Resipi Nasi Beriani

11
MI BANDUNG 1 kg mee kuning 10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan) 1 labu bawang putih (diketuk) 5 biji bawang merah cawan udang kering, direbus ½ dengan Secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar) cawan udang hidup ½ 1 cawan daging rebus (dipotong nipis) Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci) Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar) - 1 cawan gula pasir ¾ 3 - 4 cawan air rebusan daging 1 sudu makan sos tiram Telur ayam (mengikut jumlah hidangan) Garam secukup rasa Minyak untuk menumis Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference. Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris) Cara: Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah. Pijarkan minyak dalam kuali Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing Masukkan sos tiram Masukkan udang, daging rebus Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat Cadangan Hidangan: Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.) Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan) Panaskan dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan Masukkan kedalam mangkuk leper, telur diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka. Hidangkan. Tambahan: Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.

description

resipi

Transcript of Resipi Nasi Beriani

MI BANDUNG

1 kg mee kuning10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)1 labu bawang putih (diketuk)5 biji bawang merah cawan udang kering, direbus dengan Secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar) cawan udang hidup1 cawan daging rebus (dipotong nipis)Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)

- 1 cawan gula pasir3 - 4 cawan air rebusan daging1 sudu makan sos tiramTelur ayam (mengikut jumlah hidangan)Garam secukup rasaMinyak untuk menumisLain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)

Cara:

Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.Pijarkan minyak dalam kualiTumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garingMasukkan sos tiramMasukkan udang, daging rebusMasukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat

Cadangan Hidangan:

Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)Panaskan dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makanMasukkan kedalam mangkuk leper, telur diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.Hidangkan.

Tambahan:

Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.

NASI TOMATO

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk membuat nasi tomato:1.Tomato (dicincang dadu)2.Tomato Puree (satu tin kecil)3.Halia (dikisar halus)4.Bawang Besar dipotong Dadu (2 Labu)5.Minyak Masak6.Marjerin7.Rempah Tumis8.8 pot Beras9.Sedikit Daun Pandan.10.Sedikit air11.Garam12.Serbuk Perasa

Bahan-Bahan untuk Membuat Ayam Masak Merah Madu:1.Ayam yang telah digoreng.2.Halia (dikisar)3.Bawang Putih 1 Labu dan Bawang Merah 2 Labu dikisar bersama4.2 camca besar Madu5.Sos Tomato6.Cili kering dikisar7.Sedikit Minyak Masak8.Bawang Besar,Cili Hijau dan Cili Merah (sekadar hiasan)9.Garam10.Serbuk Perasa11.Gula12.Air

Cara:

Cara-Cara Memasak Nasi Tomato:1.Panaskan sedikit minyak masak di campur dengan Marjerin.2.Setelah panas,masukkan rempah tumis.2.Selepas itu,masukkan pula halia dan bawang besar sehingga naik bau.3.kemudian masukkan tomato yang dipotong dadu dan sedikit air bagi membolehkan tomato tadi sedikit hancur,garam dan sedikit serbuk perasa.4.Masukkan pula tomato puree.5.masak sampai pes untuk nasi tomato tadi sedikit hancur.6.setelah pes tadi kelihatan hancur masukkan pula beras yang telah dicuci ke dalam pes tadi.7.Masukkan pula air mengikut sukatan beras dan daun pandan.8.Tunggu Nasi Tomato tadi sehingga masak.

Cadangan Hidangan:

Cara-Cara Memasak Ayam Masak Merah Madu:1.Panaskan Minyak2.Tumiskan bawang putih,bawang merah dan halia yang dikisar sehingga naik bau.3.kemudian masukkan cili kisar.4.kacau sampai kelihatan garing dan naik bau.5.masukkan sos tomato dan madu,sedikit serbuk perasa,gula,garam dan air.6.masukkan ayam yang telah digoreng tadi.7.gaul sehingga sebati.8.Akhir sekali Bawang Besar,Cili Hijau dan Cili Merah untuk hiasan hidangan ayam masak merah madu tadi.

Tambahan:

Boleh dihidangkan bersama-sama Rendang Daging, Kari Ayam, Acar Nenas dan lain-lain mengikut kesesuaian citarasa anda.

