Ringkasan eksekutif -...

13
NAMA JABATAN : PEJABAT DAERAH DAN TANAH JASIN NAMA INISIATIF INOVASI : KAUNTER PANDU LALU PEMBAYARAN CUKAI TANAH PEJABAT DAERAH DAN TANAH JASIN Ringkasan eksekutif Kutipan cukai tanah adalah salah satu sumber hasil utama bagi Negeri Melaka.Pada tahun 2017, kutipan cukai tanah bagi negeri Melaka dianggarkan berjumlah Rm108.1 juta iaitu 32% daripada keseluruhan kutipan hasil bagi negeri Melaka. Saban tahun, jumlah kutipan cukai tanah bagi negeri Melaka meningkat sebanyak 3% berikutan pertambahan hakmilik temasuk tanah dan strata serta pembangunan tanah yang semakin meningkat. Mengikut kanun Tanah Negara 1956, cukai tanah hendaklah dibayar mulai 1 Januari setiap tahun sehingga 31 Mei. Mana-mana bayaran cukai tanah yang tidak dijelaskan sebelum 31 Mei setiap tahun akan menjadi tunggakan dan boleh dikenakan denda lewat. Unit Hasil setiap pejabat tanah di negeri Melaka bertanggungjawab menyelaras, mengutip dan menguruskan hasil kutipan cukai tanah. Setiap tahun, isu tunggakan cukai tanah sering menjadi topik utama dalam pengurusan hasil negeri yang melibatkan setiap pentadbiran tanah. Setiap pentadbiran tanah menghadapi masalah masing-masing dalam menguruskan kutipan hasil cukai tanah. Terdapat banyak punca yang menjadikan cukai tanah tertunggak dan tidak dibayar oleh pemilik tanah kepada Pejabat Daerah dan Tanah di seluruh negara. Antara punca utama yang dapat dikenalpasti adalah sikap pemilik tanah yang tidak endah dan peka dalam pembayaran cukai tanah. Antara alasan yang sering diberikan oleh pemilik tanah adalah : 1. tidak mempunyai masa untuk ke kaunter bayaran cukai tanah 2. kekangan masa pada hari bekerja 3. masa menunggu yang lama di kaunter bayaran 4. tempat meletak kereta yang jauh/terhad untuk pelanggan mendapatkan khidmat di kaunter bayaran 5. kekurangan platform pembayaran

Transcript of Ringkasan eksekutif -...

Page 1: Ringkasan eksekutif - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/...pandu-lalu...pejabat-daerah-dan-tanah-jasin.pdf · Nasional di seluruh Malaysia, semua kaunter pejabat POS

NAMA JABATAN : PEJABAT DAERAH DAN TANAH JASIN

NAMA INISIATIF INOVASI : KAUNTER PANDU LALU PEMBAYARAN CUKAI TANAH PEJABAT DAERAH DAN TANAH JASIN

Ringkasan eksekutif

Kutipan cukai tanah adalah salah satu sumber hasil utama bagi Negeri Melaka.Pada

tahun 2017, kutipan cukai tanah bagi negeri Melaka dianggarkan berjumlah Rm108.1 juta

iaitu 32% daripada keseluruhan kutipan hasil bagi negeri Melaka. Saban tahun, jumlah

kutipan cukai tanah bagi negeri Melaka meningkat sebanyak 3% berikutan pertambahan

hakmilik temasuk tanah dan strata serta pembangunan tanah yang semakin meningkat.

Mengikut kanun Tanah Negara 1956, cukai tanah hendaklah dibayar mulai 1 Januari

setiap tahun sehingga 31 Mei. Mana-mana bayaran cukai tanah yang tidak dijelaskan

sebelum 31 Mei setiap tahun akan menjadi tunggakan dan boleh dikenakan denda lewat.

Unit Hasil setiap pejabat tanah di negeri Melaka bertanggungjawab menyelaras, mengutip

dan menguruskan hasil kutipan cukai tanah. Setiap tahun, isu tunggakan cukai tanah sering

menjadi topik utama dalam pengurusan hasil negeri yang melibatkan setiap pentadbiran

tanah.

