Ringkasan eksekutif th 14

9
RINGKASAN EKSEKUTIF TEMASYA HIGHLANDERS ’14 KOLEJ IBRAHIM YAAKUB TARIKH 21, 22, 23 MAC 2014 TEMPAT KOLEJ IBRAHIM YAAKUB UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ANJURAN MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR TIMBALAN KETUA EKSEKUTIF KOLEJ IBRAHIM YAAKUB UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TEMA KASIH AMAL HIGHLANDERS

Transcript of Ringkasan eksekutif th 14

Page 1: Ringkasan eksekutif th 14

RINGKASAN EKSEKUTIF

TEMASYA HIGHLANDERS ’14

KOLEJ IBRAHIM YAAKUB

TARIKH

21, 22, 23 MAC 2014

TEMPAT

KOLEJ IBRAHIM YAAKUB

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ANJURAN

MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR

TIMBALAN KETUA EKSEKUTIF

KOLEJ IBRAHIM YAAKUB

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TEMA

KASIH AMAL HIGHLANDERS

Page 2: Ringkasan eksekutif th 14

RINGKASAN EKSEKUTIF

TEMASYA HIGHLANDERS ’14 KOLEJ IBRAHIM YAAKUB

1

NAMA PROGRAM

TEMASYA HIGHLANDERS ’14 KOLEJ

IBRAHIM YAAKUB

2

TARIKH

21,22,dan 23 Mac 2014

3

TEMPAT

Kolej Ibrahim Yaakub , UKM , Bangi

4

MATLAMAT

Untuk menjadi mahasiswa yang aktif, progresif dan

berinovasi yang:

4.1 Membina warga kolej yang mempunyai

hubungan yang erat dan bersatu padu antara satu

sama lain walaupun berlainan agama, bangsa dan

fahaman di Kolej Ibrahim Yaakub.

4.2 Mengeratkan siratulrahim antara pelajar-

pelajar kolej dengan pihak pengurusan

kolej.333333333333333333333

33jn 4.3 Melahirkan pemimpin-pemimpin muda

dalam kalangan mahasiswa/i yang berkebolehan

dan berkaliber dalam kemahiran berorganisasi serta

memantapkan kecemerlangan dalam kemajuan

pendidikan.

4.4 Membentuk akhlak dan sahsiah yang

bermoral dan berwawasan berteraskan nilai-nilai

murni yang berpaksikan Rukun Negara.

5

OBJEKTIF

5.1 Memupuk budaya berfikiran kreatif dalam

kalangan pelajar Kolej Ibrahim Yaakub.

5.2 Memberi peluang kepada para pelajar untuk

menambah pengalaman dalam menguruskan

program.

5.3 Memberi peluang kepada para pelajar untuk

menunjukkan bakat terpendam dalam bidang

kepimpinan.

Page 3: Ringkasan eksekutif th 14

6

TEMA

“KASIH AMAL HIGHLANDERS”

7

ANJURAN

Sekretariat Timbalan Ketua Eksekutif Kolej

Ibrahim Yaakub.

8

AHLI JAWATANKUASA

60 orang terdiri daripada mahasiswa/i yang

menginap di Kolej Kediaman ini dan juga

merupakan mahasiswa/i yang terdiri daripada

pelbagai kaum di Universiti Kebangsaan Malaysia.

9 PEJABAT URUSAN Pejabat MEP

Paras 1, Bangunan Pusat Kemudahan

Kolej Ibrahim Yaakub

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 Bangi

Selangor Darul Ehsan

Rosafiza Binti Zakaria : 017-6774917

(Timbalan Ketua Eksekutif Majlis Eksekutif

Pelajar)

10 ELEMEN PROGRAM 10.1 Konsert Amal Anjuran Bersama Yayasan

Kanser Malaysia

10.2 Program Sukan Bersama Mahasiswa

10.3 Program Pendidikan bersama kanak-kanak

Tadika Kemas di sekitar Bangi

10.4 Khidmat Sosial Dan Gotong Royong

10.5 Program Kebudayaan

10.6 Program Keagamaan dan Forum

10.7 Pelbagai program lain akan diadakan

mengikut kesesuaian masa dan keadaan sepanjang

program ini berlangsung.