NASI MINYAK

Bahan-Bahan:

cawan minyak sapi2 ulas bawang putih (dicincang)2 labu bawang besar (dihiris)4 kuntum bunga cengkih2.5 sm kulit kayu manis6 biji buah pegaga 6 biji lada putih atau lada sulah (ditumbuk)2 cawan beras2 cawan air1 cawan susu cair camca kecil serbuk kunyit cawan kismis

Cara:Goreng bawang besar dan bawang putih dengan minyak sapi hingga kuning. Campurkan rempah-rempah kecuali kunyit. Biarkan selama lima minit. Masukkan beras, air, susu cair dan kunyit. Kacau kemudian ditutup dan biarkan hingga kering. Masukkan kismis dan kacau hingga rata. Hidangkan dan tabur bawang merah yang telah digoreng ke atasnya.

NASI BERIANI

Bahan-bahan ( 4org )

3 cwn beras basmathi

sedikit rempah tumis

*6 ulas bwg merah (blend)

*5 ulas bwg putih (blend)

*2"halia (blend)

setengah biji bwg besar (hiris)

sedikit daun pudina, daun bawang. daun sup

2-3 tbsp minyak sapi

1tsp garam

sedikit pewarna kuning

gajus dan kismis sebagai hiasan (goreng)

2tbsp rempah baryani

4 setengah cwn air

setengah cwn susu cair

Cara-cara

1. panaskan minyak sapi,kemudian tumis rempah tumis dan rempah baryani

2. masukkan bawang hiris..gorengkan sebentar.kemudian,masukkan pula 2tbsp campuran bwg merah+halia+bwg putih yg di blend tadi.(baki campuran yg di blend akan diguna utk kuah daging baryani).

3. masukkan air..tunggu sampai didih

4. masukkan daun bwg,daun pudina,daun sup.masukkan juga garam.kemudian..masukkan pula beras.kacaukan

5. pindahkan periuk ke dalam rice cooker.biar nasi masak

6. bila nasi dah masak, keluarkan daun-daun yg ade dlm periuk tu.kemudian tambahkan susu cair ke dalamnya.titikkan pewarna..kacaukan.

7. masukkan 2 senduk kecil rempah dari kuah daging baryani ke dalam nasi.kacau rata. (nak lebih 'kick',masukkan juga 2-3 ketul daging bersama kuah dari kuah daging tu ke dalam nasi)

8. masukkan gajus dan kismis.sedia untuk di hidangkan...

LAUK AYAM BERIANI

Bahan-bahan:1 ekor ayam dipotong dan dibersihkan.Bahan blend:1 biji bawang merah besar/ 5 biji shallots3 ulas bawang putih1/2 inci halia

Bahan Tumis:bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga2 biji bawang merah di mayang5 sudu besar minyak sapi3 sudu besar minyak masak4 biji tomato dimesin halus4 sudu besar sos tomato/tomato puree1 cawan susu cairlada hijaudaun ketumbar/daun bawanggaram.gula secukup rasa4-5 sudu besar rempah briyaniCara:1. Panaskan minyak sapi bersama minyak masak. Tumiskan bahan tumis bersama bawang merah yang dihiriskan.2. Masukkan bahan blend dan tumis sebentar.3. Apabila telah naik bau, masukkan rempah briyani.4. Apabila rempah telah garing, masukkan tomato blend, tomato puree, lada hijau,garam, gula dan susu. Apabila telah naik minyak, masukkan ayam.5. Masakkan atas api kecil sehingga naik minyak lagi.6. Bila dah masak masukkan daun ketumbar/daun bawang tadi bersama kismis.7. Apabila telah betul2 masak, ambil sedikit kuahnya utk memasak nasi.

LAUK AYAM BERIANI

BAHAN-BAHAN:1 ekor ayam (potong lapan)5 sudu besar rempah beriani ayam5 sudu besar tomato puri3 sudu besar sos cili1 cawan minyak sapi100 gm daun ketumbar (hiris kasar)2 cawan susu cair70 gm gajus goreng1/2 cawan kismis goreng6 tangkai cili hijau (patah dua)BAHAN TUMIS:1 batang kulit kayu manis5 biji buah pelaga6 kuntum bunga cengkih3 kuntum bunga lawang7 ulas bawang putih15 ulas bawang merah5 cm haliaCARA MENYEDIAKAN:

1. Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng setengah masak. Ketepikan.