Setiap pentadbiran tanah menghadapi masalah masing-masing dalam menguruskan

kutipan hasil cukai tanah. Terdapat banyak punca yang menjadikan cukai tanah tertunggak

dan tidak dibayar oleh pemilik tanah kepada Pejabat Daerah dan Tanah di seluruh negara.

Antara punca utama yang dapat dikenalpasti adalah sikap pemilik tanah yang tidak endah

dan peka dalam pembayaran cukai tanah. Antara alasan yang sering diberikan oleh pemilik

tanah adalah :

1. tidak mempunyai masa untuk ke kaunter bayaran cukai tanah

2. kekangan masa pada hari bekerja

3. masa menunggu yang lama di kaunter bayaran

4. tempat meletak kereta yang jauh/terhad untuk pelanggan

mendapatkan khidmat di kaunter bayaran

5. kekurangan platform pembayaran

Page 2: Ringkasan eksekutif - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/...pandu-lalu...pejabat-daerah-dan-tanah-jasin.pdf · Nasional di seluruh Malaysia, semua kaunter pejabat POS

Tunggakan cukai tanah yang tinggi menyebabkan kerajaan negeri kehilangan jutaan

ringgit akibat hasil yang tidak dapat dikutip manakala perkidmatan yang menguruskan

bayaran cukai tanah pula melibatkan kos jutaan ringgit. Keadaan ini boleh membawa impak

kepada perkhidmatan dan operasi pentadbiran negeri Melaka secara keseluruhan dan

seterusnya menjejaskan penyampaian perkhidmatan oleh kerajaan negeri kepada rakyat.

Justeru, masalah tunggakan cukai tanah perlu diberikan perhatian dan perlu diselesaikan

segera.

Sehubungan itu, pentadbiran tanah negeri Melaka telah meluaskan platform

pembayaran dengan mewujudkan pelbagai platform pembayaran menerusi kaunter-kaunter

di UTC, RTC, semua kaunter pihak berkuasa tempatan, semua kaunter Bank Simpanan

Nasional di seluruh Malaysia, semua kaunter pejabat POS Malaysia Berhad di seluruh negara

serta platform pembayaran di atas talian menerusi portal e-bayar.

Pejabat Daerah dan Tanah Jasin khususnya sebagai sebuah jabatan yang

dipertanggungjawabkan untuk menyelia, mengutip dan mengurus kutipan cukai tanah,

menerusi inisiatif sendiri telah mewujudkan sebuah lagi platform pembayaran khas untuk

bayaran cukai tanah dengan mewujudkan kaunter pandu lalu pembayaran cukai tanah yang

pertama di negeri Melaka. Kaunter ini bertujuan untuk meningkatkan kutipan cukai tanah

serta meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kaunter kutipan cukai tanah di negeri

Melaka. Kaunter ini menjadi salah satu Kaunter ini menerima semua pembayaran cukai

tanah bagi semua hakmilik di negeri Melaka dan beroperasi pada setiap hari bekerja

termasuk waktu rehat bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 4.30 petang serta beroperasi

pada setiap hari sabtu daripada pukul 9.00 pagi sehingga pukul 1.00 tengahari.

Page 3: Ringkasan eksekutif - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/...pandu-lalu...pejabat-daerah-dan-tanah-jasin.pdf · Nasional di seluruh Malaysia, semua kaunter pejabat POS

Signifikan Pemilihan Projek

Cukai tanah merupakan salah satu sumber hasil utama bagi kerajaan negeri Melaka.

Setiap tahun, kutipan cukai tanah negeri Melaka mampu mencapai lebih 90% daripada

sasaran yang ditetapkan. Pada tahun 2017, kerajaan negeri Melaka telah mensasarkan lebih

kurang RM108.1j bagi kutipan cukai tanah iaitu 32% deripada keseluruhan kutipan hasil

negeri Melaka yang berjumlah sebanyak Rm335j.

