Ringkasan PMR

8
Ringkasan PMR – Teknik Menulis Ringkasan 1. PANDUAN MEMBUAT RINGKASAN BAHASA MELAYU PMR. ( 20 MARKAH ) 1. Jumlah perkataan- 80 perkataan sahaja ( tulis di bahagian bawah sebelah kanan ). 2. Perenggan- 1 perenggan. Tiada pengenalan dan kesimpulan. 3. Jumlah isi- 5-6 isi sahaja. 4. Sintaksis- ringkas & padat. 5. Dilarang menyalin bulat-bulat ayat dalam teks soalan. Cara membina ayat sendiri ialah dengan i. menukar dengan perkataan yang sama makna/ seerti. ii. Menambahkan penanda wacana di pangkal ayat. 6. Mesti ada 3 penanda wacana ( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, Dalam pada itu, Oleh hal yang demikian, Di samping itu, Namun demikian, Walau bagaimanapun). 7. Pengiraan perkataan berikut- SATU PATAH PERKATAAN SAHAJA. Kata nama khas- nama orang, tempat, judul buku dll Kata sendi- kepada, daripada, ke, dari. Kata hubung- biarpun, sungguhpun, walaupun, dll. Penanda wacana- Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, dll Kata ganda- murid-murid, kuih-muih, hormat-menghormati dll Kata majmuk- beg tangan, kereta api, adat istiadat dll Tarikh- 20 April 2007 8. Jangan buat pendahuluan dan penutup 9. Jangan masukkan contoh. 10. Jangan masukkan pendapat sendiri. 11. Sila semak kesalahan ejaan, tatabahasa dan tanda baca sebelum menghantar kertas jawapan anda kepada pengawas peperiksaan. 12. Pemarkahan ringkasan. Markah isi ( 10 markah )- 1 isi = 2 markah. Bahasa ( 10 markah ). - Bahasa amat baik dan cukup lancar. - Pembinaan ayat berdasarkan kata yang tepat, ayat gramatis. - Penanda wacana yang sesuai. - Ejaan dan tanda baca yang betul. 13 . Kelemahan pelajar membuat ringkasan - Bahasa kurang lancar. - Ayat, ejaan dan tanda baca mempunyai kesalahan ketara. - Memilih ayat dalam petikan atau disalin terus daripada petikan asal. - Melebihi 80 patah perkataan. - Isi kurang. - Pelajar menyalin bulat-bulat teks.Jangan amalkan perbuatan ini. BAHAYA. Markah anda akan ditolak sebanyak 50%. 2. PANDUAN MENJAWAB SOALAN KEFAHAMAN ( 10 MARKAH ). 1

description

Ringkasan PMR

Transcript of Ringkasan PMR

Page 1: Ringkasan PMR

Ringkasan PMR – Teknik Menulis Ringkasan

1. PANDUAN MEMBUAT RINGKASAN BAHASA MELAYU PMR. ( 20 MARKAH )

1. Jumlah perkataan- 80 perkataan sahaja ( tulis di bahagian bawah sebelah kanan ).2. Perenggan- 1 perenggan. Tiada pengenalan dan kesimpulan.3. Jumlah isi- 5-6 isi sahaja.4. Sintaksis- ringkas & padat.5. Dilarang menyalin bulat-bulat ayat dalam teks soalan. Cara membina ayat sendiri ialah

dengan i. menukar dengan perkataan yang sama makna/ seerti.ii. Menambahkan penanda wacana di pangkal ayat.

6. Mesti ada 3 penanda wacana ( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, Dalam pada itu, Oleh hal yang demikian, Di samping itu, Namun demikian, Walau bagaimanapun).

7. Pengiraan perkataan berikut- SATU PATAH PERKATAAN SAHAJA.Kata nama khas- nama orang, tempat, judul buku dllKata sendi- kepada, daripada, ke, dari.Kata hubung- biarpun, sungguhpun, walaupun, dll.Penanda wacana- Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, dllKata ganda- murid-murid, kuih-muih, hormat-menghormati dllKata majmuk- beg tangan, kereta api, adat istiadat dllTarikh- 20 April 2007

8. Jangan buat pendahuluan dan penutup9. Jangan masukkan contoh.10. Jangan masukkan pendapat sendiri.

11. Sila semak kesalahan ejaan, tatabahasa dan tanda baca sebelum menghantar kertas jawapan anda kepada pengawas peperiksaan.

12. Pemarkahan ringkasan. Markah isi ( 10 markah )- 1 isi = 2 markah.Bahasa ( 10 markah ).- Bahasa amat baik dan cukup lancar.- Pembinaan ayat berdasarkan kata yang tepat, ayat gramatis.- Penanda wacana yang sesuai.- Ejaan dan tanda baca yang betul.

13 . Kelemahan pelajar membuat ringkasan- Bahasa kurang lancar.- Ayat, ejaan dan tanda baca mempunyai kesalahan ketara.- Memilih ayat dalam petikan atau disalin terus daripada petikan asal.- Melebihi 80 patah perkataan.- Isi kurang.- Pelajar menyalin bulat-bulat teks.Jangan amalkan perbuatan ini. BAHAYA. Markah

anda akan ditolak sebanyak 50%.

