RPH 10 Darab 3 Kekisi

9
Matapelajaran : Matematik Kelas : 5 Mendapat Bilangan murid : 22 orang Tarikh : 3 Mac 2015 Hari : Selasa Masa :12.10 tengah hari hingga 1.10 tengah hari. Bidang : Nombor dan Operasi Tajuk : Tolak dalam lingkungan 1 000 000 Standard Kandungan : Murid-murid dibimbing untuk : 4.1. Pendaraban dua nombor. Standard Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid-murid berupaya untuk : i. Mendarab sebarang nombor dengan nombor hingga dua digit, 100 dan 1000 dan hasil darabnya hingga 1 000 000 termasuk membuat anggaran. Masa : 60 minit Pengetahuan sedia ada : Antara pengetahuan sedia ada murid ialah : i. murid telah didedahkan dengan operasi pendaraban yang hasil darabnya sehingga 100 000 EMK : Kreativiti dan inovasi. 1 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK

description

rancngan pengajaran harian matematik tahun 5

Transcript of RPH 10 Darab 3 Kekisi

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK

Matapelajaran : MatematikKelas : 5 MendapatBilangan murid : 22 orangTarikh: 3 Mac 2015Hari: SelasaMasa:12.10 tengah hari hingga 1.10 tengah hari.Bidang : Nombor dan OperasiTajuk : Tolak dalam lingkungan 1 000 000Standard Kandungan : Murid-murid dibimbing untuk : 4.1. Pendaraban dua nombor.Standard Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran murid-murid berupaya untuk : i. Mendarab sebarang nombor dengan nombor hingga dua digit, 100 dan 1000 dan hasil darabnya hingga 1 000 000 termasuk membuat anggaran.Masa : 60 minitPengetahuan sedia ada : Antara pengetahuan sedia ada murid ialah : i. murid telah didedahkan dengan operasi pendaraban yang hasil darabnya sehingga 100 000EMK: Kreativiti dan inovasi. Nilai murni : mendengar arahan, memberi perhatian, kerjasama, kesungguhan.Bahan bantu mengajar: Slide power point, projector lcd, kad tugasan, sampul surat.

FASAISI KANDUNGANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CADANGAN KOMUNIKASI

Persediaan (5 minit)

Pemerhatian dan analisisGuru mengubah atmosfera kelas dengan menarik perhatian murid melalui aktiviti mencari harta karun.

Guru melatih murid menjadi murid yang sentiasa aktif dan sedia melaksanakan tugasan serta berkeyakinan dan berani.

Guru menerapkan nilai murni sentiasa menuntut ilmu pengetahuan yang harganya tidak ternilai

1. Guru menyatakan bahawa terdapat satu harta karun yang tersimpan dalam kelas. Harta karun tersebut dalam bentuk gulungan kertas scroll.

2. Guru minta semua murid berusaha mencari harta karun tersebut.

3. Guru minta murid yang menjumpai harta karun menjawab soalan yang terdapat pada harta karun tersebut.

4. Guru memberi hadiah kepada murid yang menjumpai harta krun dan berjaya menjawab soalan yang terdapat pada harta karun tersebut.

5. Guru menerangkan kepada murid bahawa harta yang bernilai bukan sahaja dalam bentuk wang atau emas tetapi ilmu merupakan harta yang paling bernilai dalam hidup seseorang individu.

Di dalam kelas ini tersimpan satu harta karun yang sangat bernilai.

Sila cari harta karun tersebut.

Sila jawab soalan yang terdapat pada harta karun tersebut.

Harta bernilai yang cikgu maksudkan ialah ilmu pengetahuan yang kamu dapat semasa menyelesaikan soalan yang terdapat pada harta karun tersebut.

Nilai murni : ikhlas menuntut ilmu, bersungguh-sungguh.

Imaginasi (20minit)

Penjanaan idea

Sintesis ideaPendaraban dua nombor.

i. Mendarab sebarang nombor dengan nombor hingga dua digit, 100 dan hasil darabnya hingga 1 000 000 termasuk membuat anggaran.

Contoh 1 :

Darab sebarang nombor dengan nombor 2 digit tanpa pengumpulan semula.

1321 x 13 =_____

Bentuk lazim.

Kaedah kekisi.

Contoh 2 :

Darab sebarang nombor dengan nombor 2 digit dengan pengumpulan semula.