Saban tahun, isu kutipan cukai tanah dan tunggakan cukai tanah sering menjadi topik

utama dalam pengurusan hasil negeri. Berdasarkan corak kutipan hasil cukai tanah bagi

negeri Melaka, sasaran kutipan cukai tanah bagi negeri Melaka semakin meningkat

berikutan pertambahan jumlah hakmilik termasuk tanah dan strata serta pembangunan

tanah yang semakin pesat di negeri Melaka. Namun begitu, dengan pertambahan sasaran

kutipan cukai tanah, potensi kutipan cukai tanah juga perlu ditingkatkan dengan

meningkatkan inisiatif kutipan serta kemudahan platform pembayaran.

Selain itu, berdasarkan kajian yang telah dijalankan serta maklumbalas yang diterima

daripada pelanggan sepanjang 5 tahun lepas, rata-rata pelanggan sering memberikan alasan

apabila didenda kerana lewat membayar cukai tanah. Pelanggan yang didenda akan cuba

merayu dan memohon untuk diberikan pengecualian denda lewat atau pengurangan cukai

dengan memberikan bermacam-macam alasan. Antara alasan yang diberikan adalah :

1. Tidak menerima bil cukai (Pembayaran cukai tanah adalah menjadi

tanggungjawab kepada setiap pemilik tanah setiap tahun. Bil cukai yang dihantar

ke rumah hanyalah inisiatif pentadbiran tanah negeri Melaka dalam usaha

meningkatkan kutipan hasil cukai tanah)

2. Tiada masa untuk ke kaunter bayaran cukai tanah terutamanya pada hari bekerja

3. Masa menunggu yang lama di kaunter bayaran cukai tanah (terutamanya pada

waktu puncak seperti musim cuti sekolah dan musim perayaan)

4. Tempat meletak kereta yang jauh/terhad untuk pelanggan mendapatkan

khidmat di kaunter bayaran

Pengecualian atau pengurangan yang diberikan akan mengakibatkan kerajaan negeri

kehilangan hasil yang boleh dikutip manakala kos pengurusan kutipan cukai tanah yang

semakin meningkat berikutan peningkatan permohonan pengecualian denda lewat atau

pengurangan cukai. Ianya sedikit sebanyak akan membawa impak kepada perkhidmatan dan

operasi pentadbiran negeri Melaka secara keseluruhan dan seterusnya menjejaskan

penyampaian perkhidmatan oleh kerajaan negeri kepada rakyat.

Page 4: Ringkasan eksekutif - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/...pandu-lalu...pejabat-daerah-dan-tanah-jasin.pdf · Nasional di seluruh Malaysia, semua kaunter pejabat POS

Dengan mengambil kira faktor-faktor yang mampu menyumbang kepada

ketidakpuasan pelanggan dalam mendapatkan perkhidmatan di kaunter bayaran cukai

tanah dan seterusnya memberikan impak kepada kutipan hasil cukai tanah di negeri Melaka,

perkara ini seharusnya diberi penekanan dan perhatian agar kutipan hasil cukai tanah dapat

ditingkatkan di samping meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disampaikan.

Sehubungan itu, Pejabat Daerah dan Tanah Jasin sebagai salah sebuah jabatan

utama yang bertanggungjawab untuk memungut dan mengurus kutipan cukai tanah bagi

negeri Melaka mengambil langkah inisiatif sendiri dalam usaha meningkatkan kutipan hasil

di samping memberikan kemudahan alternatif kepada pelanggan untuk membayar cukai

tanah dengan mewujudkan sebuah kaunter pandu lalu khas untuk pembayaran cukai tanah.

Page 5: Ringkasan eksekutif - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/...pandu-lalu...pejabat-daerah-dan-tanah-jasin.pdf · Nasional di seluruh Malaysia, semua kaunter pejabat POS

Tindakan penyelesaian

Hasil dari cetusan daya kreatif dan inovatif pentadbiran tanah negeri Melaka,

pelbagai inisiatif telah dilakukan dalam meningkatkan kutipan hasil cukai tanah bagi negeri

Melaka serta memenuhi dan menepati keperluan dan kehendak pelbagai lapisan

masyarakat dan pelanggan pada kadar optima.

