RPH 300315

11
Kelas : Tahun 5 Unggul. Masa : 60 Minit Tarik h : 30 Mac 2015 Bilangan murid : 38 orang Mata pelajaran : Sains Tema Bidang Pembelajaran : : Sains Hayat Proses Hidup Haiwan Standard Kandungan : a. Hubungan Makanan Antara Hidupan Standard Pembelajaran : Diakhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat : Mengenal pasti pengeluar dan pengguna dalam rantai makanan. Menyatakan maksud siratan makanan ialah gabungan beberapa rantai makanan dalam suatu habitat. Membina siratan makanan di pelbagai habitat seperti kolam, hutan, padang rumput, sawah padi dan ladang. Pengetahuan Sedia ada : Murid perlu tahu tabiat makan haiwan herbivor, karnivor dan omnivor. Murid perlu tahu bahawa tumbuhan hijau boleh membina makanannya sendiri.

description

contoh rph

Transcript of RPH 300315

Kelas:Tahun 5 Unggul.

Masa:60 Minit Tarikh : 30 Mac 2015

Bilangan murid:38 orang

Mata pelajaran:Sains

TemaBidang Pembelajaran :

: Sains Hayat

Proses Hidup Haiwan

Standard Kandungan:a.Hubungan Makanan Antara Hidupan

Standard Pembelajaran:Diakhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat : Mengenal pasti pengeluar dan pengguna dalam rantai makanan. Menyatakan maksud siratan makanan ialah gabungan beberapa rantai makanan dalam suatu habitat. Membina siratan makanan di pelbagai habitat seperti kolam, hutan, padang rumput, sawah padi dan ladang.

Pengetahuan Sedia ada

: Murid perlu tahu tabiat makan haiwan herbivor, karnivor dan omnivor. Murid perlu tahu bahawa tumbuhan hijau boleh membina makanannya sendiri.

Sikap saintifik &Nilai Murni

: Mengsyukuri anugerah ciptaan tuhan. Berkerjasama sesama rakan semasa aktiviti berkumpulan. Menghargai rukun alam bahawa sesuatu yang hidup boleh menjadi makanan kepada benda hidup yang lain.

Keperluan Khas:a.Sebuah komputer dan satu projektor LCD untuk keperluan guru , Papan Mini Confident.

Persediaan Guru:a.Persembahan Perisian Pembelajaran yang menunjukkan gambaran perkaitan Rantai Makanan.b.Roll up White Board yang mengandungi ruangan untuk menayangkan lagu Bangau Oh Bangau hidupan dan makanannya. Papan Mini Confidentc.Kad Gambar yang menunjukkan simbol d. Kad Gambar yang menunjukkan contoh-contoh hidupan pengeluar, pengguna primer, pengguna skunder dan pengguna tertiar.e.Lembaran kerja yang meminta murid membina rantai makanan.

LangkahIsi PelajaranKaedah PenyampaianCatatan

Permulaan

Guru arahkan seorang murid memimpin membaca doa belajar.

Guru sediakan alat-alat yang akan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Orientasi

Pengenalan kepada tajuk:

Rantai Makanan berlaku apabila suatu benda hidup dimakan oleh benda hidup yang lain.

Istilah:HerbivorKarnivorOmnivorGuru menunjukkan video cerita haiwan Kancil dan Buaya dan minta murid mengamatinya dengan teliti.

Minta murid jawab soalan berikut:1)Haiwan apakah yang makan rumput?2)Apakah makanan buaya dan apakah makanan kancil?3)Apakah istilah haiwan yang makan daging sahaja dan tumbuhan sahaja?

Perkenalkan tajuk pelajaran hari ini.

Strategi P&P:

Kaedah:KelasTeknik :Soal JawabAlat:Komputer.Kemahiran berfikir:Kritis & KreatifNilai:Hormat menghormati

Pencetusan Idea

Penerangan mengenai hidupan yang terlibat dalam Rantai Makanan.Buat perkaitan tentang cerita tadi dengan tajuk bagi menjelaskan tumbuhan hijau (rumput) yangdimakan olehhaiwan herbivor (kancil).

Guru meminta murid pula memberi contoh haiwan yang makan herbivor (kancil) secara bertulis.

Guru meminta murid tulis di atas papa mini Confident satu jenis tumbuhan dan haiwan mengikut tabiat makan yang terlibat dalam lagu.

Guru memberi contoh tentang sebuah kolam ikan dan meminta murid senaraikan hidupan yang mendiaminya.