Page 4: Ringkasan eksekutif th 14

ATURCARA PROGRAM

TEMASYA HIGHLANDERS ’14 KOLEJ IBRAHIM YAAKUB

Tarikh Dan Masa Perkara Tempat

21 Mac 2014

( Jumaat)

3.00 Petang - 6.30 Petang

7.00 Petang - 8.00malam

8.00 Malam - 10.30

Malam

22 Mac 2014

8.30 Pagi - 9.00 Pagi 9.00 Pagi - 10.00 Pagi

10.00 Pagi - 11.00 Pagi

11.00 Pagi - 12.00

Tengahari

12.00 Tengahari - 1.00 Petang

3.00 Petang - 4.00 Petang

9.00 Malam - 11.00

Malam

23 Mac 2014

(Ahad)

8.30 Pagi - 9.30 Pagi

8.00 Malam - 11.00 Malam

Rewang TH (Persediaan Bubur Lambuk)

Raja Dota

Solat Maghrib Berjemaah/Makan Malam

Pertandingan Taranum Al-Quran,

Persembahan Qasidah Dari Kuis Dan Selawat

Bersama Anak-Anak Yatim

Program “Si Cilik Beraksi”

Pertandingan Berwarna

Pertandingan Pakaian Beragam

Pertandingan Bercerita

Lightning Eater

Pertandingan Masterchef Kolej Ibrahim

Yaakub (Kiy)

Pameran Superbikes Bersama Fauziah Latif

Forum Agama Oleh Penceramah Bebas

Bertemakan

‘Kahwin Pada Usia Muda’.

Pertandingan Makeover Bersama Artis

Konsert Amal Dan Kesedaran Kanser Wow

Highlanders Bersama Yayasan Kanser

Malaysia

Belakang Surau

Kiy

Surau Kiy

Dataran K13D

Dataran K13D

Dataran K13D

Dataran K13D

Dataran K13D

Dataran K13D

DECTAR

Page 5: Ringkasan eksekutif th 14

PERINCIAN PROGRAM

KONSERT AMAL DAN KESEDARAN KANSER WOW HIGHLANDERS

BERSAMA YAYASAN KANSER MALAYSIA UNTUK MEMBANTU PESAKIT

KANSER.

Konsert ini diadakan pada malam terakhir temasya yang juga merupakan malam penutup

program. Konsert ini diadakan di Dewan Tun Abdul Razak Universiti Kebangsaan

Malaysia pada 23 Mac 2014. Pada malam tersebut, program akan menjemput beberapa

artis seperti Aizat Amdan, Kumpulan TonaWarna, Amir Jahari dan beberapa pelajar

Universiti yang berbakat untuk melakukan persembahan. Persembahan yang diadakan

pada malam itu merupakan satu persembahan amal untuk membantu pesakit-pesakit

kanser yang berdaftar dibawah Yayasan Kanser Malaysia. Tayangan multimedia

mengenai kisah hidup para pesakit juga akan ditayangkan semasa konsert berlangsung

bagi memberi gambaran mengenai kesusahan pesakit yang berusaha untuk menjalani

kehidupan mereka. Pihak program akan menjemput YAM Tuan Besar Negeri Sembilan

Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Mukhriz sebagai perasmi majlis penutupan.

REWANG TH

Rewang TH ini merupakan satu program yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan

antara warga KIY khususnya. Melalui program ini, AJK bersama warga KIY akan

bergotong royong dalam menyediakan makanan sebelum dijamu kepada semua hadirin

yang hadir pada majlis Pertandingan Taranum Al-quran, persembahan Qasidah dari

KUIS dan selawat bersama anak-anak yatim yang diadakan pada sebelah malamnya.

Dalam masa yang sama, pihak kami mengambil kesempatan untuk menguar-uarkan

aktiviti yang terkandung dalam program Temasya Highlanders ini. Kami akan

mengedarkan flyers dan membuat beberapa pengumuman untuk menjemput para hadirin

menyertai pertandingan-pertandingan yang disediakan selama berlangsungnya Temasya

Highlanders ini.

