Resepi Masak Nasi Minyak Yang Simple Tapi Sedap

5
Resepi Masak Nasi Minyak Yang Simple Tapi Sedap Bahan-bahan tumis 1 labu bawang besar mayang halus 3 ulas bawang putih mayang halus halia ketuk2 je kulit kayu manis bunga lawang kiub ayam beras basmati 3 cawan - klu guna jenama jasmine pusa gold tu mmg panjang berasnya minyak sapi 3 sd besar susu cair satu cawan garam 3sd kecik gula 2 sd kecik daun pandan koyak2 kan Masukkan dalam kuali 1/2 cawan minyak jagung dengan 3 sd besar minyak sapi. Bila dah panas masukkan bahan tumis, tumis sampai garing dan naik bau. Apabila dah naik bau saya transfer bahan2 ni ke dalam periuk nasi elektrik. Kemudian masukkan susu cair, air yg telah disukat mengikut beras, garam, gula dan daun pandan. Apabila mendidih masukkan beras basmati yg sudah di basuh terlebih dahulu. Biarkan beras masak sepenuhnya. Petua masak nasi guna beras basmati ni jangan selalu kacau. Kacau 2 kali je sekali masa kita masukkan beras sekali lagi bila air dah kering. So siap la nasi minyak kita. Kalau nak buat 1kg beras bahan2nya 1 cawan minyak jagung 5 sudu besar minyak sapi 1 tin susu cair

description

resepi

Transcript of Resepi Masak Nasi Minyak Yang Simple Tapi Sedap

Page 1: Resepi Masak Nasi Minyak Yang Simple Tapi Sedap

Resepi Masak Nasi Minyak Yang Simple Tapi Sedap

Bahan-bahan tumis1 labu bawang besar mayang halus3 ulas bawang putih mayang halushalia ketuk2 jekulit kayu manisbunga lawang 

kiub ayam

beras basmati 3 cawan - klu guna jenama jasmine pusa gold tu mmg panjang berasnyaminyak sapi 3 sd besarsusu cair satu cawangaram 3sd kecikgula 2 sd kecik daun pandan koyak2 kan

Masukkan dalam kuali 1/2 cawan minyak jagung dengan 3 sd besar minyak sapi. Bila dah panas masukkan  bahan tumis, tumis sampai garing dan naik bau. Apabila dah naik bau saya transfer bahan2 ni ke dalam periuk nasi elektrik. Kemudian masukkan susu cair, air yg telah disukat mengikut beras, garam, gula dan daun pandan. Apabila mendidih masukkan beras basmati yg sudah di basuh terlebih dahulu. Biarkan beras masak sepenuhnya. Petua masak nasi guna beras basmati ni jangan selalu kacau. Kacau 2 kali je sekali masa kita masukkan beras sekali lagi bila air dah kering. So siap la nasi minyak kita.

Kalau nak buat 1kg beras bahan2nya

1 cawan minyak jagung5 sudu besar minyak sapi1 tin susu cair

Page 2: Resepi Masak Nasi Minyak Yang Simple Tapi Sedap

JELATAHResepi : Naz@CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan : 1/2 biji nenas sedarhana kecil - dipotong kecil

1 batang timun - dipotong

1-2 labu bawang besar - dimayang

2 batang cili merah - dihiris

1 tsp cuka

1 tsp gula

Secubit garam

Cara: Campurkan semua bahan dan gaul rata. Sedia untuk dihidangkan.

Page 3: Resepi Masak Nasi Minyak Yang Simple Tapi Sedap

Resepi Biskut Aiskrim Bergaya.

Bahan-bahan:-250gram Tepung Gandum100gram Tepung Jagung

250gram Mentega150gram Gula Aising

50gram Serbuk Badam1 sudu teh Esen Vanila

1 Biji Kuning Telur

Bahan Hiasan:-Coklat Masakan Hitam

Coklat Urai Warna Warni ( Sugar Rice )

CARA MEMASAK :-1. Pukul mentega bersama gula aising sehinggan kembang.

2. Masukkan kuning telur dan esen vanila - pukul sehingga sebati.3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk badam - ratakan dan gaulkan

sehingga sebati.4. Canaikan adunan sehingga tebal lebih kurang 1cm.

5. tekapkan dengan acuan bentuk aiskrim.6. Bakar adunan dengan kepanasan 180 Celcius selama 30minit.

7. Biskut yang telah masak sila sejukkan.8. Biskut yang sejuk celup dalam coklat masakkan yang cair.

9. Taburkan plak sugar rice10. Sedia di makan dengan laju selajunya.

Page 4: Resepi Masak Nasi Minyak Yang Simple Tapi Sedap

CRUNCHY NESTUM COOKIES (BISKUT NESTUM RANGUP)RECIPE BY : Naz @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan A :1 cawan tepung gandum - ayak1 1/2 tsp serbuk penaik - ayak2/3 - 1 cawan bijirin NESTUM original - dikisar halus1 cawan bijirin NESTUM original - tak perlu dikisarBahan-bahan B :125 gm butter1/2 cawan gula kastor (boleh kurangkan 1-2 Tbsp untuk kurangkan sikit rasa manisnya)1 tsp esen vanilla1 biji telur gred A @ BBahan-bahan C (untuk hiasan) :Bijirin NESTUM secukupnya - letakkan di dalam sebiji pingganBuah ceri yang dipotong kecil

1. Golekkan bebola ke dalam bijirin nestum.2. Susun di atas dulang pembakar.3. Tekan bebola dengan garfu dan kemudian tekan potongan ceri di atasnya.4. Biskut yang telah dibakar.

Cara penyediaan :Satukan semua bahan A ke dalam sebuah mangkuk. Ketepikan.Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dengan gula hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan telur dan terus memukul hingga sebati lagi.Masukkan bahan A ke dalam bahan adunan dan uli hingga membentuk doh yang lembut. Balut doh dengan plastik pembalut dan simpan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.Keluarkan adunan dari peti sejuk. Cubit sedikit adunan dan bulat-bulatkan menjadi bebola. Golekkan bebola-bebola ini di dalam pinggan berisi bijirin nestum. Susun bebola-bebola ini di atas dulang pembakar yang telah dilapik dengan kertas kalis minyak. Tekan sedikit bebola-bebola ini dengan hujung garfu agar leper sedikit. Ambil buah ceri dan tekankan di tengah-tengah doh sebagai hiasan.Bakar biskut di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 20-25 minit atau sehingga biskut bertukar warna menjadi perang. Sejukkan biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

NOTA NAZ :Biskut yang betul cara pembakarannya akan rangup di luar dan di dalam selepas sejuk pada suhu bilik.

Page 5: Resepi Masak Nasi Minyak Yang Simple Tapi Sedap

Tip : Sekiranya biskut tidak rangup selepas disejukkan, bakar semula biskut pada suhu yang sama selama 5-8 minit lagi menggunakan api bawah sahaja.