Resume Tafsir

10
Tafsir Al-qur’an Al-karim karya M. Quraish Shihab A. Biografi Pengarang M. Quraish Shihab adalah seorang ahli tafsir kontemperari abad ini khasnya di Nusantara. Beliau dilahirkan di Rappang, Sulewesi Selatan pada 16 Februari 1944, dan beliau berasal dari keturunan Arab. Ayahnya Prof. KH Abdulrahman Shihab (1905-1986), adalah seorang ulama dalam bidang tafsir. Beliaulah antara yang telah mengasas Universiti Muslim Indonesia (UMI) dan Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Alauddin, di Ujung Pandang. M.Quraish Shihab mendapat didikan peringkat awalnya dari ayahanda beliau, dan seterusnya belajar di Sekolah Dasar dan lanjutan di Bandar (Bandar) Malang, Jawa Timur, dan pada masa yang sama belajar di Pondok Pasentren Darul Hadith al-Faqihiyyah. Seterusnya pada tahun 1958 diusia 14 tahun, beliau dihantar melanjutkan pelajarannya ke Mesir dengan memasuki thanawiyyah al-Azhar, seterusnya memasuki Universiti al-Azhar dalam Fakulti Usuluddin (Jabatan Tafsir dan Hadith). Pada tahun 1969 beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Master dalam bidang yang sama. Pada tahun 1982, dengan Disertasi berjudul Nazhm Al- Durar Li Al-Biqa'I, beliau berjaya meraih gelar Doktor dalam ilmu-ilmu Al-Qur'an dengan penghargaan tahap 1 (Mumtaz Ma'a Martabat Al-Syarf Al-'Ula). Dengan prestasinya itu, dia tercatat sebagai orang pertama di Asia Tenggara yang meraih gelaran tersebut. Pengabdian dibidang pendidikan mengantarkan Quraish Shihab menjadi Rektor IAIN Syarif Hidayatullah pada tahun 1992-1998. Beliau juga diamanahkan untuk menduduki pelbagai jawatan. Antaranya Ketua Majelis Ulama Indonesia (MPU) pusat tahun 1985-1998, Ahli Lajnah Pentashih Al- Quran Departement Agama sejak 1989, Anggota MPR RI 1982- 1987. Dan sehingga sekarang beliau adalah Pensyarah Pasca

description

tafssss

Transcript of Resume Tafsir

Page 1: Resume Tafsir

Tafsir Al-qur’an Al-karim karya M. Quraish Shihab

A. Biografi Pengarang

M. Quraish Shihab adalah seorang ahli tafsir kontemperari abad ini khasnya di Nusantara. Beliau dilahirkan di Rappang, Sulewesi Selatan pada 16 Februari 1944, dan beliau berasal dari keturunan Arab. Ayahnya Prof. KH Abdulrahman Shihab (1905-1986), adalah seorang ulama dalam bidang tafsir. Beliaulah antara yang telah mengasas Universiti Muslim Indonesia (UMI) dan Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Alauddin, di Ujung Pandang.

M.Quraish Shihab mendapat didikan peringkat awalnya dari ayahanda beliau, dan seterusnya belajar di Sekolah Dasar dan lanjutan di Bandar (Bandar) Malang, Jawa Timur, dan pada masa yang sama belajar di Pondok Pasentren Darul Hadith al-Faqihiyyah. Seterusnya pada tahun 1958 diusia 14 tahun, beliau dihantar melanjutkan pelajarannya ke Mesir dengan memasuki thanawiyyah al-Azhar, seterusnya memasuki Universiti al-Azhar dalam Fakulti Usuluddin (Jabatan Tafsir dan Hadith). Pada tahun 1969 beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Master dalam bidang yang sama.

