantan-asam keping(agak2 je)-1paket laksa(drebus hingga empuk dgn sdkit myk masak n sdkit garam)

bahan hiasan

-timun(dhiris halus)-bwg besar(dhiris halus)-daun salad(dhiris halus)-limau kasturi-telur rebus

Cara2

Page 20: Pelbagai Resepi

-rebus ikan hingga masak. asingkan isi n tulang. blender isi ikan dgn air rebusan hingga hancur. mskkn dlm periuk besar. blender tulang hingga hancur n tapiskan air nya n mskkn dlm periuk isi ikan td.. buat 3kali blender tulang tu ye.. mskkn cili blender daun kesum bunga kantan asam keping n belacan.. didihkan n perasakan... 

RESEPI HOMEMADE AISKRIM VICO

Bahan2:

1 tin susu cair1/3 tin susu pekat manis1 biji telur1 sudu besar ovalet1penutup esen vanila

Cara buat:

1. Masukkan semua bahan dalam mixer. Pukul sampai pekat dan likat sebati lebih kurang selama 20minit.2. Masukkan perisa kesukaan anda. Untuk resepi ni saya masukkan vico 4 sudu, kacang tanah hancur serta choclate rice. Kacau sebati.3. Masukkan dalam bekas yang sesuai. Taburkan choclate rice untuk hiasan.4. Simpan dalam freezer 24 jam tau..baru betul2 keras dan boleh dimakan.

Page 21: Pelbagai Resepi

SIAKAP TIGA RASA

Bahan A

1 ekor ikan siakap disiang bersih dan kelar2 badannyaserbuk kunyit n garam halusminyak utk menggoreng

Cara: -gaul ikan dengan serbuk kunyit n garam halus-panaskan minyak dan goreng sampai garing

Bahan B

1 senduk cili boh1 sudu besar sos cili1 sudu besar sos tomato1 sudu besar sos tiram5tangkai cili padi potong kecil21 labu bawang besar didadukan1 biji tomato didadukan2 ulas bawang putih hiris nipisgaram/gula

Page 22: Pelbagai Resepi

* 1 btg serai (boleh tmbah kalau suka)minyak utk tumis (guna minyak goreng ikan tadi*air (kalau pekat sgt)cara:-panaskan minyak..tumis bawang putih sampai kekuningan.-masukkan cili boh dan masak sampai garing-masukkan sos tomato,sos cili n sos tiram.kacau sebati-masukkan timun dan bawang besar yang didadu.biar mddih-masukkan cili padi,buah tomato dan nenas.perasakan garam dan gula-kalau pekat sgt boleh tambah air-masukkan ikan yg digoreng..balik2kan biar sebati sos dan ikan @ boleh terus siram atas ikan yg digoreng..sedia hidang

--1/2 biji timun didadukan1/2 biji nenas (saiz kecil) dihiris nipis kecil2SAMBAL BELACAN TUMIS TELUR

Bahan2 :

1. 5 ke 6 biji cili hidup (lada merah)2. 3 ke 4 inchi belacan. Nak byk pun terpulang.3. 2 biji telur

Cara2 : Kisar kesemua bahan diatas kecuali telur. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Tunggu sehingga pecah minyak kemudian masukkan 2 biji telur dan kacau hgga masak. Garam dan gula sbg perasa. 

Page 23: Pelbagai Resepi

PIZZA GARDENIA KARI AYAM CIILI BENGGGALA

-6 keping roti gardenia (disapu mentega)-sos cili&mayonis-1 biji cili benggala (dihiris nipis2)-6 keping keju cheesedale

Bahan Tumis:

1 labu bawang besar (dadukan)2 ulas bawang putih (cincang halus)2 sudu serbuk kari2 sudu kecil garamsedikit gulaisi ayam (dicincang)1 biji kentang didadukan1/2 biji timun didadukan1/3 cawan air1 sudu mentega.

Cara Penyediaan:

-cairkan mentega.tumis bawang merah dan bawang putih sampai kekuningan-masukkan rempah kari dan masak sampai garing-masukkan isi ayam dan tmbah 1/3 cawan air..masak sampai ayam empuk dan hampir kering air..