Pejabat Daerah dan Tanah Jasin sebagai sebuah jabatan yang

dipertanggungjawabkan untuk menyelaras, memungut dan mengurus kutipan hasil cukai

tanah sentiasa komited dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan disamping

memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan bermutu selaras dengan moto Pejabat

Daerah dan Tanah Jasin, " Kesejahteraan Pelanggan, Keprihatinan Kami ".

Justeru itu, Pejabat Daerah dan Tanah Jasin, dalam usaha meningkatkan kutipan

hasil cukai tanah di samping mengurangkan jumlah tunggakan cukai tanah serta

meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disampaikan, telah mewujudkan sebuah lagi

platform pembayaran alternatif bagi para pelanggan khususnya bagi pemilik tanah individu

untuk mendapatkan perkhidmatan pembayaran cukai tanah. Jabatan ini telah mewujudkan

Kaunter Pandu Lalu Pembayaran Cukai Tanah yang pertama di negeri Melaka.

a) Kumpulan Sasaran

Semua pemilik tanah terutamanya pemilik tanah individu.

b) Skop perkhidmatan

Menerima bayaran cukai tanah untuk semua hakmilik negeri Melaka

beroperasi pada setiap hari bekerja termasuk waktu rehat bermula jam 8.30

pagi sehingga 4.30 petang dan beroperasi pada setiap hari Sabtu bermula jam

9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari

c) Objektif/Tujuan perkhidmatan

Menggalakkan pemilik tanah membayar cukai pada waktu yang ditetapkan

Memberi kemudahan alternatif kepada pembayar cukai untuk mendapatkan

perkhidmatan bayaran cukai tanah

Memberi kemudahan kepada pembayar cukai yang bekerja untuk

melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai di luar waktu bekerja

mengatasi masalah ketidakpuasan hati di kalangan pelanggan berkenaan kesesakan

di kaunter bayaran cukai tanah terutamanya pada waktu puncak

Page 6: Ringkasan eksekutif - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/...pandu-lalu...pejabat-daerah-dan-tanah-jasin.pdf · Nasional di seluruh Malaysia, semua kaunter pejabat POS

mengatasi masalah kawasan tempat meletak kereta yang terhad/jauh bagi

pelanggan mendapatkan perkhidmatan di kaunter bayaran

d) Kaedah penyelesaian

Pengwujudan Kaunter Pandu Lalu Pembayaran Cukai Tanah

menerima semua pembayaran cukai tanah bagi semua hakmilik di negeri

Melaka

menerima bayaran secara tunai dan cek sahaja

Beroperasi pada setiap hari bekerja termasuk waktu rehat bermula jam 8.30

pagi sehingga jam 4.30 petang serta beroperasi pada setiap hari sabtu

daripada pukul 9 pagi sehingga pukul 1 tengahari

terhad kepada 5 bil sahaja bagi mengatasi waktu menunggu yang lama di

kaunter pandu lalu

pembayar tidak perlu turun daripada kereta dan hanya perlu

memberikan/meminta bil cukai dan memberikan bayaran secukupnya

Rajah 1 : Carta alir urusan pelanggan di Kaunter Pandu Lalu Pejabat Daerah dan Tanah

Jasin

Page 7: Ringkasan eksekutif - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/...pandu-lalu...pejabat-daerah-dan-tanah-jasin.pdf · Nasional di seluruh Malaysia, semua kaunter pejabat POS

Rajah 2 : Gambar sekitar Kaunter Pandu Lalu Pejabat Daerah dan Tanah Jasin

Page 8: Ringkasan eksekutif - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/...pandu-lalu...pejabat-daerah-dan-tanah-jasin.pdf · Nasional di seluruh Malaysia, semua kaunter pejabat POS

Keberhasilan Projek

Konsep kaunter pandu lalu ini menjadi kegemaran kepada masyarakat di Malaysia

pada masa kini dalam mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan. Melalui pengwujudan

kaunter pandu lalu pembayaran cukai tanah Pejabat Daerah dan Tanah Jasin, para

pelanggan terutamanya pembayar cukai dapat merasakan bahawa kerajaan negeri sentiasa

komited dan prihatin dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Ia sedikit

sebanyak dapat menyumbang kepada indeks kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan

yang disampaikan oleh kerajaan negeri.

