Rph for merge

10
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK Tarikh : 26 Febuari 2015 Masa : 11:05 - 12:05 Mata Pelajaran : Matematik Kelas : 4 Bijak Bilangan Murid : 20 orang Tajuk : Pecahan Standard Kandungan : 7.1 Pecahan Tak Wajar Dan Nombor Bercampur Standard Pembelajaran : (i) Mengenal, menamakan dan menulis pecahan tak wajar dan nombor bercampur yang penyebutnya hingga 10 dengan menggunakan: (a) objek (b) gambar rajah Objektif Pembelajaran : Murid dapat mengenal Pecahan Tak Wajar Hasil Pembelajaran Pada akhir sesi Pengajaran dan Pembelajaran murid dapat :- 1. Menamakan pecahan tak wajar dengan penyebut tidak melebihi 10

Transcript of Rph for merge

Page 1: Rph   for merge

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK

Tarikh : 26 Febuari 2015

Masa : 11:05 - 12:05

Mata Pelajaran : Matematik

Kelas : 4 Bijak

Bilangan Murid : 20 orang

Tajuk : Pecahan

Standard Kandungan : 7.1 Pecahan Tak Wajar Dan Nombor Bercampur

Standard Pembelajaran : (i) Mengenal, menamakan dan menulis pecahan tak

wajar dan nombor bercampur yang penyebutnya

hingga 10 dengan menggunakan:

(a) objek (b) gambar rajah

Objektif Pembelajaran : Murid dapat mengenal Pecahan Tak Wajar

Hasil Pembelajaran

Pada akhir sesi Pengajaran dan Pembelajaran murid dapat :-

1.    Menamakan pecahan tak wajar dengan penyebut tidak melebihi 10

dengan tepat menggunakan bahan konkrit.

2.    Melorek pecahan tak wajar dengan penyebut tidak melebihi 10 dengan

menggunakan kad pecahan.

3.    Menulis pecahan tak wajar dengan penyebut tidak melebihi 10 pada

lembaran kerja.

4. Membina bentuk pecahan tak wajar.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid - murid telah mempelajari tajuk pecahan wajar.

Nilai : Bekerjasama ,keberanian

Kemahiran Berfikir

Aras Tinggi : Membanding beza, mencirikan, Kreativiti

Teknik : Demonstrasi, soal jawab, aktiviti berkumpulan, koperatif.

Bahan Bantu Belajar : Video lagu pecahan, buah epal, roti, kad pecahan,

MS Power point, lembaran kerja.

Page 2: Rph   for merge

Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi

1. Persediaan

Pemerhatiandan Analisis

- Guru melayari internet pada carian persembahan Youtube.

- Murid menonton persembahan multimedia pecahan wajar yang ditayangkan oleh guru.

- Murid menyanyi mengikut lagu dalam video youtube.

Alamat carian pada internet :-https://www.youtube.com/watch?v=c2fzcDDyOMs

- Murid menyatakan pecahan wajar yang di sebut dalam Youtube tersebut.

Paparan persembahan video pada youtube

Soalan

1.   i) Namakan pecahan wajar yang di sebut dalam video tersebut?

Jawapan : 1 1 2 4

ii) Namakan sebutan lain bagi pecahan yang terdapat dalam video?

Jawapan : Suku, separuh

2.   iii) Berikan contoh pecahan wajar yang lain? (Murid memberi contoh pecahan wajar)

3.   iv)  Apakah nama bagi pecahan di mana pengangka lebih kecil dari penyebut ?

Jawapan : Pecahan wajar

Page 3: Rph   for merge

Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi

2. Imaginasi

Penambahbaikan

Menilai

Membandingkan pecahan

- Mengenal pecahan mengikut bentuk

i) Guru mempamerkan persembahan power point menunjukkan beberapa bentuk pecahan.

ii) Guru meminta murid mengasingkan bentuk pecahan yang terdapat pada MS power point.

iii) Murid mengasingkan bentuk pecahan secara berkumpulan.

iv) Murid pamerkan hasil perbincangan dalam kertas mahjung.

v) Murid menyatakan perbezaan bentuk pecahan tersebut.

vi) Guru bimbing murid mengenal pecahan tak wajar.