Page 24: Pelbagai Resepi

-masukkan timun dan kentang-masukkan garam dan gula..biar sebati dan padamkan api-ketepikan

1)susun roti gardenia yg dah disapu mentega dalam pemanggang vantage2)sapukan sos dan mayonis atas roti3)taburkan bahan yg ditumis dan hirisan cili benggala4)susun keju cheesedale atas roti5)tutup pan dan buka api paling kecil6)bakar sampai keju cair (lebih kurang 8-10mnt)sedia hidang...sgt sedap..rangup

APAM PISANG

2 cawan tepung gandum8-10 biji pisang masak ranum3/4 cawan gula halus3/4 cawan marjerine di cair kan sebentar4 biji telur ayam1 sudu mecil b.powder1 sudu kecil bicarbonatesedikit garam

Cara membuatnya

1. Ayak kan tepung gandum bsama b.powder. 2. Pisang di lenyek bsama bicarbonate sehingga sebati. 3. Pukul telur bsama gula sampai kembang kemudian masuk kan marjerine yang dah di cair kan tadi. 4. Masuk kan tepung gandum kacau sebati. 5. Kemudian masuk kan pisang yang dah di lenyet tadi. Kacau adunan sehingga sebati. 

Kukus selama 45 - 1 jam atau sampai kek masak. 

Page 25: Pelbagai Resepi

MUFFIN PISANG

Bahan:

1 cawan pisang lenyek2 cwn tepung gandum1 sdt soda bikarbonat1cwn gula1 cwn minyak3 biji telur (size C)1 cawan gula1sdt ovalletSecubit garamChocolate chips (jika suka)

Cara:

1. Ayak tepung bersama soda bikarbonat. Ketepikan.2. Blend telur bersama gula dan ovallete sehingga kembang.2. Masukkan pisang dan garam. Blend hingga sebati.3. Masukkan minyak masak. Blend lagi.4. Tuangkan adunan yang diblend kedalam mangkuk tepung. Gaul sebati (guna senduk saja).5. Masukkan adunan ke dalam cawan kertas. Letakkan topping (spt chocolate chips, badam -sekiranya suka). 6. Bakar selama 15 ke 20 min dlm oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu. Nota:# utk 3min terakhir, saya gunakan api atas shj utk dptkan hasil spt diatas. 

Page 26: Pelbagai Resepi

# adunan ini menghasilkan 24 biji muffin.*suhu oven 160C

KEK KUKUS PISANG MUDAH

Bahan A

Pisang 3 biji/ 1 cawan (dilenyek)Gula 3/4 cawanMinyak masak 1 cawanAir 1 cawanTelur 1 biji

Bahan B

Tepung gandum 2 cawanSerbuk koko 2 sudu besarSodium bicarbonate 1 sudu tehBaking powder 1 sudu teh

GaramCoklat chip (optional)

Cara2:Panaskn pengukus dahulu

1.Blander bahan A.. pisang masukkn putaran yg trakhir supaya xhancur sgt2. Ayak bahan B3. Campurkan bahan A+B n sedikit garam..gaul sebati4. Sapu minyak ke loyang n masukkn bahan bancuhan...taburkan choc chip jika mahu...kukus selama 45min dgn api sederhana kuat..

Page 27: Pelbagai Resepi

KEK GULA HANGUS 

Bahan:

1 cawan gula1 cawan air panas1 cawan tepung gandum1 cawan susu pekat manis2 camca teh soda bikarbonat4 biji telor2 camca besar mentega

Cara Membuat:

Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air panas dan kacau hingga cair. (hati-hati semasa memasukkan air, kena gula akan meletup2). Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan.Pukul 4 biji telor sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati.Kemudian ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telor tadi. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi. Kacau rata. Tuang adunan dalam loyang 7"x7" dan perap adunan selama 3 - 4 jam. Panaskan ketuhar bakar dlm 45 minti dgn kepanasan 150f.

Page 28: Pelbagai Resepi

HOMEMADE APAM BALIK

Bahan-bahannya:

250 gm tepung gandum.3 biji telur.260 gm susu segar.10 gm air.70 gm gula halus.30 gm butter-cairkan(melted)1 tsp baking powder.1/2 tsp soda bikarbonat.

