RISALAH PUSAT ISLAM BIL.2/2018 fileMUKA SURAT 2 KERJA SEBAGAI SATU IBADAH AKTIVITI PUSAT ISLAM UMS...

2
PENASIHAT Prof. Madya Dr. Muhamad Suhaimi Taat Pengarah Pusat Islam UMS EDITOR Ustazah Noorisah Taljid Ustazah Kartini Mail @ Ismail SIDANG PENGARANG Ustaz Md. Nazrie Petir Ustazah Kartini Mail @ Ismail PERBANYAKKAN SOLAT SUNAT Thauban r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): “Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana setiap kali kamu sujud kepadaNya, Allah akan angkatkan darjatmu kepadaNya dan dihapuskan kesalahanmu.” [HR Muslim]. PUASA Kata Imam An-Nawawi: Berpuasa pada hari-hari sepuluh adalah sunat yang sangat digalakkan TAKBIR, TAHLIL DAN TAHMID Perbanyakkanlah bertahlil (mengucapkan La-ilaha-illaLlah), bertakbir (mengucapkan Allahu-Akbar) dan bertahmid (mengucapkan Alhamdulillah).” PUASA PADA HARI ARAFAH Abu Qatadah r.a berkata, Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari Arafah, baginda bersabda mahfumnya; Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa-dosa tahun lalu dan setahun akan datang” (HR. Muslim) BANYAKKAN BERDOA Sabda Rasulullah SAW, maksudnya, “ Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah”. (HR. Al Tirmizi) MENGERJAKAN IBADAH KORBAN Allah berfirman dalam surah Al Hajj ayat 37 yang bermaksud; “ Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNYA ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu…” MENUNAIKAN HAJI DAN UMRAH Allah berfirman dalam surah Ali’ Imran ayat 97 yang bermaksud; “ Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang (ingkar kewajipan ibadah haji itu), maka sesungguhnya Allah maha kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. Oleh : Kartini Mail @ Ismail SIDANG EDITORIAL RISALAH PUSAT ISLAM BIL.2/2018 AMALAN DAN KELEBIHAN BULAN ZULHIJJAH GAMBAR AKTIVITI PUSAT ISLAM UMS PUSAT ISLAM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH, JALAN UMS, 88400 KOTA KINABALU SABAH. NO. TEL :088-320000 SAMB. : 2734 FAKS : 088-320736 MUKA SURAT 1 AMALAN & KELEBIHAN BULAN ZULHIJJAH GAMBAR AKTIVITI PUSAT ISLAM MUKA SURAT 2 KERJA SEBAGAI SATU IBADAH AKTIVITI PUSAT ISLAM UMS 07 HARI LAGI SAMBUTAN IBADAH KORBAN UMS 2018 KURSUS PERDANA HAJI BAGI MUSIM HAJI 1439H/2018M PERINGKAT PANTAI BARAT SABAH LAWATAN ROMBONGAN INSTITUT KAJIAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN ISLAM (ISDEV), UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Transcript of RISALAH PUSAT ISLAM BIL.2/2018 fileMUKA SURAT 2 KERJA SEBAGAI SATU IBADAH AKTIVITI PUSAT ISLAM UMS...

PENASIHAT

Prof. Madya Dr. Muhamad Suhaimi Taat

Pengarah

Pusat Islam UMS

EDITOR

Ustazah Noorisah Taljid

Ustazah Kartini Mail @ Ismail

SIDANG PENGARANG

Ustaz Md. Nazrie Petir

Ustazah Kartini Mail @ Ismail

PERBANYAKKAN SOLAT SUNAT

Thauban r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):

“Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana setiap kali kamu sujud kepadaNya, Allah akan

angkatkan darjatmu kepadaNya dan dihapuskan kesalahanmu.” [HR Muslim].