Strategi P&P:

Kaedah:KelasTeknik :Penerangan

Kemahiran berfikir:Kritis & KreatifNilai:Yakin Diri

BBM :Papan Mini Confident

Memperkenalkan istilah yang terdapat dalam Siratan Makanan.

Guru mengarahkan murid teliti kandungan persembahan powerpoint yang menunjukkan perkaitan antara istilah pengeluar, primer ,skunder dan tertiar.

Perkenalkan istilah berdasarkan contoh tumbuhan dan haiwan seperti berikut:1)Rumput - pengeluar2)Kerbau pengguna pertama (primer)3)Ular pengguna kedua (sekunder)4)Helang-pengguna ketiga (tertiar)

Guru meminta murid beri contoh hidupan lain secara lisan dan membina perkaitan antara pengeluar, pengguna primer, pengguna skunder dan pengguna tertiar.

Berdasarkan aktiviti di atas guru membimbing murid membina beberapa rantai makanan.

Strategi P&P:PemerhatianKaedah:KelasTeknik :PeneranganPerbincanganAlat:Komputer.Kemahiran berfikir:Kritis & KreatifNilai:Hormat-menghormati

BBM : Slide PowerpointPapan Mini Confident

Penstrukturan Semula Idea

Menerangkan konsep:Siratan makanan

Berdasarkan aktiviti sebelum ini, guru memperkenalkan konsep rantai makanan dan cara membina siratan makanan mengikut habitat yang didiami oleh hiduapan.

Guru meminta murid lekatkan arah simbol anak panah pada contoh yang mereka berikan dalam langkah 1 bagi menggantikan perkataan dimakan oleh berdasarkan siratan makanan yang dibina pada papan hitam. Rakan rakan lain mencubanya pada papan masing-masing.

Strategi P&P:

Kaedah:IndividuKelas Teknik :PeneranganBBM:Kad GambarPapan HitamP Papan Mini ConidentKemahiran berfikir:Kritis & KreatifNilai:Yakin

Aplikasi Idea

Aktiviti dalam kumpulan: Membina Rantai Makanan danRole PlayBentuk lima kumpulan dan lantik ketua.Setiap kumpulan dibahagikan mengikut habitat masing-masing, iaitu :A =KolamB =HutanC = Kebun Buah-buahanD = LautE = Sawah padi

Guru mengarahkan setiap kumpulan membina tiga Rantai Makanan berdasarkan kepada habitat masing-masing.

Guru bertindak sebagai fasilitator dan beredar dari satu kumpulan ke satu kumpulan lain.

Selepas itu, berdasarkan rantai makanan yang dibina, murid diminta membina siratan makanan dengan betul.

Strategi P&P:

Kaedah:KumpulanTeknik :PerbincanganBimbingan

BBM: Papan Mini Confident MarkerKertas

Kemahiran berfikir:Kritis & Kreatif

Nilai:Tolong MenolongBekerjasamanHormat-menghormati

Pembentangan dengan kaedahRole Play

Guru meminta setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan masing-masing dengan kaedahRole Play (main peranan)dimana setiap ahli kumpulan akan mewakili setiap haiwan atau tumbuhan yang terlibat dalam rantaian makanan yang dipersembahkan.

Buat ramalan berdasarkan situasi yang diberi hasil pembentangan kumpulan.

Contoh situasi:Apa akan jadi pada kambing jika rumput berkurangan?Apa pula akan terjadi jika bilangan harimau bertambah?

Minta murid buat ramalan berdasarkan situasi yang diberi guru hasil dari pembentangan kumpulan.

Strategi P&P:HipotesisKaedah:KelasTeknik : PeneranganS Sumbangsaran

Kemahiran Belajar:Kritis & KreatifNilai:Hormat Menghormati

Penutup

Kesimpulan (penilaian)Guru mengedarkan dan minta murid lengkapkan Lembaran Kerja yang mengandungi Nota Tidak Lengkap dengan bimbingan guru.

Guru membincangkan kembali apa yang dipelajari hari ini.Strategi P&P:

Kaedah:KelasTeknik :BimbinganAlat:Lembaran Kerja (Latihan penilaian)

Kemahiran Belajar:Kritis & KreatifNilai:Bersyukur

Membina Buku SkrapMurid diarahkan membuat Buku Skrap dengan membina tujuh rantai makanan dan menambah maklumat dengan membina rantai makanan mengikut habitat yang dipilih dengan menggunakan gambar yang diambil dari majalah secara berkumpulan sebagai tugasan di rumah.

Minta seorang murid memimpin membaca tasbih kifarah dan surah al Asr.