Bahan-bahan intinya:

Kacang tanah -kisar kasar.Butter/marjerin.Jagung manis (dlm tin)Gula pasir.

Cara-caranya:

1. Masukkan telur dan gula kedalam mangkuk yang sesuai dan kacau dengan whisk sehingga gula hancur.2. masukkan susu segar dan kacau perlahan lahan .Masukkan tepung(ayak dengan baking powder&;baking soda)sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.3. masukkan butte yg telah dicairkan dan adun hingga rata.Perapkan adunan selama 1 jam.

4. Panaskan kuali yang tak melekat dan sapukan dengan sedikit butter.5. Masukkan satu senduk adunan dan masak dengan api yang perlahan. tutup dengan tudung

Page 29: Pelbagai Resepi

periuk agar apam cepat masak. biar sehingga permukaan menjadi lubang2 kecil dan boleh ditabur dengan gila pasir dan bahan2 topping lain seperti jagung manis kacang tanah.

TEPUNG PELITA

Resepi:

lapisan bawah1 keping sengkuang didadukan kecil21 botol tepung hoen kwe -100g(hijau)1 cawan gula900ml air1 sudu kecl asen pandan (gantikan 2helai daun pandan bleh jg)

Cara: 

-hirisan sengkuang ditabur dalam acuan/bekas-campur tepung,gula,daun/asen pandan dan air. sebatikan. masak atas api sederhana sampai hampir nak pekat.bila pekat padamkan api.-masukkan lapisan hijau 1/2 bekas/acuan

Lapisan Atas

1 botol tepung hoen kwe (putih)1 liter santan1 sudu kecil garam1 sudu kecil asen pandan (boleh guna jg daun pandan)

Cara:

-campur semua bahan dan masak atas api sederhana sampai pekat.tuang atas adunan hijau tadi.-sejukkan dalam peti...

Page 30: Pelbagai Resepi

MEK COMEL/CEK MEK MOLEK (9-11 BIJI)

Bahan-Bahan:

2 cawan ubi keledek (yang rebus sampai empuk)1 cawan tepung gandumgula untuk inti

Caranya:

ubi keledek yang direbus dicampur dengan tepung gandumuli sampai menjadi dohambil sedikit doh dan bulat2kantekan sedikit untuk membentuk lubangmasukkan gula dan tutup kembalibentukkan menjadi bujurgoreng guna api sederhana sampai garing...

Page 31: Pelbagai Resepi

POPIA GULUNG PEDAS BAHAN

Bahan-bahan :

1 bungkus besar kulit popia 1 biji telur - pukul sikit / bancuhan tepung gandum pun boleh

Bahan untuk cili :

4 sudu besar cili kisar 1 biji sederhana bawang besar - dikisar 1 ulas bawang putih - dikisar sedikit udang kering - tak nak letak pun tak pe garam secukup rasa sedikit kiub ikan bilis 5 sudu besar gula

Bahan sampingan :

ikan bilis - basuh, toskan, goreng garing kacang tanah - goreng tanpa minyak bijan - goreng sikit tanpa minyak - sy letak bijan je

Cara membuatnya :

Ambik sehelai kulit popia dan gulung, kemudian lekatkan dengan telur / bancuhan tepung gandum. Kemudian gunting serong - serong hingga habis dan goreng dalam minyak penuh hingga warna keperang - perangan. Angkat dan toskan sebentar. Jangan biarkan terlalu lama diluar. Sesudah habis goreng semua popia terus buat sambal. Tumis semua bahan2 kisar dan masukkan garam secukup rasa dan kiub ikan bilis, kacau, masukkan gula dan kacau lagi, biar hingga pekat dan gula hancur, tutup api dan terus tuang popia yang digoreng tadi, kacau sebati...masukkkan juga ikan bilis, kacang tanah dan tabur bijan jika suka. Biarkan sejuk sebentar dan terus simpan dalam bekas bertutup rapat.

