Ringkasan Eksekutif MIB
-
Upload
taufiqurrahman-al-azizi -
Category
Education
-
view
43 -
download
8
Transcript of Ringkasan Eksekutif MIB
RINGKASAN EKSEKUTIF
TAJUK PROGRAM Mega Interaksi Biokimia 2014
TUJUAN Kelab Biokimia merupakan tunjang kepada mahasiswa yang
mengambil kursus Biokimia di Fakulti Sains & Teknologi UKM. Selaras
dengan itu, adalah sesuatu yang penting untuk Kelab Biokimia terus
kreatif dan terkehadapan untuk memastikan setiap warga seimbang
dari semua aspek termasuk akademik, sahsiah, rohani, jasmani dan
seumpamanya.
Dengan itu, Kelab Biokimia telah merancang untuk merapatkan ukhwah
sesama warga Biokimia dengan mengadakan Mega Interaksi Biokimia
2014 di Kuala Linggi, Melaka. Idea untuk menggerakkan program ini
tercetus apabila melihat majoriti ahli Kelab Biokimia telah banyak
menghabiskan masa di dalam makmal ujikaji sahaja menyebabkan
ruang untuk mereka berinteraksi secara efisien antara satu sama lain
agak terbatas. Melalui program yang dirancang ini, Kelab Biokimia
mengharapkan ukhwah antara mahasiswa Biokimia menjadi lebih erat
lagi.
OBJEKTIF
PROGRAM
1. Supaya setiap mahasiswa Biokimia dapat mengenali antara satu
sama lain.
2. Medium mahasiswa Biokimia mengenali potensi diri untuk terus
mara kehadapan dalam aspek akademik dan lain-lain.
3. Memberi pendedahan bagaimana menguruskan sesuatu program
dengan baik dan berkesan di samping membantu pelajar Kelab
Biokimia untuk meningkatkan kebolehan dalam menguasai 8
domain yang tersenarai di dalam kontrak pembelajaran. Antara
domain tersebut ialah :
i. Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban
ii. Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran
Sepanjang Hayat
iii. Kemahiran Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme
iv. Penilaian Kritikal, Penyelesaiaan Masalah dan
Pendekatan Saintifik
v. Kepimpinan dan Kerja Berpasukan
vi. Kemahiran Kreatif dan Inovatif
vii. Kemahiran Berkomunikasi
viii. Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan
4. Menerapkan nilai etika, moral dan profesionalisme.
5. Menggalakkan para mahasiswa dapat berkomunikasi sesama
mereka dengan baik.
6. Menanam sifat kepimpinan dalam diri mahasiswa dan
menggalakan kerja berpasukan.
7. Memberi tunjuk ajar kepada mahasiswa tentang teknik belajar
yang betul di universiti.
ANJURAN Kelab Biokimia, Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi, Fakulti
Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
TARIKH PROGRAM DARI: 27 September 2014 HINGGA: 28 September 2014
TEMPAT PROGRAM Kem Alang Sedayu, Batu 12 ¾, Jalan Bentong Lama, Alang Sedayu, 53100
Gombak, Selangor.
PERASMI PERMULAAN: Mohamad Mustaqim bin Abas, YDP Kelab Biokimia
PENUTUPAN: Mohamad Azizi bin Md Said, Ketua Pengarah Mega
Interaksi Biokimia 2014
BILANGAN
PESERTA
60 orang
PENGARAH
PROGRAM
NAMA : Mohamad Azizi bin Md Sid
NO. TELEFON: 019-5069608
FAKULTI : FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI (FST)