Biografi Para Perawi Hadith Kitab al-Hammam Sunan Ab i Dawud
Riwayat Hidup Perawi-perawi Hadis - Husaini & Syafiq
-
Upload
nashitah-abd-kadir -
Category
Documents
-
view
90 -
download
8
Transcript of Riwayat Hidup Perawi-perawi Hadis - Husaini & Syafiq
Abu DaudAt-Tirmizi
Imam Malik danImam Ahmad
Soalan 10: Riwayat Hidup Perawi-
perawi Hadith
MOHAMAD HUSAINI BIN
ABDUL HISHAM &
MOHD SYAFIQ AZAMI BIN MOHD
HELMI
Riwayat Hidup Imam abu Daud
Riwayat Hidup Imam Abu Daud
– BIODATA• Imam Abu Daud nama lengkapnya ialah Sulaiman bin al-Asy'as bin
Ishaq bin Basyir bin Syidad bin 'Amr al-Azdi as-Sijistani.
• seorang imam ahli hadis yang sangat teliti, tokoh terkemuka para ahli
hadis setelah dua imam hadis Bukhari dan Muslim serta pengarang
kitab Sunan. • Beliau dilahirkan pada tahun 202 H/817 M di Sijistan.
• Sebelum mencapai usia dewasa, beliau telah mempersiapkan dirinya untuk
mengadakan perlawatan, mengelilingi berbagai negeri. Beliau belajar hadis
daripada para ulama yang dijumpainya di Hijaz, Syam, Mesir, Irak, Jazirah,
Sagar, Khurasan dan negeri-negeri lain.
• Lawatannya ke pelbagai negeri ini membantu beliau untuk memperoleh
pengetahuan luas tentang hadis, kemudian hadis - hadis yang diperolehnya itu
disaring dan hasil penyaringannya ditulis di dalam kitab As-Sunan.
• Kitab Sunan karyanya itu diperlihatkannya kepada tokoh ulama hadis, Ahmad bin
Hanbal. Dengan bangga Imam Ahmad memujinya sebagai kitab yang sangat
indah dan baik.
• Kemudian Imam Abu Dad menetap di Basrah atas permintaan gabenor
setempat yang menghendaki supaya Basrah menjadi "Kaabah" bagi
para ilmuwan dan peminat hadis.
• Mengamalkan ilmunya dan mencapai darjat
tinggi dalam ibadah, kesucian diri, warak dan
kesolehannya.
• Memandang Tinggi Kedudukan Ilmu dan Ulama.
Akhlak dan Sifat-sifatnya yang Terpuji
Sambungan Akhlak dan Sifat-sifatnya yang Terpuji……
• Sifat-sifat Abu Dawud ini telah diungkapkan oleh sebahagian ulama yang
menyatakan:
• “Imam Abu Daud menyerupai Ahmad bin Hanbal dalam perilakunya,
ketenangan jiwa dan kehebatan pandangannya serta
keperibadiannya. Ahmad dalam sifat-sifat ini menyerupai Waki',
Waki menyerupai Sufyan as-Sauri, Sufyan menyerupai Mansur,
Mansur menyerupai Ibrahim an-Nakha'i, Ibrahim menyerupai
'Alqamah dan ia menyerupai Ibn Mas'ud. Sedangkan Ibn Mas'ud
sendiri mencontohi Nabi SAW dalam sifat-sifat tersebut.”
• Mempunyai falsafah sendiri dalam cara berpakaian
• Seseorang yang melihatnya bertanya tentang kepelikan
ini, ia menjawab: "Lengan baju yang lebar ini digunakan
untuk membawa kitab-kitab, sedang yang satunya lagi
tidak diperlukan. Jadi, kalau dibuat lebar, hanyalah
berlebih-lebihan.
Sambungan Akhlak dan Sifat-sifatnya yang Terpuji……
• Salah seorang perawi hadis Nabi Muhammad (S.A.W).
• Seorang imam ahli hadis yang sangat teliti
• Tokoh terkemuka para ahli hadis setelah dua imam
hadis Bukhari dan Muslim serta pengarang kitab Sunan
Sambungan Akhlak dan Sifat-sifatnya yang Terpuji……
Pendidikan Imam abu daud
• Penulis kitab Sunan Abi Daud, salah satu kitab yang dikategorikan di dalam enam kitab Hadis yang utama yang termasuk kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.