Dengan pengwujudan kaunter pandu lalu pembayaran cukai tanah Pejabat Daerah

dan Tanah Jasin, para pembayar cukai mempunyai kemudahan alternatif dalam

melaksanakan tugas sebagai pembayar cukai. Dari sudut pandangan Pejabat Daerah dan

Tanah Jasin sebagai penyampai perkhidmatan, kaunter pandu lalu ini mendapat sambutan

yang menggalakkan daripada para pembayar cukai. Sejak mula beroperasi pada 3 Januari

2018 yang lalu, kaunter pandu lalu ini telah menerima pelbagai reaksi positif daripada para

pelanggan. Sebanyak 26 maklumbalas telah diterima daripada para pelanggan dan rata-rata

memberikan markah 8 daripada 10 untuk kaunter pandu lalu pembayaran cukai tanah

Pejabat Daerah dan Tanah Jasin. Dari segi kajian kepuasan pelanggan yang dijalankan

sepanjang bulan Januari yang lalu, 90% menyatakan sangat berpuas hati dengan

perkhidmatan yang diberikan oleh kaunter pandu lalu ini.

Kemudahan kaunter pandu lalu ini dapat memberikan kemudahan kepada para

pembayar cukai dalam merancang masa mereka berikutan penjimatan masa untuk mencari

tempat meletak kereta dan waktu menunggu yang lebih singkat. Setiap urusan hanya terhad

kepada 5 transaksi sahaja bagi mengelakkan kesesakan di kaunter. Ianya dapat

mengurangkan kesesakan di kaunter bayarn sedia ada kerana para pelanggan tidak

tertumpu di satu tempat pada masa yang sama terutama pada waktu puncak. Ia sedikit

sebanyak dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti dalam aktiviti seharian

pembayar cukai berikutan penjimatan masa.

Bagi pembayar cukai yang bekerja, mereka boleh melaksanakan tanggungjawab

membayar cukai pada waktu yang sesuai dan ini membolehkan mereka fokus kepada kerja

masing-masing, sekaligus menyumbang kepada produktiviti kerja

Dari aspek kutipan cukai, sehingga 30 April 2018, kaunter pandu lalu pembayaran

cukai tanah Pejabat Daerah dan Tanah Jasin merekodkan sebanyak 5063 transaksi bagi

semua hakmilik di negeri Melaka berjumlah RM 681,924.81.

Page 9: Ringkasan eksekutif - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/...pandu-lalu...pejabat-daerah-dan-tanah-jasin.pdf · Nasional di seluruh Malaysia, semua kaunter pejabat POS

Rajah 3 : Jumlah Transaksi Kaunter Pandu Lalu Pejabat Daerah dan Tanah Jasin dari

Januari sehingga April 2018

Rajah 4 : Jumlah kutipan Kaunter Pandu Lalu Pejabat Daerah dan Tanah Jasin dari Januari

sehingga April 2018

2021

1601

816625

0

500

1000

1500

2000

2500

Januari 2018 Februari 2018 Mac 2018 April 2018

Jumlah Transaksi Kaunter Pandu Lalu Pejabat Daerah dan Tanah Jasin

Januari 2018Februari 2018

Mac 2018April 2018

RM86,138.20RM77,056.51

RM45,221.30

RM473,508.70

Jumlah Kutipan Kaunter Pandu Lalu Pejabat Daerah dan Tanah Jasin

Page 10: Ringkasan eksekutif - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/...pandu-lalu...pejabat-daerah-dan-tanah-jasin.pdf · Nasional di seluruh Malaysia, semua kaunter pejabat POS

