RESOLUSI UMUM Konvensyen dunia melayu dunia islam kali (kdmdi) ke 14 28 & 29 oktober 2013

10
RESOLUSI UMUM Konvensyen dunia melayu dunia islam kali (kdmdi) ke 14 28 & 29 oktober 2013 Hotel Hatten, melaka

description

RESOLUSI UMUM Konvensyen dunia melayu dunia islam kali (kdmdi) ke 14 28 & 29 oktober 2013 Hotel Hatten, melaka. RESOLUSI UMUM KDMDI 14 - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of RESOLUSI UMUM Konvensyen dunia melayu dunia islam kali (kdmdi) ke 14 28 & 29 oktober 2013

Page 1: RESOLUSI UMUM   Konvensyen dunia melayu dunia islam kali (kdmdi) ke 14 28 & 29 oktober 2013

RESOLUSI UMUM Konvensyen dunia melayu

dunia islam kali (kdmdi) ke 14

28 & 29 oktober 2013Hotel Hatten, melaka

Page 2: RESOLUSI UMUM   Konvensyen dunia melayu dunia islam kali (kdmdi) ke 14 28 & 29 oktober 2013

RESOLUSI UMUM KDMDI 14

BAHAWASANYA KONVENSYEN DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM KE-14 YANG DIADAKAN PADA 26 HINGGA 31 OKTOBER 2013, MELAKA, MALAYSIA, YANG DIHADIRI OLEH 752 PESERTA

DENGAN INI MEMUTUSKAN RESOLUSI-RESOLUSI UMUM SEPERTI BERIKUT;

1. Mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka yang telah menyempurnakan perasmian Konvensyen DMDI ke-14 pada hari Isnin, 29 Oktober 2013 jam 8.30 malam di Hotel Hatten, Melaka.

 

Page 3: RESOLUSI UMUM   Konvensyen dunia melayu dunia islam kali (kdmdi) ke 14 28 & 29 oktober 2013

RESOLUSI UMUM KDMDI 14

2. Konvensyen mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Datuk Seri Ir Hj Idris Haron, Ketua Menteri Melaka yang telah hadir dan menyampaikan ucapan di Majlis Perasmian Konvensyen DMDI ke-14. Juga kepada Kerajaan Negeri Melaka yang telah banyak membantu menjayakan program-program DMDI.

3. Mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Senator Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka merangkap Presiden DMDI di atas kepimpinan beliau sehingga dapat meletakkan DMDI ke tahap yang begitu cemerlang dalam tempoh 14 tahun.

 

Page 4: RESOLUSI UMUM   Konvensyen dunia melayu dunia islam kali (kdmdi) ke 14 28 & 29 oktober 2013

RESOLUSI UMUM KDMDI 14

4. Konvensyen mencadangkan menubuhkan pra-sekolah/bimbingan kanak-kanak DMDI dengan menggunakan kurikulum berasaskan Al -Quran dan Sains. 5. Konvensyen juga mencadangkan agar diadakan Perkampungan Hang Tuah di Duyung, Melaka sebagai pusat aktiviti biro sosio budaya DMDI.

- Pembinaan Rumah Adat - Gelanggang silat - Rumah Tradisional Melaka

 

Page 5: RESOLUSI UMUM   Konvensyen dunia melayu dunia islam kali (kdmdi) ke 14 28 & 29 oktober 2013

RESOLUSI UMUM KDMDI 14

4. Konvensyen mencadangkan menubuhkan pra-sekolah/bimbingan kanak-kanak DMDI dengan menggunakan kurikulum berasaskan Al -Quran dan Sains. 5. Konvensyen juga mencadangkan agar diadakan Perkampungan Hang Tuah di Duyung, Melaka sebagai pusat aktiviti biro sosio budaya DMDI.

- Pembinaan Rumah Adat - Gelanggang silat - Rumah Tradisional Melaka

 

Page 6: RESOLUSI UMUM   Konvensyen dunia melayu dunia islam kali (kdmdi) ke 14 28 & 29 oktober 2013

RESOLUSI UMUM KDMDI 146. Mengekalkan program Pertemuan Memartabatkan Adat dan

Peradaban Melayu dengan mengadakan kerjasama dengan Yayasan Tennas Effendy. 7. Asas pegangan DMDI hendaklah jelas iaitu setiap anggota Negara DMDI hendaklah berpegang teguh pada akidah yang berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan merujuk kepada mazhab Syafie sebagai asas peganganmereka. Tindakan segera dan pantas perlu diambil supaya tidak terlambat dan DMDI tidak tunduk akan pengaruh anasir-anasir bukan Islam yang mencemar kesucian Agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

 

Page 7: RESOLUSI UMUM   Konvensyen dunia melayu dunia islam kali (kdmdi) ke 14 28 & 29 oktober 2013

RESOLUSI UMUM KDMDI 14

8. Meningkatkan Pencapaian Pendidikan Melalui Kaedah ICT Dalam Kalangan Ahli-Ahli Negara Anggota DMDI. DMDI akan menjadi pusat rujukan dan perlaksanaan. 9. Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) menjadi institusi pengajian tinggi perantara untuk ahli-ahli DMDI melanjutkan pelajaran diperingkat yang lebih tinggi di Malaysia dan ke negara-negara anggota DMDI yang lain. 10. Menambahkan bilangan usahawan belia di setiap Negara anggota DMDI dengan mengadakan kerjasama atau perkongsian

strategi perniagaan. 

Page 8: RESOLUSI UMUM   Konvensyen dunia melayu dunia islam kali (kdmdi) ke 14 28 & 29 oktober 2013

RESOLUSI UMUM KDMDI 14

11. Meningkatkan sosialisasi dan hubungan di kalangan Negara-negara anggota DMDI dengan membuat jaringan atau

rangkaian di antara ‘Tourism Players’. 12. Membangunkan sektor pelancongan di kalangan negara-negara anggota dunia melayu dunia islam melalui projek- projek pelancongan / program mice dan homestay menerusi kreatif dan inovatif.  13. Konvensyen mencadangkan setiap provinsi / negeri mempunyai Kawasan Pertanian / Peladangan yang dimajukan oleh kalangan ahli perniagaan DMDI. 

Page 9: RESOLUSI UMUM   Konvensyen dunia melayu dunia islam kali (kdmdi) ke 14 28 & 29 oktober 2013

RESOLUSI UMUM KDMDI 14

14. Menjelang 2020, sekurang-kurangnya Hotel DMDI telah diwujudkan di setiap provinsi / negeri. 15. Setiap provinsi/negeri mempunyai DMDI Shoppe menjelang 2020.  16. DMDI mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Bapak-Bapak Gubernur, Ibu-Ibu, Wakil-wakil Gubernur dan semua para peserta Konvensyen dari Negara-negara Anggota DMDI yang telah menyertai Konvensyen ini. Sesungguhnya kehadiran Bpak-Bapak, Ibu-Ibu , Tuan- tuan dan Puan-Puan telah memberi sumbangan yang besar kepada kejayaan Konvensyen ini.

Page 10: RESOLUSI UMUM   Konvensyen dunia melayu dunia islam kali (kdmdi) ke 14 28 & 29 oktober 2013

MAJLIS PENUTUP KONVENSYEN DMDI KALI KE-14

OLEH

YB SENATOR DATUK SERI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAMPRESIDEN DMDI