Pada tahun 1982, dengan Disertasi berjudul Nazhm Al-Durar Li Al-Biqa'I, beliau berjaya meraih gelar Doktor dalam ilmu-ilmu Al-Qur'an dengan penghargaan tahap 1 (Mumtaz Ma'a Martabat Al-Syarf Al-'Ula). Dengan prestasinya itu, dia tercatat sebagai orang pertama di Asia Tenggara yang meraih gelaran tersebut.

Pengabdian dibidang pendidikan mengantarkan Quraish Shihab menjadi Rektor IAIN Syarif Hidayatullah pada tahun 1992-1998. Beliau juga diamanahkan untuk menduduki pelbagai jawatan. Antaranya Ketua Majelis Ulama Indonesia (MPU) pusat tahun 1985-1998, Ahli Lajnah Pentashih Al-Quran Departement Agama sejak 1989, Anggota MPR RI 1982-1987. Dan sehingga sekarang beliau adalah Pensyarah Pasca Sarjana Universitas Islam Negeri (UIN) Jakarta dan Pengarah Pusat Pengajian Al-Quran (PSQ) Jakarta.

B. Karya Penulisan M. Quraish Shihab

Diantara buku buku yang paling menonjol dikalangan masyarakat bangsa Indonesia adalah:

1. Mukjizat Al-Quran Di Tinjau Dari Aspek Kebahasaan, Isyarat Ilmiah Dan Pemberitaan Ghaib (Bandung: Mizan, 1996).

2. Tafsir Al-Amanah (Jakarta: Pustaka Kartini, 1992).

3. Membumikan Al-Quran (Bandung: Mizan, 1995).

4. Kajian Kritis Al-Manar (Bandung: Pustaka Hidayah, 1994).

5. Wawasan Al-Quran: Tafsir maudhi Atas Berbagai Persoalan Umat (Bandung: Mizan, 1996).

Page 2: Resume Tafsir

6. Tafsir Al-Quran Al-Karim: Tafsir Atas Surat-surat Pendek Berdasarkan Urutan turunya Wahyu (Bandung: Pustaka Hidayah, 1999).

7. Pengantin Al-Quran (Jakarta: Lentera Hati, 1999)

8. Tafsir Al-Quran (Bandung: Pustaka Hidayah, 1997)

9. Logik Agama: Batas-batas Akal Dan Kedudukan Wahyu Dalam Al-Quran.

10.Tafsir Al-Manar, Keistimewaan Dan Kelemahannya (Ujung Pandang: Iain Alauddin, 1984).

11.Mahkota tuntunan Ilahi: Tafsir Surat Al Fatihah (Jakarta: Untagma, 1988).

12.Tafsir Al-Misbah (Jakarta: Lentera Hati, 2003).

13.Menyingkap Tabir Ilahi: Tafsir Asma Al-Husna (Bandung: Lentera Hati, 1998)

14.Al-Qur'an dan Maknanya (Jakarta: Lentera Hati)

C. Latar Belakang Penulisan

Pada tahun 1997 penerbit pustaka hidayah telah menerbitkan karya penulis "Tafsir Al-Qur'an Al-Karim". Buku ini beredar setelah buku terdahulu, yaitu wawasan Al-Quran, sebahagian huraian yang dibentangkan di dalam kitab ini telah selesai penulisannya jauh sebelum terbitnya wawasan Al-Quran, bahkan telah termuat dalam majalah Amanah beberapa tahun yang lalu.

Ketika M.Quraish Shihab menulis kitab tafsir ini, beliau lebih terpengaruh oleh pengalaman selama belasan tahun mengajar tafsir di Perguruan Tinggi. Dalam satu semester hanya beberapa belas ayat yang dapat diselesaikan pembahasannya, kerana itu terjadi banyak pengulangan dalam penafsirannya.

