Rph bahasa melayu tahap 2
-
Upload
nor-laili-razali -
Category
Education
-
view
717 -
download
6
Transcript of Rph bahasa melayu tahap 2
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHAP 2
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 5 Cemerlang
Bilangan Murid : 36 orang
Tema : Kebudayaan
Tajuk : Perayaan di Malaysia
Tarikh : 10 Mac 2014
Masa : 60 minit
Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat;
i. menyatakan tentang pengalaman mereka menyambut
perayaan secara lisan
ii. membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan
mengenai perayaan di Malaysia
iii. menulis karangan pendek mengenai pengalaman mereka
menyambut perayaan masing-masing dengan menggunakan
ayat majmuk yang betul.
Fokus P&P : 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan
seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat,
sebutan, intonasi, dan nada yang sesuai.
Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan
didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai.
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan
intonasi berdasarkan tanda baca.
Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan
penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca.
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam
sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Aras 3 (i) menyediakan perenggan dengan menggunakan
ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberi.
Kemahiran Bahasa
(KB) : Kemahiran bertutur, menulis, dan mendengar.
Sistem Bahasa : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan
intonasi.
Ilmu : Bahasa Melayu, Kebudayaan
Nilai : Kesenian, menghayati, menghormati dan menghargai.
Kemahiran Bernilai
Tambah (KBT) : i) Kemahiran Berfikir
Membuat perbezaan, membuat inferens dan kemahiran
mengkategori.
ii) Kemahiran Belajar
Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.
iii) Kecerdasan Pelbagai
Kinestetik, interpersonal, intrapersonal, naturalis dan emosi.
iv) Pembelajaran Kontekstual
Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman
mereka mengenai perayaan yang terdapat di Malaysia
dengan cara berdialog dan membina ayat dengan
menggunakan ayat mudah.
v) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Murid dapat menggunakan teknologi semasa P&P.
BBM : Powerpoint, buku latihan dan alat tulis.
Konsep 5P : i) Penggabung jalinan
ii) Penyerapan
iii) Pengayaan
iv) Pemulihan
v) Penilaian
Langkah/Masa
Isi pelajaran Aktiviti Pelajaran Catatan
Set induksi
(5 minit)
Murid ditayangkan power
point yang berkaitan dengan
jenis-jenis perayaan yang
terdapat di Malaysia.
i) Murid diminta untuk
melihat paparan power
point dan
menghayatinya.
ii) Murid diminta untuk
membezakan jenis
perayaan mengikut
kaum dan menceritakan
pengalaman mereka
iii) Guru menjelaskan
tujuan aktiviti dan tajuk
pengajaran yang akan
diajar pada hari
tersebut.
5P:Penggabung jalinan
dan penyerapan
KBT:Kemahiran berfikir -
membuat perbezaan
Pembelajaran
kontekstual - kaitan
tajuk dengan
pengalaman murid
BBM:Power point
Langkah 1
(15 minit)
Guru memberi teks cerita
yang bertajuk “Perayaan di
Malaysia” melalui power
point
i) Murid dikehendaki
untuk mengklik salah
satu pautan yang
disediakan.
ii) Murid diminta membaca
petikan secara individu
dengan kuat dan
mengikut intonasi serta
gaya yang betul.
iii) Murid-murid yang lain
dikehendaki mendengar
dan meneliti teks sambil
memahami petikan
tersebut.
iv)Kemudian guru bersoal
jawab dengan murid
berkaitan dengan
petikan tersebut.
KBT:Kemahiran Teknologi
Maklumat - murid
mendapat peluang
menggunakan
komputer untuk klik
pautan.
BBM:Teks petikan dan
power point
KB:Kemahiran
mendengar, bertutur
dan membaca
Langkah 2 Guru mengadakan i) Murid dibahagikan KBT:
(15 minit) perbincangan kumpulan
antara murid-murid dan
melakukan pembentangan
melalui power point.
kepada beberapa
kumpulan.
ii) Murid diminta untuk
berada dalam kumpulan
dan membuat
perbincangan.
iii) Murid dikehendaki
membentangkan
perbezaan antara
perayaan yang terdapat
di Malaysia dan
bandingkan dengan
pengetahuan dan
pengalaman mereka.
iv)Kemudian kumpulan
yang berjaya
menyiapkan dahulu
akan membentangkan
hasil perbincangan
mereka dan mereka
akan mendapat
ganjaran.
v) Guru bertanya
berkaitan dengan tajuk
dan pengetahuan sedia
ada mereka.
Menghubung kait,
pembelajaran
kontekstual dan
menjana idea
NILAI:Hormat-menghormati
dan kerjasama.
BBM:Power point
Langkah 3
(20 minit)
Guru memberi latihan
kepada murid-murid.
