RPH DST TAHUN 3

8
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS Tarikh : 7 April 2013 Masa : 8.45 pagi – 9.45 pagi ( 60 minit ) Kelas : 3 Bestari Bilangan murid : 16 orang Subjek : Sains Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tajuk : Haiwan Masa : 2 Masa Standard kandungan : 3.1 Memahami ciri – ciri haiwan Standard pembelajaran : 3.1.1 Mengenal pasti ciri haiwan iaitu : 1.Litupan anggota badan : bercangkerang, berbulu, berbulu pelepah, berekor, bersisik. 2.Anggota badan : berkaki, bersayap, berekor, bertanduk, berparuh, berkuku tajam Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran, murid-murid dapat : 1. Mengenal pasti ciri haiwan berdasarkan litupan badan seperti bercangkerang, berbulu, berbulu pelepah, berekor, bersisik. 2. Mengenal pasti ciri haiwan berdasarkan anggota badan seperti berkaki, bersayap,

description

Rancangan Pengajaran HarianDunia Sains dan TeknologiKSSR Tahun 3

Transcript of RPH DST TAHUN 3

Page 1: RPH DST TAHUN 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS

Tarikh : 7 April 2013

Masa : 8.45 pagi – 9.45 pagi ( 60 minit )

Kelas : 3 Bestari

Bilangan murid : 16 orang

Subjek : Sains

Tema : Dunia Sains dan Teknologi

Tajuk : Haiwan

Masa : 2 Masa

Standard kandungan : 3.1 Memahami ciri – ciri haiwan

Standard pembelajaran : 3.1.1 Mengenal pasti ciri haiwan iaitu :

1.Litupan anggota badan : bercangkerang, berbulu, berbulu

pelepah, berekor, bersisik.

2.Anggota badan : berkaki, bersayap, berekor, bertanduk,

berparuh, berkuku tajam

Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran, murid-murid dapat :

1. Mengenal pasti ciri haiwan berdasarkan litupan badan

seperti bercangkerang, berbulu, berbulu pelepah, berekor,

bersisik.

2. Mengenal pasti ciri haiwan berdasarkan anggota badan

seperti berkaki, bersayap, berekor, bertanduk, berparuh

dan berkuku tajam.

Pengetahuan sedia ada : 1. Murid telah kenal beberapa jenis haiwan seperti kucing, ayam,

ikan, burung dan harimau.

2.Murid pernah memegang beberapa jenis haiwan seperti burung,

kucing dan ikan.

Kaedah Pengajaran :

1. Berkumpulan

Page 2: RPH DST TAHUN 3

Kemahiran Proses Sains :

1. Memerhati

2. Mengelas

3. Berkomunikasi

Kemahiran Berfikir secara Kreatif :

1. Menjana idea

2. Menghubungkaitkan

Kemahiran Berfikir secara Kritis :

1. Mencirikan

2. Mengumpul dan mengelas

Sikap Saintifik dan Nilai Murni :

1. Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam

sekeliling.

2. Bersyukur dengan nikmat Tuhan.

3. Kasih sayang.

Sumber Pengajaran dan Pembelajaran :

1. Lembaran kerja A

2. Kotak

3. Kad gambar

Page 3: RPH DST TAHUN 3

Fasa (Masa) Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran

Catatan

Orientasi

(5 minit)

Kenali haiwan 1. Kelas dimulakan dengan

bacaan doa.

2. Guru menunjukkan beberapa

jenis gambar haiwan seperti

gambar ikan, ayam, burung,

kura – kura, dan kucing.

Kemahiran

proses Sains :

Memerhati

Sumber p & p :

1.Gambar

Sikap saintifik &

nilai murni:

1.Bersyukur

dengan nikmat

Tuhan

2.Kasih sayang

Pencetusan

idea

(15 minit)

Murid menceritakan

mengenai ciri seekor

haiwan yang

dilihatnya semasa di

zoo.

Murid ceritakan

mengenai haiwan

peliharaannya.

Pengalaman

sepanjang

memelihara haiwan

tersebut

1.Berdasarkan kepada gambar

yang ditunjukkan, guru

menanyakan beberapa soalan

kepada murid – murid :

1.Apakah mereka pernah

mengunjungi zoo?

2.Minta seorang murid ceritakan

pengalaman pergi zoo dan minta

murid bagi tahu ciri satu jenis

haiwan yang dilihatnya?

3.Apakah mereka ada

memelihara haiwan di rumah?

4.Bagaimana rupa haiwan yang

mereka pelihara?

5.Apakah yang ada pada haiwan

tersebut?

Kemahiran

proses Sains :

Berkomunikasi

Sumber p & p :

Kertas A4

Sikap saintifik :

1.Berfikiran

rasional

2.Yakin dan

berdikari

Page 4: RPH DST TAHUN 3

6.Apakah mereka pernah

terkena gigitan haiwan?

7.Siapa yang pernah memegang

sejenis haiwan?

2.Guru memberikan sehelai

kertas A4 kepada murid – murid.

3.Setiap murid dikehendaki

melukis satu jenis haiwan dan

meminta mereka menjelaskan

apa yang ada pada haiwan

tersebut.

Penstrukturan

semula idea

(20 minit)

Kucing – berbulu

Kura – kura

bercangkerang

Ikan – bersisik

Ayam – berbulu

Burung – berbulu

pelepah

Harimau – berekor

dan berkuku tajam

Lembu – bertanduk

Burung – bersayap

dan berparuh

1.Berdasarkan gambar yang

ditunjukkan, guru menerangkan

mengenai ciri yang ada pada

haiwan tersebut.

2.Guru melekatkan gambar pada

papan hitam dan melabel

bahagian ciri tersebut.

3.Guru membuat jadual di antara

ciri litupan badan dan anggota

badan.

4.Guru membuat aktiviti

padanan dengan meletakkan ciri

pada binatang dan murid

letakkan gambar yang betul

dengan ciri haiwan tersebut.

Kemahiran

proses Sains :

1.Memerhati

2.Mengelas

3.Berkomunikasi

Sumber p & p :

Kad gambar

Page 5: RPH DST TAHUN 3

Sikap saintifik &

nilai murni :

1.Bersyukur

dengan nikmat

Tuhan

4. Minat dan

bersifat ingin tahu

tentang alam

sekeliling

Aplikasi

(15 minit)

Kuda – berkaki dan

berekor.

Rusa – bertanduk

Serigala – berkuku

tajam

Beruang – berbulu

Siput –

bercangkerang

Ular - bersisik

1.Guru membuat aktiviti

pengelasan yang dikenali

sebagai “padanan dan

sesuaikan.

2.Guru menyediakan satu kotak

dan ciri haiwan diletakkan di

dalam kotak tersebut.

3.Guru melekatkan gambar

selain daripada gambar yang

diajar sebelum ini di papan

hitam.

4.Murid dikehendaki mengambil

satu ciri haiwan dan padankan

pada haiwan yang sesuai.

Kemahiran

proses Sains :

-Pengelasan

-Berfikir secara

rasional

Sikap saintifik &

nilai murni :

1.Bekerjasama

2.Yakin dan

berdikari

Refleksi

(5 minit)

Ciri – ciri haiwan

yang difokuskan

adalah litupan

anggota badan dan

juga anggota badan.

1. Guru memberi latihan untuk

menguji pencapaian murid.

2. Guru membuat ringkasan

untuk pengajaran hari tersebut.

Kemahiran

proses Sains :

1.Memerhati

Sumber p & p :

Lembaran kerja A

Sikap saintifik &

nilai murni :

Page 6: RPH DST TAHUN 3

Bersyukur

dengan nikmat

Tuhan