rph (Autosaved)

6
Rancangan Pengajaran Harian Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Tarikh 30 Mac 2015 Hari Isnin Masa 12.30 tengah hari 1.30 petang Tahun 6 Vasantham Bilangan murid ____/11 orang Tajuk 1.6 Jahitan Sub Topik Penghasilan Artikel Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: a) Menyeneraikan semua bahan terpakai untuk dikitar semula dengan betul.

description

kh

Transcript of rph (Autosaved)

Rancangan Pengajaran HarianMata PelajaranKemahiran Hidup

Tarikh30 Mac 2015

HariIsnin

Masa12.30 tengah hari 1.30 petang

Tahun6 Vasantham

Bilangan murid____/11 orang

Tajuk1.6 Jahitan

Sub Topik Penghasilan Artikel

Objektif PembelajaranPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:a) Menyeneraikan semua bahan terpakai untuk dikitar semula dengan betul.b) Menyatakan sekurangnya-kurangnya 4 daripada 5 langkah-langkah menjahit artikel jahitan dengan betul.

Pengetahuan Sedia AdaMurid-murid pernah mengenal alatan jahitan dan bahan jahitan dan kegunaanya.

KBKKa) Membezakan bahan terpakai yang boleh dikitar semula dengan bahan terpakai yang tidak boleh dikita semula.b) Menjada idea untuk menghasilkan artikel menggunakan bahan terpakai.

Penerapan Nilaia) Bekerjasamab) Beranic) Yakind) Patuh pada arahan

Bahan Bantu Mengajara) Slaid powerpointb) Gambarc) Kotak d) Lembaran kerjae) Video

Langkah/MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran Dan PembelajaranCatatan

Set Induksi(5 minit)Mari menonton Guru menayangkan video kepada murid. Murid diminta menonton video tersebut dengan teliti. Guru bersoal jawab dengan murid. Guru mengaitkan video tersebut dengan tajuk pengajaran.BBM: Tayangan videoStrategi P&P: Berasaskan bahan, Konteksual.KBKK: Membuat inferens dan menjana idea.Nilai: Patuh pada arahan guru, boleh berkomunikasi dengan baik.

Langkah 1(10 minit)Bahan yang boleh dikitar semula Guru menerangkan tentang bahan-bahan kitar semula yang boleh digunakan untuk menjahit artikel mudah. Guru menunjukkan bahan-bahan maujud semasa menerangkan tentang bahan-bahan kitar semula. Guru bertanyakan murid-murid tentang bahan-bahan kitar semua yang terdapat di rumah mereka. Guru membincangkan dengan murid tentang menggunakan bahan-bahan kitar semula untuk menghasilkan artikel mudah.Penilaian: Lengkapkan saya Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Guru mengedarkan sampul yang mengandungi beberapa keratan gambar. Murid-murid diminta untuk melengkapkan puzzle tersebut. Guru bersoal jawab dengan murid.BBM: Slaid powerpoint, bahan-bahan kitar semula, keratan gambarStrategi P&P: Berasaskan bahan, Konteksual.KBKK: Membuat inferens dan menjana idea.Nilai: Patuh pada arahan guru, boleh berkomunikasi dengan baik.

Langkah 2( 15 minit)Artikel Jahitan Kitar Semula dan Kegunaannya Guru menerangkan artikel jahitan daripada bahan-bahan kitar semula Guru menunjukkan bahan-bahan maujud semasa menerangkan tentang bahan-bahan kitar semula. Guru bertanyakan murid-murid tentang bahan-bahan kitar semua yang terdapat di rumah mereka. Guru membincangkan dengan murid tentang kepentingan artikel- artikel mudah.Penilaian: Siapakah Saya Guru akan memiilih murid mengikut cabutan nama. Murid akan memilih satu nombor daripada kotak. Murid perlu meneka gambar yang akan ditunjukkan dalam slaid powerpoint.BBM: Slaid powerpoint, bahan-bahan kitar semula, Strategi P&P: Berasaskan bahan, Konteksual.KBKK: Membuat inferens dan menjana idea.Nilai: Patuh pada arahan guru, boleh berkomunikasi dengan baik.

Langkah 3(20 minit)Menghasilkan Beg Kertas Murid akan berkerja secara berpasangan. Setiap pasangan akan diberi bahan untuk menghasilkan beg kertas. Murid akan menghasilkan beg kertas mengikut langkah demi langkah yang akan ditunjukkan oleh guru. Guru akan membimbing murid untuk menghasilkan beg kertas.BBM: Slaid powerpoint, surat khabar lama, ribenStrategi P&P: Berasaskan bahan, Konteksual.KBKK: Menjana idea.Nilai: Patuh pada arahan guru, boleh berkomunikasi dengan baik.

Penilaian(5 minit)Latihan pengukuhan Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid. Murid-murid menjawab soalan-soalan yang terdapat pada lembaran kerja pada masa yang diberikan. Guru membimbing murid.BBM: Lembaran kerjaKBKK : Mengimbas kembali.Nilai: Patuh pada arahan guru, Yakin.

Penutup(5 minit)Merumuskan isi pelajaran Guru membuat rumusan hasil pembelajaran pada hari ini sambil bertanya dengan murid. Murid diberi arahan untuk mengemaskan bengkel Kemahiran Hidup.KBKK : Mengimbas kembali.Nilai: Patuh pada arahan guru