PERTANDINGAN TARANUM AL-QURAN, PERSEMBAHAN QASIDAH DARI

KUIS DAN SELAWAT BERSAMA ANAK-ANAK YATIM

Kami selaku pihak program bercadang untuk mengadakan majlis pertandingan Tarannum

Al-Quran dan juga bacaan selawat Qasidah bersama anak-anak yatim dan golongan anak-

anak fakir miskin kerana objektif kami tidak hanya tertumpu kepada warga Kolej Ibrahim

Yaakub dan warga UKM tetapi juga kepada masyarakat luar. Hal ini demikian kerana

kami ingin menabur bakti kepada masyarakat luar yang tidak berpeluang untuk

menikmati kehidupan yang sempurna dek kerana kehilangan ahli keluarga dan kedaifan

hidup. Melalui program ini, kami dapat mendekatkan diri kami dengan golongan ini agar

kami dapat membantu dari segi bantuan kewangan atau barangan, rohani dan jasmani

mereka. Program ini juga menyediakan sumbangan barangan kelengkapan sekolah seperti

bag ,pakaian sekolah dan kasut sekolah kepada anak-anak ini agar permulaan sesi

persekolahan mereka lebih ceria.

Page 6: Ringkasan eksekutif th 14

FORUM AGAMA OLEH PENCERAMAH BEBAS

Perkongsian ilmu dilihat salah satu medium yang membolehkan semua pihak

mempelajari ilmu baru daripada progam ini. Program akan menjemput penceramah bebas

yang terkenal bersama beberapa Imam Muda seperti Imam Muda Asyraf dan Imam Muda

Najdi untuk membincangkan topik-topik yang bermanfaat. Program ini bertujuan untuk

mendedahkan penonton dan pengujung yang rata-ratanya pelajar UKM bahawa ilmu

tidak semestinya dituntut dalam kuliah semata-mata. Topik yang akan dikupas adalah

topik yang sangat dekat dengan permasalahan yang sering dihadapi oleh remaja

khususnya yang bergelar mahasiswa.

SI CILIK BERAKSI

Aktiviti ini menjemput peserta daripada tadika-tadika sekitar Bangi dalam aktiviti seperti

mewarna, bercerita dan pakaian beragam. Hadiah akan diberikan bagi menghargai

pemenang yang berbakat sekali gus membantu mereka mencungkil bakat serta berasa

yakin akan kemampuan diri mereka. Akiviti ini juga mendedahkan pihak urus setia

program mempelajari cara untuk menguruskan komuniti dalam pelbagai peringkat umur

dan mewujudkan komunikasi dengan masyarakat luar.

PAMERAN SUPERBIKES BERSAMA FAUZIAH LATIF

Progaram akan menjemput penyanyi terkenal, Fauziah Latif bersama kumpulan motor

berkuasa tinggi untuk mengadakan pameran bagi membolehkan pengunjung mendekati

penyanyi tersebut yang dalam masa yang sama mempromosikan jualan tiket

Persembahan Amal Highlanders. Persembahan Amal Highlanders merupakan malam

penutup Temasya Highlanders yang diadakan bagi mengumpulkan sumbangan untuk

pesakit kanser di Malaysia. Kunjungan beliau bukan hanya untuk mempamerkan motor

berkuasa tinggi tetapi untuk tujuan amal.

LIGHTNING EATER

Pertandingan ini merupakan salah satu aktiviti untuk mencapai keseronokan kepada

peserta untuk menarik minat mereka terhadap program ini. Pemenang perlu berusaha

untuk menghabiskan makanan yang disediakan dalam masa yang singkat. Makanan ini

akan disediakan oleh pihak program bagi menjadikan pertandingan ini adil. Program ini

melibatkan 10 peserta iaitu daripada mahasiswa UKM dan tetamu jemputan daripada

Ladies Bikers.

RAJA DOTA (‘DOTA’ BUKAN SEKADAR HOBI)

Program ini menyediakan pertandingan merebut gelaran Raja Dota untuk warga lelaki

UKM dan pengunjung luar. Program ini dijangka mendapat sambutan ramai kerana

golongan ini akan berminat untuk menguji keupayaan mereka. Hal ini sekali gus

mengiktiraf bakat mereka dengan hadiah yang disediakan oleh pihak kami.

