rph-1A-psv-minggu-3

5
Rancangan Pengajaran Harian Tahun : 1 Arif Bidang : Menggambar Aktiviti : Kolaj Tema : Alam Semulajadi Tajuk : Hidupan Laut Masa : 7.40 8.40 pagi Objektif : Murid dapat menghasilkan karya menggunakan teknik kolaj dengan betul Isi pembelajaran : 1. Murid dapat mengetahui teknik kolaj yang tepat 2. Murid mengenali pelbagai jenis hidupan laut Media : Alat berus warna, palet, dan surat khabar lama Bahan kertas lukisan dan warna air atau warna poster atau tempera Bahan Bantu Mengajar : Contoh kolaj hidupan laut dan gambar hidupan laut. EMK : STANDARD KANDUNGAN 1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan : garisan, rupa, warna, imbangan dan kepelbagaian) yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan lukisan. 2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan lukisan. 3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan lukisan. 4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya. 1

description

rph

Transcript of rph-1A-psv-minggu-3

Page 1: rph-1A-psv-minggu-3

Rancangan Pengajaran Harian

Tahun : 1 Arif

Bidang : Menggambar

Aktiviti : Kolaj

Tema : Alam Semulajadi

Tajuk : Hidupan Laut

Masa : 7.40 – 8.40 pagi

Objektif : Murid dapat menghasilkan karya menggunakan teknik kolaj dengan betul

Isi pembelajaran : 1. Murid dapat mengetahui teknik kolaj yang tepat

2. Murid mengenali pelbagai jenis hidupan laut

Media : Alat – berus warna, palet, dan surat khabar lama Bahan – kertas lukisan dan warna air atau warna poster atau tempera

Bahan Bantu Mengajar : Contoh kolaj hidupan laut dan gambar hidupan laut.EMK :

STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan : garisan, rupa, warna, imbangan dan kepelbagaian) yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan lukisan.

2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan lukisan.

3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan lukisan.

4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya.

1

Page 2: rph-1A-psv-minggu-3

STANDARD PEMBELAJARAN

1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang ada pada karya seni. 1.1.1 Unsur seni

1.1.1.1 Garisan – lurus dan melengkung (untuk lakaran) 1.1.1.2 Rupa – organik dan geometri 1.1.1.3 Warna – primer dan sekunder

1.1.2 Prinsip rekaan 1.1.2.1 Harmoni – warna, bentuk, rupa 1.1.2.2 Kesatuan – pelbagai unsur alam semula jadi

1.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni. 1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media

1.2.1.1 Alat – berus warna, palet, dan surat khabar lama 1.2.1.2 Bahan – kertas lukisan dan warna air atau warna poster atau tempera

1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya 1.2.2.1 Teknik – catan (basah atas kering)

1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.

1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 1.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya

1.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 1.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan 1.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan

2

Page 3: rph-1A-psv-minggu-3

PELAKSANAAN

STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI CATATAN

Persepsi Estetik ( 7 minit)Guru menunjukkan contoh hasil lukisan

Guru menunjukkan paparan slaid hidupan laut

Guru menyatakan perbezaan antara lukisan dan kolaj

BBM: LCD

Contoh –contoh lukisan

Aplikasi Seni ( 8 minit)Guru menunjukkan contoh beberapa rupa hidupan laut seperti ikan,obor-obor, tapak sulaiman, ketam, kuda laut, sotong

Guru memberitahu bahawa rupa-rupa ini jika disusun akan menjadi satu komposisi pemandangan yang menarik.

Guru menunjukkan contoh dan meminta murid menyatakan bahan lain yang boleh digunakan untuk menghasilkan karya.

Nilai: Hormat - menghormati

3

Page 4: rph-1A-psv-minggu-3

Ekspresi Kreatif (35 minit)Murid menghasilkan corak teknik kolaj dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut.

Langkah 1Guru mengedarkan kertas lukisan dan kertas warna kepada murid.Murid menggunting kertas warna mengikut motif yang dipilih menjadi cebisan kecil

Langkah 2Murid menyusun dan menampal cebisan kertas warna pada bahagian dikehendaki menggunakan gam.

Langkah 3Tampal pasir, kulit siput, tisu atau lain-lain bahan pada bahagian atas kertas atau bahagian lain yang menarik Unsur seni

Prinsip rekaan

Kriteria

- Kreativit- kemasan

Apresiasi SeniMurid mempamerkan karya seni yang dihasilkan

4

Page 5: rph-1A-psv-minggu-3

Murid menceritakan pengalaman masing-masing ketika melakukan aktiviti

5