D. Manhaj Dan Corak Tafsir

Kaedah yang digunakan di dalam Tafsir Al-Qur'anul Karim ini adalah dengan menggunakan kaedah tahlili. Yakni menafsirkan ayat demi ayat sesuai dengan susunannya dalam setiap surah dengan bentuk bil-ma'tsur. M. Quraish juga mengemukakan uraian-uraiannya dengan corak lughawi yaitu meneliti perbendaharaan kata atau ungkapan Al-Quran dengan merujuk kepada pandangan pakar-pakar bahasa, kemudian memperhatikan bagaimana perbendaharaan kata atau ungkapan itu digunakan didalam Al-Qur'an, lalu memahami arti ayat atas dasar penggunaan kata tersebut oleh al-Qur'an. Beliau juga memberi muatan makna (pengertian) yang berbeza pada kata tersebut.

E. Sumber Rujukan Tafsir Al-Qu’ran Karim

Huraian-huraian tafsir dalam buku ini banyak merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah. Selain itu beliau juga banyak merujuk kepada pakar-pakar bahasa. M.Quraish shihab juga banyak mengambil pendapat ulama'-ulama 'terkemuka dalam

Page 3: Resume Tafsir

perbahasannya. Antaranya adalah pendapat Muhammad Abduh, Sayyid Qutub, Al-Maraghi dan lain-lain.

F. Keistimewaan Dan Kekurangan Tafsir

Keistimewaan:

1. Berbahasa Indonesia. Untuk memberikan kemudahan bagi masyarakat Indonesia memahaminya.

2. Kaedah yang disajikan boleh jadi sesuai untuk dihidangkan kepada para mahasiswa yang mempelajari mata kuliah tafsir.

3. Pemakai tafsir ini dikalangan cendekiawan dan ilmu.

Kekurangan:

1. Kurang digunakan untuk rujukan.

2. Kurang menarik minat kebanyakkan orang.

3. Tafsiran yang bertele-tele dalam huraian mengenai pengertian kosa kata. Sehingga sukar difahami dalam waktu yang relatif singkat.

4. Berbahasa Indonesia. Sukar untuk difahami oleh pembaca yang tidak mengerti bahasa Indonesia.

G. Contoh Penafsiran:

“ خسر لفى اإلنسان إن ”

Artinya: Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian.

Kata al-insan (manusia) - sebagaimana telah dihuraikan dengan terperinci pada surah Al-Alaq-terambil dari akar kata yang dapat bererti "gerak / dinamisme", "lupa" merasa bahagia / senang ".

Ketiga arti ini mengaggarkan sebahagian dari sifat atau ciri khas manusia: ia bergerak walaupun seyogianya mempunyai dinamisme; ia juga mempunyai sifat lupa atau seyogianya melupakan kesalahan-kesalahan orang lain; dan ia pun merasa bahagia dan senang bila bertemu dengan jenisnya, atau seyogianya selalu berusaha memberi kesenangan dan kebahagian kepada diri dan makhluk-makhluk lainnya.

Boleh disumpulkan bahawa dalam Al-quran, semua kata al-insan (االنسان) yang menggambil bentuk definite (ma'rifah) menunjukkan kepada jenis-jenis manusia tanpa kecuali, baik mukmin maupun kafir.

Menyangkut ayat yang ditafsirkan ini, sedikit catatan yang diberikan Abduh menyangkut kata tersebut perlu dikemukakan, yakni bahawa kata manusia disini, walaupun bersifat umum, tetapi tidak termasuk mereka yang tidak mukallaf seperti mereka yang belum dewasa, atau gila.