1

Page 2: Ringkasan PMR

2. PANDUAN MENJAWAB SOALAN KEFAHAMAN ( 10 MARKAH ).

Soalan 1. Maksud rangkai kata- berikan maksud berdasarkan dalam petikan soalan.Biasanya 2 patah perkataan sahaja. Jawapan pelajar mesti 2 patah perkataan juga. 2 markah )

Contoh jawapan : 1. Berikan maksud masa senggang?

Maksud masa senggang ialah waktu lapang . (2 markah).

Soalan 2. Soalan pemahaman berdasarkan petikan. Jawapan pelajar mesti berdasarkan petikan dan pelajar perlu mencari jawapan dalam petikan tersebut. Antara soalan ialah Nyatakan 2 kesan/cara/faktor/kaedah/ dll- pelajar mesti kemukakan 2 jawapan yang tepat. ( 4 markah )

Contoh soalan dan jawapan

2. Jelaskan pandangan sesetengah pihak yang kurang bersetuju tentang pemberian kerja rumah kepada murid-murid.

Pandangan sesetengah pihak yang kurang bersetuju tentang pemberian kerja rumah kepada murid-murid ialah kerja rumah dikatakan merompak masa anak-anak untuk berkembang dari segi jasmani.

Selain itu, kerja rumah dikatakan menyusahkan ibu bapa kerana mereka terpaksa menghabiskan banyak masa untuk membimbing anak-anak membuat kerja rumah.

Soalan 3. Soalan pemahaman yang memerlukan pelajar memberikan pendapat atau penjelasan berdasarkan pemahaman terhadap petikan. Jawapan jangan ditiru/diambil berdasarkan petikan. Contoh soalan ialah Berikan pendapat anda…….. 2 isi perlu dikemukakan. ( 4 markah ).

Contoh soalan dan jawapan

3. Pada pendapat anda, selain menyiapkan kerja rumah, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh murid untuk berjaya dalam pelajaran?

Pada pendapat saya, selain menyiapkan kerja rumah. Usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh murid untuk berjaya dalam pelajaran ialah memberi tumpuan semasa guru mengajar di dalam kelas.

Selain itu, murid harus mengikuti program motivasi dan teknik belajar dengan baik untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

2

Page 3: Ringkasan PMR

LANGKAH MENULIS RINGKASAN

Langkah 1:

Baca soalan dengan teliti. Fahamkan apa yang perlu diringkaskan. Kenalpasti kata kunci soalan:

•faktor-faktor / sebab / punca

•kesan /implikasi /akibat

•cara-cara / langkah-langkah

•kebaikan/manfaat/faedah

•keburukan/kekurangan

•permasalahan/ kekangan/halangan/kerumitan/kesulitan/masalah/cabaran

Langkah 2:

Baca petikan sekurang-kurangnya dua kali. Gariskan isi-isi penting yang berkaitan. Ringkaskan bahagian-bahagian yang perlu. Lakukan pemotongan atau pengguguran seperti pada:

1. Nama tokoh yang memberikan pendapatContoh:

Menurut Pengarah Bahagian Kawalan Mutu Makanan, Kementerian Kesihatan, Dr. Abdul Rahim Mohamad, trend pemakanan masyarakat kini membahayakan kesihatan.

Diringkaskan menjadi:

Trend pemakanan masyarakat kini membahayakan kesihatan

2. Contoh-contoh yang diberikanContoh:

Makanan yang dibiarkan terdedah kepada udara yang tercemar dengan bakteria, virus dan gas-gas berbahaya yang boleh membawa maut boleh menyebabkan keracunan makanan.

Diringkaskan menjadi:

Makanan yang dibiarkan terdedah kepada udara yang tercemar boleh menyebabkan keracunan makanan

3

Page 4: Ringkasan PMR

3. Keterangan yang terdapat dalam ayatContoh:

Masalah keracunan makanan sering berlaku di premis makanan yang tidak diurus dengan baik dari segi kebersihan.

Diringkaskan menjadi:

Masalah keracunan makanan berlaku di premis makanan yang tidak diurus dengan baik.

4. Unsur pilihan

Contoh:

Makanan di gerai-gerai ini tidak disediakan mengikut prosedur yang betul atau tahap kebersihannya tidak terjamin.

Diringkaskan menjadi:

Makanan di gerai-gerai ini tidak disediakan mengikut prosedur yang betul.

Langkah 3:

Tulis ringkasan anda. Gunakan acuan ayat di bawah sebagai panduan.

Antara (isikan dengan kata kunci mengikut tajuk) ialah.........(Isi 1)............................... Seterusnya, ............(Isi 2) ...................... Selain itu, ...............(Isi 3) ......... Di samping itu, .............(Isi 4).................. Akhir sekali, ...................(Isi 5)................