• Sejak kecilnya Imam Abu Daud sudah mencintai ilmu dan para ulama, bergaul dengan mereka untuk dapat menimba ilmunya.
• Belum lagi mencapai usia dewasa, beliau telah mempersiapkan dirinya untuk mengadakan lawatan, mengelilingi berbagai negeri.
• Pernah mengembara ke Iraq, Mesir, Syria, Arab Saudi, Khurasan, Nisabur dan bayak lagi untuk mengumpulkan Hadis Rasulullah S.A.W
• Imam Abu Daud mengunjungi Baghdad berkali-
kali untuk mengajar hadis dan fiqh.
• Kemudian Imam Abu Dawud menetap di Basrah
atas permintaan gabenor setempat yang
menghendaki supaya Basrah menjadi "Kabah"
bagi para ilmuwan dan peminat hadith.
Sambungan Pendidikan Imam abu daud…….
GURU
AL-QANABIY SULAIMAN BIN HARB
ABU AMR ADH-DHARIRI
IMAN AHMAD BIN HANBAL
ABDULLAH BIN RAJA’AD-DARIMI
ZUHAIR BIN HARB ABU WALID ATH-THAYALISI
Murid-muridnya (Para Ulama yang Mewarisi
Hadisnya)• Ulama-ulama yang mewarisi hadithnya dan mengambil ilmunya,
antaranya:
1. Abu 'Isa at-Tirmidzi,
2. Abu Abdur Rahman an-Nasa'i,
3. putranya sendiri Abu Bakar bin Abu Dawud,
4. Abu Awanah,
5. Abu Sa'id al-A'rabi,
6. Abu Ali al-Lu'lu'i,
7. Abu Bakar bin Dassah,
8. Abu Salim Muhammad bin Sa'id al-Jaldawi dan lain-lain.
• Kebanyakkan Hadis yang beliau kumpul daripada
tempat lain lebih bertumpu kepada Hadis Hukum
• Jumlah Hadis yang berjaya dikumpulkan oleh Imam
Abu Daud adalah sebanyak 500,000 Hadis.
SUMBANGAN
• Daripada jumlah itu, sebanyak 4800 Hadis
telah beliau pilih untuk dimasukkan dalam
kitab Sunannya.
• Imam Abu Daud telah menulis lebih
kurang 21 kitab termasuk Sunan Abi
Daud.
• Menurut Imam Abu Daud, semua Hadis yang
dimasukkan dalam kitab Sunannya adalah sahih
kecuali jika beliau menyatakan sebaliknya.
• Namun, bukan semua Hadis beliau sahih kerana
ada ulama seperti Ibn Hajar al-Asqalani
berpendapat bahawa ada juga Hadis yang
lemah di dalam Sunan Abi Daud.
Kitab karangan Abu Dawud
Kitab
1. Kitab as-Sunan
2. Kitab al-Marasil
3. Dalailun Nubuwah
4. Kitab al-Qadar
5. Kitab az-Zuhud
6. Fada'ilul A’mal
7. An-Nasikh Wal Mansukh
8 Ibtida’ul Wahyu
9. Ahbarul Khawarij
Kitab Sunan Abu Dawud
• Penyusunan kitab Sunan Abu daud berdasarkan bab
bab fiqh yang dimulai dengan bab al taharah dan diakhiri
bab al adab.
• Didalamnya hanya memuat hadis hadis yang marfu
yakni bersumber dari nabi Muhammad s.a.w. dan hadis
yang mawquf , maqtu tidak dimuat.
Jumlah Hadith Sunan Abu Dawud
• Di atas telah disebutkan bahawa isi Sunan Abu Daud itu memuat hadis sebanyak
4800 buah hadis. Namun sebahagian ulama ada yang menghitungnya sebanyak
5274 buah hadis. Perbezaan jumlah ini disebabkan bahawa sebahagian orang yang
menghitungnya memandang sebuah hadis yang diulang-ulang sebagai satu hadith,
namun yang lain menganggapnya sebagai dua hadis atau lebih.