11329 X 31 = _____

Contoh 3 :

13427 X 55 = _____

Contoh 4 :

12781 X 71 = _______

1. Guru wujudkan situasi di mana seorang guru ingin membeli beberapa kotak pensel daripada seorang penjual alat tulis. Guru tersebut ingin membeli sebanyak 1321 kotak pensel. Setiap kotak mempunyai 13 batang pensel.

2. Guru minta seorang murid datang ke hadapan secara sukarela untuk melakonkon watak sebagai guru tersebut.

3. Guru melakonkan watak sebagai penjual alat tulis.

4. Penjual bertanya kepada guru tersebut berapa jumlah keseluruhan pensel yang ingin dibeli.

5. Guru minta murid buat pengiraan untuk untuk mencari jumlah pensel yang ingin dibeli.

6. Guru tunjukkan cara pendaraban menggunakan kaedah kekisi.

7. Guru paparkan satu soalan darab di hadapan kelas menggunakan persembahan slide power point.

8. Guru minta seorang murid tampil ke hadapan untuk menjawab soalan tersebut dengan menggunakan kaedah kekisi.

9. Guru bantu murid menjawab soalan tersebut jika murid tersebut mengalami sebarang kesulitan

10. Guru ulang langkah 7 hingga 9 dengan memaparkan soalan-soalan yang lain.

Dengar dengan teliti situasi yang cikgu wujudkan.

Cikgu akan melakonkan watak sebagai penjual alat tulis.

Siapa yang berani sila keluar ke hadapan untuk melakonkan watak sebagai guru?

Apakah operasi yang terlibat dalam masalah ini?

Jawapan : operasi darab

Kira jumlah keseluruhan pensel.

Tunjukkan jalan pengiraan bagi soalan tersebut.

Cari jawapan terhadap soalan yang dipaparkan di hadapan dengan menggunakan kaedah kekisi.

Nilai murni : patuh pada arahan, bersungguh-sungguh menyelesaikan tugasan.

Perkembangan(20 minit)

Penambahbaikan

menilaiPendaraban dua nombor.

i. Mendarab sebarang nombor dengan nombor hingga dua digit, 100 dan hasil darabnya hingga 1 000 000 termasuk membuat anggaran.

1. Guru membahagikan murid kepada enam kumpulan

2. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 1 sampul surat yang mengandungi kad tugasan

3. Setiap kumpulan perlu menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan.

4. Masa yang diperuntukkan ialah selama 15 minit.

5. Arahan tugasan :

a) Jawab semua soalan yang disediakan dengan menggunakan kaedah kekisi

b) Gunting dan tampal jawapan yang diperoleh pada kertas landasan kereta api.

6. Kumpulan yang terpantas dapat menyelesaikan tugasan dan menjawab semua soalan dengan betul dikira sebagai pemenang.

Sila dengar arahan yang cikgu berikan dengan teliti tentang cara-cara untuk melaksanakan aktiviti berkumpulan.

Setiap kumpulan perlu menjawab semua soalan.

Kumpulan yang paling pantas menyiapkan tugasan dengan memberikan jawapan yang betul dikira sebagai pemenang.

Semasa melaksanakan aktiviti berkumpulan, kamu perlu bekerjasama antara satu sama lain.

Nilai murni : kerjasama antara ahli kumpulan, berdaya saing.

Tindakan (10 minit)

Pelaksanaan

Amalan berterusanPendaraban dua nombor.

i. Mendarab sebarang nombor dengan nombor hingga dua digit, 100 dan hasil darabnya hingga 1 000 000 termasuk membuat anggaran.

1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid untuk mengukuhkan kefahaman mereka terhadap tajuk yang diajar pada hari ini.

Jawab semua soalan dalam kertas lembaran kerja yang diberikan.

Kamu tidak dibenarkan meniru tetapi dibenarkan untuk berbincang dengan rakan disebelah.

Nilai : kejujuran, kesungguhan

Penutup ( 5 minit)Mengimbas kembali apa yang dipelajari. Murid ditanya apa yang telah mereka pelajari pada hari ini.

Murid membuat kesimpulan tentang pembelajaran pada hari ini.

Dalam situasi apa kamu sering gunakan operasi darab dalam kehidupan seharian?

Apakah kepentingan mempelajari kpelbagai kaedah pendaraban?

Pentaksiran Berdasarkan keupayaan murid menjawab lembaran kerja.

Standard pembelajaran tercapai sekiranya murid menjawab dengan betul sekurang-kurangnya 5 daripada 6 soalan.

5