PUASA

Kata Imam An-Nawawi: Berpuasa pada hari-hari sepuluh adalah sunat yang sangat

digalakkan

TAKBIR, TAHLIL DAN TAHMID

Perbanyakkanlah bertahlil (mengucapkan La-ilaha-illaLlah), bertakbir (mengucapkan

Allahu-Akbar) dan bertahmid (mengucapkan Alhamdulillah).”

PUASA PADA HARI ARAFAH

Abu Qatadah r.a berkata, Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari Arafah,

baginda bersabda mahfumnya;

“ Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa-dosa tahun lalu dan setahun akan datang” (HR. Muslim)

BANYAKKAN BERDOA

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya, “ Sebaik-baik doa adalah doa pada hari

Arafah”. (HR. Al Tirmizi)

MENGERJAKAN IBADAH KORBAN

Allah berfirman dalam surah Al Hajj ayat 37 yang bermaksud;

“ Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali

akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNYA ialah amal

yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu…”

MENUNAIKAN HAJI DAN UMRAH

Allah berfirman dalam surah Ali’ Imran ayat 97 yang bermaksud;

“ Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan

mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai

kepadanya. Dan sesiapa yang (ingkar kewajipan ibadah haji itu),

maka sesungguhnya Allah maha kaya (tidak berhajatkan sesuatu

pun) dari sekalian makhluk.

Oleh : Kartini Mail @ Ismail

SIDANG EDITORIAL

RISALAH PUSAT ISLAM

BIL.2/2018

AMALAN DAN KELEBIHAN

BULAN ZULHIJJAH

GAMBAR AKTIVITI PUSAT ISLAM UMS

PUSAT ISLAM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH, JALAN UMS, 88400

KOTA KINABALU SABAH. NO. TEL :088-320000 SAMB. : 2734 FAKS : 088-320736

MUKA SURAT 1

AMALAN & KELEBIHAN BULAN

ZULHIJJAH

GAMBAR AKTIVITI PUSAT ISLAM

MUKA SURAT 2

KERJA SEBAGAI SATU IBADAH

AKTIVITI PUSAT ISLAM UMS

07 HARI LAGI

SAMBUTAN

IBADAH

KORBAN

UMS 2018

KURSUS PERDANA HAJI BAGI

MUSIM HAJI 1439H/2018M

PERINGKAT PANTAI BARAT

SABAH

LAWATAN ROMBONGAN

INSTITUT KAJIAN PENGURUSAN

PEMBANGUNAN ISLAM (ISDEV),

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KERJA SEBAGAI SATU IBADAH Oleh : Ustaz Md Nazrie Bin Petir

Email : [email protected]

PENGERTIAN IBADAH

Ibadah dari segi bahasa iaitu merendah diri, tunduk, patuh, taat, menghina diri dan memperhambakan diri kepada yang lain. Manakala dari segi syarak

adalah taat, patuh dan merendahkan diri sepenuhnya kepada Allah swt. Mengikut peraturan dan suruhan Allah sebagaimana ditetapkan di dalam Al-Quran dan

sunnah Rasulullah . Kepatuhan ini hendaklah dilakukan secara berterusan setiap masa hingga ke akhir hayat. Ia merangkumi makna ketundukan dan kecintaan

kepada Allah swt.

ASAS-ASAS IBADAH

1 ) Ketundukan

Menurut, mengikut dan mendekatkan diri dengan segala perintah yang disyariatkan Allah. Ketundukan ini berasaskan kepada perasaan sedar terhadap keesaan

Allah dan kekuasaanNya di atas segala sesuatu dibandingkan dengan kedaifan dan kekerdilan diri sendiri.

2 ) Kecintaan

Kepatuhan ini hendaklah juga lahir dari rasa cinta kepada Allah. Ia berdasarkan kesedaran manusia terhadap limpah kurnia Allah, nikmat-nikmat dan rahmatNya.