• Dua jalan periwayatan hadis atau lebih ini telah dikenal di kalangan ahli hadis.
Imam Abu Daud membahagikan kitab Sunannya menjadi beberapa kitab, dan tiap-
tiap kitab dibagi pula ke dalam beberapa bab. Jumlah kitab sebanyak 35 buah, di
antaranya ada 3 kitab yang tidak dibagi ke dalam bab-bab. Sedangkan jumlah bab
sebanyak 1,871 buah bab.
Sumber: Kitab Hadith Shahih yang Enam, Muhammad Muhammad Abu Syuhbah.
Wafatnya
• Setelah hidup penuh dengan kegiatan ilmu, mengumpulkan dan
menyebarluaskan hadis, Imam Abu Dawud wafat di Basrah, tempat
tinggal atas permintaan Amir sebagaimana yang telah diceritakan.
la wafat tanggal 16 Syawal 275 H. Semoga Allah sentiasa
melimpahkan rahmat dan redaNya kepadanya.
Riwayat Hidup Imam at-Tirmizi
Biografi
• Nama dan kelahirannya:
• Imam al-Hafiz Abu Isa Muhammad bin Isa bin
Saurah bin Musa bin ad-Dahhak as-Sulami at-
Tirmizi, salah seorang ahli hadis kenamaan,
dan pengarang berbagai kitab yang masyhur,
lahir di kota Tirmiz (uzbekistan).
• Perkembangan dan lawatannya :
• Semenjak kecil, Imam Tirmizi sudah gemar mempelajari ilmu
dan mencari hadis. Untuk keperluan inilah beliau mengembara
ke pelbagai negeri: Hijaz, Irak, Khurasan dan lain-lain.
• Dalam perlawatannya itu ia banyak mengunjungi ulama-ulama
besar dan guru-guru hadis untuk mendengar hadis yang
dihafal dan dicatatnya dengan baik di perjalanan atau ketika
tiba di suatu tempat. Ia tidak pernah menyia-nyiakan
kesempatan tanpa menggunakannya dengan seorang guru di
perjalanan menuju Makkah.
• Wafat:
• Setelah menjalani perjalanan panjang untuk belajar,
mencatat, berdiskusi dan tukar pikiran serta
mengarang, ia pada akhir kehidupannya mendapat
musibah kebutaan, dan beberapa tahun lamanya
beliau hidup dalam keadaan seperti inilah akhirnya
Imam Tirmizi meninggal dunia. Beliau wafat di Tirmiz
pada malam Isnin 13 Rejab tahun 279 H (8
Oktober 892) dalam usia 70 tahun.
Keilmuan
• Guru-gurunya:
• Beliau belajar dan meriwayatkan hadis daripada ulama-
ulama kenamaan. Di antaranya adalah Imam Bukhari,
kepadanya ia mempelajari hadis dan fiqh. Juga beliau belajar
kepada Imam Muslim dan Abu Daud. Bahkan Imam Tirmizi
belajar pula hadis dari sebagian guru mereka.
• Guru lainnya ialah Qutaibah bin Saudi Arabia’id, Ishaq bin
Musa, Mahmud bin Gailan. Said bin ‘Abdur Rahman,
Muhammad bin Basysyar, ‘Ali bin Hajar, Ahmad bin Muni’,
Muhammad bin al-Musanna dan lain-lain.
• Murid-muridnya:
• Hadits-hadits dan ilmu-ilmunya dipelajari dan
diriwayatkan oleh banyak ulama. Di antaranya
ialah Makhul ibnul-Fadl, Muhammad binMahmud
‘Anbar, Hammad bin Syakir, ‘Ai-bd bin Muhammad
an-Nasfiyyun, al-Haisam bin Kulaib asy-Syasyi,
Ahmad bin Yusuf an-Nasafi, Abul-‘Abbas
Muhammad bin Mahbud al-Mahbubi, yang
meriwayatkan kitab Al-Jami’ daripadanya, dan lain-
lain.