Soalan

i) Apakah ada perbezaan bentuk pecahan tersebut ?

ii) Apakah yang membezakan pecahan tersebut?

iii) Nyatakan bentuk perbezaan pecahan tersebut.

a) 1 kumpulan pengangka lebih kecil dari penyebut. - Pecahan Wajar -

b)1 Kumpulan pengangka lebih besar dari penyebut. - Pecahan Tak Wajar -

Paparan MS Power Point

3 7 92 3 2

5 8 93 3 4

1 3 42 5 7

2 3 5 5 8 7

Page 4: Rph   for merge

Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi

3. Perkembangan

Penambahbaikan

Menilai

Mengenal pecahan tak wajar dengan penyebut tidak melebihi 10 menggunakan bahan konkrit.

i) Murid di bahagikan kepada 4 kumpulan- 2 kumpulan mendapat 3 biji epal- 2 kumpulan mendapat 4 keping roti

ii) Kumpulan epal potong kepada 4 dan 5 bahagian.

iii) Kumpulan roti potong kepada 4 dan 5 bahagian.

iv) Guru menyoal setiap kumpulan bahagian yang telah di potong.

v) Murid bilang dan sebut bahagian yang di potong dalam bentuk pecahan mengikut kumpulan.

vi) Murid menyatakan jawapan dalam kumpulan.

vii) Guru bimbing murid menyebut dalam bentuk Pecahan

viii) Guru bimbing murid mengenal pecahan tak wajar.

ix) Guru pamerkan kad pecahan dan wakil murid ambil kad tersebut.

x) Murid tunjukkan kad pecahan tak wajar.

xi) Murid ambil 1,2, dan 3 bahagian dan sebut dalam bentuk pecahan tak wajar.

Soalan : -

i) Berapa pecahan setiap epal dan roti yang di potong ?

Jawapan : 4 dan 5

ii) Berapa jumlah semua bahagian roti dan epal yang telah di potong?

Jawapan : Epal 12 dan 15 bahagian, Roti 16 dan 20 bahagian

iii) Berapakah jumlah pecahan setiap semua bahagian epal dan roti yang di potong?

(Murid ambil dan pamerkan kad Pecahan)

Jawapan :

Epal

Roti

124

155

164

205

Page 5: Rph   for merge

Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi

4. Perkembangan

Penambahbaikan

Menilai

Menamakan pecahan tak wajar

i) Guru edarkan kad gambarajah pecahan tak wajar kepada semua murid setiap kumpulan.

ii) 4 orang murid pamerkan kad pecahan tak wajar di hadapan kelas.

iii) Seorang murid setiap kumpulan mengambil kad pecahan tak wajar berdasarkan kadgambarajah pecahan tak wajar yang mereka dapat.

iv) Murid menamakan kad pecahan tak wajar tersebut pada kad gambarajah pecahan.

v) Guru pamerkan persembahan MS power point pecahan tak wajar mengikut kumpulan.

vi) Kumpulan yang mempunyai persamaan pecahan tak wajar pada kad pecahan tampil kehadapan.

vii) Murid melorek pecahan tak wajar pada MS Power point yang di sediakan

viii) Guru bimbing murid melorek pecahan tak wajar pada MS power point.

ix) Guru minta murid melorek pecahan tak wajar pada gambarajah yang telah di edarkan.

x) Semua murid melorek pecahan tak wajar dengan betul pada kad pecahan masing -masing.

Menamakan pecahan tak wajar

i) Murid namakan pecahan tak wajar pada kad pecahan yang di edarkan.

Melorek pecahan tak wajar

i) Murid melorek pecahan tak wajar pada persembahan MS power point.

ii) Murid melorek pecahan tak wajar pada kad gambarajah yang telah di edarkan.

Contoh MS Power point :-

Page 6: Rph   for merge

Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi

5. Tindakan

    Pelaksanaan

a) Pentaksiran dan penilaian

b) Lembaran kerja

c) Murid menama dan melorek pecahan tak wajar penyebut tidak melebihi 10.

d) Guru edarkan lembaran kerja.

e) Guru bimbing murid menjawab soalan.

f) Murid yang lemah di bimbing oleh rakan dalam kumpulan.

g) Guru menyemak hasil kerja murid.

h) Murid membuat pembetulan kesalahan jawapan dengan bimbingan guru.

i) Murid menjawab soalan pada lembaran kerja yang di sediakan.

6. Penutup

Pengukuhan

a) Melayari internet dan mengenal pecahan tak wajar .

b) Murid melayari internet imej pecahan tak wajar.

c) Guru bimbing murid melayari internet pecahan tak wajar menggunakan istilah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. ( Improper Fraction )

d) Setiap kumpulan melayari internet pada komputer yang disediakan.

e) Guru memberi penghargaan kepada setiap kumpulan.

i) Murid dalam kumpulan melayari internet pada komputer yang disediakan

ii) Murid pamerkan hasil kepada kelas.

iii) Guru minta murid melayari internet mengenal pecahan tak wajar di rumah masing – masing sebagi ulangkaji.

Page 7: Rph   for merge

Pentaksiran Berdasarkan kepada keupayaan murid - murid menjawab soalan lembaran kerja, murid dapat : i) Mengenal dan menamakan bentuk pecahan tak wajar. ii) Membuat lorekan pada bentuk pecahan tak wajar yang di beri. iii) Membina bentuk pecahan tak wajar berdasarkan gambarajah yang di beri.

Nilai dan Sikap i. Terapkan sifat bekerjasama ketika melakukan aktiviti kumpulan.ii. Mematuhi peraturan