Page 32: Pelbagai Resepi

CHOCOLATE INDULGENCE CAKE

Bahan Kek

2 cwn gula1 3/4 cwn tepung1 cwn serbuk koko1 1/2 sudu teh baking powder1 1/2 sudu teh soda bikarbonat2 biji telur1 cwn susu cair1/2 cwn minyak2 sudu teh esen vanilla1 cwn air

Cara

1.Campurkan bahan kering,gaul sebati.2.Masukkan susu,air,minyak dan esen vanilla,putar sebati.3.Alas loyang dengan kertas minyak.4.Sediakan 4 loyang dan tuang adunan sama banyak.5.Bakar 170'c selama 20 minit setiap loyang.( ikut oven msng2 )6.Biarkan 10 minit sejuk baru keluarkan dari loyang.

Bahan Mousse Putih

1 sudu teh gelatin1 sudu besar air panas1 cwn coklat putih1 1/2 cwn whipping cream

Cara

1.Larutkan gelatin bersama air panas,biarkan 5 minit.

Page 33: Pelbagai Resepi

2.Cairkan coklat cara double boiler.3.Campurkan coklat dan gelatin,gaul sebati.4.Putar whipping cream hingga lembut.5.Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.

Bahan Black Mousse

1 sudu teh gelatin1 sudu besar air panas1 cwn coklat1 1/2 cwn whipping cream

Cara

1.Larutkan gelatin bersama air,biarkan 5 minit.2.Cairkan coklat cara double boiler.3.Campurkan coklat dan gelatin,gaul sebati.4.Putar whipping cream hingga lembut.5.Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.

Bahan Coklat Ganache

1 cwn coklat masakan1 cwn whipping cream

Cara

1.Cairkan coklat cara double boiler.2.Putar whipping cream hingga lembut.3.Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.

Cara Melapis

1.Ambil 1 keping kek tuang sedikit white mousse,ratakan.2.Ambil 1 keping kek lagi tuang pula black mousse,ratakan.3.Ulang langkah yg same hingga siap.4.Bila dah siap tuang black mousse pada seluruh badan kek.5.Akhir sekali curah coklat ganache pada seluruh badan kek.6.Simpan dalam peti sejuk 15minit.

Page 34: Pelbagai Resepi

PUDING COKLAT

Bahan-Bahan :

1/2 cwn serbuk koko 1 cwn gula 1/2 cwn susu tepung 1/2 sudu teh garam 4 1/4 cwn air 4 sudu besar tepung jagung/tepung kastard 1/2 sudu esen vanila 2 1/2 sudu besar butter 10gm agar-agar serbuk

Cara-cara :

Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih. Masukkan butter, kacau hingga pekat. Angkat dan masukkan ke dlm loyang/acuan yg disukai. Sejukkan puding.

* Untuk memudahkan puding keluar dari acuan, basahkan dulu acuan dgn air sebelum tuangkan puding.

Page 35: Pelbagai Resepi

Resepi Ayam Goreng Berempah

Bahan 1 (dikisar)

1 inci Halia1 inci Kunyit hidup3 batang serai5 ulas bawang putihBahan 2Beberapa ketul Ayam (4 atau 5)½ sudu jintan manis½ sudu jintan putih1 sudu ketumbar1 biji telurdaun karigaram

cara-cara memasakPerap ayam dengan semua bahan 1 yg dikisar dan bahan 2 selama 45 minit atau sejam.dengan api yg sederhana, goreng ayam tadi sehingga garingSedia dihidang ! sedap dimakan ketika masih panas p/s : jintan manis, jintan putih dan ketumbar boleh juga ditumbuk (mengikut selera masing2) dan boleh juga digantikn dgn rempah kari ayam.

Page 36: Pelbagai Resepi

Oreo cheese puding Oleh:Nurul Azwanni Like:www.facebook.com/bukuresepi 2 tin besar nestle cream (anggaran bersih 1 tin nestle cream 380gm) 1/2 tin susu pekat (boleh kurang kan ikut selera) 1/2 buku cream cheese phildelphia (boleh di tambah ikut selera) 2 packet oreo (di buang inti, takut terlalu manis) cara nya Nestle cream, susu pekat dan cream cheese di satu kan dan di pukul hingga putih gebu. susun oreo di dalam bekas dan di tuang dengan adunan cheese. berselang seli oreo,cheese. proses yang berulang-ulang hingga habis. akhir sekali tabur kan dengan oreo yang di tumbuk halus. atau di di tukar dengan buah cocktail.sejuk kan sebelum di nikmati. *oreo boleh di tukar dengan biskut marie.