Fiqh Tirmizi dan Ijtihadnya
• Imam Tirmizi, di samping dikenal sebagai ahli dan
penghafal hadits yang mengetahui kelemahan-kelemahan
dan perawi-perawinya, ia juga dikenal sebagai ahli fiqh
yang mewakili wawasan dan pandangan luas. Barang
siapa mempelajari kitab Jami’nya ia akan mendapatkan
ketinggian ilmu dan kedalaman penguasaannya terhadap
berbagai mazhab fiqh. Kajian-kajiannya mengenai
persoalan fiqh mencerminkan dirinya sebagai ulama yang
sangat berpengalaman dan mengerti betul duduk
permasalahan yang sebenarnya.
Karya-karyanya
Kitab Al-Jami’, terkenal dengan
sebutan Sunan at-Tirmidzi
Kitab At-Tarikh
Kitab Asy-Syama’il an-NabawiyyahKitab Az-Zuhd
Kitab Al-Asma’ wal-Kuna
Sekilas tentang Al-Jami’
• Kitab ini adalah salah satu kitab karya Imam Tirmizi
terbesar dan paling banyak manfaatnya. Ia
tergolong dalam salah satu "Kutubus Sittah" (Enam
Kitab Pokok Bidang Hadits) dan ensiklopedia hadis
terkenal. Al-Jami’ ini terkenal dengan nama Jami’
Tirmizi, dinisbatkan kepada penulisnya, yang juga
terkenal dengan nama Sunan Tirmizi. Namun nama
pertamalah yang popular.
Riwayat hidup Imam Malik & Imam Ahmad
Riwayat hidup imam Malik
Nama sebenarnya ialah Malik bin Anas bin Abu Amar Al-Asbahi.
Beliau dilahirkan di Madinah pada 93 hijrah. Beliau berasal daripada
keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan oleh masyarakat.
Datuk beliau ialah sahabat Rasullah. Ibu beliau Al-Aliah bte Syuraik.
Ada riwayat yang menyebut bahawa beliau berada dalam kandungan
ibunya lebih kurang 2 tahun.
Beliau wafat pada tahun 179 hijrah ketika berumur 86 tahun dan
meninggalkan 3 orang putera dan seorang puteri.
Beliau adalah pengasas mazhab Maliki.
Sifat Peribadi
Beliau mempunyai kecerdasan akal fikiran
yang tinggi. Beliau menghafaz Al-Quran ketika
masih kecil.
Imam Malik juga memiliki akhlak yang mulia,
bersopan-santun, suka pakai pakaian yang
mahal dan bersih serta bau-bauan yang harum.
Imam Malik suka bergaul dengan semua lapisan masyarakat
dan sangat benci pada perbuatan mencela sesama manusia
dan sangat menghormati kepada hadis-hadis Rasullah s.a.w.
Beliau merupakan seorang hartawan yang dermawan,
menggunakan hartanya untuk menolong golongan yang
susah.
Merupakan seorang ulama yang warak, taat dan patuh
kepada Allah serta kuat beribadat pada waktu malam. Beliau
tabah menghadapi segala ujian yang menimpanya.
Latar belakang Pendidikan
Beliau banyak menimba ilmu pengetahuan di Madinah
kerana pada masa itu Kota Madinah menjadi pusat
pengajian ilmu, khususnya ilmu agama.
Beliau dapat mengingati 29 hadis daripada 30 buah hadis
setelah mendengar gurunya menyampaikan hadis
tersebut secara lisan.
Beliau telah belajar daripada 900 orang guru, sebahagiannya
terdiri daripada ulama. Beliau pernah menuntut dengan ulama
yang terkenal. Antaranya:
*Ahli fikah - Rabilah b. Abd. Rahman.
*Ahli hadis - Imam Nafi‘ Maula Ibn Umar.
*Imam Ibnu Syaibah Azzuhri.
Berkat kerajinan dan usaha beliau dalam menuntut
ilmu,akhirnya Imam Malik muncul sebagai salah seorang
ulama fikah yang terbesar dan unggul di seluruh Madinah.
Keistimewaan Imam Malik
Seorang yang kuat beribadat di waktu malam serta
membaca Al-Quran kitab yang mengandungi hadis
Menghafaz Al-Quran dan hadis sejak dari kecil.
