rph 2

4
Rancangan Pengajaran Dunia Muzik Tahun Satu Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik Kelas : 1 Aktif Hari/Tarikh : Selasa / 08.01. 2013 Masa : 30 Minit (12.30-1.00) Fokus : Ekspresi:- tempo cepat dan lambat Standard Kandungan : Pengalaman Muzikal 1. Menyanyi pelbagai repertoir secara solo atau berkumpulan. 2. Membuat gerakan mengikut muzik. Standard Pembelajaran : 1. Menyanyi mengikut tempo cepat dan lambat. 2. Membuat gerakan berdasarkan dinamik, pic, tempo dan bunyi. Objektif Pengajaran :Pada akhir pengajaran murid dapat : 1. Menyanyi Lagu Selamat Pagi mengikut tempo. 2. Menepuk detik Lagu Selamat Pagi. Pengalaman Sedia Ada : Murid pernah menyanyi lagu kanak-kanak. Bahan Bantu Mengajar : CD 1 : Track 01 (Selamat pagi-vokal) Track 2 ( Selamat pagi- instrumental) Carta lagu Selamat Pagi Kad ikon : askar dan orang tua Penerapan Nilai : Berdisiplin-mengikut arahan Kemahiran Berfikir : Membezakan tempo cepat dan lambat EMK (Elemen

description

muzik

Transcript of rph 2

Rancangan Pengajaran Dunia Muzik Tahun Satu

Mata Pelajaran : Pendidikan MuzikKelas : 1 AktifHari/Tarikh :Selasa / 08.01. 2013Masa : 30 Minit (12.30-1.00)Fokus : Ekspresi:- tempo cepat dan lambatStandard Kandungan : Pengalaman Muzikal 1. Menyanyi pelbagai repertoir secara solo atau berkumpulan. 2. Membuat gerakan mengikut muzik.Standard Pembelajaran : 1. Menyanyi mengikut tempo cepat dan lambat. 2. Membuat gerakan berdasarkan dinamik, pic, tempo dan bunyi.Objektif Pengajaran :Pada akhir pengajaran murid dapat : 1. Menyanyi Lagu Selamat Pagi mengikut tempo. 2. Menepuk detik Lagu Selamat Pagi.

Pengalaman Sedia Ada : Murid pernah menyanyi lagu kanak-kanak.Bahan Bantu Mengajar : CD 1 : Track 01 (Selamat pagi-vokal) Track 2 ( Selamat pagi-instrumental) Carta lagu Selamat Pagi Kad ikon : askar dan orang tuaPenerapan Nilai : Berdisiplin-mengikut arahanKemahiran Berfikir : Membezakan tempo cepat dan lambatEMK (ElemenMerentas Kurikulum) : Kreativiti Menyanyi dengan mengubah tempo secara kreatif.

Masa/LangkahIsi KandunganAktiviti Pengajaran & PembelajaranStrategi P&P/ABM/Nilai

Set induksi(5 minit)Tempo cepat dan lambat1. Guru mempamerkan gambar askar.

2. Guru meminta murid menunjukkan cara askar berkawad. Murid berkawad seperti askar.

3. Guru mempamerkan gambar orang tua.

4. Guru meminta murid menunjukkan orangtua berjalan.

5.Murid berjalan seperti orang tua.

6.Guru menyoal murid. Contoh:

Apakah perbezaan antara cara askar berkawad dengan orang tua berjalan?Andaian jawapan : askar berkawad cepat. Orang tua berjalan lambat.

Gambar askar berkawad

Kemahiran berfikir : Membanding beza

Langkah 1(10 minit)Menepuk detik1. Murid mendengar dan memberi tumpuan kepada laguSelamat Pagi.

2. Murid mendengar dan menepuk detik lagu Selamat pagi dengan bimbingan guru

(Catatan:guru mempelbagaikanaktiviti menepuk detik seperti menepuk peha, bahu dan pipi).

CD 1 Track 01

CD 1 Track 2

Langkah 2( 10 minit )Menyanyi mengikut tempo1. Guru membimbing murid menyanyikan lagu selamat pagi.

2.Murid menyanyikan lagu Selamat Pagi mengikut tempo

CD 1 Track 01

CD 1 Track 02

Penutup(5 minit)

1. Guru berbincang bersama murid tentang perubahan tempo yang dialami semasa menyanyi dan membuat gerakan.kreatif sambil menyanyi

RefleksiSepanjang sesi p&p dijalankan murid memberi kerjasama dengan baik. Mereka memberi respon dengan baik setiap kali saya menyoal mereka. Selain daripada itu, 90% murid dapat menepuk detik dengan pelbagai cara dengan betul. Murid-murid juga seronok apabila saya memainkan CD Lagu Selamat Pagi. Ini adalah disebabkan lagu ini mempunyai irama yang agak rancak. Murid suka kepada keadaan yang ceria kerana ini akan mendorong kepada mood mereka untuk belajar sesuatu yang baru. Murid juga seronok apabila saya menyuruh mereka menepuk detik dengan pelbagai cara. Terdapat juga beberapa orang murid yang kreatif di mana mereka menggunakan anggota badan untuk menepuk detik. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan, saya menghadapi masalah untuk mengawal kelas kerana murid-murid tahun satu sangat aktif dan mereka sentiasa bergerak di dalam kelas. Saya juga mengalami masalah semasa menunjukkan cara menepuk detik kerana murid tidak memberi perhatian Saya harus bersikap tegas sedikit dengan murid bagi membolehkan mereka mendengar arahan yang diberi. Selain daripada itu, saya juga kena mempelbagaikan cara untuk menepuk detik kepada murid supaya mereka dapat mengikuti pelajaran dengan baik.