Page 4: Resume Tafsir

TAFSIR DEPARTEMEN AGAMA

A. Latar Belakang Penulisan

Penulisan kitab tafsir Al-Quran Dan Tafsirnya ini disusun dibawah Yayasan Penterjemahan/Pentafsiran Al-Quran pada tahun 1967 atau intruksi dari Departemen Agama. Latar belakang atau tujuan dari penerbitan kitab tafsir ini adalah: pertama, pembuatan tafsir ini menjadi bagian dari rencana pembangunan pemerintah lima tahunan dari pemerintahan pusat dan telah dianggap oleh masyarakat islam sebagai bukti bahwa negara telah terlibat dalam menyeberluaskan nilai-nilai islam kepada masyarakat. Kedua, para sarjana muslim dari berbagai IAIN telah dilibatkan dalam menerjemahkan dan mempersiapkan komentar-komentar yang menyertainya, memperlihatkan kedewasaan dan kemampuannya sebagai para ahli tafsir. Ketiga, Departemen Agama telah merencanakan untuk menciptakan standar-standar dalam pembuatan tafsir dan terjemahan lebih lanjut, dan kitab tafsir ini telah memenuhi harapan tersebut. Keempat, satu kelompok bangsa Indonesia dari dan luar pemerintah yang disebut “Muslim Nasionalis”, telah menginginkan pandangan ideologi mereka bisa dijelaskan melalui pembuatan kitab tafsir ini.

Ini beberapa faktor yang membelakangi penulisan atau penerbitan sebuah kitab tafsir DEPAG RI yang berjudul Al-Quran Dan Tafsirnya.

B. Biografi Pengarang

Al Qur’an dan Tafsirnya, yang disusun oleh Dewan Pentafsir yang dibentuk oleh Departemen Agama RI. Berdasarkan Surat keputusan Menteri Agama nomor 30 tahun 1980 yang terdiri atas:

1. Prof. K.H. Ibrahim Husein, LML : Ketua

2. K.H. Syukri Gazali : Wakil

3. K.H. Hoesein Thoib : Sekretaris

4. Prof. H. Bustami A.Gani : Anggota.

5. Prof. Dr. K.H. Muchtar Yahya : Anggota.

6. Drs Kamal Muchtar : Anggota.

7. Prof. K.H. Anwar Musaddad : Anggota.

8. K.H. Sapari : Anggota.

9. Prof. K.H. M. Salim Fachry : Anggota.

10. K.H. Muchtar Luthfi El Anshari : Anggota.

11. Dr. J.S. Badudu : Anggota.

12. K.H.M. Amin Nashir : Anggota.

Page 5: Resume Tafsir

13. H.A. Aziz Darmawijaya : Anggota.

14. K.H.M. Nur Asyik. MA : Anggota.

15. K.H.A. Razak : Anggota.

Dalam rangka penyempurnaan atau penerbitan edisi baru Tafsir Departemen Agama, Menteri Agama mengeluarkan keputusan Nomor 280 Tahun 2003 sebagai dasar pembentukan tim penyusunan tafsir penyempurnaan dimaksud, dengan susunan anggota tim sebagai berikut:

1. Dr. H. Ahsin sakho Muhammad, M.A : Ketua.

2. Prof.KH. Ali Mustafa Yaqub, M.A : Wakil Ketua.

3. Drs. H. Muhammad Shohib, M.A : Sekretaris

4. Prof. Dr. H. Rif’at Syauqi nawawi, M.A : Anggota.

5. Prof. Dr. H. Salman harusn : Anggota.

6. Dr. Hj. Faizah Ali Sibromalisi : Anggota.

7. Dr. H. Muslih Abdul Karim : Anggota.

8. Dr. H. Ali Audah : Anggota

9. Prof. Dr. Hj. Huzaimah T. Yanggo, M.A. : Anggota

10. Prof. Dr. H. M. Salim Umar, M.A. : Anggota

11. Prof. Dr. H. Hamdani Anwar, M.A. : Anggota

12. Drs. H. Sibli Sardjaja, LML : Anggota

13. Drs. H. Mazmur Sya’roni : Anggota

14. Drs. H. M. Syatibi AH. : Anggota

15. Dr. Hery Harjono : Anggota

16. Dr. Muhammad Hisyam : Anggota

C. Karya Departemen Agama RI

1. Al-Quran Dan Terjemahan.

2. Al-Quran Dan Tafsirannya.

D. Sumber Rujukan Tafsir Departemen Agama RI

Tafsir ini menafsirkan Al-Qur’an dewan mengambil tafsir-tafsir yang cukup terkenal untuk dijadikan sebagai sumber dalam penafsirannya dan sebagai pedoman pokok antara lain:

Page 6: Resume Tafsir

1. Tafsir Al- Maraghi oleh Mustafa Al-Maraghi

2. Tafsir Mahsinut Ta’wil oleh Al-Qasimy

3. Tafsir Anwarut Tanzil wa asraut Tafshil oleh Al-Baidhawy

4. Tafsir AL-Qur’anul karim oleh Ibnu Katsir

5. Tafsir Al-Manar oleh Muhammad Baduh dan Rasyid Ridho

6. Tafsir Fi zhilaalil Qur’an oleh Said Kutub

Untuk memberikan nuansa bahasa tafsir Ibnu Asyur juga dijadikan rujukan terutama nampak pada tafsir edisi baru.

E. Metode Penafsiran

Kitab tafsir ini menggunakan metode Tahlili atau penafsiran ayat per ayat sesuai urutan yang ada dalam mushaf mulai al-Fatihah hingga al-Nas. Metode tahlili juga bisa diartikan dengan memaparkan segala aspek yang terkandung didalam ayat ayang ditafsirkan itu serta menerangkan makna-makna yang tercakup didalamnya.

F. Bentuk Dan Corak Yang Digunakan

Tafsir ini mengambil pendekatan Bi al-Ma’tsur dan juga Bi al-Ra’yi karena di dalam pelaksanaan penafsirannya dilakukan Al-Qur’an dengan Al-Qur’an karena pada satu tempat Al-Qur’an menjelaskan secara global dan di tempat lain dijelaskan secara luas. Apabila tidak didapat di dalam Al-Qur’an maka diambil dari as-sunnah, karena as-sunah sebagai penjabaran dan penjelasan dari Al-Qur’an. Apabila tidak didapati dari as-sunnah maka diambil dari pendapat para sahabat karena mereka adalah orang-orang yang lebih mengetahui tentang Al-Qur’an setelah Rasulullah SAW. Mereka menyaksikan turunnya Al-Qur’an dan pada peristiwa apa Al-Qur’an diturunkan. Apabila tidak didapati dari pendapat para sahabat maka diambil dari pendapat tabi’iin, seperti Mujahid bin Jabir, Sa’ad bin Jubair, Iqrimah Maula bin Abbas, Hasan bin al-Bisry, dan lain-lain.

Disamping Bi al-Ma’tsur, tafsir ini menggunakan pendekatan Bi al-Ra’yi karena di dalamnya dikutip juga pendapat-pendapat para mufassir terkemuka baik klasik maupun kontemporer.

G. Sistematika Penulisan

1. Menulis ayat-ayat diikuti dengan menerjemahkannya.

2. Lalu tafsir ayat perayat. Dalam prakteknya penafsiran dilakukan; ayat dengan ayat, atau riwayah, pendapat shahabah, pendapat tabiin dan para ahli tafsir.

3. Kesimpulan, pada tiap akhir dari penafsiran dari satu ayat atau beberapa ayat yang berkaitan tersebut diberi kesimpulan. Kesimpulan dan penutup diberikan pada tiap akhir pembahasan suatu surah.

Page 7: Resume Tafsir

4. Pada akhir surah juga dijelaskan munasabah, yakni hubungan dan persesuaian surah yang telah dibahas dengan surah berikutnya.

H. Keistimewaan Dan Kekurangan Tafsir

Keistimewaan :

1. Menggunakan bahasa Indonesia yang lengkap dan sentiasa diperbaharui kalimatnya dalam setiap cetakan

2. Menggunakan sub bab yang memudahkan untuk carian dan pembacaan.

3. Memasukkan asbabun nuzul yang paling shahih sanadnya.

Kekurangan:

1. Kurang digunakan untuk rujukan

2. Kurang diterima masyarakat.