Kesedaran ini juga lahir daripada rasa kagum terhadap kemuliaan dan kesempurnaan Allah. Islam telah menetapkan satu prinsip yang jelas berkaitan sesuatu kerja

yang boleh dikategorikan sebagai ibadat. Imam Ghazali dalam kitabnya Ikhya' Ulumuddin menjelaskan bahawa setiap pekerjaan itu hendaklah menepati ciri-ciri

berikut iaitu:

(1) Niat dan tujuan kerja itu mestilah untuk menjunjung perintah Allah.

(2) Kerja yang dilakukan tersebut tidak bercanggah dengan syariat Allah S.W.T.

(3) Kerja yang dilakukan adalah dengan bersungguh-sungguh dan tidak memudaratkan

TUJUAN HIDUP MANUSIA

“Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu”.

(Adz-Dzaariyaat : 56)

Selain dari niat yang suci kerana Allah S.W.T, pekerjaan tersebut perlu sesuai dan tidak bercanggah dengan syariat Allah. Hari ini ramai pekerja mengakui

bekerja kerana Allah namun disebalik kerja yang dilakukan jelas ia bertentangan dengan Allah seperti membuka aurat, kerja ditempat yang diharamkan seperti

tempat perjudian, kelab-kelab malam, tempat yang terlibat dengan riba' dan seumpamanya. Bagaimana mungkin kita boleh dikatakan kerja tersebut sebagai ibadat

jika yang dilakukan bertentangan dengan syariat Allah? Didalam sebuah hadis riwayat Bahari bahawa rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud;

"Manusia yang paling rugi pada hari kiamat ialah orang yang menerima rezeki dari sumber pekerjaan yang haram hingga mereka masuk neraka".

Begitu juga terdapat sebahagian pekerja pada hari ini, kadang-kadang mereka begitu bersungguh-sungguh dengan niat yang baik dalam kerja. Namun

hakikatnya, mereka tidak menjaga hubungan dengan Allah dan manusia seperti mengamalkan rasuah, salah guna kuasa, menipu, hasad dengki sesama rakan sekerja

dan sering mengadu domba. Mereka ini sebenarnya adalah orang yang rugi dalam kehidupan kerana menganggap mereka dapat kemuliaan disisi Allah tetapi

sebenarnya mereka adalah orang yang tertipu. Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah S.W.T. dalam surah Hud ayat 15 yang bermaksud;

"Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh al-quran tentang sah

batalnya), maka kami akan sempurnakan hasil usaha mereka didunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikit pun padanya ".

Walau apa juga kedudukan kita dalam pekerjaan, kita akan dipersoalkan dan akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah S.W.T. Sama ada kita sebagai

majikan ataupun sebagai pekerja, kita wajib untuk melaksanakan segala amanah yang dipikul. Kita juga wajib mematuhi segala peraturan dan hukum yang telah

digariskan oleh Islam. Sabda Nabi S.A.W mahfum;

"“Bahawa sesungguhnya setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipersoalkan tentang kepimpinan, pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia

akan dipersoalkan tentang kepimpinannya"... (Riwayat Muslim)

Marilah kita bersama-sama bertekad dan menguatkan azam untuk meningkatkan kualiti kerja supaya kerja kita dinilai sebagai suatu ibadat oleh Allah S.W.T.

Semoga kehidupan kita mendapat keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T di dunia dan di akhirat.

AKTIVITI PUSAT ISLAM SEPANJANG BULAN OGOS

BIL. PROGRAM TARIKH TEMPAT

01 Lawatan Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam, USM 14hb Ogos 2018 Bilik Meyuarat PIUMS

02 Mesyuarat Ibadah Korban 2018M/1439H 15hb Ogos 2018 Bilik Mesyuarat PIUMS

03 Gotong-Royong EKSA PIUMS

16hb Ogos 2018 Masjid UMS

“ Barangsiapa yang menghabiskan waktu berjam-jam lamanya untuk mengumpulkan harta

kerana takutkan miskin, maka dialah sebenarnya orang yang miskin”.

(Imam Al– Ghazali)