RIMUP 2014

7
PROGRAM RIMUP: RAYA MERDEKA:IZIN ILMU, WARGA EMAS SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT PATRICK, MUKAH 2014 1.PENDAHULUAN Berdasarkan dapatan semasa, murid sekolah juga didapati kurang mengenali dan menghayati lambang-lambang negara seperti bendera dan jata negara. Perkembangan ini dibimbangi akan jejas menjejas semangat patriotisme kalangan murid di Malaysia. Pelbagai program dan aktiviti telah dilaksanakan agar matlamat dan objektif tersebut dapat dicapai.Di sekolah juga, melalui aktiviti RIMUP ia dilihat mampu menggalakkan murid meningkatkan semangat patriotik dijiwa mereka dan galakan memiliki dan mengibarkan Jalur Gemilang , mengadakan pertandingan fotografi dan melukis sempena bulan kemerdekaan dilihat sebagai usaha ini berterusan. Aktiviti yang memfokuskan kepada pengenalan tokoh-tokoh dan pemimpin negara daripada pelbagai kaum serta mengetahui tempat-tempat bersejarah negara perlu diutamakan dalam aktiviti RIMUP umpamanya. Bagi menyahut usaha kerajaan , pihak SKSP Mukah telah membina program RIMUP tahunan bermula tahun 2011 yang dirangka bertepatan dengan matlamat objektif RIMUP. Bertepatan dengan objektifnya yang melibatkan komuniti lain, pihak PIBG merupakan tonggak utama dalam program ini. Perlaksanaannya pada pasca bulan merdeka dan

Transcript of RIMUP 2014

Page 1: RIMUP 2014

PROGRAM RIMUP: RAYA MERDEKA:IZIN ILMU, WARGA EMAS SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT PATRICK, MUKAH 2014

1. PENDAHULUAN

Berdasarkan dapatan semasa, murid sekolah juga didapati kurang mengenali dan

menghayati lambang-lambang negara seperti bendera dan jata negara. Perkembangan

ini dibimbangi akan jejas menjejas semangat patriotisme kalangan murid di Malaysia.

Pelbagai program dan aktiviti telah dilaksanakan agar matlamat dan objektif tersebut

dapat dicapai.Di sekolah juga, melalui aktiviti RIMUP ia dilihat mampu menggalakkan

murid meningkatkan semangat patriotik dijiwa mereka dan galakan memiliki dan

mengibarkan Jalur Gemilang , mengadakan pertandingan fotografi dan melukis

sempena bulan kemerdekaan dilihat sebagai usaha ini berterusan. Aktiviti yang

memfokuskan kepada pengenalan tokoh-tokoh dan pemimpin negara daripada pelbagai

kaum serta mengetahui tempat-tempat bersejarah negara perlu diutamakan dalam

aktiviti RIMUP umpamanya.

Bagi menyahut usaha kerajaan , pihak SKSP Mukah telah membina program

RIMUP tahunan bermula tahun 2011 yang dirangka bertepatan dengan matlamat

objektif RIMUP. Bertepatan dengan objektifnya yang melibatkan komuniti lain, pihak

PIBG merupakan tonggak utama dalam program ini. Perlaksanaannya pada pasca

bulan merdeka dan pada bulan hari Malaysia, matlamat dan objektif program ini

meletakkan asas perpaduan sebagai agenda utama. Program ini akan dilaksanakan

dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang sesuai dan mampu mencapai matlamat dan

objektif RIMUP itu sendiri umpamanya Pertandingan Kuiz Kemerdekaan, Pertandingan

Pakaian Patriotik, Pertandingan Kelas Merdeka dan sebagainya. Usaha ini diharapkan

Page 2: RIMUP 2014

Mampu meningkatkan tahap kesedaran dan kecintaan warga SKSP Mukah terhadap

semangat 1Malaysia.

2. RASIONAL

Sambutan Majlis RIMUP kali ini dilaksanakan pada bulan September bertepatan

dengan bulan sambutan Hari Malaysia yang akan diraikan pada 16 September kelak.

Majlis RIMUP kali ini juga masih lagi dilangsungkan dalam bulan Syawal dan

kesempatan ini memudahkan jawatankuasa pelaksana RIMUP SKSP Mukah

merancang agar program ini digabungkan dengan program Ramah Tamah

berkonsepkan perkongsian budaya pelbagai kaum yang terdapat di SKSP Mukah. Kita

juga menengahkan warga Emas yang banyak berbakti kepada SK Saint Patrick iaitu

mantan guru besar serta bekas guru yang pernah berkhidmat disini.

3. MATLAMAT

Majlis RIMUP : RAYA MERDEKA : WARGA EMAS IZIN ILMU kali ini

bermatlamatkan pemupukan kesefahaman dan perkongsian budaya kearah perpaduan

1Malaysia. Kerjasama semua pihak yang terlibat mencerminkan kesefahaman dan

pembudayaan semangat 1 Malaysia kalangan seluruh warga SKSP Mukah dan juga

penglibatan pihak PIBG.