2. Panaskan minyak sapi, dan tumis semua bahan tumis hingga naik bau dan kuning.

3. Kemudian masukkan rempah beriani, kismis, sos cili, tomato puri dan daun ketumbar.

4. Tumis hingga pecah minyak. (LANGKAH A) Tuangkan satu cawan air dan biarkan kuah mereneh selama setengah jam sebelum dituangkan susu cair.

5. Bubuhkan garam, cili hijau dan gula. Biarkan mendidih lagi.

6. Masukkan ayam dan gajus. Biarkan kuah pekat, dan hendaklah sentiasa digaul kerana ia mudah berkerak. Kerak mudah terbentuk kerana kita menggunakan susu cair. Rasa beriani SAJI mestilah manis kerana untuk seimbangkan rasa masam tomato puri dan sos cili.

7. Jika anda ingin menggantikan ayam dengan daging, daging yang dicuci bersih dan masukkan langkah A. Daging hendaklah dipotong tebal (4cm x 6cm) dan beli daging yang mudah empuk seperti bahagian topside.

8. Jika anda ingin menggunakan tairu boleh juga. Tairu janganlah banyak, cukup setengah cawan saja. Tapi anda kena kurangkan tomato puri sebanyak tiga sudu dan sos cili satu sudu. Tairu bolehlah dicampur sekali sewaktu menuangkan susu cair.

DALCA DAGINGBahan-bahan ( Satu family )

200gm kacang dhal - direbus

200gm daging lembu - dihiris

2 biji terung bulat - dipotong kecil2

2 biji lobak merah (karot) - dipotong kecil2

2 biji kentang

10 batang kacang panjang - dipotong

50gm serbuk kari daging + sedikit air

4 cawan santan

Sedikit daun kari

Minyak masak dan garam

Bahan tumisan:

3 biji buah pelaga

2 kuntum bunga lawang

3 kuntum bunga cengkih

5 ulas bawang merah - dikisar

2 cm halia - dikisar

3 ulas bawang putih - dikisar

2 biji bawang besar - dikisar

Cara-cara

1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih hingga berbau.

2. Masukkan bahan2 kisar dan kacau rata. Kemudian tuangkan bancuhan serbuk rempah kari. Goreng hingga garing.

3. Seterusnya masukkan daging dan perlahankan api. Masak hingga daging lembut.

4. Akhir sekali, masukkan kacang dhal, santan, sayur-sayuran dan garam. Masak hingga mendidih.

DALCA AYAMBahan-bahan ( 4 orang makan )

Bahan hiris:

2 ulas bawang putih

1/2 biji bawang merah

1 cm halia

Bahan tumbuk:

2 ulas bawang putih

1/2 biji bawang merah

1 cm halia

1 kulit kayu manis

5 biji buah pelaga

5 biji bunga cengkih

minyak secukupnya (lebih sikit pun takpe)

2 sudu besar rempah kari daging

1 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis

1 sudu kecil serbuk jintan putih

air asam jawa secukup rasa

beberapa ketul ayam (terpulang pd anda, saya guna leher, kaki dan peha)

1/2 cawan kacang dhal (direbus hingga lembut, sebahagian diambil dan ditumbuk hingga hancur)

sayur2 spt karot, kacang panjang dan ubi kentang

santan

garam secukup rasa

Cara-cara

1.

Hiris semua bahan hiris dan ketepikan. Sediakan rempah2 seperti di atas. Potong sayur mengikut kreativiti masing2. (Di dalam gambar ini, ada byk kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih.. sebenarnya hanya satu kumpulan shj yg digunakan hehehe.. yg lain tu utk masak lain)

2.

Gaulkan rempah kari daging, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih di dalam sebiji mangkuk dan tambah sedikit air.

3. Tumbuk semua bahan tumbuk dan ketepikan.

4. Panaskan minyak di dalam periuk. Setelah minyak panas, masukkan bahan hiris dan tumis. Sebelum bahan2 hiris berubah menjadi kuning, masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Tumis hingga naik bau dan kekuningan.

5.

Masukkan campuran rempah daging yg dicampur air tadi ke dalam periuk dan biarkan seketika. Kemudian, masukkan bahan tumbuk dan kacau. Tambah sedikit air supaya rempah cair sedikit dan teruskan hingga rempah naik minyak.

6.

Tambah air asam jawa, agak2 supaya tidak terlampau masam tapi ada rasa masam.

7.