Page 7: Ringkasan eksekutif th 14

KIY COOKING BATTLE

Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat peserta dalam bidang masakan dengan

memberikan bahan-bahan tertentu yang telah disediakan. Tema masakan yang diberikan

ialah bebas dan para peserta harus menyiapkan hidangan mengikut kreativiti masing-

masing dalam masa 1 jam sebelum dinilai oleh juri professional.

BILIK BERHANTU TH.. Mohon Jangan Menjerit

Membawa Anda Mengalami Keseraman Tahap Ekstrem

Bilik berhantu ini akan membawa anda mengalami keseraman tahap ekstrem yang

berbeza daripada rumah hantu sebelum ini, khas buatpara pengunjung yang

menginginkan tahap keberanian mereka dicabar. Di dalam rumah ini, akan disediakan

suasana yang membawa ketakutan berdasarkan cerita- cerita seram yang benar. Rumah

Berhantu TH berbeza dengan rumah hantu yang telah direka oleh program sebelum ini

kerana mengambil beberapa trademark cerita hantu seperti Zombie Kampung Pisang,

Pontianak Harum Sundal Malam, The Ring dan The Eyes untuk dijadikan sumber

inspirasi untuk membawa pengunjung merasai ketakutan. Malahan membantu

pengunjung menambah kepercayaan kepada Tuhan dengan pengalaman yang disediakan

ini.

GERAI JUALAN

Gerai jualan ini memberi peluang kepada para peniaga untuk menjual barangan mereka.

Bukan sahaja terbuka kepada peniaga dari luar tetapi juga terbuka kepada usahawan

muda Kolej Ibrahim Yaakub yang mempunyai perniagaan sendiri. Pihak kami akan

menjemput lori minuman Milo dan KFC ke program kami untuk menjadikan program ini

lebih meriah dan mampu menarik pengunjung.

Page 8: Ringkasan eksekutif th 14

PERINCIAN PERBELANJAAN

TEMASYA HIGHLANDERS ’14 KOLEJ IBRAHIM YAAKUB

BIL PERKARA UNIT RM

1. Program

Bayaran Penceramah Bebas

Bayaran Moderator

Bayaran Pakar atau Pengacara Majlis

Bilik Berhantu TH

Program KIY Cooking Battle

Program Make over

Program Lightning Eater

Persembahan bunga Api

Majlis Tarannum Al-Quran

Program Si cilik Beraksi

Konsert Amal Kesedaran Kanser bersama

Yayasan Kanser Malaysia

RM 2000.00

RM 1000.00

RM 500.00

RM400.00

RM500.00

RM 700.00

RM 700.00

RM 150.00

RM 100.00

RM 1000.00

RM 2000.00

RM35000.00

2. Publisiti

- Banner (RM 100 x 4)

-Bunting ( RM 8 x 5)

- Poster (RM 8 x 25)

- Flyers (RM 1 x 50)

4

5

25

50

RM 400.00

RM 40.00

RM 200.00

RM 50.00

3. Cenderamata

- Hadiah Perasmi

- VIP (RM 50 x 5)

- Hamper Besar (RM 20 x 20)

- Hamper Sederhana ( RM 10 x 25)

- Medal ( RM15 x 24)

1

5

20

25

24

RM 100.00

RM 500.00

RM 200.00

RM 250.00

RM 360.00

4. Jamuan

Rewang TH

RM3000.00

Page 9: Ringkasan eksekutif th 14

- Tetamu VIP (RM 10 x 15)

- Tetamu (terdiri daripada warga KIY dan AJK)

( RM6 x 500 )

-Air Mineral

15

500

RM 150.00

RM 3000.00

RM 70.00

5. Teknikal

- Walkie talkie (RM30 x 8 x 2hari) + RM300

(Security Deposit)

- PA System

8

2

RM 780.00

RM 150.00

6. Peralatan

Kertas

AlatTulis

RM 60.00

RM100.00

8. GimikPerasmian RM 300.00

9. Pehubungan

Kenderaan Sewa untuk membawa kanak-kanak

dan pelajar sekolah ketempat program bagi

program Si Cilik Beraksi

Bas (2 Buah)

RM 1000.00

JUMLAH RM 54,760.00