4

Page 5: Ringkasan PMR

TUGASAN: AMALAN-AMALAN BAIK DALAM PEMAKANAN

Makanan yang berkhasiat dan seimbang penting kepada semua orang. Hal ini demikian kerana kita memerlukan tenaga untuk aktiviti fizikal. Kita juga akan lebih cergas menjalani aktiviti harian. Amalan pemakanan dan kesihatan mempunyai kaitan yang rapat. Kesihatan tubuh badan bukan sahaja dipengaruhi oleh makanan yang seimbang dan berkhasiat semata-mata malah corak dan amalan pemakanan sehari-hari turut memberikan kesan yang besar. Makan dalam keadaan selesa dan tenang merupakan tabiat yang baik. Selain itu, kita perlu makan pada masa yang sesuai. Kegagalan berbuat demikian akan mempengaruhi kesihatan seseorang. Kebanyakan kita beranggapan bahawa aspek pengambilan makanan merupakan suatu perkara yang tidak penting. Sebenarnya, kita mesti memastikan bahawa jadual makan perlu teratur dan kita wajar makan dalam kuantiti yang sedikit untuk kekal sihat. Kegemukan atau obesiti merupakan kesan daripada sikap tidak mengawal makan. Makan setelah kita berasa lapar seharusnya menjadi amalan. Ibu bapa harus menanam sikap tersebut ketika anak-anak masih kecil lagi. Kita perlu mengambil sayur-sayuran hijau dan buah-buahan untuk memastikan bahawa kita mengamalkan diet seimbang. Ada dalam kalangan kita pula yang menggemari makanan yang telah diproses seperti mi segera dan makanan dalam tin. Makanan seperti ini kurang zatnya kerana telah melalui tempoh masa yang lama dan juga mengandungi bahan kimia. Oleh itu, pengambilan makanan yang segar amat penting untuk memastikan makanan tersebut membekalkan zat yang diperlukan oleh tubuh badan. Kita juga perlu mengawal atau mengurangkan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula dan garamnya. Kegagalan mengambil berat tentang tabiat makan yang tidak betul akan mengundang padah. Namun inilah yang menjadi masalah kebanyakan masyarakat kita. Mereka seolah-olah tidak menyedari bahawa makanan yang seimbang dapat mempengaruhi kehidupan kita.

1. Menyunting ayat yang menepati tugasani. Makan dalam keadaan selesa dan tenang merupakan tabiat yang baik.

[Idea Utama] [Huraian Idea]ii. Selain itu, kita perlu makan pada masa yang sesuai.

iii. Sebenarnya, kita mesti memastikan bahawa jadual makan perlu teratur dan kita wajar makan dalam kuantiti yang sedikit untuk kekal sihat.

iv. Makan setelah kita berasa lapar seharusnya menjadi amalan. v. Kita perlu mengambil sayur-sayuran hijau dan buah-buahan untuk memastikan bahawa

kita mengamalkan diet seimbang. vi. Oleh itu, pengambilan makanan yang segar amat penting untuk memastikan makanan

tersebut membekalkan zat yang diperlukan oleh tubuh badan.vii. Kita juga perlu mengawal atau mengurangkan pengambilan makanan atau minuman

yang tinggi kandungan gula dan garamnya.

2. Proses penambahan penanda wacanaxviii. Seterusnya, kita juga perlu mengawal atau mengurangkan pengambilan makanan atau

minuman yang tinggi kandungan gula dan garamnya. (penambahan perkataan seterusnya)

5

Page 6: Ringkasan PMR

3. Proses pengguguran perkataanxviii. Kita perlu mengawal atau mengurangkan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula dan garamnya. (pengguguran perkataan juga)

4. Menulis ringkasanDaripada tugasan di atas, mulakan jawapan dengan ayat

Antara amalan baik dalam pemakanan ialah...(Antara amalan-amalan adalah salah kerana kata ’antara’ sudah menunjukkan jamak)

Mulakan skrip ringkasan anda dengan menyalin LIMA idea utama seperti yang berikut:

Antara amalan baik dalam pemakanan ialah makan dalam keadaan selesa dan tenang. Kita perlu makan pada masa yang sesuai. Kita mesti memastikan bahawa jadual makan perlu teratur. Kita wajar makan dalam kuantiti yang sedikit untuk kekal sihat. Makan setelah kita berasa lapar.

[42 patah perkataan]

Sekiranya jumlah perkataan belum mencapai 80 patah perkataan setelah calon menulis lima isi, teruskan menulis isi seterusnya sehingga menghampiri 80 patah perkataan.

Antara amalan baik dalam pemakanan ialah makan dalam keadaan selesa dan tenang. Kita perlu makan pada masa yang sesuai. Kita mesti memastikan bahawa jadual makan perlu teratur. Kita wajar makan dalam kuantiti yang sedikit untuk kekal sihat. Makan setelah kita berasa lapar. Kita perlu mengambil sayur-sayuran hijau dan buah-buahan. Pengambilan makanan yang segar amat penting. Seterusnya, kita juga perlu mengawal atau mengurangkan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula dan garamnya

[72 patah perkataan]

6