Rajah 5 : Perbandingan kutipan hasil pada tahun 2017 dan 2018 bagi Pejabat Daerah dan

Tanah Jasin

Page 11: Ringkasan eksekutif - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/...pandu-lalu...pejabat-daerah-dan-tanah-jasin.pdf · Nasional di seluruh Malaysia, semua kaunter pejabat POS

Potensi Pengembangan Projek

Berdasarkan maklumbalas yang diterima oleh para pembayar cukai, Kaunter Pandu

Lalu Pembayaran Cukai Tanah ini mempunyai beberapa perkara yang boleh ditambah baik

dalam menyampaikan perkhidmatan yang ditawarkan. Antaranya adalah kaunter pandu lalu

ini boleh digunakan juga oleh pengguna motosikal dan pejalan kaki dan tidak terhad kepada

kenderaan berkereta sahaja. Selain itu, kaunter pandu lalu ini juga boleh diguna sama oleh

pihak berkuasa tempatan dalam memungut hasil di mana para pembayar cukai boleh

membayar cukai tanah dan cukai taksiran di tempat yang sama.

Selain itu, kaunter pandu lalu ini perlu diwujudkan di semua Pejabat Daerah dan

Tanah di negeri Melaka. Ianya bagi menggalakkan para pembayar cukai melaksanakan

tanggungjawab mereka dan memberi kemudahan alternatif kepada mereka dalam

membayar cukai. Ianya dapat membantu dari aspek peningkatan kutipan cukai tanah bagi

negeri Melaka dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan hasil negeri.

Penutup

Isu kutipan cukai tanah dan tunggakan cukai tidak boleh dipandang remeh kerana ia

boleh menyebabkan ketirisan hasil dan seterusnya membantutkan kemajuan negeri.

Kutipan cukai tanah perlu diberikan perhatian kerana cukai tanah merupakan salah satu

sumber utama hasil kepada negeri Melaka. Oleh itu, usaha dalam meningkatkan kutipan

cukai tanah perlu sentiasa dilihat dan diperhalusi bagi mendapatkan pencapaian yang

disasarkan. Daya kreativiti perlu digabungkan dengan inovasi bagi menghasilkan sebuah

kaedah kutipan yang lebih sistematik dan mesra pelanggan.

Dengan kewujudan Kaunter Pandu Lalu Pejabat Daerah dan Tanah Jasin, ianya

memberi satu nilai tambah dalam penyampaian perkhidmatan yang disampaikan oleh

kerajaan negeri. Kaunter Pandu lalu ini membawa satu mesej kepada rakyat bahawa

pentadbiran kerajaan negeri sentiasa komited dan prihatin dengan penyampaian

perkhidmatan yang ditawarkan. Pentadbiran tanah di negeri Melaka khususnya di Pejabat

Daerah dan Tanah Jasin sentiasa ingin memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan

bermutu selaras dengan moto Pejabat Daerah dan Tanah Jasin, " Kesejahteraan Pelanggan,

Keprihatinan Kami ". Kaunter ini memberikan kemudahan alternatif kepada para pelanggan

dalam berurusan di Pejabat Daerah dan Tanah Jasin dan seterusnya menggalakkan para

pembayar cukai melaksanakan tanggungjawab mereka dan secara tidak langsung

menyumbang kepada peningkatan kutipan hasil negeri.

Page 12: Ringkasan eksekutif - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/...pandu-lalu...pejabat-daerah-dan-tanah-jasin.pdf · Nasional di seluruh Malaysia, semua kaunter pejabat POS

LAMPIRAN

PERASMIAN KAUNTER PANDU LALU PEJABAT DAERAH DAN TANAH JASIN OLEH MANTAN

SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI MELAKA, DATUK SERI NAIM BIN AKU BAKAR

Page 13: Ringkasan eksekutif - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/...pandu-lalu...pejabat-daerah-dan-tanah-jasin.pdf · Nasional di seluruh Malaysia, semua kaunter pejabat POS