Masukkan ketulan ayam.

8.

Setelah ayam separuh masak, masukkan semua kacang dhal yg direbus dan juga yg ditumbuk. Gaul rata.

9.

Masukkan semua sayur2 yg telah dipotong. Tambah garam secukup rasa.

10.

Tambah air mengikut kepekatan yg disukai. Kemudian, tambahkan santan secukupnya (jgn sampai kuah menjadi terlampau putih). Masak sehingga mendidih dan tutup api. Pastikan ubi kentang sudah lembut.

NASI BERIANI (8 ~ 10 orang makan)1 kg beras basmathi kg beras wangi (Brand umbrella)Air (Ikut sama banyak dengan beras) tin susu cair2 sudu besar air limau SunkistBahan2 Tumis1 senduk minyak sapi cawan minyak jagung1 batang kayu manis1 kuntum bunga lawang7 biji bunga cengkih4 biji buah pelaga1 senduk rempah beriani*10 biji bawang merah*6 biji bawang putih*2 cm halia tua*Dikisar halusCARA-CARAPanaskan minyak sapi dan minyak jagung.Tumiskan bahan bahan yang telah dikisar.Masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.Masukkan rempah beriani & terus tumis tetapi jangan sampai hangus ya...Masukkan susu cair. Setelah hampir menggelegak masukkan 2 sudu besar air limau Sunkist.Masukkan air mengikut sukatan beras.Tambahkan lagi cawan air.Masukkan garam dan perasa secukupnya.Apabila menggelegak, masukkan beras. Kacau sesekali supaya tidak berkerak.Apabila nasi hampir kering, kecilkan api dan tutup periuk rapat. Jangan dibuka sehingga keluar wap dari tepi tudung periuk.Nota :Jika suka boleh masukkan 1 cawan jagung sebelum air menggelegak.Boleh juga masukkan daun pandan untuk wangi, sedikit daun sup, daun pudina dan daun bawang.Untuk masak nasi minyak, gunakan resepi di atas tetapi tak perlu masukkan rempah beriani.Untuk masak nasi jagung, hanya tambahkan jagung.Untuk nasi tomato masukkan tomato puree & tomato sos sesedap rasa.Tips:Jika lebih halia nasi akan menjadi muak.Untuk lebih sedap, masakkan ayam/daging beriani dan ambil kuahnya sebagai ganti rempah beriani. Nasi akan menjadi lebih sedap.

DAGING BERIANI

Bahan-bahan ( 4 org )

setengah kg daging lembu (potong kiub)

setengah biji bawang besar (hiris)

baki bwg merah+halia+bwg putih yg di blend **dr resepi nasi baryani batu pahat

1 biji tomato saiz besar (belah 4)

3-4 biji cili hijau

2tbsp tomato puree

1tbsp sos tomato

1/4 cwn susu cair

sedikit ghee

sedikit rempah tumis

3 tbsp rempah baryani

garam,gula,ajinomoto secukup rasa

sedikit daun sup,daun bawang,daun pudina

1 tbsp yogurt

Cara-cara

1. gaul daging dgn yogurt.sementara tu,panaskan minyak sapi (anggaran rata bwh periuk)

2. tumiskan rempah tumis dan bawang yg dihiris.biar bwg agak garing sedikit

3. masukkan baki bwg2 yg diblend.kacau sampai naik bau

4. masukkan daging..gaulkan.

5. masukkan tomato dan cili hijau.cili tu takyah hiris.masuk sebijik2..

6. masukkan pula daun-daun,garam,ajinomoto dan gula.kacaukan sebati

7. tutup periuk,biarkan lebih kurang 10-15minit supaya daging tu lembut. (pastikan kuah tu sama rata ngan daging.kalau tak rata...bule tambah air)

8. ambil seketul daging,picitkan..utk tgk dah lembut atau belum.

9. bila daging dah agak2 empuk,masukkan sos tomato,tomato puree dan susu cair. kecilkan api,kacaukan dan biar lagi atas dapur..

10. last skali..masukkan rempah baryani dan kacaukan sebati..

11.

buleh la di hidang bersama nasi baryani...

12. update:..lupe lak nk bgtau..bule juge ganti daging ni ngan kambing or ayam.kalo kambing ikut je care ni.kalo ayam,goreng skjap(jgn smpai garing) ayam tu..baru masuk dlm kuah..=)