4. OBJEKTIF

4.1 Perlaksanaan majlis RIMUP : RAMAH TAMAH AIDILFITRI kali ini diharap

akan menyemaikan budaya bekerja berpasukan kalangan warga SKSP

terutamanya guru agar mampu membimbing budaya tersebut kepada murid

dalam usaha menjayakan semua perancangan program ini.

4.2 Program ini juga diharap mampu mengekalkan semangat kerjasama warga

SKSP termasuklah PIBG sekolah.

4.3 Murid juga diharap akan mengetahui dan berkongsi budaya perayaan dan

pakaian tradisional pelbagai kaum yang terdapat di SKSP khususnya dan di

Malaysia amnya.

4.4 Perkongsian ini diharap mampu menyemai semangat perpaduan dan

persefahaman budaya kalangan warga SKSP Mukah..

Page 3: RIMUP 2014

4.5 Memupuk kreativiti murid melalui pertandingan yang dianjurkan.

4.6 Menyuntik semangat 1 Malaysia dan patriotisme ke seluruh warga SKSP

Mukah.

5. PERLAKSANAAN

5.1 TARIKH : 07 OGOS 2014

5.2 HARI : KHAMIS

5.3 MASA : 2:30 PETANG HINGGA 5:00 PETANG

5.4 TEMPAT : SK ST PATRICK,MUKAH.

6 KUMPULAN SASARAN

6.1 SEMUA GURU

6.2 SEMUA KAKITANGAN SOKONGAN DAN PENTADBIRAN

6.3 SEMUA MURID SKSP

6.4 SEMUA IBU BAPA

6.5 EXCO PIBG

7 ANGGARAN PERBELANJAAN

7.1 HADIAH CABUTAN BERTUAH RM 200.00

7.2 CENDERAHATI RM 300.00

7.3 HADIAH PERTANDINGAN RM 600.00

7.4 JAMUAN

7.4.1 RM15 X 150 (IBU BAPA/WARGA EMAS) RM 2250.00

7.4.2 RM15 X 45 (STAF) RM 675.00

7.4.3 RM8 X 376 (MURID) RM 3008.00

7.5 PERALATAN SIARAYA RM 1000

JUMLAH RM8033

Page 4: RIMUP 2014

8 SUMBER KEWANGAN

8.1 SUMBANGAN PERIBADI GURU DAN IBUBAPA

8.2 SUMBANGAN PIHAK SWASTA

9 JAWATANKUASA PROGRAM

9.1 PENASIHAT : ENCIK LAWRENCE BIN AJIM

(GURU BESAR , SKSP MUKAH)

9.2 PENGERUSI 1 : ENCIK KIPLI BIN ABDULLAH

(PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)

9.3 PENGERUSI 2 : OMAR BAKHTHIAR

(YDP PIBG )

9.4 NAIB PENGERUSI 1: TN.HJ JAAFAR BIN HJ ZAIN

(PENOLONG KANAN KURIKULUM)

9.5 NAIB PENGERUSI 2: EN MOSSES(PEN. KANAN HAL EHWAL MURID)

9.6 PENYELARAS PROGRAM : EN. AHMAD BIN LILI

9.7 PENOLONG PENYELARAS : PN.SALAWATIE TE AWAN

9.8 SETIAUSAHA : PN. CHRISTINA MANSOR

9.9 PENOLONG SETIAUSAHA : PN.SITI NORMALLY

9.10 BENDAHARI : PN.FAKHRIAH

9.11 PENOLONG BENDAHARI : PN.NURLIYANA BTE MAHAMOOD

9.12 AJK :

1.SEMUA GURU DAN SEMUA STAF SK ST PATRICK

2. SEMUA EXCO PIBG/ KETUA KAUM

Page 5: RIMUP 2014

3. SEMUA AJK IB KELAS

10 ATURCARA PROGRAM

2:15 PETANG : KEHADIRAN TETAMU JEMPUTAN

2:30 PETANG : MAJLIS BERMULA

: UCAPAN EN.LAWRENCE BIN AJIM

(GURU BESAR SKSP,MUKAH)

: UCAPAN DSP OMAR BAKHTHIAR

(YDP PIBG SKSP)

:PROGRAM MAJLIS IZIN ILMU (UPSR)

1.Suapan Kasih ( Ibubapa dan murid Tahun 6)

2.Izin Ilmu (Guru dan Murid Tahun 6)

: PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN:

1. KELAS MERDEKA

2. KELAS KREATIF

3. PAKAIAN MERDEKA

4. KUIH CANTIK

5. KUIH TERSEDAP

: ZIARAH KELAS TERBUKA

4:30 PETANG : MAJLIS BERSURAI

11 PENUTUP

Page 6: RIMUP 2014

Semoga segala usaha dan kerjasama kali ini mampu mencapai objektif dan

matlamat program. Kerjasama semua pihak samada secara langsung mahupun tidak

didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

______________________________ ___________________________

AHMAD BIN LILI EN.KIPLI BIN ABDULLAH

(PENYELARAS PROGRAM) (PK KOKURIKULUM)

(GURU BIMBINGAN KAUNSELING)

Disahkan oleh :

_____________________________

EN LAWRENCE BIN AJIM

(GURU BESAR SK ST PATRICK,MUKAH)