Aktiviti Pengayaan:
Mencari makna perkataan,
menjawab soalan
berdasarkan petikan yang
diberi dan menulis karangan
pendek berdasarkan tajuk
i) Guru terlebih dahulu
menyoal murid sama
ada mereka memahami
tajuk pengajaran pada
hari tersebut atau tidak.
ii) Guru memberi latihan
kepada murid iaitu
mencari makna
perkataan, menjawab
5P:Penggabung jalinan,
pengayaan,
pemulihan dan
penilaian
KBT:Kemahiran berfikir -
membuat inferens
KB:Kemahiran menulis,
yang diberi
Aktiviti Pemulihan:
Menyiapkan petikan yang
diberikan dengan mengisi
tempat kosong.
soalan berdasarkan
petikan dan menulis
karangan pendek.
iii) Guru membimbing
kumpulan murid yang
memerlukan pemulihan
dengan menyediakan
teks cerita yang perlu
dilengkapkan dengan
mengisi tempat kosong.
dan bertutur.
NILAI:Menghargai,
kerjasama dan
tekun.
BBM:Lembaran kerja/
kertas latihan
Penutup
(5 minit)
Guru membuat rumusan
mengenai pengajaran yang
telah diajar dan
menanyakan soalan kepada
murid akan apa yang telah
mereka pelajari.
Guru juga menanyakan
nilai-nilai murni yang
terdapat semasa sesi P&P.
i) Murid digalakkan
supaya mengumpul
maklumat tambahan
daripada bahan-bahan
yang lain bagi
menambahkan
pengetahuan mereka.
ii) Murid juga
menyatakan nilai-nilai
murni yang telah
dipelajari pada hari
tersebut.
Nilai-nilai murni:
- Menghargai
- Bersyukur
- Menghormati
- bekerjasama
REFLEKSI
Pertama sekali syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan rahmat
serta keizinannya saya dapat menyiapkan tugasan saya iaitu BMM3117 Kaedah
Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Elektif). Saya juga ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada pensyarah saya yang banyak membantu dalam memurnikan
lagi tugasan saya ini. Selain itu, saya juga ingin merakankan jutaan terima kasih kepada
rakan-rakan guru di sekolah saya kerana telah memberikan kerjasama yang baik sewaktu
saya menjalankan pengajaran mikro di sekolah. Memandang tugasan ini adalah tugasan
berkumpulan, saya banyak berdepan dengan masalah sepanjang menyiapkan tugasan ini
terutamanya sewaktu hendak melaksanakan pengajaran mikro di dalam kelas. Ini adalah
kerana kami terdiri dari guru yang berlainan sekolah dan jarak antara kami juga sangat
jauh. Namun setelah berbincang dengan pensyarah tentang masalah yang kami hadapi,
akhirnya kami dapat menyelesaikan masalah tersebut. Kami dibenarkan untuk
melaksanakan pengajaran mikro kami di sekolah masing-masing menggunakan RPH
Bahasa Melayu yang sama dengan strategi, kaedah dan teknik serta kemahiran bernilai
tambah yang menarik.
Pada peringkat awal menyiapkan tugasan ini kami sama-sama berbincang untuk
mengenal pasti teori-teori huraian dan pemerolehan bahasa untuk menghasilkan sebuah
esei yang baik. Bagi menghasilkan esei ini kami terpaksa membuat banyak rujukan
samada melalui buku, jurnal dan juga internet untuk mendapatkan maklumat tentang teori
tersebut. Kami juga perlu menghuraikan setiap konsep strategi, kaedah dan teknik serta
pengisian elemen kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu. Setelah segala maklumat diperolehi kami seterusnya membuat perbincangan
mengenai rancangan pengajaran harian yang akan kami laksanakan pengajaran mikro di
sekolah.
Kami mengambil keputusan untuk menyediakan RPH Bahasa Melayu untuk Tahun
5 dengan tema Kebudayaan. Kami menggunakan teknik pengajaran Assure di mana
dalam RPH ini kami banyak menggunakan teknologi maklumat semasa PdP. Untuk
melaksanakan pengajaran mikro ini saya sekali lagi menghadapi masalah kerana saya
tidak mengajar Bahasa Melayu di sekolah. Setelah berbincang dengan Ketua Panitia
Bahasa Melayu di sekolah serta sedikit pengalaman yang saya ada sewaktu mengajar
mata pelajaran Bahasa Melayu dahulu Alhamdulillah, saya dapat melaksanakan
pengajaran tersebut dengan jayanya.
Sepanjang pengajaran mikro yang saya lakukan saya dapati murid-murid sangat
gembira dan teruja terutama sewaktu saya menayangkan power point tentang perayaan di
Malaysia. Mereka juga sangat seronok sewaktu perbincangan yang diadakan
menggunakan pawer point. Saya dapati penerapan elemen kemahiran bernilai tambah
dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sangat baik kerana ia dapat memupuk
potensi murid yang kritis, kreatif dan inovatif. Ini dapat dilihat sewaktu saya menjalankan
pengajaran mikro saya. Di sini saya dapati semua murid dapat menonjolkan potensi
mereka masing-masing menggunakan teknologi makumat.
Akhir kata sebagai seorang guru saya akan pastikan setiap pengajaran dan
pembelajaran yang akan berlangsung saya perlu pelbagaikan pengaplikasian pendekatan,
strategi, kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan modal insan
yang berilmu dan mempunyai potensi diri.
AKTIVITI SEPANJANG PENGAJARAN MIKRO