Beliau sangat berani mempertahankan fatwanya
walaupun dihadapan seorang gabenor dan musuh
Islam.
Sumbangan
Kitab yang termasyhur ialah "Al-Muwatta" iaitu kitab yang
mengandungi hadis-hadis dan hukum.
Kitab-kitab karangan ulama-ulama Mazhab Imam Malik seperti:
*Al-muhtasar Al-Kabir
*Al-Muhktasr Al-Ausat
*Kitab Al-usul
*Ahkamul Quran
Mazhab Maliki berkembang di Morocco, Algeria,Tunisia, Iraq dan
Palestin.
SEKILAS MENGENAI AL-MUWATTA’
Sebuah kitab yang menggabungkan ilmu hadis dan
ilmu fiqh.
Sejarah penulisan kitab ini bermula apabila Khalifah Abu
Jaafar al-Mansur telah meminta Imam Malik menghasilkan
sebuah kitab supaya boleh dijadikan sebagai rujukan.
Peristiwa itu berlaku ketika musim haji. Penghasilan kitab ini
dilakukan selama 40 tahun.
Beliau menghabiskan masa usia 40 tahunnya dengan
mengumpul serta menyaring hadis-hadis yang diterima
daripada guru-gurunya.
Beliau telah menghafal 100,000 hadis dan
daripada hadis tersebut setelah diteliti, hanya 10
000 hadis yang diakui sah. Setelah itu, Imam
Malik menyaring lagi sehingga hanya tinggal lagi
5000 hadis yang benar-benar diterimanya
sebagai hadis dari Rasulullah s.a.w.
Akhirnya, cuma tinggal 1720 hadis yang
dimuatkan dalam kitab Al-Muwattak setelah
beliau menyaring hadis lagi.
Daripada 1720 buah hadis tersebut, dapatlah dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu:
600 hadis marfu’ مرفوع))
613 hadis mauquf موقوف))
285 hadis maqtu’ مقطوع))
222 hadis mursal مرسل))
Riwayat Hidup Imam Ahmad
Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Ahmad
b. Muhammad b. Hanbal b. Hilal As-Syaiban
Beliau berketurunan Nabi sebelah nenek yang
bernama Nazar b. Maad b. Adnan.
Beliau dilahirkan pada 164 hijrah bersamaan
780 masihi.
Seorang ahli sunnah yang terbesar, Soleh
dan Zuhud dianggap (Mujaddid) bagi abad
ke 3 hijrah.
Beliau meninggal dunia pada 241 hijrah
bersamaan 855 masihi ketika berusia 77
tahun.
Merupakan pengasas Mazhab Hambali.
Sifat Peribadi
Sangat taat kepada gurunya dan tidak suka bercakap
banyak.
Mempunyai daya ingatan yang kuat sehingga dapat
menghafal hadis lebih banyak daripada orang lain.
Suka memaafkan kesalahan orang lain.
Telah dipenjara dan didera kerana enggan mengakui
pendapat Muktazilah bahawa Al-Quran adalah makhluk Allah.
Beliau berjiwa besar, Zuhud dan tidak terpengaruh dengan
kemewahan hidup.
Keistimewaan Imam Ahmad
Berminat dengan pelbagai ilmu pengetahuan
seperti hadis, fikah dan ilmu Al-Kalam.
Digelar Al-Hakam kerana dapat menghafaz
lebih daripada 700 000 hadis.
Kuat beribadat dan pernah bersembahyang 300
rakaat semalaman dan seminggu sekali khatam
Al-Quran.
Sumbangan
Karangan beliau yang termasyhur ialah kitabnya Al-Musnad.
Menghasilkan tafsir Al-Quran, kitab An-Nasikh Wal Mansuh,
Taatur Rasul, Al-manasik Al-kabir, Wal manasik al-Saghir.
Mazhab Imam Ahmad iaitu mazhab Hanbali berkembang di
Baghdad, Mesir dan Syria.
Menyebarkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Fatwa sahabat dianggap penting selepas Al-Quran dan As-
Sunnah selepas itu barulah Kias.
Sekian, terima kasih